Monday, August 4, 2008

01 08 2008

Assalamualaikum wbt.

Selepas 7 bulan tidak menulis apa-apa di sini, tiba-tiba sy merasakan satu perasaan utk mencoretkan sesuatu yg sgt mendominasi perasaan saya sejak dua tiga hari ini.

Kehilangan nenek tersayang.

Beliau meninggalkan kehidupan dunia yg singkat ini pada pukul 1.20pm waktu malaysia di saat ummat Islam di Malaysia sedang mengerjakan solat jumaat, di sisi semua org yg menyayanginya. Di samping suaminya (atuk sy) dan juga satu2 nya anak lelakinya (bapa saudara sy) yg telah 'diperintahkan' oleh mak sy utk tidak menunaikan solat jumaat pd ketika itu kerana melihat keadaan nenek sy.

Nenek sy di diagnose menghadapi masalah paru-paru berair ketika sy berada di malaysia bulan january yg lalu. Keadaan beliau sudah pun teruk pd waktu itu, kerana apabila paru2 nya ditebuk utk dikeluarkan cecair bg melegakan pernafasannya, doktor mengeluarkan seplastik (size standard air yg di masukkan ke badan pesakit di hospital) cecair berisi darah. Saya tahu keadaan beliau sgt penat setiap kali proses itu dijalankan, beliau akan tidur dan tak lalu makan selepas itu utk beberapa hari. Namun, proses tebuk menebuk itu terpaksa terus dilakukan kerana cecair itu cepat memenuhi paru2 nya dan akan menyebabkan beliau tidak boleh bernafas. Keadaan juga lebih menyedihkan apabila beliau sebenarnya adalah seorang pesakit parkinson sejak sekian lama. Tahap parkinson beliau adalah, beliau tidak akan mampu menyuap sendiri nasi ke mulut pd jam terakhir sebelum ubat parkinson perlu di ambil (ubat itu perlu diambil setiap 4jam sekali). Nasi tersebut akan terabur begitu sahaja tanpa sempat memasuki mulutnya. Dan ubat parkinson akan mampu utk mengurangkan sedikit dari simpton2 parkinson. Saya tahu beliau menjadi lebih penat sejak disahkan menghadapi masalah paru2 bulan januari yg lalu, kadang2 terpaksa bergantung dengan alat bantuan oksigen dan hospital juga telah menjadi rumahnya sejak dari itu.

Saya, adalah cucu sulung dan tidak keterlaluan utk mengumumkan sebagai cucu kesayangannya.
Saya, mengakui banyak menerima kasih sayang dari memberi kepadanya.
Saya, sedar saya tidak sempat berbakti kepadanya.
Saya, tidak sabar untuk mengulang-ulang cerita yg beliau suka.

Beliau sgt mengikuti segala khabar dan perkembangan ttg saya. Bukan setakat kisah besar, malah peristiwa2 yg berlaku di dalam kelas 1 Hamzah, 2 Shafie, 3 Bukhari, 4 Khawarizmi-4 al farabi ,5 Ibn Rusyd dan aktiviti2 saya di sekolah pun beliau ikuti dengan penuh minat. Kadang2 apabila sy memenangi sesuatu pertandingan, beliau dan atuk sy akan sampai ke rumah sy petang tersebut untuk mendengar sy bercerita:-).
Biasanya, sy akan cerita full version dengan penuh perasaan hanya sekali:-)
Mungkin sebab terlalu menyayangi cucunya, beliau mempunyai satu tabiat, tabiat meminta sy mengulang bahagian2 yg mana beliau suka berulang kali pd ms itu juga atau pd minggu2 atau bulan2 selepasnya. Dan sy sebagai cucu yg belum benar2 mengerti dan sabar melayani kerenah org tua, biasanya akan melakukan dua atau tiga kali sahaja, selepas itu saya akan......dengan penuh tiada perasaannya buat muka tak nak (tapi bukan muka masam). Lalu, mak sy akan menggantikan sy bercerita=)...

Malam td sy berkata kepada mak, "Lepas nie dah tak de org nak suruh kak long ulang2 cerita byk kali"(dengan sebak dan air mata mengalir laju). Saya menambah lg, "itulah, masa ada org nk dengar buat tak layan, skg dh xde org nak minta mcm tuh". Saya sedih. Saya terasa sgt. Sbb sy tahu ini adalah part yg sy tidak melayannya dgn penuh sabar.

Malah sewaktu sy menjaganya di hospital sewaktu cuti yg lalu, beliau masih suka bertanya saya macam2, dan mahu sy bercerita byk2. Padahal keadaannya sgt lemah dan sgt kurang bercakap pd waktu tersebut.

"Ya Allah, andaiku pernah menyebabkannya terasa hati, ampuni lah daku~! "

Sy tidak menyediakan diri utk pertemuan yg terakhir tatkala menjaganya di hospital pd bulan january yg lalu. Kami bertukar shift menjaganya, di mana pd sebelah malam (isya'-subuh) adalah giliran mak saya. Kemudian, Khalili (sepupu sy) akan sampai ke hospital sebelum subuh lalu solat di hospital dan menjaganya sehingga lbh kurang pukul 9pg-10pg sebelum sy mengambil alih sampai ptg. Sebelah petang sehinga isya' adalah giliran yg tidak tetap, sepupu-sepupu yg lain dan juga sesiapa shj yg lapang. Ini adalah jadual tetap sepanjang sy berada di malaysia utk cuti musim panas. Banyak masa sebenarnya dengan dia, utk memapahnya ke bilik air atau kadang2 apabila beliau agak sihat, sy hanya sekadar membantunya bangun, tidak perlu temankan sampai ke dalam bilik air. Saya tahu beliau tenat dan kadang2 keadaan kesihatannya mencemaskan, namun sy masih berharap masih ada pertemuan buat kami. Paling kurang biarlah cuti musim panas december nanti sy masih boleh menemuinya. Kali terakhir sy bercakap dgnnya di telefon beberapa minggu lepas, beliau mengadu lelah dan tidak boleh bercakap dgn sy. Jadi kami hanya bercakap sekejap shj.


Cerita Ibu,

"solat isya' malam itu, mak doa kt Allah betul2 jgnlah bg mak mengantuk dan tertidur malam ini, Ya Allah, jgnlah aku sedar2 ibuku dah tak boleh bercakap...aku nak mengajarnya mengucap dalam keadaan dia masih penuh sedar"

"pukul 2 pagi tuh, cara tarikan nafas sudah berbeza dan perutnya dan berombak spt sedang menarik, mak telefon sume yg terdekat utk dtg hospital segera."

"doktor sahkan dia pergi 1.20 tghari, ptg jumaat itu"

"Alhamdulillah, dia pergi dgn keadaan tersenyum, wajah yg sgt pucat sewaktu sakit, menjadi putih kuning dan berseri-seri. Sendi-sendi dan mayatnya lembut sampai akhir wp sudah dikafankan. Dan mayat itu sgt ringan sampai ada beberapa pengangkat mayat yg berkata dgn suara yg kuat dek terkejut, "Ya Allah, ringannya".

"dalam hadith sahih yg diriwayatkan (sy lupa dah siapa yg mak sy cakap ari tuh), air mata yg meleleh pd mayat adalah 3 drpd tanda kematian yg baik yg Rasulullah SAW sebutkan dlm hadith tersebut, moga air mata itu adalah benar petandanya"

"kak long, buatlah sembahyang mayat ghaib spt yg kak long buat untuk Tok Wan (moyang meninggal ms sy kt intec), Mak Cik Mah (meninggal ms sy kt intec), dan Mak Su Kiah (meninggal ms sy kt intec)"

"lps tuh kak long baca lah yaasin berterusan dan ulang2, kalo penat, berhenti sekejap tp teruskan bc ayat kursi sedekahkan kat dia, buat berterusan sepanjang ptg nie sampai malam nie, ms nie perjalanan roh dia yg br kuar dr badan, moga dgn doa2 dan sedekah kita Allah mempermudahakan perjalanan rohnya."

saya, mengiringinya dengan penuh air mata. Tabahkan hatiku Ya Allah.

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada org2 yg sabar."

"Iaitu, org2 yg apabila ditimpa musibah, mereka berkata innalillahi wainna ilaihirajiun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)"

"mereka itulah yg memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah org2 yg mendapat petunjuk"

(2:155-157)

5 comments:

ruffoundation inc. said...

first comment..
hihihi lmer nyer utk anti up date blog
tp xper la...bgs2 meh kongsi byk2

HbO said...

Takziah di atas kehilangan nenekmu itu.

Saya ingat, dulu time cuti musim panas tu, susah jugak nak jumpa awak disebabkan keadaan nenek awak yang agak tenat. Namun, awak masih jua dapat mencuri masa untuk turun juga ke Shah Alam untuk bertemu akhawat2 lain. Tabahnya.

Pernah dengar, bilamana seseorang yang dekat dengan kita meninggal, itu adalah peringatan buat diri kita. Kematian orang terdekat itu adalah adalah untuk mengingatkan kita bahawa umur kita singkat amat. Yang suatu hari nanti, kita akan pergi meninggalkan dunia ini dan segala kemewahannya. Agar dengan kematian itu, kita akan jadi orang yang lebih berwaspada dalam setiap tindak tanduk kita dan lebih giat menjalankan tanggungjawab kita sebagai abidullah dan khalifatullah di muka bumi ini selagi mana hayat dikandung badan. Sesungguhnya, orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati. Bill gates yang belum islam itu pun tahu akan hakikat ini dan akan bangun setiap pagi dan fikir apa yang perlu dia siapkan andai dia mati pada hari itu.(Sayangnya dia belum memilih cahaya islam). Apatah lagi kita yang Islam ini dan yakin akan hari akhirat. Adakah kita sudah bersedia/membuat persediaan untuk mati??

Apa2 hal, moga thuaibah tabah menghadapi ujian ini. Life must carry on, dan kita perlu gunakan segala kesempatan waktu yang kita masih ada ini untuk menunaikan tanggungjawab kita. Moga Allah mengurniakan ketabahan kepada awak, sahabatku. Dan moga roh nenek awak digolongkan bersama golongan kanan, yakni golongan orang-orang yang soleh. Amin..

Continue writing for the sake of the ummah!!

=)

najibah said...

takziah yer thuaibah atas kematian nenek awk...n may you succes in your writting... : )

NY said...

Salam...Owh kak thuaibah, awak mnyebabkan bah air mata...mungkin sbb tgh homesick...bila mengingatkan pertemuan terakhir adalah bila-bila masa sahja, saya akan merasa sedih...tp bukankah allah penjaga terbaik? "...Maka ALLAH adalah penjaga terbaik dan Dia maha penyayang diantara para penyayang." (yusuf: 64)

Thuaibah said...

waalaikumussalam wbt

Terima kasih semua ats keperihatinan.. i appreciate the words of console whole heartly.
moga arwah tenang di sana bersama rindu kami yg tidak pernah padam dan doa yg tidak pernah putus.