Tuesday, August 12, 2008

Kebebasan Bersuara: Apa Salah Forum 'Memeluk Islam'?



Assalamualaikum wbt...

Sekali lagi Malaysia dikecohkan dengan 'interfaith things'. Kenapa ramai sgt berdemonstrasi? Kenapa forum yg bermula jam 8.30 pg itu akhirnya terpaksa ditamatkan menjelang pukul 10 pg? Ia tamat 3 jam lebih awal dari jadual asal dek pasukan FRU di luar dan pedemonstrasi yg tidak mahu berundur. Tidak terbuka sgt kah org Islam sehingga menutup segala ruang diskusi? Pantang ada 'soal' dari kaum bukan Islam terus melenting. Benarkah kita begitu?

Bukankah dialog antara agama itu adalah peluang untuk kita memahamkan mereka tentang ajaran Islam yg sebenar? Juga untuk bermuhasabah diri ats kritikan mereka? Kerana kadangkala ada benarnya juga disebalik kritikan tersebut

Dalam forum yg sekejap itu mereka telah membangkitkan penderitaan isteri dan anak-anak yg ditinggalkan oleh si suami dan ayah yg memeluk Islam.
Apa yg kita nk jawab apabila mereka 'mengadu' tentang tindakan bapa2 mereka dan suami2 mereka yg mengabaikan keluarga dan anak2 setelah memeluk Islam?
Adakah tindakan para suami dan bapa itu tepat dgn ajaran Islam?

Islam memang mensyariatkan bahawa berbeza agama akan menghapuskan hak pewarisan harta pusaka dan 'menceraikan' pasangan suami isteri. Tetapi adakah Islam mengsyariatkan untuk meninggalakan ibu dan ayah serta anak-anak yg masih bukan Islam tanpa sebarang khabar berita dan nafkah?

Ada beberapa persoalan yg dibangkitkan dalam forum itu wajar diambil serius oleh kita. Tidak setuju dgn bentuknya bukan bermakna kita harus menidakkan segala isinya.

Pandangan peribadi saya, saya menyokong forum tersebut.

"Ignorance is the greatest enemy of knowledge", as the sage Socrates once said.

Saya juga bersetuju dengan pendapat seorang penulis iaitu Dr Azly Rahman tentang isu ini.

"The core of each religious foundation is there for us to explore and to learn from. We need to escape from being trapped in the particular and liberate ourselves into explorers of the universal. Of course this will take time given the nature of class and caste system we are in; developments that have impacted upon our consciousness. But evolve we must, if we are to see a progressive country emerging out of these ruins of communal politics, immorality of modern capitalism, and persistent religious misunderstandings"

Dalam Masyarakat majmuk seperti Malaysia, sy merasakan penting untuk SETIAP orang Islam sendiri memahami intipati ajaran Islam dan hikmah setiap pensyariatan Syariat.
Agar nanti, kita boleh menangkis segala hujah intelek golongan yg keliru dengan hukum hakam Islam.
Agar nanti, kita bukan org yg berada pada barisan depan mempersoalkan syariat Allah.
Agar nanti, kita tidak mudah menjadi pejuang hak asasi manusia tanpa mengetahui hujung pangkal perjuangan itu sendiri, mahukan keadilan padahal Islam itu sudah sgt Adil.
Agar nanti, kita tidak menganut hujah barat lebih indah dari hukum Islam, kerana kita khatam buku-buku idealisme mereka lebih dari kita khatam kitab2 imam2 mazhab.

Kita mesti berusaha untuk memahami Islam dengan bersungguh-sungguh dan boleh memahamkan org lain tentang Islam.

Bagi saya, forum ini adalah peluang untuk kita menjelaskan tentang Islam ekoran beberapa masalah yg timbul dari segi hak penjagaan anak seperti kes Subashini dan Saravanan.

"It was also the best opportunity for the Muslims to engage intellectually with the non-Muslims. Muslims don't have to be apologetic in such a forum" (Peguam Hanipa Maidin)


Apa Masalah Forum Memeluk Islam?


"Anggota panel forum tersebut antara lain menyentuh secara langsung Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara ini."
(Utusan Malaysia, 12 Ogos 2008)

Council vice-president Ragunath Kesavan, in a statement, said the forum
was to address the issues of conflicts of laws facing families caught
between the separate jurisdictions of civil and Syariah laws.

(The Malaysian Insider, 8 August 2008)

"Semua pihak perlu menghormati perjanjian yang dipersetujui ketika kita mencapai kemerdekaan dan bukannya cuba mencabulinya atas alasan kebebasan bersuara, demokrasi atau mencari titik penyelesaian. Kebebasan bersuara bukan bererti kita harus mencampuri urusan agama lain, demokrasi bukan bermakna kita perlu bertindak melampaui batas perkauman dan mencari titik penyelesaian bukan bermaksud kita boleh membincangkan sesuatu yang sensitif sehingga menggugat keselamatan awam."
(Zulkiflee Bakar, Utusan Malaysia 12 Ogos 2008).

Tetapi,

He explained that the Federal Court judgment for the case had not
satisfactorily resolved the issue of a jurisdictional clash between the
civil and syariah courts. "Thus it is fit and proper to organise a forum
to discuss the said case and all the issues raised," he said.

Hanipa disclosed that Muslims are still not allowed to file a divorce
petition in the civil court when he or she converted to Islam as Section
51 of the Law Reform (Marriage & Divorce) Act only allows the
non-Muslim spouse to file a divorce petition in the civil court if the
other spouse embraced Islam, saying this has caused problems for the
Muslim spouse.

"He or she has no other option but to go to the syariah court to get his
earlier marriage dissolved. But the decision of the syariah court does
not bind the other spouse who refused to embrace Islam. Thus as far as
the non-Muslim spouse is concerned, he or she is still legally
considered a lawful husband or wife of the Muslim convert.

"With this kind of forum, the Muslim speakers may inter alia be able to
highlight to the non-Muslim that even Muslims are discriminated against
when they choose to embrace Islam," he added.

(Peguam Hanipa Maidin, 12 August 2008)


Kesimpulan

Saya merasakan bahawa amat penting untuk kita mendalami agenda, tentatif dan isu sesuatu program tersebut sebelum kita memutuskan untuk memprotesnya. Mungkin ada perkara sensitif yg mereka persoalkan tetapi andai mereka menjemput para ilmuan yg mampu untuk menjelaskan keadaan sebenar, apa salahnya untuk kita membuka mata, membiarkan dikritik walau pahit ttp terimalah cabaran untuk menjawab dengan baik bukan mencari siapa menang tetapi siapa yg mampu menunakan tanggungjawab dakwah dengan baik lantas merungkaikan keadaan yg keruh ke arah Malaysia yg lebih baik. Andai mereka mengajak kita berbincang dengan ilimiah dan baik, maka sambutlah huluran tangan itu, tampilkan tokoh kita yg berkemampuan.

Mereka juga mempersoalkan kenapa Islam tidak membenarkan penganutnya murtad. Saya merasakan isu ini menarik jika orang bukan Islam mempersoalkan untuk memahami, mendapat jawapan bukan membantah berpandu sentimen.

Islam tidak pernah memaksa manusia memeluk Islam ttp apabila mereka memeluk Islam, mereka hendaklah patuh kepada semua syariat Islam, termasuklah mereka tidak dibenarkan keluar Islam. Kaum bukan Islam bertanya kenapa penganut Islam tidak dibenarkan keluar dr agama Islam, dan kenapa hukuman murtad sangat berat. Saya merasakan ayat ini menjelaskannya, kerana Allah sayang kita drpd dikenakan azab di ahirat.

"Apakah mereka mencari agama yg lain daripada agama Allah. Padahal kepadaNya lah menyerah diri segala apa yg di langit dan di bumi. baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allahlah mereka dikembalikan" (Aali-Imran:83)

Mungkin kita marah dan rasa provokatif dengan salah satu tajuk forum tersebut iaitu, "Conversion to Islam: Article 121 (1A) of the Federal Constitution, Subashini & Shamala Revisited" , tetapi memandangkan forum ini juga menjemput para penforum yg diyakini kredibiliti dan keupayaan mereka untuk menjelaskan keadaan, jadi saya merasakan inilah peluang untuk kita menegaskan pendirian Islam dan membuka kepada perbincangn yg bermanfaat dan intelek dengan para intelektual lain.

Seperti Kenyataan Media Peguam Hanipa Maidin dan Peguam Ragunath, ada masalah yg tidak selesai tentang konflik pertembungan bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Walau apapun tuntutan golongan bukan Islam, saya tetap mengatakan bahawa mahkamah syariah wajar berkuasa penuh atas urusan kekeluargaan dan hak penjagaan anak org Islam. Kuasa mahkamah syariah yg terbatas sebenarnya wajar diperluaskan lagi bukan diperkecilkan skopnya lantaran desakan-desakan tertentu. Mereka mgkn akan menentang dan merasakn tidak adil tetapi inilah peluang untuk kita duduk berbincang, menjelaskan keadaan tanpa mengkompromikan prinsip kita. Undang-undang yg dikuatkusakan tanpa rakyat mendapat kefahaman yg cukup hanya akan mengundang bantahan tanpa henti. Begitu jugalah dengan hukum dan perundangn Islam, dalam usaha untuk melaksanakannya di Malaysia atau di mana sahaja, rakyat Islam dan bukan Islam wajar mendapat penerangan dan kefahamn yg jelas dari para alim ulama' bukannya membiarkan fikiran mereka dipengaruhi oleh media massa dan buku-buku yg banyak menfitnah perundangan Islam. Berikan mereka kefahaman, kerana itu pun adalah salah satu tugas membina daulah Islamiah.

Konfliknya adalah bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil, tetapi masalahnya yg sebenarnya adalah lebih besar. Tentang orang Islam dan perundangn hidup mereka, kerana Allah telah menetapkan bahawa setiap org Islam hendaklah bersyariatkan undang-undang Islam dalam segenap urusan hidup, bukan sekadar urusan kahwin dan cerai sebagaimana kuasa mahkamah syariah skg (itu pun berkonflik dan 'clash').

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu."
(Surah Al-Baqarah: 208)

"Tidak ada hukuman itu melainkan bagi kepunyaan Allah"
(Yusof: 40)

"Dan apa-apa yg diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah dengan sepenuhnya, dan apa-apa yg ia larang kamu, maka jauhilah seluruhnya" (Al-Hasyr:7)

Dalam keadaan kuasa mahkamah syariah yg amat terbatas, janganlah terlalu banyak mempertikai. Padahal mahkamah syariah hanya mengendalikan kes-kes org Islam bukannya masalah kekeluargaan golongan bukan Islam.

Peruntukan perlembagaan saya pohon jangan diusik memandangkan undang-undang Islam hanyalah untuk golongan yg beragama Islam. Malah, yg ditakutkan sangat tentang undang2 Hudud, Kisas, Takzir, Lian dan sebagainya, bukannya akan diaplikasikan kepada mereka (golongan bukan Islam). Orang2 bukan Islam mendapat peruntukan undang2 yg khusus di bawah naungan perundangan syariah Islam, bukannya hukuman dan undang-undang yg 'exactly' sama dengan org Islam. Jadi apalah yg ditakutkan sangat kepada hukum Islam? atau sebenarnya org Islam yg lebih takut terhadap pensyariatan hukuman Islam? Akhirnya, ia adalah sangat malang apabila atas nama kebebesan bersuara dan hak asasi, orang Islam sendiri mempertikaikan syariat Islam. Janganlah kita menjadi golongan yg melupakan peringatan dan leka dengan kesenangan lalu menidakkan segala hukum Allah kerana berorientasikan aqal sendiri. Alangkah indahnya apabila setiap orang Islam dan bukan Islam memahami keindahan deen ini yg tidak pernah menyusahkan, malah penuh dengan sifat menjaga.

"Islam Itu Mudah" (Jeanne Abdullah, Utusan Malaysia 10 Ogos 2008)

"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yg telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yg telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. Maka orang-orang zalim itu pun dimusnah dan dihancurkan sampai ke akar-akarnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam." (Al-An'aam:44-45)

p/s: artikel ini adalah pandangan peribadi saya (kecuali beberapa petikan pendapat dr org lain yg telah sy tulis namanya diatas), budak setahun jagung yg sangat naif, mohon diperbetul andai ada silap kerana saya tahu isu ini sangat sensitif.

1 comment:

Ummu M said...

assalammualaikum wbt,

semoga ukhti sihat sejahtera dlm peliharaan Allah sentiasa.

alhamdulillah, bersyukur kerana diberi peluang baca hasil tulisan yg menarik ni...bila bace suatu article, dan kita mengenali penulisnya, terasa lg terkesan, lantaran kita memahami msgnya bukan sahaja dari gaya penulisan, tp juga dr keperibadian penulisnya..kerana itu kalam Allah Al Quran, semakin kita mengenal Allah, dekat dan hampir dgnNya, semakin kita merasakan kalam Allah itu sungguh bermakna dan menggambarkan kehebatan penulisnya.

Ukhti,
so far dr bacaan akak, akak rase thuaibah able untuk olah tajuk ni dr fahaman seorang yg memahami kepentingan untuk umat islam tidak bertindak sebagai 'pengecut'...kita lihat bagaimana Jaafar bin Abi Talib yg menjadi ketua umat islam ke Habsyah, kerana keyakinan, kerana rasa izzah bersama islam, kerana kefahaman yg jelas ttg islam itu sendiri, maka beliau dgn berani berdialog dgn pemimpin Habsyah dan akhirnya nyata Islam itu sendiri adalah kebenaran , keadilan, kekuatan yg tidak boleh disangkal akal logik manusia. Sikap umat islam malaysia yg sukar menerima usaha ini adalah hasil dr kejahilan mereka sendiri...

namun, dlm setiap amal kita, syariat adalah panduan...dlm kita berdialog, hendaklah diletakkn satu kayu ukur yg standard supaya tidak berlarutan kepada mudharat yg lebih besar...perlu dipastikan maslahah dr forum ini lebih besar berbanding mudharat..maksud akak, sejauh mana kita meyakini ahli forum adlaah mereka yg terbaik untuk menjelaskan sebarang isu dgn hujah2 yg benar di sisi syariat, supaya tidak timbul syubahat yg lebih besar dan perselisihan yg lebih hebat. Berjidal tanpa kesepakatan , adalah dilarang dlm Islam. Mungkin itu yg menjadi concern utama. Namun sekiranya dikendalikan dgn perasaan muhibbah dan ingin mencari titik pertemuan mahupun bukan titik persamaan, kita mengharapkn penjelasan yg diberikan merupakan sebahagian uslub dakwah juga...

namun, kekeliruan ttg islam yg melanda umat islam mahupun bukan islam di mesia, tidak mungkin dpt diselesaikn hanya dgn satu dua forum penerangan, sepeti mana thuaibah ade mention dlm article tu, persoalan umat islam jauh lebih besar dr sekadar menjadi umat yg tertutup, mereka juga masih tertutup hati mereka terhadap islam itu sendiri, masakan mereka akan dpt menilai apa jua isu dr kaca mata seorang muslim...

akhirnya, kita kembali kepada projek 600 tahun kita, tarbiyyah individu untuk menjadi individu muslim, yg islam dari segi fikri, rukhi dan amali, yg memahami islam sebagai agama individu dan sistem, yg mengambil neraca langit sebagai kata pemutus, yg izzah dgn islam mereka, berhujah kerana ilmu bukan emosi, yg mampu menjadi manusia hebat sungguh kedudukn status social tidak seberapa...

kata-kata saidina umar..

:"sesungguhnya aku mulia kerana islam, sekiranya aku mengambil suatu selain dari islam, nescaya aku akan kembali hina.."

teruskan menulis untuk membangkitkn kesedaran, sungguh tidak mampu untuk menghasilkn perubahan yg besar, namun mungkin ia adalah titik tolak kepada perubahan yg besar....

sekadar pandangan dr seorg yg dhaif...


salam rindu,
Ummu M