Friday, August 8, 2008

Khabar Isra' Mikraj: Penapisan dari Allah

" Maha Suci (Allah) yg telah memperjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari masjidil haram ke masjidil aqsa yg telah Kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat"

(Al-Isra':1)


Assalamualaikum wbt...

Minggu lepas, 27 Rejab adalah tarikh Isra' dan Mikraj.
Kisah Isra' dan Mikraj adalah kisah yg selalu di ulang-ulang dan diceramahkan kepada kita sejak dari zaman sekolah rendah lagi.

Saya tidak bercadang untuk bercakap tentang apa yg berlaku sewaktu peristiwa tersebut dengan mendalam, tetapi saya ingin berkongsi satu aspek penting, hikmah dari peristiwa aneh yg mengundang ketidak percayaan ramai pihak terhadap khabar yg dibawa oleh Rasulullah SAW.

Ramai yg tidak percaya cerita aneh pengembaraan merentas dimensi yg berlaku hanya pada satu malam. Di sini kita dapat melihat signifikasi gelaran yg diraih oleh Saidina Abu Bakar iaitu As Siddiq. Kerana kisah pengembaraan itu terlalu mustahil...

sukar dipercaya,

namun beliau yg pertama memberi taat setia,

membenarkan apa sahaja yg dikata,

oleh Rasul mulia,


Saidina Abu Bakar juga berkata bahawa beliau akan membenarkan apa sahaja yg dikata dan akan diberitakan oleh Muhammad SAW walau semua org mendustakan baginda Rasul.

Peristiwa Isra' Mikraj ini adalah tapisan dari Allah. Tapisan kepercayaan, kesungguhan dan keimanan para sahabat. Tapisan yg sungguh hebat dan menduga kerana ramai sahabat yg murtad dek tidak mampu untuk mempercayai khabar ajaib itu selain terpengaruh dengan dakyah musuh. Islam masih lemah pada waktu tersebut, tidak ramai pengikut dan masih pada fasa Mekah. Tetapi Allah menurunkan juga tapisan ini, tapisan yg bukan sekadar hanya untuk melihat siapakah yg akan menjadi yg tertapis dan siapa pula yg akan menjadi yg ditapis. Tapisan yang bukan juga hanya untuk memilih isi dan sisa dari corong penapis.

Tapisan ini adalah untuk memilih hanya yg benar-benar layak dan mampu sahaja untuk terus bersama kemuliaan Islam, kerana perintah dan ujian dari Allah selepas itu adalah lebih hebat. Oleh itu, penapisan ini perlu untuk mendapatkan yang benar-benar yakin dan thabat demi ujian perjuangan yg lebih genting.

Kerana selepas itu turun perintah dari Allah untuk hijrah ke Madinah.

Hijrah: satu perintah yg memerlukan kaum muslimin meninggalkan tanah air yg tercinta tanpa mengetahui mereka akan kembali lagi atau tidak.

Hijrah: menuntut mereka meninggalkan sanak saudara, isteri, anak-anak, ibu ayah yg belum Islam tanpa mengetahui masih adakah pertemuan selepas ini.

Hijrah: menuntut meraka meninggalkan segala harta, kebun-kebun, gudang-gudang perniagaan dan kekayaan untuk bermusafir ke tanah asing sehelai sepinggang.

Tetapi mereka inilah yg akhirnya menjadi golongan yg mulia dgn izzah Islam. Pendokong pembinaan Negara Islam pertama Madinah, mendapat darjat istimewa kerana menjadi ahli Badar dan ditaklifkan sebagai generasi al-Qur'an yg unik oleh Syed Qutb pemangkin pasak kegemilangan empayar Islam.

Jadi, apa relevannya kisah ini dgn kita?

Kita akan melalui proses tapisan demi tapisan dari Allah. Janganlah merasakan keberadaan kita pada jalan tarbiah dan dakwah ini adalah satu kebetulan. Ia bukan sesuatu yg boleh disifatkan sebagai 'it's just happen'. Apabila peringkat awal dulu kita memilih untuk menghadiri program daripada melakukan agenda-agenda yg lain, apabila kita memutuskan untuk membuka telinga kepada pengisian daripada tidur di hujung minggu, kita sebenarnya telah berjaya melalui tapisan-tapisan kecil pada peringkat awal. Dan kemudiannya, apabila kita terus istiqamah untuk berada pada jalan ini, kita telah ditakdirkan oleh Allah untuk mengecapi manisnya tarbiah dan nikmahnya dakwah. Bersyukurlah. Namun, dari semasa ke semasa, tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan kita akan menentukan sama ada kita akan terus berada pada jalan suci dan menyucikan ini atau kecundang pada pertengahan perjalanan. Semakin lama pendakian, semakin banyaklah rintangan, semakin dihujani dengan pelbagai onak dan duri, mehnah dan tribulasi. Tapisan dari Allah akan datang dalam bentuk macam-macam, dari dugaan kesibukan, masa, kewangan, ukhuwwah, komitmen kepadalah tekanan dan ugutan. Dan ujian dan tapisan dari Allah tidak akan berhenti setakat itu sahaja kerana puncak kemuliaannya adalah syahid di jalanNya sebagaimana yg telah dipilih dan dilalui oelh golongan yg terdahulu. Seorang ustaz pernah menasihati, hendaklah kita meletakkan bahawa syahid juga adalah cita-cita kita.

Saya mahu mengingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat seperjuangan, berusahalah untuk menjadi golongan yg berjaya ditapis dalam setiap ujian penapisan Allah. Bersungguh-sungguhlah kita dalam ditarbiah dan mentarbiah. Setiap masalah, kerenah dan dugaan yg datang menguji kita, sebenarnya telah pun ditakdirkan oleh Allah untuk kita, yg akan mengangkat kita ke tempat yg lebih baik di sisinya apabila kita berjaya melaluinya. Janganlah membuat pertimbangan yg akhirnya menggolongkan kita dalam golongan yg tercicir dari kenderaan yg sedang bergerak laju ini. Ujian dalam tarbiah tentunya adalah salah satu proses pentarbiahan dari Allah juga. Kerana Islam yg mulia dan jalan perjuangan yg suci akhirnya hanya mampu dipikul oleh golongan yg benar-benar beriltizam dengan jalan ini. Qul Hadzhi Sabili (katakanlah, ini jalanku).

Allah menjanjikan Islam akan bangkit semula, lalu kita semua berusaha bekerja untuk kebangkitan Islam. Kita tentunya akan gembira andai dapat melihat zaman Islam gemilang semula, mengakhiri zaman hanya 'gerhana bukan tenggelamnya matahari'. Secara logiknya, generasi saya tidak akan sempat melihat zaman itu. Namun, itu bukanlah persoalannya. Kita bekerja untuk Islam kerana kita yg perlukan Islam itu, untuk kebaikan kita dan bekalan akhirat kita, Islam yg hebat tidak perlukan kita dan tidak akan terjejas hanya dengan kerana seorang 'saya' yg enggan berkerja untuk Islam. Islam sudah sedia hebat. Janji ALLAH bhw Islam akan bangkit semula akan tetap berlaku walaupun dengan usaha kita menyumbang atau tidak. Jadi , kenapa kita berkerja untuk Islam? Bukankah untuk kebaikan kita sendiri juga?

Sewajarnya kita mencontohi keyakinan dan keimanan para sahabat.

Sumayyah tidak mengetahui Islam akan menguasai dua per tiga dunia tatkala beliau memilih untuk mempertahankan aqidahnya lalu syahid.

Bilal tidak mengetahui Islam akan memiliki negara dan empayar tatkala beliau memilih untuk terus ditindih dgn batu di tengah terik cahaya mentari.

Mereka melakukannya kerana yakin dengan aqidah dan patuh dengan ajaran Islam tanpa terlalu banyak soal.

"Di antara org2 mukmin itu ada org2 yg menepati apa yg telah mereka JANJIKAN kepada Allah. Dan di antara mereka ada yg gugur, dan diantara mereka ada pula yg menunggu-nunggu; dan mereka tidak sedikit pun mengubah janji mereka" (33:23)

Saya memohon kepada Allah agar kita dikurniakan kethabatan dan keteguhan hati golongan 33:23 ini.

No comments: