Sunday, August 10, 2008

Happy Birhday to me~!

Jazakumullah khairan kathira for the doa and wishes..

It's really the thoughts that's count...

Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan nikmat umur untuk terus bernafas dan meneruskan hidup dalam nikmat Islam dan Iman. Alhamdulillah dan Alhamdulillah, moga usia yg meningkat ini akan menjadikan saya seorang yg lebih bermujahadah untuk mengejar redhaNya.

Hari ini memang hari istimewa:-), setiap tahun ia memang istimewa dalam erti yg tersendiri selari dengan membesarnya insan kerdil milik Tuhan.

Wahai hambaKu! Aku tidak ciptakan kamu untuk mengubati kesunyianKu. Bukan untuk meramai-ramaikan kamu. Bukan untuk meminta pertolongan kamu bagi melakukna sesuatu yang tidak mampu Aku lakukannya sendiri. Bukan untuk meraih apa-apa keuntungan atau menolak kemudaratan. Aku menciptakan kamu hanya supaya kamu lama beribadah dan banyak berzikir kepadaKu, dan bertasbih padaKu pagi dan petang. (hadith al-qudsi)

Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul. (19:36)

Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa . (19:48)

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun,(19:60)

"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?" (19:65)

Jazakillah Ukhti

Dalam banyak-banyak penghargaan hari lahir yg pernah saya dapat, saya rasa kan 'hadiah' tahun ini sangat bermakna.

Kenapa ye?...

kerana seorang sahabat telah mencuba buat kek coklat buat pertama kali sempena hari lahir saya=)...

"wah, kek, siapa buat?"

"amalina buat"

"ammmmaaalllinaaaa.......?"

"tak sangka sangatkah?"

Asif ukhti=)..hehehe....percubaan pertama yg sgt sedap dan menjadi.

Terima kasih jugak kepada yg bersusah-susah membuat video khas sempena hari lahir saya. Saya sangat terharu dengan video selama 4 minit 49 saat itu. Subhanallah, bait-bait kata nukilan antunna sungguh menyentuh hati bersama gambar2 yg meyimpan seribu satu kenangan kita bersama.

Ya Allah, ku aminkan lirik lagu yg mengiringi video tersebut,

andai ada kasih antara kita
kita kembali kan kepada Yang Esa
agar ia suci, tulus dan ikhlas
semoga Allah memberkati
sambutlah tangan sahabat saudaraku
pimpinlah ia melangkah bersama
satukan hati kita
teguhkan lah ia
berdiri bersama untuk kebenaran

perjuangan itunya erti berkorban
berkorban itu ertinya terkorban
janganlah gentar untuk berjuang
demi agama dan bangsa
inilah jalan kita...
inilah jalan kita...

Jazakumullah kepada semua, for the wish, gifts, cards, calls and prayers. Hanya Allah yg mampu membalas kebaikan semua. Sama-samalah kita berdoa untuk menjadi hamba Nya yg lebih baik.

Kadang kala saya terfikir apakah yg membuat Usamah Bin Zaid boleh memimpin angkatan perang muslimin pada usia belasan tahun, apakah yg membuatkan Sultan Muhammad Al Fateh membuka Constantinople pada usia 22 tahun?

3 comments:

HbO said...

Sannah hilwa ya jamilah..

moga peningkatan umur seiring dengan peningkatan iman.. =)

Ummu M said...

sanah helwah

Ummu M said...

Sannah Hilwah ya Jameelah..

Thuaibah...
Ukhti yang dikasihi fillah..

Semoga dgn bertambahnya umur..
makin bertambah rasa syukur..

Semoga dgn bertambahnya usia..
makin bertambah amal ke syurga..

Semoga dgn bertambahnya pengalaman..
makin bertambah kematangan..

Semoga dengan bertambahnya tarbiyah..
makin bertambah momentum dakwah...

Semoga dgn bertambahnya dekat kematian...
makin bertambah amal dan iman..

Ukhti...
semoga hati terus diteguhkan, langkah terus ditetapkan di atas jalan al Haq..
Bersabarlah dgn segala mehnah..lantaran syurga itu mahal...
Belajarlah untuk bersusah..Agar semakin subur mujahadah...
Dalam mujahadah ada kemanisan...dalam mujahadah terbentuk kesabaran...