Tuesday, December 15, 2009

Masa Subsidi Di Canberra

Bismillahirahmanirahim...

15 December 2009, 4.10 petang:

Alhamdulillah selamat touch down di Canberra Airport untuk meluangkan masa menghayati detik-detik terakhir di bumi Canberra. Sudah 15 hari bulan December berlalu dan saya hanya baru tidur 3 malam di rumah saya di Canberra. 12 days on go. flying back and forth. hectic.penat.bermakna.

Buku
Buku 1967 baru separuh di baca, walau niat berkobar-kobar untuk membacanya tanpa henti. Namun, dengan tidur yang sangat sedikit dan siang hari penuh sepanjang dua minggu ini benar-benar memberi kesempatan yang sangat terhad untuk membaca. Hanya berpeluang membaca kala menunggu bus, train, tram atau flight sahaja. Semua waktu lain sangat-sangatlah penuh walau kepala asyik fikir pasal buku tue je. Nak membaca sebelum tidur pun tak boleh sebab sampai rumah setiap hari sudah terlalu lewat malam dan penat.

Tak pe, sekarang saya boleh buat maraton non stop, 400 pages je lagi pun ^_^.

Graduation
Alhamdulillah, tiada yang paling layak untuk diucapkan terima kasih dan syukur selain dari Dia, yang mengurniakan secebis rezeki dari simpanan rezekiNya yang melimpah ruah. Secebis rezeki dari sisi Allah yang dirasakan sangat besar dan bermakna buat hambaNya yang kerdil dan lemah ini. Rezeki yang mustahil untuk dicapai tanpa pertolongan dan rahmat Nya. Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah.

The Graduation was on 10 December 2009. The day that I regarded as a very beautiful day.
"apabila telah datang pertolongan ALLAH dan kemenangan. Dan kamu melihat manusia berbondong bondong masuk agama ALLAH. Maka bertasbihlah dengan memuji tuhan dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh Dia Maha Penerima taubat." (an nasr)
bertasbih. pohon ampun dariNya. Moga ia akan menjadi saham dan tiket amal untuk ke SyurgaNya.

Tidak lupa, andai saya memilih untuk melupakan sekalipun, saya tidak akan mampu melupakan jasa keluarga dan rakan-rakan yang menjadi sumber dorongan, motivasi dan kekuatan sepanjang tiga tahun ini. Syukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan saya keluarga dan rakan-rakan yang tidak henti-henti memberi semangat, menyokong dan mendoakan saya sepanjang saya mengharungi cabaran undergrad. Moga Allah memberikan kerahmatanNya buat kalian dan kita semua.

Monday, November 30, 2009

The Six-Day War

Bismillahirahmanirahim...

Baru dibeli pagi tadi, setelah 2 tahun memendam hasrat untuk membaca mengenainya dengan lebih mendalam. Sebuah buku 800 muka surat mungkin tidak cukup untuk menggambarkan apa sebenarnya yang benar-benar berlaku dalam sebuah perang bersejarah abad ini, namun harapnya ia mampu memberikan saya kefahaman yang lebih jelas.


I guess it will take quite some time for me to finish this book since I will do a lot of travelling starting tommorrow until mid December.

Agar Bidadari Cemburu Padamu

Bismillahirahmanirahim..

setangkai cenderahati
untuk wanita shalihah pendamba syurga, pembuat iri bidadari
dan para lelaki yang ingin menikahi


Agar Bidadari Cemburu Padamu
Sebuah buku spiritual untuk seorang Muslimah, agak nipis dengan ketebalan 200 muka surat, dan bersaiz kecil di mana isi kandungannya banyak memberikan panduan untuk kehidupan muslimah yang sudah mendampingi dan didampingi dan juga yang sedang menanti. Buku ini padat dengan pelbagai kisah sirah, ayat al-Qur'an dan hadith sebagai panduan dan sebagai motivasi.

Jika bertanya saya cadangan buku untuk Muslimah, tentunya saya lebih mencadangkan "The Ideal Muslimah", veris Inggeris kepada kitab Arab, "Syakhsiatul Mar'atul Muslimah" tulisan seorang ulama' terkemuka, Muhammad Ali Al-Hashimi. Buku terebut lebih menyeluruh, asli, ilmiah, tebal dan padat berbanding "Agar Bidadari Cemburu Padamu" tulisan seorang ustaz aktivis dakwah dari Indonesia. Namun buku "Agar Bidadari Cemburu Padamu" mempunyai kelebihan dari segi bahasa yang sangat dekat di hati (atau mungkin juga boleh dikata sebagai sangat membuai jiwa) dan membuat beberapa kupasan khusus untuk muslimah hari ini yang cabarannya berbeza berbanding ratusan dan puluhan tahun dahulu. Buku ini mempunyai ruh dakwah dan banyak berbicara tentang muslimah dan perjuangan dengan menukilkan kisah-kisah Ikhwanul Muslimin dan juga inspirasi dari Syed Qutb.

Tuesday, November 24, 2009

The Memory Keeper's Daugther

Bismillahirahmanirahim...

"Penuh refleksi"

"Islam sangat Indah"

Itulah yang dirasa sepanjang membaca novel ini setebal 400 muka surat ini. Novel kedua yang dibaca sebaik sahaja tamat peperiksaan. Saya mula membacanya pada jam 8.30 malam, kemudian break untuk menonton final The Apprentice dari pukul 9.30 sehingga 10.30, kemudian sambung membaca buku ini sehinggalah tamat pada jam 2.30 pagi. 5 jam. Sebuah novel bertemakan kekeluargaan yang menyebabkan saya banyak berfikir tentang ajaran Islam, nilai Islam dan sesungguhnya Islam adalah penyelamat kepada segala jenis masalah manusia.
"wahuwa syifaa'un warahmatu lil aalamin" (al-Isra':82)...dan ia (al-Qur'an) adalah ubat dan rahmat kepada seluruh alam.
Sepanjang membaca novel ini saya cuba memahami kenapa Dr Henry membuat keputusan untuk menghantar salah seorang anak kembarnya jauh ke sebuah rumah kanak-kanak cacat. Sebagai seorang doktor yang menyambut sendiri kelahiran anaknya, beliau mengetahui bahawa salah seorang anaknya menghidap Sindrom Down sebaik sahaja melihat bayi itu pada kali pertama. Beliau kemudiannya terus mengarahkan seorang jururawat untuk membawa bayi itu ke rumah kanak-kanak cacat dan memberitahu isterinya bahawa bayi tersebut meninggal dunia.

Doktor Henry digambarkan oleh jururawat, Caroline sebagai seorang yang sangat baik, berbudi, suka menolong orang susah dan sentiasa sanggup melakukan kerja lebih masa secara percuma. Beliau banyak membuat bakti kepada masyarakat kampung dan sanggup balik lewat malam untuk membantu pesakit. Kenapakah seorang yang dilihat berkeperibadian mulia ini melakukan satu tindakan kejam memisahkan anak dan ibu tanpa membenarkan pun si ibu melihat mayat bayi yang dikatakan telah meninggal dunia.

Caroline tidak sampai hati untuk meninggalkan bayi Sindrom Down tersebut di rumah kanak-kanak cacat apabila melihat sendiri keadaan rumah tersebut. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk memelihara bayi tersebut. Caroline meletak jawatan di hospital Dr Henry dan berpindah ke negeri lain. Dr Henry yang mengetahui tentang keputusan tersebut akhirnya mengirim wang yang banyak kepada Caroline setiap bulan untuk perbelanjaan anaknya. Dr Henry juga meninggalkan harta wasiat yang banyak untuk anaknya ini.

Motif utama Dr Henry membuat keputusan tersebut adalah kerana tidak mahu si kembar yang sihat terpaksa menghadapi kesedihan sepanjang hayat kerana lambat laun kanak-kanak Sindrom Down ini akan meninggal dunia. Dr Henry juga mahu melindungi isterinya dari kesedihan apabila nanti anak mereka yang cacat meninggal dunia. Tindakan ini adalah bertujuan baik demi cinta dan kasih kepada isteri dan anak yang sihat. Ini adalah kerana Dr Henry sendiri mempunyai pengalaman sedih dan pahit apabila kembarnya yang sindrom down meninggal dunia di usia belasan tahun menyebabkan ibu Dr Henry terus bersedih dan akhirnya ibunya sendiri meninggal dunia. Dr Henry masih menyimpan kesedihan yang mendalam sehingga sekarang kerana kehilangan kembarnya yang sangat disayangi.

Tindakan berniat baik Dr Henry tidak berjaya membuatkan isterinya gembira dan mereka mempunyai keluarga yang bahagia. The secret builds the wall between them, mounts the emotional distance. Dihantui rasa bersalah kerana berbohong dan keadaan isteri yang terus bersedih menyebabkan Dr Henry sendiri tidak mampu gembira dan menjadi dirinya yang sebenar. Hubungan mereka semakin hambar dan akhirnya memusnahkan hubungan mereka berdua disamping memberi kesan yang sangat negatif kepada anak mereka.

Saya melihat Islam memberi solusi yang harmoni kepada jiwa manusia yang berdepan dengan masalah dan situasi yang tidak menggembirakan. Islam mangajar kita merima konsep takdir, qada' dan qadar, syukur dan redha atas segala ketentuan Allah. Konsep ini akan menyebabkan seorang ayah tidak akan membuang anak kerana berniat baik, seorang anggota keluarga tidak akan bersedih atas sesuatu kematian sehingga merosakkan kehidupannya sendiri dan juga orang lain, dan seorang isteri tidak memerlukan suami yang over protective sedemikian rupa kerana semua orang sedar akan adanya Allah sebagai penentu segala yang berlaku. Ada hikmah agung atas setiap kegembiraan dan kesedihan, dan ada kehidupan akhirat yang baik untuk mereka yang bersabar atas kesusahan hidup di dunia.

Does My Head Look Big In This

Bismillahirahmanirahim..

This is a 350 pages story of an Australian-born-Muslim-Palestinian struggle to be a full-timer. The word full-timer is used by Amal (the heroin in this book) for a girl who wears veil full time.


I started reading this book at 8 pm and finished by 1.30 am. Approximately 5 hours non-stop except for Maghrib and Isyak Prayer break. Not bad.
------------------------------------------------------------------------------------------------
The slide opened and I heard a gentle, kind voice:
‘What is your confession, my child?’
I was stuffed. The priest would declare me a heretic; my parents would call me a traitor…
The priest asked me again: ‘What is your confession, my child?”
‘I’m Muslim,’ I whispered.
This dialogue happened during a Eucharist session in a church during her days in a Catholic Primary School which Amal Mohamed Nasrullah Abdel Hakim had attended. She used to be the odd one out from as young as Grade One. Her parents send her to a Catholic Primary School where she had to sing Lord's Prayer and declare salvation through Jesus every morning at assembly. This Australian-Palestinian-Muslim girl then attends the elite high school in McCleans for Year 11 and Year 12. Despite her bad experience with non-Muslim colleagues, she is determined to become a full time Muslim.

She is seriously contemplating to wear hijab in McClean, a snotty grammar school where you're seriously doomed to the non-cool list if you're one issue behind the latest Cleo fashion. The challenge is huge. The peer pressure is high. First and foremost, she has to face the headmistress of this old and private high school who does not allow her to wear the hijab. Then, Tia and her friends who definitely will make fun of her. Next in the list is Adam, the cool guy who she had a crush. Eventually, she writes a list of people who might agree and not agree with her decision to go full timer. She comes out with 13 OK and not-so-OK people. She was struggling to grip with her various identity hyphens.
It’s hard enough to be cool as a teenage when being one issue behind the latest Cosmo disqualifies you from the in-group. Try wearing a veil on your head and getting in the ‘bums up’ position at lunchtime and you know you’re in for a tough time. Luckily my friends support me, although they’ve got a few troubles of their own. Simone, blonde and gorgeous, has got serious image problems, and Leila’s really intelligent but her parents are more interested in her getting a marriage certificate than her high school certificate. And I thought I had problems…

But, the determination to be a good Allah servant is above all. She managed to get over the challenges to wear the hijab even though she has to face the tension environment during Bali bomb attack and 9/11 in her early days of wearing the hijab.

I think the primary purpose of this book is to help the world understands the life and struggle of a young Muslim girl in a Muslim-paranoid-community. But I also discovered a completely different world about girls in this so-called-modern society.

After reading this book, I was surprise to find out that Australian high school girls are over conscious about their image, body and appearance. For no other reason than to impress the guys. Realising this fact, Amal's father asked her to test run wearing hijab at Chadstone on Thursday night first before allowing her to wear it in the school. "If she can cope with Chadstone, she can cope with anything" he says. Chadstone is a shopping complex, but for girls Chadstone on Thurday night means make-up, designer clothes and great hair. Amal might not be as overly conscious as other girls, but she used to take up to one hour to get ready every time she goes to Chadstone on Thursday night.
"If you're at my age and you're at Chadstone shopping centre on Thursday night with your friends, you're not there for sock sales. You're there to make an impression, muck about at Timezone, hang around the entrances for a smoke and a perve, and to piss off the security guards who see a midriff top or goatee and think "troublemaker" "
Amal's friend, Simone is one of the examples how girls can lose their minds in order to have a beautiful body. She is convinced that she is overweight by Tia Tamos bully who makes her tries many diets, including living only with celery and carrot sticks daily. But she keeps craving and finally she takes up smoking after hearing from Tia that it stops her cravings.

Amal has proved that she can be a student that her school can be proud of despite the fact that she's a Muslim. The pressure that she has received from teachers and friends never discourages her from being the top student in high school as well as being the best debater in the school debating team. "It's not in spite of Islam, but because of it" she said.

Mencari

Bismillahirahmanirahim..

Program Hujung Minggu di Sydney sehari selepas kertas peperiksaan terakhir.

Program untuk akhawat yang akan Back For Good (BFG)

Masa lapang selepas peperiksaan akhir.

Semuanya menyumbang kepada satu proses mencari identiti. Mencari Indenti?. Mungkin perkataan itu kurang tepat. Mencari Destinasi. Mungkin perkataan yang lebih baik. Mungkin.

Minda saya seolah-olah tidak mahu rehat sebaik sahaja peperiksaan berakhir. Malah masuk ke proses berfikir yang lagi rumit. Kesinambungan kepada persoalanan dan kepeningan yang wujud sebelum ini. Terpinga-pinga tanpa maklumat, pening tanpa penjelasan.

Tema BFG yang mendominasi program dan usrah akhir-akhir ini menyebabkan saya lebih berfikir. Dan akhirnya, serius berfikir sebaik sahaja tamat peperiksaan. Isu-isu yang timbul berkaitan dengan keadaan di Malaysia, hidup di Malaysia dan sebagainya menyebabkan saya merasakan saya mesti lebih mengetahui tentang beberapa perkara agar apa yang saya lakukan adalah atas pilihan saya sendiri dan saya membuat sesuatu keputusan berdasarkan pengetahuan (well-informed, knowledgeable decision).
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.. (17:36)
Saya merasakan bahawa keadaan di luar negara menyebabkan ramai orang melakukan sesuatu under influence. Kelompok sosial di sekeliling mereka menyebabkan ada keputusan dan tindakan yang dilakukan datang bukan sepenuhnya dari minda dan hati sendiri. Kawan-kawan dan senior mempunyai pengaruh yang sangat besar bukan hanya dalam membentuk cara berfikir tetapi juga pada keputusan dan tindakan. Kesan sesuatu keputusan dan tindakan itu mungkin kecil dan mungkin juga sangat besar terhadap kehidupan mereka di Malaysia.

Tetapi fasa hidup di Malaysia adalah fasa yang berbeza, namun beberapa keputusan dan tindakan sewaktu masih di luar negara boleh menentukan corak hidup seseorang di Malaysia. Oleh itu, sebarang keputusan dan tindakan hendaklah tidak dilakukan dalam keadaan kekeliruan dan mengikut arus. Namun ia bukan senang terutamanya jika kita keseorangan.

Proses berfikir untuk memahami sesuatu juga bukan senang kerana kadang-kala banyak perkara yang tidak kita ketahui.

"saya nak awak tahu bahawa awak bukan seorang yang berfikir tentang perkara ini" ujar seorang akhawat sebaya.

"sepanjang-panjang dalam bus saya berfikir tentang perbincangan kita" ujarnya lagi.

Saya bersyukur ada sahabat dekat di sini yang berkongsi corak fikir yang sama dengan saya. Hari-hari yang lapang memberi peluang kepada saya untuk bertanyakan banyak perkara kepada akhawat yang berada di luar Australia. Pengalaman mereka yang berbeza di tempat masing-masing menambahkan kefahaman saya. Teknologi Skype dan YM sangat banyak membantu. Jauh di sudut hati, saya merasakan bahawa Allah menolong saya kerana setiap perbincangan mendatangkan banyak maklumat dan ilmu. Alhamdulillah, Allah mentakdirkan saya untuk berbicara dengan orang yang banyak membantu. Terasa Allah sangat mempermudahkan proses mencari identiti dan destinasi diri.
"Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Kami, Kami tunjukkan jalan-jalan Kami" (29:69)
Life is a journey.. and here after is the destination. Akan terus mencari. Demi Mardhatillah.

Wednesday, November 4, 2009

Kisah Dr Asri di Musim Exam

Assalamualaikum wbt

Musim exam selalu datang dengan keistimewaan yang tersediri, waktu sibuk yang ada ruang untuk membaca berbanding waktu sibuk yang penuh dengan kelas, group discussion, assignment dan presentation.

Musim exam kali ini pun begitu, saya berpeluang meluangkan lebih masa untuk membaca akhbar dan beberapa blog yang lazimnya saya hanya akan membaca tajuk.

Kisah hangat membuka tirai exam period kali ini tentunya kisah penahanan Dr Asri, seorang yang hanya beberapa kali pernah saya temui face to face, tidak mengingati apa-apa tentang kuliah beliau kecuali idea tajdid dan terasa 'berat kepala' penangan mendengar hujah beliau. Mula mengenali beliau di INTEC, mengikuti web rasmi Mufti Perlis sewaktu beliau menjadi mufti, mengikuti blog peribadinya apabila beliau menjadi bekas mufti, mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan hasil sajaknya dan terus mengikuti penulisan dan berita tentangnya sehingga ke saat ini.

Saya melihat percaturan dan permainan yang menarik dalam insiden penangkapan kerana tauliah dan bantahan terhadap tawaran jawatan kepada beliau untuk menjadi Pengerusi YADIM. "Ada permainan" detik hati saya, mungkin novel penyiasatan dan buku konspirasi yang banyak dibaca menyebabkan minda saya terus membuat jalan, lorong dan plot permainan sebaik sahaja membaca berita tersebut.

Namun, semalam 3 November, saya terkejut apabila mendapati ada lebih kurang 10 artikel atau berita membincangkan pelbagai sudut tentang Dr Asri dalalm Utusan Malaysia sahaja! Ramai yang membela dan ramai juga yang tidak menyenangi. Saya terkejut apabila membaca satu dakwaan beliau memalsukan kelulusan di Jordan (dakwaan ini telah saya dengar di INTEC lagi) tetapi tuduhan secara terbuka di media utama sehari selepas beliau ditangkap menunjukkan kes beliau serius. Saya semakin yakin dengan teori "permainan" apabila semakin banyak membaca berita-berita diakhbar.

Dituduh Wahabi, beliau menafikan. Beliau menyuruh beramal berdasarkan dalil, beliau dikatakan mencetus kekeliruan. Pandangan saya, beliau bukan Wahabi, beliau hanya menggunakan hujah dalam beramal dan menggalakkan perbezaan pendapat lantas sesetengah pihak berasa keliru dan sesetengah orang merasakan kita berpecah apabila kita berbeza. Apabila satu pihak mahu baca Yaasin malam Jumaat dan satu pihak lagi tidak mahu, maka ia dianggap berpecah. Tidak bolehkan kita hanya buat apa yang kita yakin dan percaya, dan membiarkan orang lain beramal dengan cara mereka sendiri? Nanti, selepas waktu baca Yaasin yang 'berpecah' itu, kita bersamalah kembali membuat aktiviti-aktiviti lain. Contoh perpecahan pelajar dalam isu baca Yaasin adalah contoh berskala kecil tentang kesan perbezaan pendapat, namun kita wajar belajar untuk bersama bersatu dengan orang yang berbeza pendapat dengan kita agar perpecahan berskala besar tidak berlaku. Isunya ialah masyarakat perlu dididik untuk bijaksana dan berlapang dada dalam perbezaan pendapat, bukan ilmu kebenaran perlu disekat bagi mengelak perpecahan. Mentaliti perpaduan juga perlu ditajdidkan nampak gayanya.

Pemberian tauliah adalah salah satu mekanisme yang digunakan oleh kerajaaan bagi memantau majlis-majlis agama dan mengelakkan ajaran sesat dan songsang tersebar dalam masyarakat. Namun jika soal formaliti (sekeping kertas tauliah) terlalu ditekankan tanpa menggunakan pertimbangan (consideration) dan budi bicara, mekanisme yang diwujudkan untuk mamantau demi kebaikan semua pihak ini akan hilang objektivitinya lantas menjadi satu kerenah birokrasi yang membebankan dan boleh menjadi sesuatu yang ditentang oleh masyarakat. Tindakan menahan seorang bekas Mufti atau menahan mana-mana graduan bidang agama yang tidak pernah diisytiharkan terpesong dari ajaran Islam adalah tindakan kurang bijak yang hanya mengundang tentangan dari masyarakat. Oleh itu, sesuai dengan objektif sistem pemberian tauliah adalah untuk memantau, maka pemantauan yang sebenarnya perlu ditingkatkan oleh Jabatan Agama bukan tangkapan terlebih cekap.

Tindakan menangkap tokoh agama hanya akan menambahkan ketidak popularan Jabatan Agama, sebaliknya Jabatan Agama boleh menjadi lebih popolar dengan melipat gandakan usaha menahan penganjur-penganjur majlis maksiat di premis peribadi yang ramai juga mengadakannnya tanpa permit kerajaan. Apabila Dr Asri ditahan kerana berceramah di sebuah rumah peribadi, saya tertanya-tanya adakah permit/tauliah juga perlu dipohon untuk mengadakan satu majlis ilmu di ruang tamu rumah sendiri? Adakah penganjur majlis maksiat dan pesta muda mudi pada hujung minggu di premis peribadi juga ditangkap seperti penceramah majlis agama tanpa permit?

Konklusi saya, Ustaz Asri tidak bersalah apabila menganjurkan kita beramal berdasarkan hujah dan dalil, agar kita melakukan sesuatu yang kita mempunyai pengetahuan tentangnya bukan sekadar ikut-ikutan tanpa mengetahui hujung pangkal. Minda saya yang sudah lama tidak membaca novel konspirasi dan penyiasatan ini juga mengatakan bahawa penangkapan beliau bukanlah kerana ketiadaan tauliah untuk mengajar tetapi ada "game" menarik.

Saya juga ingin mencadangan tulisan Ustaz Hasrizal untuk lebih memahami isu ini,

Justifikasi Seorang Teman

dan juga Ustaz Zaharuddin yang menganjurkan kita berlapang dada apabila kita berbeza,

Tangkapan Dr Asri: Satu Pandangan.

Monday, November 2, 2009

Final of Final


In the name of ALLAH , the Most Gracious , the Most Merciful.

The exam period begins...

watawakkal 'alallah wa kafa billahi wakeela..
(al-ahzab:3)

Friday, October 30, 2009

Friday, 30 October 2009

Friday, 30 October 2009,

Berakhirnya lecture Auditing pada jam 10 pagi tadi, maka berakhirlah sesi pembelajaran berkuliah dan bertutorial untuk semester ini. Maka, ANU dengan bangganya seperti biasa mempersembahkan 3 hari study leave a.k.a SWOTVAC, masa 3 hari ini sungguh 'lama' berbanding sesetengah universiti yang mempunyai SWOTVAC hampir dua minggu.

Menilai-nilai perasaan sendiri, apakah rasanya untuk menghadapi exam kali ini? Saya hanya menemui satu perasaan yang sangat dominan, bimbang, lebih dari exam-exam sebelum ini yang pernah saya lalui. Mungkin kalau katakan tension pun ada juga. Selepas peristiwa emosi dua hari lepas, saya makin sedar itu adalah masalah saya sekarang. Telah, sedang dan akan terus cuba berusaha untuk menangani internal emotion yang saya rasa amat amat penting untuk dijaga elok-elok sekarang.

Apapun, saya juga sedang menghargai hari-hari dan detik-detik di bumi Canberra sekarang. Hari ini juga ada kisah menarik tentang tema unilodge, Fire Alarm. Unilodge dengan Fire Alarm memang agak sebati (sungguh sarcastic sekali). Sewaktu saya first year, sebagai penghuni batch pertama yang menduduki Unilodge yang baru siap ini, kami menghadapi pengalaman indah dengan Fire Alarm ekoran sistem keselamatan unulodge yang sangat efektif. Tidak keterlaluan untuk saya mengatakan, sepanjang semester pertama 2007, Fire Alarm akan berbunyi dua atau tiga kali sehari. Di subuh-subuh hari dan juga lewat malam. Lantas saya yang baru tiba lagi innocent ini akan turun ke bawah membawa passport, juga kadang2 laptop menjangkakan bangunan memang akan terbakar. Apa yang berlaku ialah pak cik-pak cik bomba yang akan datang dengan 2 trak besar melompat dari trak dengan penuh bergaya dan tangkas sekali memeriksa bangunan. Untuk hanya menemui roti terbakar. Saya mempunyai banyak gambar perhimpunan on the ground sewaktu first year dengan mismatch baju, tudung, kain dan seluar gara-gara fire alarm.

Akibat banyak aduan kepada sistem Fire Alarm yang terlebih efisen. Mereka mengurangkan kesensitifan sistem dan drama Fire Alarm saban hari tidak lagi berlaku. Hanya sekali atau dua kali seminggu Fire Alarm itu berbunyi. Saya tidak lagi menjadi skema mencapai harta-harta yang ada dan bergegas turun, malah ada kalanya pergi masuk quilt kala mendengar Fire Alarm. Tidur lagi best.. Namun hari ini, dengan telinga yang semakin tidak mendengar Fire Alarm walaupun pengumuman sudah dibuat agar mengosongkan bangunan dan alarm berbunyi, saya dengan bahagianya tanpa merasakan apa-apa turus tekun studi. Sehinggalah, Safura datang menjengah ke bilik dan bertanya, "ada bau gas tak?'. Saya yang tersentak disapa mengejut kala tenggelam dalam pembacaan, terus selamba menjawab, "tak pun". Safuraa masuk ke bilik saya dan tengok ke luar tingkap dari bilik saya. 3 buah trak bomba, beberapa kereta bomba, tiga buah kereta polis bersama berbelas belas polis dan berpuluh orang bomba in action betul-betul tepi tingkap bilik saya. Boleh tahan juga defense ketidakisahan yang saya bina selama ini sampai gas leakage dari underground yang berbau sampai tingkat 3 (rumah saya) pun boleh saya tidak perasan. Hari ini unilodge dalam sejarah, "Gas Leakage".

Sunday, October 11, 2009

ANU Remains One of World's Top Universities

Posted Thu Oct 8, 2009 9:15am AEDT

The Australian National University (ANU) in Canberra remains one of the world's leading universities according to the latest rankings.

London's Times Higher Education Supplement has named six of Australia's universities in its top 50.

It has ranked the ANU at number 17 - one place lower than last year.

The University of Sydney and the University of Melbourne share a place at number 36.

Also in the top 50 are the University of Queensland, Monash and the University of New South Wales.

Harvard in the United States remains the top university followed by Cambridge in Britain and Yale in the US.

source: ABC news, 8 October 2009

Saturday, October 3, 2009

Adelaide (Siri 3)

23 dan 25-27 September 2009:

Kisah Adelaide kali ini berlatar tempat di Canberra.

Nadiah, C-ka dan Zara tiba di Canberra pada petang hari Rabu (23 September 2009). Mereka tiba pada minggu paling sibuk dalam sejarah saya menjadi pelajar. Alhamdulillah, syukur sangat sebab Allah bagi juga kesempatan untuk saya dinner bersama mereka sebaik sahaja tamat kelas auditing pada jam 6 petang sebelum kembali tenggelam dalam asssignment.

Pagi Khamis, jam 7 pagi mereka bertiga bertolak ke Sydney.

Noin tiba di Canberra pada petang Jumaat, 25 September 2009.
Nadiah, C-ka dan Zara tiba di Canberra dari Sydney pada Jumaat malam, 25 September 2009. Mereka adalah pelajar tahun pertama di Adelaide dan merupakan geng Aina di Intec.

Noin, Nadiah, Ci-ka dan Zara menjadi mukadimah cuti Spring 2009 saya yang secara rasminya bermula pada Sabtu, 26 September 2009.

Aina membawa mereka ke Cockington Garden pada pagi Sabtu untuk melihat binaan dan monumen kecil yang sangat menarik, apatah lagi sekarang adalah Spring! Walaupun keinginan untuk mengikuti mereka ke Cockington Garden amat membuak-buak, saya tidak dapat mengikuti mereka kerana menunggu rombongan dari Sydney yang dijangka tiba pada pagi itu.

Cockington Garden

Australian War Memorial


Pemandangan Dari Anzac Parade

Saya menyertai jalan-jalan mereka pada sebelah petang Sabtu ke Australian War Memorial. Entah mengapa, tiba-tiba saya merasakan 'yang sedang berjalan' di sebelah saya sewaktu melawat memorial ini seperti serasi dengan saya. Aneh, kerana biasanya semua orang akan berjalan cepat-cepat dari satu Hall ke satu Hall apabila berada di sini, lantas saya akan kelelahan mengikut rentak orang lain dan akhirnya menghilangkan minat saya sendiri. Tetapi, kali ini 'yang sedang berjalan' di sebelah saya ini melangkah pada pace yang sama dengan saya. Malah, kadang-kadang lebih tekun, teliti dan berminat daripada saya melihat potret-potret, alatan, monumen dan membaca penerangan satu persatu. Ya, Zara seperti tenggelam dalam dunianya sendiri sambil berjalan dari satu Hall ke satu Hall, dari satu 'perang' ke 'perang' yang lain. Saya amat terkejut apabila mengetahui bahawa dia sangat meminati kisah-kisah sejarah dan perang. (Erm, teman baru yang menarik). Saya hanya mula mengenali Zara buat pertama kali beberapa hari yang lepas. Belum cukup ta'ruf mahupun borak-borak lagi sewaktu kami tiba-tiba menyedari bahawa kami melangkah pada pace yang sama di Memorial itu sedangkan kawan-kawan yang lain pantas berjalan laju di depan.

Ruang Tengah Pada Bahagian Dalam Bangunan

Kami berdua tertinggal jauh di belakang. Zara mula bertanya saya tentang kisah perang yang dipaparkan dan saya hanya menjawab apa yang tahu kerana banyak perang-perang khas sewaktu World War I dan World War II yang saya tidak tahu, terutamanya perang-perang yang membabitkan tentera Australia di Europe. Selepas Hall World War II, kami memasuki Aircraft Hall yang sangat besar dan turun ke bawah (pertama kali saya turun ke bawah walaupun sudah banyak kali saya melawat Australian War Memorial. Kami melihat satu Aircraft yg sangat besar, pernah berfungsi sebagai fighter bomber sewaktu Perang Dunia ke II dan beberapa aircraft lain yang pernah berjasa sewaktu World War I dan World War II. Dan akhirnya, kami berdua tersangkut di situ melihat dua short movie, satu tentang peperangan di udara antara pasukan Australia dan German yang berakhir dengan semua pesawat terhempas dan semua juruterbang terbunuh. Short movie ke dua bertajuk, "Sydney Under Attack", kisah serangan tentera Jepun terhadap Sydney. Sewaktu ini kawan-kawan yang lain sudah habis tour seluruh Memorial dua tingkat ini dan kami belum pun habis separuh. Pertama kali saya mendapat teman seiring sejalan melawat Australian War Memorial, dan ianya sungguh menarik untuk meneliti kisah perang dengan detail satu per satu.


Australian War Memorial sedang membuat beberapa pemeran khas berkaitan perang Gallipoli sempena bulan August. August adalah bulan dimana perang Gallipoli berlaku yang telah mengorbankan beratus ribu tentera kedua-dua belah pihak dan berakhir tanpa keputusan siapakah yang memenangi perang terebut. Anzac Day adalah satu sambutan penting yang akan diadakan di seluruh Australia setiap tahun bagi mengingati jasa para pejuang Australia melawan tentera Turki di Teluk Gallipoli.

Saya keluar Australian War Memorial dengan membeli sebuah DVD bertajuk "Gallipoli". "Saya suka tengok cerita Perang!" kata Zara. (Erm, susah nie nak cari perempuan suka genre sebegini). Please Click Here For A Virtual Tour of Australian War Memorial.

Kesan lawatan ke Australian War Memorial ini sangat besar bagi saya kerana ia menyebabkan saya glued to the laptop screen watching, "thelighthorseman" (jasa tentera Australia dalam memusnahkan Palestine dalam World War I) dan "gallipoli" (sumbangan tentera Australia dalam memerangi tentera Turki pada 1915). Saya juga turut menonton "saint and soldiers" walaupun ia tidak membabitkan tentera Australia. Saya telah melawat Australain War Memorial banyak kali sebelum ini tetapi tidak pernah berpeluang menghayati ilmu di situ sehinggalah adik-adik Adelaide ini datang. Terima Kasih kepada semua terutamanya Zara yang menyebabkan saya tambah bersemangat untuk membaca apabila melihat kesungguhan dia. Malangnya, saya tidak sempat untuk menonton filem-filem ini dengan Zara walaupun ada merancang, saya hanya berkesempatan menonton filem-filem ini selepas mereka semua telah selamat kembali ke Adelaide.

Nadiah sibuk membodek saya agar memasak, walhal saya for most of the time ghaib dari rumah day and night. Balik-balik tidur je. Saya memberi alasan bahawa saya dah memasak beberapa kali sewaktu di rumahnya di Adelaide dulu. Namun, rengekan dan bodekannya berterusan. Penat kepala fikir, dicelah manalah masa saya boleh memasak untuk mereka, dan akhirnya alhamdulillah saya jumpa peluang untuk goreng meehon for breakfast (which I started cooking at 5.15 pagi) dan masak Vindaloo untuk lunch mereka (saya masak around pukul 1 pagi). Namun saya hanya sempat memasak dan tinggalkan untuk mereka makan, tidak punya kesempatan untuk makan bersama-sama. Tetapi sangat gembira sebab berpeluang juga memasak walaupun peluang berjumpa mereka hanyalah sekejap sepanjang mereka berada di sini. Berhari-hari mereka berjalan-jalan di sini, hanya petang Sabtu iaitu sewaktu di Australian War Memorial sahaja saya sempat bersama mereka. Selebihnya, Aina yang menemani mereka melawat tempat-tempat lain.

Sekejap, tetapi sangat bermakna. Dan saya cuba sedaya upaya menghantar mereka ke Airport untuk bertolak balik ke Adelaide walaupun ramai akhawat Melbourne berada di Canberra sewaktu itu dan session bersama Kak Baie malam itu terpaksa ditunda sedikit kerana memberi peluang saya bersama mereka di airport sampai naik flight ke Adelaide. Tak sampai hati apabila mereka tanya, "akak tunggu kitaorang ke (sampai naik flight)?". Sebenarnya berat hati melepaskan mereka kembali ke Adelaide.

Entah la, saya pun tidak tahu kenapa saya katakan Adelaide memang sangat menarik kerana orang-orangnya. Semua orang yang berada dalam tiga siri penulisan Adelaide saya adalah sangat dekat di hati saya dan memberi kesan yang sangat membekas kepada diri saya apabila menemui mereka.

Jika diizinkan lagi, memang mahu ke Adelaide lagi, bersama orang-orangnya mengutip pengalaman dan belajar tentang kehidupan. Namun harapan itu seolah-olah sangat tipis untuk menjadi kenyataan.

Jaulah Esok

rasa sangat2 tak sedap hati
untuk drive esok
tak tahu kenapa
have been fighting this feeling for a couple of days
so, nk buat mcmana nie?

Thursday, October 1, 2009

Adelaide (Siri 2)

15 dan 16 Ogos 2009:

Sekali lagi saya berkunjung ke Adelaide. Lebih kurang sebulan dari kunjungan yang lepas. Sungguh seronok dengan lawatan dua hari ini walaupun harga tiket sky rocketing:D. Harga tiket Tiger Airways, yang menyediakan penerbangan domestik paling murah di Australia pun mahal kerana saya membeli tiket 3 hari sebelum 'terbang' ke Adelaide. AUD 277, berbeza sekali dengan tiket lawatan ke Adelaide bulan lepas yang hanya berjumlah AUD166. Nak tahu harganya dalam Ringgit Malaysia? Darab dengn 2.8 atau senang darab je dengan 3.

Nie lawatan yang padat dan errrr...

Ketibaan kami kontingen berempat disambut waktu senja Adelaide. Sahabat yang mahu menjemput kami di Airport terperangkap dalam kesesakan jalan raya, traffic jam. Memandangkan saya berpuasa pada hari tersebut, kawan-kawan yang lain mencadangkan agar saya berbuka puasa di Hudson Cafe yang terdapat di Airport.

(Hot Chocolate dan Buku Teks Academik teman berbuka puasa)

Sebentar kemudian meja bertukar menjadi begini...

(terima kasih kepada housemate yang membekalkan saya Ferrero Rocher dan Cadbury banyak-banyak)

selang beberapa minit, ia menjadi begini...


apakah puncanya? kami mendapat tahu bahawa terdapat exam esok pagi hanyalah beberapa minit sebelum menaiki flight. Saya sempat print bahan sebelum naik flight. dan kami berkongsi satu set kertas bahan baca ramai-ramai. seorang baca orang lain dengar. Cuba faham dan hafal sama-sama.

Malam itu, 3 orang kawan saya sangat bersungguh-sungguh membaca bahan, memahamkan dan menghafal. Gambarajah, Peta, Definisi, Ciri, Syarat, Rukun...... Tetapi saya pukul 11 dah masuk bawah selimut. Hanya selepas sekali round je baca semua. Tak larat. Lepas tue, mulala...'jom la tidur, jangan la rajin sgt studi'..huhu..nak study, tp penat. Then saya pun tidur dengan rasa bersalahnya tidak study bersungguh seperti orang lain. "peer pressure" kata Nadia.

Exam yang ditunggu-tunggu memang susah tetapi weekend itu sangat menarik dengan pelbagai hands-on stuff mentally and physically. AM yang agak mencabar, lain dari format program yang biasa dihadiri sebelum ini.

Saya juga dapat bertemu kembali dengan ramai warga Adelaide ex-Ausmat INTEC yang sudah sekian lama tidak ditemui. Keadaan geografi Australia yang luas menyebabkan hampir semua gathering dan program dibuat secara berasingan dengan Adelaide. Lagipun jumlah peserta sudah cukup ramai walaupun gathering dan aktiviti dilakukan secara berasingan. Tetapi weekend ini agak istimewa kerana kami dikumpulkan bersama. Saya juga berkenalan dengan isteri Dr Zaki, Kak Alin pada weekend ini. Beliau membawa anak-anak untuk turut sama ber'akademi' dengan kami. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk berkenalan dengan seorang wanita yang berdiri teguh di belakang perjuangan Dr Zaki.

(Menerima cenderahati dari Kak Nadia sewaktu Majlis Penutup)

Sekali lagi, terima kasih Adelaide atas pengalaman tarbiah dan ukhuwwah yang tidak ternilai.
Jazakallahu khairan kathira

Wednesday, September 30, 2009

Adelaide (Siri 1)

Bismilahirahmanirahim...

"kalo ada kesempatan akak nak je pegi Adelaide dan duduk lama-lama bercuti di situ" ucapku kala melihat mereka sibuk bersiap.

"haaa, apa yang besat kat Adelaide yang kampung tuh, tak de pape pun" jawab salah sorang dari mereka, tidak pasti samaada Noin atau Nadiah.

"Adelaide best kerana orang-orangnya" jawabku, tersenyum. Ini bukan jawapan mengambil hati. Ini jawapan tulus dari hati.


10-15 July 2009:

Saya terbang ke Adelaide berseorangan dari Airport Canberra. Penerbangan ini adalah setelah beberapa jam tiba di Canberra setelah melalui 9 jam perjalanan menaiki bus dari Melbourne. Juga berseorangan.

Saya disambut sangat meriah oleh Kak Didi dan ahli rumahnya terutamanya Aishah, Nadiah dan Ci-ka. Aishah menjadi seperti kembar saya sepanjang di sana, menemani saya melawat pelbagai tempat. Nadiah juga mengikuti saya berjalan-jalan hampir ke semua tempat. Aktiviti yang menarik juga ialah memasak, walaupun di rumah orang, saya terasa agak bebas membeli pelbagai groceries di Woolies dan balik memasak dengan mereka di rumah. Aishah adalah tukang masak yang sangat hebat walaupun baru first year. Dan Kak Didi menghadiahkan saya masakan laksa pada hari terakhir di sana. Oh, sungguh gembira dan saya makan tak henti-henti. Ia sangat bermakna kerana saya tahu betapa sibuknya Kak Didi tetapi sanggup mencari masa untuk memasak khas buat saya. Malam-malam mereka bertiga except saya dan kak didi akan tengok cerita hantu dan mengusik Nadiah yang sangat takutkan hantu. Rumah boleh jadi sangat riuh kerana mengenakan Nadiah.

Saya mendapat jemputan dinner di rumah Kak Nadia dan suami juga. Aishah menemani saya ke sana tetapi bukanlah kami pergi sendiri kerana Kak Nadia dan suami mengambil saya di depan Muzium lantas di bawa ke rumahnya. Malam itu juga diadakan sesi ta'ruf untuk seorang pelajar lelaki dari Sabah dengan senior lelaki Adelaide yang lain. Saya menemui ibu kepada pelajar tersebut di depan Universiti Adelaide dan memperkenalkannya kepada Kak Nadia dan suami untuk melihat-lihat kebajikannya. Malam itu juga berkenalan dengan keluarga pelajar tersebut yang datang beramai-ramai menghantarnya ke Adelaide. Aunt Maimunah dan keluarga yang berasal dari Sabah. Bersungguh juga ajakan, "nanti pergi Sabah, hubungi kami, boleh kami bawa jalan-jalan" sambil memberikan beberapa number telefon. Saya memberitahu mereka saya pernah makan ikan bakar yang sangat sedap pada waktu malam di sebuah pantai di Kota Kinabalu, pantai menghadap Laut Cina Selatan. Lagilah mereka bersungguh mempelawa saya datang ke Sabah lagi. InsyaALLAH jika ALLAH izinkan.

(bersama Zaid dan Hamzah sementara menunggu Kak Nadia memasak dan menghidang di dapur. Berusaha agar si kecil tidak menangis dan menganggu ibunya memasak)

Kak Nadia memasak Nasi Beriani yang sangat sedap beserta dengan kuih muih. Kagum juga dengan kecekapannya memasak terutamanya apabila ada baby kecil yang baru berusia beberapa bulan. Owh ya, Kak Nadia dan suami sedang membuat specialist sekarang dan insyaALLAH akan berada di Adelaide selama beberapa tahun lagi.

"Thuaibah, take your time, nanti siap bagitau kitaorang. kitaorang kat bawah pokok depan rumah Kak Nadia" sms diterima dari Balqis. Kelakar pun ada mengetahui mereka menunggu saya di dalam gelap dan di bawah pokok depan rumah Kak Nadia. Saya tersenyum tanpa memberitahu Kak Nadia bahawa Balkis sudah sampai.

Selepas ikhwah keluar dari rumah dan pulang, Balkis keluar dari pusat persembunyiannya mengejutkan Kak Nadia. Balkis dan Fidzah memberitahu Kak Nadia,"girls night out". Aduhai.. Kak Nadia kata, "pegi lah korang puas-puas nanti tak menyesal bila dah tak jadi girl".

Ke mana mereka bawa saya sebenarnya? Rancangan asalnya Balkis ajak dinner Fish and Chips tetapi memandangkan saya sudah dinner di rumah Kak Nadia, rancangan itu dibatalkan. Lalu Balkis drive ke Vili's pie factory, saya makan pie yang sangat sedap. Makan lagi. Dush~ dah la makan Nasi Beriani rumah Kak Nadia pun dah kekenyangan. Kemuadiannya, destinasi Pantai Glenelg yang sejuk membeku. Mereka promote ice-cream Baskin Robbins tapi malangnya saya tengah batuk. Sejuk-sejuk makan ice-cream satu tabiat pelajar-pelajar yang belajar di negara empat musim saya rasa. Lagi winter makin suka makan ice-cream.

(Glenelg at night with Aishah, Balkis and Fidzah)

Then kami balik rumah, by 10 pm rasanya. Haa...."night out la sangat". Kuar dari rumah Kak Nadia lepas dinner tadi pun dah pukul brapa. Terima Kasih Balkis dan Fidzah~!

Esoknya, seaktu sedang menunggu bus dengan Aishah, saya mendapat panggilan telefon dari Kak Alin, a.k.a. Dr Alin, isteri Doktor Zaki memberitahu tak sempat nak berjumpa dan berkenalan dengan saya. Terkejut pun ada atas kesungguhan beliau menyedari Kak Alin adalah orang tua yang sepatutnya saya yang pergi berkenalan dengan beliau. Rupa-rupanya Kak Nadia yang telah menghubunginya semalam agar singgah di rumah Kak Nadia jika balik awal dari Klinik. Namun, Kak Allin balik lambat dan tidak sempat singgah di rumah Kak Nadia. Beliau sekeluarga sudah dalam perjalanan ke Melbourne sewaktu menelifon saya. "InsyaAllah, ada rezeki kita dapat jumpa" katanya menutup perbualan. Teringin nak kenal dan bertemu dengan beliau kerana selama ini hanya berpeluang kenal Dr Zaki sahaja. Pasangan ini lagi lama tinggal di Adelaide, sudah berbelas tahun.

Saya jalan-jalan menemui banyak tempat menarik dan pemandangan indah. Banyak gambar-gambar cantik yang akan dijadikan kenangan di hari tua. Hari terakhir di Adelaide, Kak Didi mengambil cuti dari masuk Lab untuk membawa saya ke Handof, satu perkampungan German yang agak jauh dari Adelaide City. Tempat yang sangat menarik juga. Terima Kasih Kak Didi.

Terima Kasih semua orang Adelaide dan juga Kak Mas (atas pertemuan yang sangat singkat, taaruf, berjasa dan berpisah) atas sambutan yang sangat hangat. Satu percutian yang akan diingati sepanjang hayat. Moga Allah izinkan lagi pertemuan buat kita di Malaysia nanti.

Monday, September 28, 2009

"mereka bersalah, kenalah tahan"

Assalamualaikum wbt

Saya membaca berita lima tahanan ISA dibebaskan beberapa hari sebelum Aidilfitri, tidak tahu di mana untuk mendapat maklumat 'paling dekat', saya teringat saya pernah tersampai ke satu blog milik isteri salah seorang dari mereka. Tetapi, saya tidak ingat alamat nama blog beliau. Usaha google mencari blog tersebut hampir menemui jalan buntu tatkala tiba-tiba ternampak link blog Cikgu Laila. Ya, inilah blog yang saya cari-cari ! , blog isteri salah seorang dari mereka yang dibebaskan.

Blog ini akhirnya mendapat kunjungan saya hampir setiap hari, menanti berita. Adakah nadanya sama dengan kisah-kisah yang pernah saya baca?

Kenapa saya mencari 'kisah peribadi'?

Maklumat tentang ISA dari sudut perundangan tentunya sudah banyak ditulis di mana-mana, sama ada dari sumber Amnesty International ataupun tulisan-tulisan peguam tempatan. Kisah yang diceritakan sendiri oleh tahanan akan lebih memahamkan kita apa itu ISA, apakah bentuk penderaan dan apakah kesannya kepada tahanan.

Cerita Tahanan

Namun, kisah sebenar dari sudut tahanan ISA agar sukar didapati kerana mereka dikenakan tekanan untuk tidak berbicara secara terbuka kepada awam, atau akan dijemput menjadi tetamu ISA sekali lagi. Malah, kisah-kisah tahanan ISA sebelum tahun 90-an hampir tiada langsung didedahkan di mana-mana. Saya hanya mengetahui tentang sebuah buku bertajuk, 'Universiti Kedua' tulisan Kassim Ahmad sahaja yang menceritakan kisah dalam ISA pada era pra 90an.

Kisah yang tidak dibukukan tetapi disiarkan dalam beberapa media adalah kisah Said Zahari yang ditahan dalam ISA Singapura selama 17 tahun.

Kisah yang banyak membuka minda saya adalah kisah-kisah dari buku, "Suara dari Kamunting", tulisan Saari Sungib, yang juga dikenali sebagai Abu Urwah yang tertera dalam banyak buku yang menjadi silibus Usrah gerakan pelajar Malaysia di seluruh dunia terutamnya pada tahun-tahun 80an dan 90an. Saya mengadap buku ini tanpa mengangkat kepala ketika lawatan singkat ke rumah bapa saudara di Kuala Terengganu beberapa tahun lepas. Saya membacanya dengan laju dan bersungguh-sungguh bagi memastikan saya sempat khatam buku tersebut sebelum meninggalkan rumah beliau. Bapa saudara saya beberapa kali menegur saya dengan mengatakan, "budak-budak tak leh baca buku nie", teguran itu hanya dibuat tidak dengar oleh saya sambil berdoa janganlah buku ini diambil dari tangan saya sebelum sempat saya menghabiskannya.

Selain daripada kisah-kisah yang agak intensif tentang ISA, terdapat juga cebisan-cebisan kisah ISA di blog anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Nik Muhammad Abduh tentang adiknya, Nik Adli yang ditahan dalam ISA, kisah-kisah tahanan reformasi pada era reformasi 1998 termasuklah kisah Anwar Ibrahim sendiri yang sempat berada dalam ISA selama beberapa belas hari.

Kisah Mereka Sama

Kisah tahanan ISA adalah sama, tetapi berbeza jauh dari kisah tahanan penjara biasa yang dihukum atas kesalahan apapun.

Kisah mereka senada membabitkan penderaan mental dan fizikal yang berterusan. Tahanan penjara biasa tidak didera mental dan fizikal secara berterusan sepanjang tempoh penahanan. Ada beberapa perkara yang agak ketara tentang tahanan ISA yang bebeza dari tahanan biasa seperti penderaan fizikal yang dahsyat sehingga boleh menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan yang kekal seperti paru-paru berair, masalah pundi kencing dan sebagainya. Dua jenis masalah ini ada ditulis dalam beberapa tulisan tahanan. Disepak, diterajang dan ditampar sehingga berdarah adalah antara lumrah yang dilalui oleh tahanan ISA sewaktu soal siasat.

Tekanan psikologi yang dahsyat juga dikenakan. Keseriusan tekanan psikologi yang dikenakan telah menyebabkan ramai tahanan menjadi 'kurang akal' apabila keluar dari ISA. Sesetangah tahanan akan didera psikologi dengan memberi tahu bahawa isteri mereka telah curang bersama dengan bukti gambar atau bukti bukti lain kecurangan isteri mereka. Agak sukar untuk tahanan mendapat kesahihan cerita dari isteri sendiri kerana mereka hanya dibenarkan berjumpa beberapa minit dalam setiap pertemuan. Pertemuan bukannya setiap minggu tetapi beberapa minggu sekali dan ia dipisahkan oleh dinding kaca. Lama- kelamaan, cerita kecurangan yang diulang-ulang oleh SB akan dipercayai tahanan. Ramai juga yang akhirnya bercerai. Namun, teknik ini tidak digunakan untuk tahanan yang kuat agamanya, atau wara' kerana SB sendiri tahu isteri-isteri orang sebegini tidak akan curang. Seorang tahanan mengatakan tahanan yang wara' akan didera dengan cara lain yang specifik 'lebih berkesan' untuk golongan-golongan yang berpegang teguh dengan agama. Ini hanyalah secebis dari kisah-kisah penderaan psikologi yang berlaku.

Terdapat juga tahanan yang dikurung berseorangan dalam sel yang sempit di mana di situlah tempat tidur, berehat dan membuang air. Ada tahanan yang dikurang berseorangan dan tidak dibenarkan bertemu banduan lain kerana isterinya gigih berjuang menentang ISA. Sesetengah tahanan ISA juga tidak pernah melihat matahari langsung sepanjang tempoh tahanan. Tidak mendapat sinaran matahari secara berterusan akan mendatangkan kesan kesihatan dan mental yang serius kepada tahanan. Malah, seorang ayah yang menahan anak perempuannya selama berpuluh tahun dalam bilik tanpa matahari telah membina 'matahari tiruan' untuk memastikan kesihatan anaknya tidak terjejas. (Kisah kontroversi di Austria itu boleh di baca di SINI). Tetapi ISA tidak kisah tahanan tidak mendapat cahaya matahari. Tahanan di penjara biasa bebas untuk beriadah di dalam bangunan atau di luar bangunan.

Keluarga dan isteri mangsa tahanan ISA turut menjadi mangsa deraan ISA dengan cara ugutan terhadap kepada keluarga, diekori SB dan diberitakan berita dan maklumat propaganda yang berniat untuk menjatuhkan semangat moral isteri dan keluarga lantas akhirnya menjejaskan semangat moral tahanan. Lawatan ke Kamunting yang semakin berkurangan kerana jatuhnya semangat keluarga, sekatan yang banyak dari pihak berkuasa dan masalah kewangan kerana setiap lawatan memerlukan perbelanjaan yang agak besar tidak dapat tidak akan mejejaskan isteri, anak-anak dan tahanan sendiri.

Apakah kaitan dan relevan teknik-teknik deraan ini dengan kesalahan yang membawa kepada penahanan mereka?

Banyak lagi kisah terperinci mangsa ISA boleh dibaca di laman berikut:

-Tarbiah dari Penjara

Saya agak terkejut dengan bahasa Abu Urwah, bekas Pengerusi Jemaah Islah Malaysia (JIM) dalam tulisan ini. Banyak menggunakan bahasa yang agak kasar dan keras, berbeza dengan tulisan-tulisan beliau di tempat lain terutamanya kala berbicara tentang tarbiah dan penyucian hati.

-Sedikit Nukilan Ezam

-Perjuangan Gigih Seorang Isteri

Ramai tahanan keluar dari ISA terjejas mentalnya kerana bukan semua mereka yang dimasukkan ke ISA tahu selok belok helah ISA, bersedia dan kuat untuk menghadapinya. Saari Sungib mengatakan, hubungan kuat dengan Allah adalah satu-satunya penyelamat kepada masalah mental yang menjadi kesan dominan mangsa ISA.

Penjara Biasa

Penjara biasa juga adalah tempat menahan pesalah. Mereka yang bersalah selepas telah dibicarakan di mahkamah dan diberi peluang membela diri. Menggunakan prinsip undang-undang 'seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah' adalah lebih wajar dan adil. Bicarakan mereka di mahkamah atas segala tuduhan dan kesalahan mereka dan kemudian, penjarakanlah. "Mereka Bersalah Kenalah Tahan", benar mereka patut ditahan tetapi bukan dengan layanan ISA dan teknik deraan ISA. Mereka boleh ditahan dalam satu penjara bernama ISA juga andai nama ini tetap mahu dikekalkan tetapi bukan dengan intipati dan ruh ISA sekarang.

Tahanan penjara biasa tidak akan didera khusus mental dan fizikal mereka walau selama mana pun mereka ditahan dan seteruk manapun kesalahan mereka. Segala kesan komplikasi kesihatan dan masalah mental yang mungkin dihadapi oleh tahanan penjara biasa adalah kesan secara tidak langsung penjara bukan kesan langsung kepada teknik seksaan dan deraan sebagaimana kes tahanan ISA.

Bukan layanan istimewa kepada pesalah, banduan dan tahanan yang dituntut dari pihak berkuasa. Tetapi, keadilan. Mereka yang bersalah, buktikan dan hukumlah. Bagaimana jika mereka yang tidak bersalah langsung ditangkap dan dikurung disitu tanpa sebarang peluang membela diri. Secekap dan sehebat manapun maklumat perisikan kerajaan, sebagai manusia, ianya tetap tidak lari dari kesalahan. Ada tahanan yang tidak bersalah kemudiannya dipaksa dan didera sewaktu siasatan bagi mendapat maklumat yang tidak pernah diketahui dan disimpannya. Ada tahanan mungkin tersalah tangkap, ada individu mungkin sengaja ditahan kerana kepentingan pemimpin tertentu, ada banduan mungkin memang benar bersalah dan membahayakan negara.

Bukan soal ISA boleh dikekalkan tetapi kerajaan hendaklah tidak menyalahgunakannya. Sistem dan struktur ISA sendiri telah memberi peluang yang sangat luas kepada penyalahgunaan kuasa. Sesetengah orang mempertikai, benda baik pun jika disalahguna tetap salah dan buruk juga. Tetapi jika sistem dan stuktur yang ada adalah adil dan sukar untuk disalahgunakan, ia akan mengurangkan/ meminimakan penyalahgunaan kuasa bukannya memberi peluang seluas-luasnya kepada penyalahgunaan kuasa. Sistem yang baik dan adil akan mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Samalah dengan dengan sistem pengawasan peperiksaan yang baik dapat mengurangkan/ menghapuskan penipuan pelajar semasa peperiksaan walaupun pelajar tersebut telah mencuba untuk menyalahgunakan dan menipu sewaktu peperiksaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah membuka peluang yang luas kepada cadangan pemindaan ISA. Saya menyokong pemindaan ISA agar ia menjadi lebih telus dan adil. Sebagai garis panduan kepada pemindaan akta ISA, wajar untuk kita ingat kembali bahawa Allah yang Maha Adil telah memberi garis panduan hukum hakam dan perundangan Islam dimana di dalamnya tiada peruntukan untuk tahanan tanpa bicara. Semua tuduhan dan kesalahan mesti dibuktikan dan dibicarakan. Pemimpin sekarang boleh mengutarakan seribu satu alasan kenapa perlunya 'tahanan tanpa bicara' demi kebaikan negara tercinta tetapi bagaimana dengan syariat, panduan yang Allah telah gariskan?

effort

I was hoping to have a good time together

after the hustle period

take so much of the time, mood and energy

I miss a lot of things

good times together

which seem ages ago

and I wish to catch up

But then ....

Sunday, September 20, 2009

Eid Mubarak 1430H

eid mubarak~
eid al fitr
Taqaballahu minna waminkum.
May He accepts all our good deeds.

~From Down Under~

It's a week which all major assignments (30% + 35% + 15%) and project due. And it's EID FITRI !!!

p/s: pretty confident the hectic and busy life will cost you and those around you. undeniably. but would it be severe?

Saturday, September 12, 2009

Ramadhan Kian Berlalu

Bismillahi rahmanirahim~

Sedar tak sedar, Ramadhan sudah pun berpenghujungnya.
Subhanallah, cepat masa berlalu.

Ramadhan berada di penghujungnya pada saat semester akan berakhir. Semester akan berakhir bermakna banyak ulangkaji yang perlu dibuat dan sangat banyak assignment dan project submission juga. Cabaran yang akan menguji kita untuk sejauh mana bertahan untuk tidak meninggalkan terawikh, untuk tadarus dan juga qiam setiap hari.

Hari ini cabarannya adalah belajar, esok cabarannya mungkin kerja, lusa mungkin cabarannya tanggungjawab pada keluarga. Jika mahu menjadikan alasan cabaran dan kesibukan sebagai sebab untuk tidak menambah amal, maka kita akan sentiasa mempunyai alasan sehingga akhir hayat.

Moga pengakhiran Ramadhan ini dapat dimaksimumkan untuk menambah amal dan bekal.
Mujahadah dalam kesibukan akademik (bagi sesetengah orang) yang sangat menduga. Pasang azam dan tekad untuk menambah amal walaupun kelihatan seperti agak mustahil, insyaAllah Allah permudahkan. Percayalah!

Lantas berdisiplinlah dalam perancangan masa dan bersungguhlah dalam menggerakkan sendi dan tulang, insyaAllah Allah berikan kekuatan. Percayalah!

Yang penting sejauh mana hati kita mahu dan sejauh mana kita sebenarnya rela untuk melakukan ibadah dalam keadaan kesuntukan waktu, tenaga dan psikologi yang dialami. Pohonlah padaNya dengan ikhlas untuk diberikan kekuatan dan kemampuan. Dia berikan. Percayalah!

Ganjaran dari Allah berbeza, antara orang yang beribadah kepadaNya pada masa senang dan lapang dan orang yang beribadah pada masa susah dan sempit. Teringat sepotong ayat dalam Surah Al- Hadid, ayat 10,

"tidak sama orang yang menginfakkan (hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan Mekah. Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menginfakkan (hartanya) dan berperang setelah itu"
Harapnya dapat jadi inspirasi buat mereka yang merasakan banyak cabaran dan susah untuk "berjuang" di akhir Ramadhan ini untuk berusaha menamba amal tanpa menunggu masa lapang dan masa senang pada tahun-tahun hadapan (yang belum tentu juga ada).

"Malam lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan." (Surah Al-Qadr: 3)

Hari-hari terakhir untuk kita lebih bersungguh memohon ampun padaNya, menundukkan hati dan mendekatkan diri padaNya. Peluang untuk berdoa dan mengadu segalanya pada Dia.

"Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredhaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau." (Hadith Riwayat Muslim)

Terdapat satu doa ma'thur yang diajarkan oleh Rasulullah SAW berbunyi, "Ya Allah, Allahumma innaka 'afuwwul karim tuhibbul 'afwa fa'fuanni" yang bermaksud "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku." Elok kita tambahkan lagi doa selepas memohon ampun agar Allah menjaga kita daripada melakukan dosa-dosa dan terus membimbing kita pada masa hadapan. Sukar sebenarnya untuk istiqamah atas kebaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang kurang disenangiNya tanpa pertolongan dan bimbingan dari Allah sendiri ke atas diri kita.

Moga kita keluar dari madrasah Ramadhan dengan dosa yang terampun, rahmat yang menaungi dan hidayah Allah untuk terus menjaga diri dari perkara-perkara yang tidak diredhaiNya pada masa akan datang.

Barakallahi fiikum~
Kullu aam waantum bikhair.

Thursday, August 27, 2009

Sebat: Wajarkah?

Assalamualaikum wbt

Saya rasa jawapan Ust Zaharuddin kepada soalan Tun Dr M mampu menjawab banyak soalan yang turut sama berada dalam kepala kita. Kewajaran Hukuman Sebat kepada Kartika. Moga mampu mengingatkan kembali kepada Ayat Hukum (Al-Qur'an) & Hadith Hukum yang pernah belajar dalam Pendidikan Syariah Islamiah bagi sesiapa yang pernah mengambil subjek ini dan mampu menambah ilmu kepada yang mencari jawapan.


Selain dari itu, pendapat Datuk Seri Najib juga menarik,

Saya sangat bersetuju bahawa rakyat mesti dididik dan kerajaan perlu membantu proses pendidikan itu semaksimum mungkin. Proses untuk mendidik rakyat kepada kesedaran dan pengamalan ajaran agama bukanlah proses yang mudah tanpa usaha bersungguh-sungguh oleh semua pihak. Justeru, penguatkuasaan undang-undang terhadap salah laku masyarakat dalam keadaan lesen maksiat bebas diberikan, bukanlah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah arak dan masalah-masalah sosial yang lain.

Wednesday, August 26, 2009

Dia pun baca Qur'an

"jom baca Qur'an byk2 mcm saya", kata dia.

"Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yg haq dan yang batil......." ( Al-Baqarah 2:185)

My 3rd

3rd ape?
..^_^..
Third demam in winter.

dgn beberapa simptom baru
lain dr the 1st n 2nd.

My 3rd started on Friday (21 August 2009).
But, now I am recovering.

My 1st (9 July 2009-14 July 2009)
My 2nd (21 July 2009-03 August 2009)
6 August 2009: Taking Vaccination

Terima Kasih kepada yang tahu lalu prihatin,
dan ada yang jadi sangat caring (sampai -.t.a.k.o.t-):D

Ada yang tahu, dan hanya tahu.

Minta maaf kepada yang saya sepi kan diri, out of reach by hp and YM.
Terasa sukar utk memahamkan betapa sy tidak sihat dan tidak mampu.

p/s: ujian awal Ramadhan, sedih tp tabahkan hati.

Wednesday, August 12, 2009

A Moment To Appreciate and Being Appreciated

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah, turning 22 years old ^_^.
I know this post is quite late, as today is 19 August already. But, I want to express my million thanks to all.

Of Celebration


one of the four cakes, this is a choc mousse actually

"thuaibah, could you see the initial "t" and all the meaningful symbols decorated?"

Terima Kasih kepada Safuraa untuk choc mousse ini. Saya rasa bersalah sebenarnya kerana beberapa minggu sebelumnya dia telah indirectly bertanya tentang ciri-ciri kek kegemaran saya, maka saya pun mulalah melontarkan ciri-ciri khayalan saya tanpa mensyaki apa-apa, tanpa sebarang niat untuk memakannya dalam tempoh setahun ini. Dan akhirnya, kek yang memerlukan extra efford ini menjadi kenyataan. Kek yang lain dari yang biasa dibuatnya. Rasa Bersalah kerana menyusahkan, Terkejut dan Terharu!

Jazakillah to Nadia yang membuat kek coklat juga, siap 2 tingkat lagi! Lagi terasa dia sangat bersungguh memandangkan weekend itu penuh dengan beberapa program untuk 1st, 2nd and 3rd year lantas menjadikan kami extra sibuk. But, she managed to curi-curi buat kek.

Finally, the 3rd and 4th cake came from the efford of 1st year. Thanks! Beria saya masak ayam percik untuk Ili yang kempunan ayam percik dan at the same time dia and the geng membuat apple cake. Nice~

Thanks to all yang hadir pada malam tersebut, ramai dan meriah. Sampai nak ambil gambar kene susun baik-baik tiga baris baru muat gambar.


Cadbury

Keje Aina, Ili and Jehan. Dah lama tak terima Cadbury as gift. ^_^. Thanks.

Not in the Boycott list anymore .^_^.


Halen

"It's your birthday on Monday, isn't it?"

"yes". smile.

"so, tell me what do you want?"

.smile.

"would you like to go to ANU bar with me?"

"hurm, it's interesting." big smile. "have you been there?".

"no"

"erm"

"what's about going out watching movie?"

.smile.

"owh, tell me, may be we can go out somewhere"

A conversation with housemate a couple of days before 10 Ogos. Ajak ke ANU bar? tempat yang saya tak pernah jejak dan tidak berminat untuk menjejakinya. Ajak tengok movie? Both in Malaysia and here I have never been in any cinema or any kind of places for watching movie. But, just smile as she was so excited to entertain me.

Ada sesuatu yang menarik apabila dia mengajak ke bar memandangkan dia sendiri adalah bukan peminat bar, sepanjang mengenalinya, saya rasa dia tidak pernah ke bar apatah lagi mabuk. Tetapi, itulah budaya bangsa di sini. Mengajak orang ke bar dan meraikannya di sana adalah satu penghormatan yang besar dan cara yang bagus untuk meraikan, menggembirakan seseorang. Itulah caranya.

Then, finally, as I came back from Adelaide, she knocked my bedroom.

AND

"Happy Belated Birthday"

a classic, unique necklace

Dari mana Halen dapat idea nak beri necklace saya tidak tahu. Yang pastinya saya terkejut sambil ligat kepala berfikir, "nak ke mana la nak pakai bnda nie?". She said, "i think you like the calour". smile. Memandangkan sewaktu itu saya sedang bersiap ke kelas, dia terus sarungkan ke leher saya. Saya memakainya ke kelas (of course dalam tudung!). Labuh rantainya dan terasa berat dada! Apapun, terima kasih Halen! Rantai ini akan saya bawa balik ke Malaysia sebagai salah satu kenangan persahabatan di bumi Canberra.

Reading Poetry?


My bedroom sometimes is a public place, especially when usrah, daurah, katibah dan qiam jamai'e are being held in this house. So, a few already had a frowning eyebrow when looking at this book on my table.

"poetry?"
"akak baca?"
"eh, saya rasa nie mesti ada orang bagi hadiah".

tepat semuanya. I never own any kind of poetry book before. Thanks for the surprise gift!

This poetry book and classic necklace indeed a real surprise. While Cadburry, Chocolates Cakes and Mousse are already my old addiction.


Dari Masa Lalu ke Masa Depan

Sesuatu yang tidak dapat kita lari ialah usia yang semakin meningkat. Usia yang kita mempunyai pilihan untuk menjadikan umur kita adalah umur yang bermanfaat atau umur yang sia-sia.

Pada usia dua puluhan ini adalah usia yang telah melalui satu fasa masa lalu dan sedang menuju fasa masa depan. Fasa yang lalu adalah usia muda remaja, zaman sekolah yang ramainya melaluinya dengan cara yang baik, suci dan bersih tanpa banyak noda-noda dosa. Banyak faktornya seperti belum terdedah kepada dunia sebenar yang penuh cabaran, peraturan sekolah yang ketat dan banyak masa dihabiskan di sekolah, rumah dan belajar menjadikan seseorang itu belum benar-benar teruji dari segi ilmu, iman dan amalnya.

Namun, fasa selepas meninggalkan alam persekolahan adalah fasa yang meletakkan diri seseorang sepenuhnya pada pertanggungjawaban diri sendiri. Tanpa peraturan, pengawasan dan kawalan. Bebas melakukan perkara kebaikan dan keburukan. Mencorakkan diri sendiri dari fitrah yang baik kepada jalan-jalan pilihan hati yang elok dan sebaliknya.


"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)" (91:9-10)

Jalan-jalan pilihan hati pada usia 20-an ini akan menentukan definisi berjaya seseorang pada masa depan, di usia 40-an, 60-an dan juga di alam akhirat nanti. Berjaya yang boleh didefinisikan mengikut definisi Al-Qur'an atau definisi dunia.

Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat, akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia) dan dia tidak mendapat bahagian di akhirat”

(Surah al-Syura; 20)

Seseorang yang mencari kejayaan akhirat dan redha Allah, Allah menjanjikan kejayaan berganda untuknya, manakala Allah menawarkan hanya kejayaan dunia tanpa secebis kejayaan akhirat kepada mereka yang mencari dunia semata-mata.

Bagaimana Berjaya Itu?

Tidak susah untuk berjaya dan memanfaatkan usia muda dengan baik, kita hanya perlu melakukan kebaikan dan istiqamah pada kebaikan. Betulkah tidak susah?

“Sesungguhnya usia mudamu akan pergi meninggalkan kamu. Andai kamu tidak mengekalkan diri dalam lingkungan Halal, maka usia muda bukan sahaja akan hilang nikmat kebahagiaannya, malah ia akan menganugerahkan kamu kebinasaan dan penderitaan dalam kehidupan dunia ini, di alam kubur dan di Akhirat sana. Namun dengan Tarbiyah Islam, engkau pasti akan membelanjakan usia mudamu dalam syukur dan penuh kemuliaan, dengan kebajikan dan ketaatan, dan semua itu akan berterusan hingga kamu mencapai kemudaan yang abadi di Sana nanti..”

(Badiuzzaman Said al-Nursi)

Indah sekali! Usia muda sekarang yang tidak kekal, tetapi usia muda di syurga kekal. Usia muda di syurga atas ganjaran kesungguhan kita mengerjakan kebaikan pada usia-usia di dunia.

Satu titipan untuk jiwa-jiwa muda yang mahu berusaha untuk membaiki diri dan ummat ini, bekalan untuk menjadi jiwa-jiwa yang kuat.

“Ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia benci sesuatu yang remeh. Ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia benci kehinaan. Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung, nescaya ia bencikan kelazatan kecil yang sementara..”

(Abdul Wahab Azzam)


Moga kita dapat sama-sama manfaatkan usia yang muda untuk mencari ilmu, pengalaman sebagai bekal amal sekarang dan juga masa depan.

Jazakallahu khairan kathira to everyone. Luv u Fillah. Doakan saya dikurniakan usia yang berkat walaupun singkat.

WaAllahu a'lam.

Thursday, August 6, 2009

Tarbiah Dzatiah

Bismillahirahmanirahim..

"kenapa amal, dakwah dan pengorbanan para sahabat berbeza walaupun mendapat guru yang sama, iaitu Rasulullah SAW?"

Tarbiah Dzatiah

Tarbiah adalah proses pendidikan. Pendidikan untuk mendidik dan mengubah diri menjadi lebih baik. Tarbiah Dzatiah secara specifiknya didefinisikan sebagai

"tarbiah seseorang terhadap diri sendiri dengan dirinya sendiri"

Tarbiah Dzatiah adalah salah satu dari 3 jenis tarbiah yang terdiri daripada

1) tarbiah dzatiah
2) tarbiah fardhiah
3) tarbiah jam'iah.

Tarbiah Fardhiah didefinisikan sebagai proses pendidikan individu dengan cara one to one approach. Seseorang secara spesifiknya dibimbing dan dididik oleh seseorang yang lain.

Tarbiah Jam'iah adalah proses pendidikan melalui program-program umum seperti seminar, ceramah dan sebagainya.

Tarbiah Dzatiah Mempunyai Kesan Paling Besar Terhadap Pembaikan Individu

Kenapa? Faktor utama adalah kerana ia adalah dari dalam diri, kehendak yang tinggi dalam seseorang individu untuk mendidik dan memperbaiki diri sendiri. Tentunya, tolakan dari dalam diri ini lebih kuat berbanding tolakan yang boleh dilakukan oleh naqibah, sahabat seusrah mahupun seorang ustaz/murabbi yang berwibawa.

Kenapa kita mesti mentarbiah diri sendiri? (Tarbiah Dzatiah)

1) Menjaga diri mesti didahulukan daripada menjaga orang lain.

"Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu....." (66:6)

2) Kitalah orang yang paling utama perlu mentarbiah diri sendiri. Jika bukan kita yang mahu mendidik diri sendiri, maka siapa lagi yang diharapkan?

"(Ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan kamu pada hari berhimpun, itulah hari pengungapan kesalahan-kesalahan. Dan barang siapa beriman kepada Allah dan mengerjakan kebajikan nescaya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung" (64:9)

Jika kita tidak mentarbiah diri, siapa akan mentarbiah kita?

3) Hisab di akhirat adalah bersifat individual.

" Dan setiap orang dari mereka akan datang kepada Allah sendiri-sendiri pada hari kiamat"(19:95)

"Dan setiap manusia telah kami kalungkan (catatan) amal perbuatannya dilehernya. Dan pada hari Kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini adalah penghitung atas dirimu " (17: 13-14)

4) Tarbiah dzatiah lebih mampu menggandakan perubahan.

5) Tarbiah dzatiah adalah saranan thabat dan istiqamah!

" Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang ggugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak sedikit pun mengubah (janjinya)" 33:23

6) Saranan dakwah yang paling kuat melalui qudwah. Qudwah yang menjadi tarbiah kepada orang lain. Qudwah seseorang yang bersungguh-sungguh memperbaiki diri akan mendorong orang2 disekelilingnya untuk turut memperbaiki diri dari segi iman, ilmu dan akhlak.

7) Dibandingkan dengan orang yang hanya mempunyai tarbiah fardhiah dan jam'iah sahaja, orang yang mempunyai tarbiah dzatiah akan lebih kuat kesannya kepada iman, ilmu dan akhlaknya.

8) Orang-orang yang tidak berada dalam sistem usrah pun mampu mengubah diri mereka ke arah yang lebih baik apabila mereka mempunyai kesedaran dan semangat tarbiah dazatiah! self education for self improvement!

9) Tarbiah Dzatiah lebih senang diaplikasi, dengan wasilah yang pelbagai, dan pada bila-bila masa!

Kesimpulannya, tarbiah dzatiah seseorang individu akan membezakannya dari individu yang lain walhal mereka dididik oleh guru yang sama.

Adaptasi dan pengolahan dari karya Abdullah bin Abdul Aziz Al-Aidan

Tuesday, July 28, 2009

Winter, Cold, Cough and Flu

sape yang tak agree dgn statement ini?

again and again, for the third time...this period comes, and painfully i have to go through all these again. Two times fever-related symptoms in a month and the last one is still not recovered. Almost two weeks already. Saya penat.. I am tired with lots of pills too.

"tanda Allah sayang" bicara ibu.
"moga menjadi kifarah dosa, moga lebih dekat dgnNya" tuturnya lagi.

It's the second week of my final semester already, I want to study but it seems that my body really need extremely long hours of sleep. Sadly, I still could not focus when I awake.

Sunday, July 26, 2009

Ughur

Assalamualaikum wbt

Pertama kali memasuki restoran Cina Ughur di tengah-tengah bandar Sydney, saya agak tertanya-tanya 'siapakah' pemilik restoran ini.

Restoran yang agak established, kemas, bersih, cantik dan dikunjungi ramai ini menyebabkan saya terfikir atas dorongan apakah pemilik kedai ini memilih untuk membuka sebuah restoran yang menyediakan hidangan halal sepenuhnya. Kuat... Ya, mesti kuat iman untuk membuat keputusan ini. Mesti kuat modal juga kerana berdasarkan lokasi dan bangunannya, ia tidak akan tertubuh tanpa beratus ribu AUD sebagai modal. Saya kagum kerana tanpa memahami fikrah Islam dengan baik pemilik kedai ini tidak akan ada kekuatan untuk melakukannya di bumi asing yang hampir semua kaum Cina bukan beragama Islam dan juga kaum-kaum lain majoritinya bukan beragama Islam. Silap-silap boleh gulung tikar.

Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, dengan tarikan masakannya yang sedap, restoran tersebut penuh dengan pelanggan pada petang Jumaat itu. Dan dalam ramai-ramai pelanggan tersebut, rasanya hanya kami yang beragama Islam!.

"mengusahakan restoran makanan halal sebenarnya sangat menguntungkan dari sudut pasaran kerana ia boleh menarik pelanggan Islam dan juga bukan Islam"

Imej sesebuah restoran sangat penting sebenarnya, kerana ada restoran yang menjual makanan halal tetapi premisnya bukanlah premis dengan imej yang boleh menarik golongan berpendapatan tinggi dan sederhana. Lantas menjadikannya hanya tumpuan minoriti Islam yang rata-ratanya berpendapatan sederhana. Keadaan ini menyebabkan mereka akhirnya terpaksa gulung tikar. 'Market' di sini, jika ingin kekal lama, mesti mampu menarik pelanggan bukan Islam berganda-ganda lebih ramai daripada orang Islam. Menarik pelanggan bukan Islam memerlukan resoran-restoran ini untuk meningkatkan mutu masakan, perkhidmatan dan juga imej premis.

Sewaktu sedang menikmati lamb dishes dari pinggan besar lauk di tengah meja, ada yang memberi komen bahawa kedai sebelah lagi lembut lamb nya. Lagi lembutkah? Yang ini pun sudah cukup lembut bagi saya. Komen dari 'orang jati' Sydney mengatakan restoran ini dan juga restoran sebelah specialty nya adalah masakan berasaskan lamb. Memang tidak mampu dinafikan, ianya sangat-sangat sedap!. Malah ada satu hidangan lamb sahaja yg berharga AUD80 untuk satu dish tidak termasuk nasi or noodle.

Sungguh, dinner petang Jumaat itu adalah antara dinner paling sedap pernah saya nikmati di restoran. Petang jumaat sejurus sebelum sesi kecil bersama Dr Zainur Rashid. Dan esoknya, petang Sabtu, saya melakukan kunjungan ke restoran sebelahnya pula untuk late lunch. Sangat bersungguh-sungguh kerana saya dan Nadia (kali ini hanya berdua) berjalan kaki selama hampir 2 jam dari Sydney Jewish Museum untuk sampai ke restoran tersebut.

Keadaan agak lengang ketika kami memasuki restoran tersebut kerana jam sudah menunjukkan pukul 3.15 petang. Sudah tamat dari kesibukan lunch time. Sebaik sahaja memasuki restoran tersebut, saya melihat pelayan di kaunter sedang membaca sebuah kitab yang tertulis di depannya Holy Quran. Am I missing something? Adakah saya telah terlepas kisah sejarah akan kekuatan Muslim China? Melihat kepada hiasan di dinding yang dihiasi dengan manuskrip Arab berserta tulisan Cina, saya makin yakin bahawa tanpa kefahaman Islam yang baik mereka tidak akan berada di sini untuk menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah untuk menyediakan alternatif makanan halal di bumi yang makanan halalnya bukan sesenang di Malaysia.

Tatkala keluar dari bangunan itu, saya terpandang sekali lagi label "Ughur". Perkataan ini kerap bermain-main di kepala sehinggalah keesokan harinya barulah teringat kenapa nama perkataan ini seolah-olah mengingatkan akan sesuatu. Teringat akan laporan berita awal bulan ini tentang kematian beratus-ratus orang dalam pertempuran di wilayah Xinjiang. Beribu-ribu juga cedera yang akhirnya membuatkan ia menjadi satu international issue.

Lantas satu per satu fakta yang pernah saya baca kembali berlegar-legar di fikiran.

Ughur is one of the ethnics in China.
Muslim ethnic indeed.
From Xinjiang.
Xinjiang is an occupied land.
China has invaded Eastern Turkistan in 1759 and incorporated it into China.



Sekarang, baru tidak tertanya-tanya dari manakah Chinese Muslim ini datang sampai tertegaknya dua buah restoran yang popular ini. Jujurnya, saya tidak pernah makan di mana-mana restoran Cina di Malaysia. Sebab utama adalah kerana saya sangat2 berhati-hati dengan status halal walaupun mereka mungkin mendakwa mereka menjual makanan halal. Jadi, ini adalah pengalaman pertama berada di dalam satu restoran yang dimiliki oleh Chinese Muslim dan menjual makanan halal sepenuhnya dengan meletakkan label dan certificate halal dengan jelas.
Ethnically, the Uighurs are a Turkic people, their language being part of the larger Altaic family. Since their adoption of Islam in the 10th century, during the reign of the Karakhanid kings, the Uighurs used Arabic script until the Chinese forced them to adopt a new Latin-based alphabet. Eventually, the Uighurs were allowed, in one of the Chinese government’s parsimonious concessions to their “national” minorities, to return to their Arabic script in 1983. (Islamonline)

Kisah restoran ini membawa saya kepada kekhusyukan yang baru untuk menggeledah maklumat akan keadaan saudara seIslam kita di China. Terpegun kala mengetahui bahawa Ughur was an Empire for more than 100 years. Kefahaman dan pengamalan Islam mereka juga agak kuat selama beratus-ratus tahun sehingga kini. Banyak sumber mengatakan, faktor agama adalah faktor utama kepada tekanan dan sekatan yang mereka hadapi sekarang. Walau bagaimanapun, polisi kerajaan regim Komunis China selama berdekad-dekad adalah suppression of information to outside world menyebabkan masyarakat dunia mengetahui amat sedikit tentang nasib mereka di sana. Kisah pertempuran dengan pihak berkuasa dan "kehilangan" kaum ini bukan kisah baru, tetapi saya baru mengetahuinya apabila media melaporkan dengan meluas incident terbaru pada awal Julai yang lepas.

WaAllahu a'lam.

Some Additional Info about Ughur:

Muslim in Ughur: An Introduction

East Turkistan: China’s Forgotten Muslims

IluvIslam on Uighur

Xinjiang Muslims' Struggle for Freedom By Politics in Depth Team


Brief Dialogue on Our Brothers and Sisters in Uighur