Saya membaca berita lima tahanan ISA dibebaskan beberapa hari sebelum Aidilfitri, tidak tahu di mana untuk mendapat maklumat 'paling dekat', saya teringat saya pernah tersampai ke satu blog milik isteri salah seorang dari mereka. Tetapi, saya tidak ingat alamat nama blog beliau. Usaha google mencari blog tersebut hampir menemui jalan buntu tatkala tiba-tiba ternampak link blog Cikgu Laila. Ya, inilah blog yang saya cari-cari ! , blog isteri salah seorang dari mereka yang dibebaskan.
Blog ini akhirnya mendapat kunjungan saya hampir setiap hari, menanti berita. Adakah nadanya sama dengan kisah-kisah yang pernah saya baca?
Kenapa saya mencari 'kisah peribadi'?
Maklumat tentang ISA dari sudut perundangan tentunya sudah banyak ditulis di mana-mana, sama ada dari sumber Amnesty International ataupun tulisan-tulisan peguam tempatan. Kisah yang diceritakan sendiri oleh tahanan akan lebih memahamkan kita apa itu ISA, apakah bentuk penderaan dan apakah kesannya kepada tahanan.
Cerita Tahanan
Namun, kisah sebenar dari sudut tahanan ISA agar sukar didapati kerana mereka dikenakan tekanan untuk tidak berbicara secara terbuka kepada awam, atau akan dijemput menjadi tetamu ISA sekali lagi. Malah, kisah-kisah tahanan ISA sebelum tahun 90-an hampir tiada langsung didedahkan di mana-mana. Saya hanya mengetahui tentang sebuah buku bertajuk, 'Universiti Kedua' tulisan Kassim Ahmad sahaja yang menceritakan kisah dalam ISA pada era pra 90an.
Kisah yang tidak dibukukan tetapi disiarkan dalam beberapa media adalah kisah Said Zahari yang ditahan dalam ISA Singapura selama 17 tahun.
Kisah yang banyak membuka minda saya adalah kisah-kisah dari buku, "Suara dari Kamunting", tulisan Saari Sungib, yang juga dikenali sebagai Abu Urwah yang tertera dalam banyak buku yang menjadi silibus Usrah gerakan pelajar Malaysia di seluruh dunia terutamnya pada tahun-tahun 80an dan 90an. Saya mengadap buku ini tanpa mengangkat kepala ketika lawatan singkat ke rumah bapa saudara di Kuala Terengganu beberapa tahun lepas. Saya membacanya dengan laju dan bersungguh-sungguh bagi memastikan saya sempat khatam buku tersebut sebelum meninggalkan rumah beliau. Bapa saudara saya beberapa kali menegur saya dengan mengatakan, "budak-budak tak leh baca buku nie", teguran itu hanya dibuat tidak dengar oleh saya sambil berdoa janganlah buku ini diambil dari tangan saya sebelum sempat saya menghabiskannya.
Selain daripada kisah-kisah yang agak intensif tentang ISA, terdapat juga cebisan-cebisan kisah ISA di blog anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Nik Muhammad Abduh tentang adiknya, Nik Adli yang ditahan dalam ISA, kisah-kisah tahanan reformasi pada era reformasi 1998 termasuklah kisah Anwar Ibrahim sendiri yang sempat berada dalam ISA selama beberapa belas hari.

Kisah Mereka Sama
Kisah tahanan ISA adalah sama, tetapi berbeza jauh dari kisah tahanan penjara biasa yang dihukum atas kesalahan apapun.
Kisah mereka senada membabitkan penderaan mental dan fizikal yang berterusan. Tahanan penjara biasa tidak didera mental dan fizikal secara berterusan sepanjang tempoh penahanan. Ada beberapa perkara yang agak ketara tentang tahanan ISA yang bebeza dari tahanan biasa seperti penderaan fizikal yang dahsyat sehingga boleh menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan yang kekal seperti paru-paru berair, masalah pundi kencing dan sebagainya. Dua jenis masalah ini ada ditulis dalam beberapa tulisan tahanan. Disepak, diterajang dan ditampar sehingga berdarah adalah antara lumrah yang dilalui oleh tahanan ISA sewaktu soal siasat.
Tekanan psikologi yang dahsyat juga dikenakan. Keseriusan tekanan psikologi yang dikenakan telah menyebabkan ramai tahanan menjadi 'kurang akal' apabila keluar dari ISA. Sesetangah tahanan akan didera psikologi dengan memberi tahu bahawa isteri mereka telah curang bersama dengan bukti gambar atau bukti bukti lain kecurangan isteri mereka. Agak sukar untuk tahanan mendapat kesahihan cerita dari isteri sendiri kerana mereka hanya dibenarkan berjumpa beberapa minit dalam setiap pertemuan. Pertemuan bukannya setiap minggu tetapi beberapa minggu sekali dan ia dipisahkan oleh dinding kaca. Lama- kelamaan, cerita kecurangan yang diulang-ulang oleh SB akan dipercayai tahanan. Ramai juga yang akhirnya bercerai. Namun, teknik ini tidak digunakan untuk tahanan yang kuat agamanya, atau wara' kerana SB sendiri tahu isteri-isteri orang sebegini tidak akan curang. Seorang tahanan mengatakan tahanan yang wara' akan didera dengan cara lain yang specifik 'lebih berkesan' untuk golongan-golongan yang berpegang teguh dengan agama. Ini hanyalah secebis dari kisah-kisah penderaan psikologi yang berlaku.
Terdapat juga tahanan yang dikurung berseorangan dalam sel yang sempit di mana di situlah tempat tidur, berehat dan membuang air. Ada tahanan yang dikurang berseorangan dan tidak dibenarkan bertemu banduan lain kerana isterinya gigih berjuang menentang ISA. Sesetengah tahanan ISA juga tidak pernah melihat matahari langsung sepanjang tempoh tahanan. Tidak mendapat sinaran matahari secara berterusan akan mendatangkan kesan kesihatan dan mental yang serius kepada tahanan. Malah, seorang ayah yang menahan anak perempuannya selama berpuluh tahun dalam bilik tanpa matahari telah membina 'matahari tiruan' untuk memastikan kesihatan anaknya tidak terjejas. (Kisah kontroversi di Austria itu boleh di baca di SINI). Tetapi ISA tidak kisah tahanan tidak mendapat cahaya matahari. Tahanan di penjara biasa bebas untuk beriadah di dalam bangunan atau di luar bangunan.
Keluarga dan isteri mangsa tahanan ISA turut menjadi mangsa deraan ISA dengan cara ugutan terhadap kepada keluarga, diekori SB dan diberitakan berita dan maklumat propaganda yang berniat untuk menjatuhkan semangat moral isteri dan keluarga lantas akhirnya menjejaskan semangat moral tahanan. Lawatan ke Kamunting yang semakin berkurangan kerana jatuhnya semangat keluarga, sekatan yang banyak dari pihak berkuasa dan masalah kewangan kerana setiap lawatan memerlukan perbelanjaan yang agak besar tidak dapat tidak akan mejejaskan isteri, anak-anak dan tahanan sendiri.
Apakah kaitan dan relevan teknik-teknik deraan ini dengan kesalahan yang membawa kepada penahanan mereka?
Banyak lagi kisah terperinci mangsa ISA boleh dibaca di laman berikut:
-Tarbiah dari Penjara
Saya agak terkejut dengan bahasa Abu Urwah, bekas Pengerusi Jemaah Islah Malaysia (JIM) dalam tulisan ini. Banyak menggunakan bahasa yang agak kasar dan keras, berbeza dengan tulisan-tulisan beliau di tempat lain terutamanya kala berbicara tentang tarbiah dan penyucian hati.
-Sedikit Nukilan Ezam
-Perjuangan Gigih Seorang Isteri
Ramai tahanan keluar dari ISA terjejas mentalnya kerana bukan semua mereka yang dimasukkan ke ISA tahu selok belok helah ISA, bersedia dan kuat untuk menghadapinya. Saari Sungib mengatakan, hubungan kuat dengan Allah adalah satu-satunya penyelamat kepada masalah mental yang menjadi kesan dominan mangsa ISA.
Penjara Biasa
Penjara biasa juga adalah tempat menahan pesalah. Mereka yang bersalah selepas telah dibicarakan di mahkamah dan diberi peluang membela diri. Menggunakan prinsip undang-undang 'seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah' adalah lebih wajar dan adil. Bicarakan mereka di mahkamah atas segala tuduhan dan kesalahan mereka dan kemudian, penjarakanlah. "Mereka Bersalah Kenalah Tahan", benar mereka patut ditahan tetapi bukan dengan layanan ISA dan teknik deraan ISA. Mereka boleh ditahan dalam satu penjara bernama ISA juga andai nama ini tetap mahu dikekalkan tetapi bukan dengan intipati dan ruh ISA sekarang.
Tahanan penjara biasa tidak akan didera khusus mental dan fizikal mereka walau selama mana pun mereka ditahan dan seteruk manapun kesalahan mereka. Segala kesan komplikasi kesihatan dan masalah mental yang mungkin dihadapi oleh tahanan penjara biasa adalah kesan secara tidak langsung penjara bukan kesan langsung kepada teknik seksaan dan deraan sebagaimana kes tahanan ISA.
Bukan layanan istimewa kepada pesalah, banduan dan tahanan yang dituntut dari pihak berkuasa. Tetapi, keadilan. Mereka yang bersalah, buktikan dan hukumlah. Bagaimana jika mereka yang tidak bersalah langsung ditangkap dan dikurung disitu tanpa sebarang peluang membela diri. Secekap dan sehebat manapun maklumat perisikan kerajaan, sebagai manusia, ianya tetap tidak lari dari kesalahan. Ada tahanan yang tidak bersalah kemudiannya dipaksa dan didera sewaktu siasatan bagi mendapat maklumat yang tidak pernah diketahui dan disimpannya. Ada tahanan mungkin tersalah tangkap, ada individu mungkin sengaja ditahan kerana kepentingan pemimpin tertentu, ada banduan mungkin memang benar bersalah dan membahayakan negara.
Bukan soal ISA boleh dikekalkan tetapi kerajaan hendaklah tidak menyalahgunakannya. Sistem dan struktur ISA sendiri telah memberi peluang yang sangat luas kepada penyalahgunaan kuasa. Sesetengah orang mempertikai, benda baik pun jika disalahguna tetap salah dan buruk juga. Tetapi jika sistem dan stuktur yang ada adalah adil dan sukar untuk disalahgunakan, ia akan mengurangkan/ meminimakan penyalahgunaan kuasa bukannya memberi peluang seluas-luasnya kepada penyalahgunaan kuasa. Sistem yang baik dan adil akan mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Samalah dengan dengan sistem pengawasan peperiksaan yang baik dapat mengurangkan/ menghapuskan penipuan pelajar semasa peperiksaan walaupun pelajar tersebut telah mencuba untuk menyalahgunakan dan menipu sewaktu peperiksaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah membuka peluang yang luas kepada cadangan pemindaan ISA. Saya menyokong pemindaan ISA agar ia menjadi lebih telus dan adil. Sebagai garis panduan kepada pemindaan akta ISA, wajar untuk kita ingat kembali bahawa Allah yang Maha Adil telah memberi garis panduan hukum hakam dan perundangan Islam dimana di dalamnya tiada peruntukan untuk tahanan tanpa bicara. Semua tuduhan dan kesalahan mesti dibuktikan dan dibicarakan. Pemimpin sekarang boleh mengutarakan seribu satu alasan kenapa perlunya 'tahanan tanpa bicara' demi kebaikan negara tercinta tetapi bagaimana dengan syariat, panduan yang Allah telah gariskan?

No comments:
Post a Comment