Saturday, March 19, 2011

Jiwa yang Kaya

"kekayaan sebenar itu adalah kekayaan jiwa, jiwa yang merasa penuh dan cukup" Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Nikmat kekayaan jiwa adalah nikmat yang amat besar dalam kehidupan manusia. Indikasi terbesar kekayaan jiwa, adalah rasa cukup, tenang, bahagia dan sentiasa mahu memberi. Tahap ketenangan, rasa cukup, bahagia dan mahu memberi itu berbeza-beza bergantung kepada hubungan kita dengan Allah dan amal ibadah kita. Setiap manusia yang tahu erti kaya jiwa akan sentiasa berusaha untuk menambahkan ketenangan jiwanya. Satu proses yang memerlukan mujahadah akhlaq, penambahan ilmu dan menjaga hubungan dengan Allah. Isteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Sabariah dalam biografinya, "Bidadari dari Timur" menukilkan, "seorang perempuan pondok yang bersolat lima waktu mungkin lebih bahagia daripada permaisuri yang dikelilingi dayang-dayang dan emas permata"

Kehebatan orang yang mempunyai kekayaan jiwa tidak dapat ditandingi oleh mana-mana jenis kekayaan yang lain. Tuan Guru Nik Abdul Aziz selalu bercakap tentang penyakit manusia moden hari ini yang sangat mengejar kekayaan materialistik sehingga tahap iri hati dengan pendapatan adik beradik dan suami/isteri sendiri. Penyakit hati ini mendorong tindakan tidak mahu memberi, sentiasa mengharapkan duit/harta orang lain dan tidak gembira dengan kesenangan orang lain. Sedangkan orang yang sebenar-benar kaya adalah orang yang sentiasa mahu memberi, walaupun kepada orang yang lebih tinggi pendapatan darinya.

Contoh yang mudah ialah, apabila dua orang sahabat keluar makan, siapakan antara keduanya yang mengharapkan sahabat seorang lagi akan membelanjanya dan siapakah yang dalam hatinya berniat untuk membelanja makan rakannya?. Apabila menggunakan kereta suami/isteri/ adik beradik/rakan, berniatkan kita untuk mengisi kembali minyak kereta tersebut dengan kuantiti yang lebih banyak dari yang kita gunakan?. Mahukah kita menjadi orang yang sentiasa dilihat oleh Allah atas kekayaan hatinya?

Syabas JAKIM

51 Syarikat Digantung Sijil Pengesahan Halal

PUTRAJAYA: Sebanyak 51 syarikat digantung Sijil Pengesahan Halal (SPH) mereka kerana melakukan pelbagai kesalahan melanggar piawaian halal Malaysia bagi tahun 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak enam syarikat telah ditarik balik taraf SPH oleh panel pengesahan halal dan tidak dibenarkan menggunakan logo halal.

Bagaimanapun katanya 23 syarikat lagi telah dikembalikan SPH selepas panel pengesahah halal berpuas hati dengan tindakan pembetulan syarikat terbabit sebagaimana diarahkan manakala 22 syarikat lagi masih dalam tindakan pembetulan.

"Rekod tersebut merupakan hasil 1,384 pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di seluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,077 bagi kategori produk makanan, 267 premis makanan di hotel dan restoran, 38 rumah sembelih dan dua pemantauan di kawasan gudang.

"Pemantauan tersebut dibuat ekoran pihak Jakim menerima pelbagai aduan daripada pengguna berhubung penyalahgunaan logo dan juga sijil halal," katanya selepas menghadiri majlis penyerahan kad kuasa pelantikan penolong pengawal perihal perdagangan kepada pegawai Jakim di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 di sini Jumaat.

Menurut Jamil Khir, bagi memperkasakan lagi SPH, Jakim telah mengiktiraf sebanyak 52 buah badan pengiktiraf pensijilan halal luar negara yang terdiri daripada 26 buah negara.

Mengenai pelantikan penolong pengawal perihal perdagangan kepada pegawai Jakim pula, katanya ia adalah rentetan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2009 yang memutuskan supaya Jakim menjalankan pemantauan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Hari ini seramai 62 pegawai Jakim telah dilantik sebagai penolong pengawal perihal perdagangan yang termaktub di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

"Dengan pelantikan ini, saya berharap ia dapat menangkis tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan pegawai Jakim tidak mempunyai kuasa dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan sijil dan logo halal," katanya. - BERNAMA

Sumber: The Star, 18 March 2011

The news is quite worrisome.

I decided to google seach a few things about this halal-cert problem which eventually lead me to A good Directory. A Halal Directory provided by JAKIM where you can just type the company name, hotel name etc and the halal status will come out. Have a try!

JAKIM: Halal Directory


JAKIM: Hotel Status

Saturday, March 5, 2011

Make Me Strong



"Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Alllah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (At-Taubah: 71)

"Allah menjanjikan kepada orang -orang mukmin laki-laki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan mendapat (tempat) yang baik di syurga Ádn. Dan Keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung" (At-Taubah: 72)