Wednesday, September 30, 2009

Adelaide (Siri 1)

Bismilahirahmanirahim...

"kalo ada kesempatan akak nak je pegi Adelaide dan duduk lama-lama bercuti di situ" ucapku kala melihat mereka sibuk bersiap.

"haaa, apa yang besat kat Adelaide yang kampung tuh, tak de pape pun" jawab salah sorang dari mereka, tidak pasti samaada Noin atau Nadiah.

"Adelaide best kerana orang-orangnya" jawabku, tersenyum. Ini bukan jawapan mengambil hati. Ini jawapan tulus dari hati.


10-15 July 2009:

Saya terbang ke Adelaide berseorangan dari Airport Canberra. Penerbangan ini adalah setelah beberapa jam tiba di Canberra setelah melalui 9 jam perjalanan menaiki bus dari Melbourne. Juga berseorangan.

Saya disambut sangat meriah oleh Kak Didi dan ahli rumahnya terutamanya Aishah, Nadiah dan Ci-ka. Aishah menjadi seperti kembar saya sepanjang di sana, menemani saya melawat pelbagai tempat. Nadiah juga mengikuti saya berjalan-jalan hampir ke semua tempat. Aktiviti yang menarik juga ialah memasak, walaupun di rumah orang, saya terasa agak bebas membeli pelbagai groceries di Woolies dan balik memasak dengan mereka di rumah. Aishah adalah tukang masak yang sangat hebat walaupun baru first year. Dan Kak Didi menghadiahkan saya masakan laksa pada hari terakhir di sana. Oh, sungguh gembira dan saya makan tak henti-henti. Ia sangat bermakna kerana saya tahu betapa sibuknya Kak Didi tetapi sanggup mencari masa untuk memasak khas buat saya. Malam-malam mereka bertiga except saya dan kak didi akan tengok cerita hantu dan mengusik Nadiah yang sangat takutkan hantu. Rumah boleh jadi sangat riuh kerana mengenakan Nadiah.

Saya mendapat jemputan dinner di rumah Kak Nadia dan suami juga. Aishah menemani saya ke sana tetapi bukanlah kami pergi sendiri kerana Kak Nadia dan suami mengambil saya di depan Muzium lantas di bawa ke rumahnya. Malam itu juga diadakan sesi ta'ruf untuk seorang pelajar lelaki dari Sabah dengan senior lelaki Adelaide yang lain. Saya menemui ibu kepada pelajar tersebut di depan Universiti Adelaide dan memperkenalkannya kepada Kak Nadia dan suami untuk melihat-lihat kebajikannya. Malam itu juga berkenalan dengan keluarga pelajar tersebut yang datang beramai-ramai menghantarnya ke Adelaide. Aunt Maimunah dan keluarga yang berasal dari Sabah. Bersungguh juga ajakan, "nanti pergi Sabah, hubungi kami, boleh kami bawa jalan-jalan" sambil memberikan beberapa number telefon. Saya memberitahu mereka saya pernah makan ikan bakar yang sangat sedap pada waktu malam di sebuah pantai di Kota Kinabalu, pantai menghadap Laut Cina Selatan. Lagilah mereka bersungguh mempelawa saya datang ke Sabah lagi. InsyaALLAH jika ALLAH izinkan.

(bersama Zaid dan Hamzah sementara menunggu Kak Nadia memasak dan menghidang di dapur. Berusaha agar si kecil tidak menangis dan menganggu ibunya memasak)

Kak Nadia memasak Nasi Beriani yang sangat sedap beserta dengan kuih muih. Kagum juga dengan kecekapannya memasak terutamanya apabila ada baby kecil yang baru berusia beberapa bulan. Owh ya, Kak Nadia dan suami sedang membuat specialist sekarang dan insyaALLAH akan berada di Adelaide selama beberapa tahun lagi.

"Thuaibah, take your time, nanti siap bagitau kitaorang. kitaorang kat bawah pokok depan rumah Kak Nadia" sms diterima dari Balqis. Kelakar pun ada mengetahui mereka menunggu saya di dalam gelap dan di bawah pokok depan rumah Kak Nadia. Saya tersenyum tanpa memberitahu Kak Nadia bahawa Balkis sudah sampai.

Selepas ikhwah keluar dari rumah dan pulang, Balkis keluar dari pusat persembunyiannya mengejutkan Kak Nadia. Balkis dan Fidzah memberitahu Kak Nadia,"girls night out". Aduhai.. Kak Nadia kata, "pegi lah korang puas-puas nanti tak menyesal bila dah tak jadi girl".

Ke mana mereka bawa saya sebenarnya? Rancangan asalnya Balkis ajak dinner Fish and Chips tetapi memandangkan saya sudah dinner di rumah Kak Nadia, rancangan itu dibatalkan. Lalu Balkis drive ke Vili's pie factory, saya makan pie yang sangat sedap. Makan lagi. Dush~ dah la makan Nasi Beriani rumah Kak Nadia pun dah kekenyangan. Kemuadiannya, destinasi Pantai Glenelg yang sejuk membeku. Mereka promote ice-cream Baskin Robbins tapi malangnya saya tengah batuk. Sejuk-sejuk makan ice-cream satu tabiat pelajar-pelajar yang belajar di negara empat musim saya rasa. Lagi winter makin suka makan ice-cream.

(Glenelg at night with Aishah, Balkis and Fidzah)

Then kami balik rumah, by 10 pm rasanya. Haa...."night out la sangat". Kuar dari rumah Kak Nadia lepas dinner tadi pun dah pukul brapa. Terima Kasih Balkis dan Fidzah~!

Esoknya, seaktu sedang menunggu bus dengan Aishah, saya mendapat panggilan telefon dari Kak Alin, a.k.a. Dr Alin, isteri Doktor Zaki memberitahu tak sempat nak berjumpa dan berkenalan dengan saya. Terkejut pun ada atas kesungguhan beliau menyedari Kak Alin adalah orang tua yang sepatutnya saya yang pergi berkenalan dengan beliau. Rupa-rupanya Kak Nadia yang telah menghubunginya semalam agar singgah di rumah Kak Nadia jika balik awal dari Klinik. Namun, Kak Allin balik lambat dan tidak sempat singgah di rumah Kak Nadia. Beliau sekeluarga sudah dalam perjalanan ke Melbourne sewaktu menelifon saya. "InsyaAllah, ada rezeki kita dapat jumpa" katanya menutup perbualan. Teringin nak kenal dan bertemu dengan beliau kerana selama ini hanya berpeluang kenal Dr Zaki sahaja. Pasangan ini lagi lama tinggal di Adelaide, sudah berbelas tahun.

Saya jalan-jalan menemui banyak tempat menarik dan pemandangan indah. Banyak gambar-gambar cantik yang akan dijadikan kenangan di hari tua. Hari terakhir di Adelaide, Kak Didi mengambil cuti dari masuk Lab untuk membawa saya ke Handof, satu perkampungan German yang agak jauh dari Adelaide City. Tempat yang sangat menarik juga. Terima Kasih Kak Didi.

Terima Kasih semua orang Adelaide dan juga Kak Mas (atas pertemuan yang sangat singkat, taaruf, berjasa dan berpisah) atas sambutan yang sangat hangat. Satu percutian yang akan diingati sepanjang hayat. Moga Allah izinkan lagi pertemuan buat kita di Malaysia nanti.

1 comment:

aceh said...

content of your posts very interesting, would you look at my blog?

www.roadstoaceh.blogspot.com