Program Hujung Minggu di Sydney sehari selepas kertas peperiksaan terakhir.
Program untuk akhawat yang akan Back For Good (BFG)
Masa lapang selepas peperiksaan akhir.
Semuanya menyumbang kepada satu proses mencari identiti. Mencari Indenti?. Mungkin perkataan itu kurang tepat. Mencari Destinasi. Mungkin perkataan yang lebih baik. Mungkin.
Minda saya seolah-olah tidak mahu rehat sebaik sahaja peperiksaan berakhir. Malah masuk ke proses berfikir yang lagi rumit. Kesinambungan kepada persoalanan dan kepeningan yang wujud sebelum ini. Terpinga-pinga tanpa maklumat, pening tanpa penjelasan.
Tema BFG yang mendominasi program dan usrah akhir-akhir ini menyebabkan saya lebih berfikir. Dan akhirnya, serius berfikir sebaik sahaja tamat peperiksaan. Isu-isu yang timbul berkaitan dengan keadaan di Malaysia, hidup di Malaysia dan sebagainya menyebabkan saya merasakan saya mesti lebih mengetahui tentang beberapa perkara agar apa yang saya lakukan adalah atas pilihan saya sendiri dan saya membuat sesuatu keputusan berdasarkan pengetahuan (well-informed, knowledgeable decision).
Tetapi fasa hidup di Malaysia adalah fasa yang berbeza, namun beberapa keputusan dan tindakan sewaktu masih di luar negara boleh menentukan corak hidup seseorang di Malaysia. Oleh itu, sebarang keputusan dan tindakan hendaklah tidak dilakukan dalam keadaan kekeliruan dan mengikut arus. Namun ia bukan senang terutamanya jika kita keseorangan.
Proses berfikir untuk memahami sesuatu juga bukan senang kerana kadang-kala banyak perkara yang tidak kita ketahui.
Saya bersyukur ada sahabat dekat di sini yang berkongsi corak fikir yang sama dengan saya. Hari-hari yang lapang memberi peluang kepada saya untuk bertanyakan banyak perkara kepada akhawat yang berada di luar Australia. Pengalaman mereka yang berbeza di tempat masing-masing menambahkan kefahaman saya. Teknologi Skype dan YM sangat banyak membantu. Jauh di sudut hati, saya merasakan bahawa Allah menolong saya kerana setiap perbincangan mendatangkan banyak maklumat dan ilmu. Alhamdulillah, Allah mentakdirkan saya untuk berbicara dengan orang yang banyak membantu. Terasa Allah sangat mempermudahkan proses mencari identiti dan destinasi diri.

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.. (17:36)Saya merasakan bahawa keadaan di luar negara menyebabkan ramai orang melakukan sesuatu under influence. Kelompok sosial di sekeliling mereka menyebabkan ada keputusan dan tindakan yang dilakukan datang bukan sepenuhnya dari minda dan hati sendiri. Kawan-kawan dan senior mempunyai pengaruh yang sangat besar bukan hanya dalam membentuk cara berfikir tetapi juga pada keputusan dan tindakan. Kesan sesuatu keputusan dan tindakan itu mungkin kecil dan mungkin juga sangat besar terhadap kehidupan mereka di Malaysia.
Tetapi fasa hidup di Malaysia adalah fasa yang berbeza, namun beberapa keputusan dan tindakan sewaktu masih di luar negara boleh menentukan corak hidup seseorang di Malaysia. Oleh itu, sebarang keputusan dan tindakan hendaklah tidak dilakukan dalam keadaan kekeliruan dan mengikut arus. Namun ia bukan senang terutamanya jika kita keseorangan.
Proses berfikir untuk memahami sesuatu juga bukan senang kerana kadang-kala banyak perkara yang tidak kita ketahui.
"saya nak awak tahu bahawa awak bukan seorang yang berfikir tentang perkara ini" ujar seorang akhawat sebaya.
"sepanjang-panjang dalam bus saya berfikir tentang perbincangan kita" ujarnya lagi.
Saya bersyukur ada sahabat dekat di sini yang berkongsi corak fikir yang sama dengan saya. Hari-hari yang lapang memberi peluang kepada saya untuk bertanyakan banyak perkara kepada akhawat yang berada di luar Australia. Pengalaman mereka yang berbeza di tempat masing-masing menambahkan kefahaman saya. Teknologi Skype dan YM sangat banyak membantu. Jauh di sudut hati, saya merasakan bahawa Allah menolong saya kerana setiap perbincangan mendatangkan banyak maklumat dan ilmu. Alhamdulillah, Allah mentakdirkan saya untuk berbicara dengan orang yang banyak membantu. Terasa Allah sangat mempermudahkan proses mencari identiti dan destinasi diri.
"Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Kami, Kami tunjukkan jalan-jalan Kami" (29:69)Life is a journey.. and here after is the destination. Akan terus mencari. Demi Mardhatillah.
No comments:
Post a Comment