"Penuh refleksi"
"Islam sangat Indah"
Itulah yang dirasa sepanjang membaca novel ini setebal 400 muka surat ini. Novel kedua yang dibaca sebaik sahaja tamat peperiksaan. Saya mula membacanya pada jam 8.30 malam, kemudian break untuk menonton final The Apprentice dari pukul 9.30 sehingga 10.30, kemudian sambung membaca buku ini sehinggalah tamat pada jam 2.30 pagi. 5 jam. Sebuah novel bertemakan kekeluargaan yang menyebabkan saya banyak berfikir tentang ajaran Islam, nilai Islam dan sesungguhnya Islam adalah penyelamat kepada segala jenis masalah manusia."wahuwa syifaa'un warahmatu lil aalamin" (al-Isra':82)...dan ia (al-Qur'an) adalah ubat dan rahmat kepada seluruh alam.Sepanjang membaca novel ini saya cuba memahami kenapa Dr Henry membuat keputusan untuk menghantar salah seorang anak kembarnya jauh ke sebuah rumah kanak-kanak cacat. Sebagai seorang doktor yang menyambut sendiri kelahiran anaknya, beliau mengetahui bahawa salah seorang anaknya menghidap Sindrom Down sebaik sahaja melihat bayi itu pada kali pertama. Beliau kemudiannya terus mengarahkan seorang jururawat untuk membawa bayi itu ke rumah kanak-kanak cacat dan memberitahu isterinya bahawa bayi tersebut meninggal dunia.
Doktor Henry digambarkan oleh jururawat, Caroline sebagai seorang yang sangat baik, berbudi, suka menolong orang susah dan sentiasa sanggup melakukan kerja lebih masa secara percuma. Beliau banyak membuat bakti kepada masyarakat kampung dan sanggup balik lewat malam untuk membantu pesakit. Kenapakah seorang yang dilihat berkeperibadian mulia ini melakukan satu tindakan kejam memisahkan anak dan ibu tanpa membenarkan pun si ibu melihat mayat bayi yang dikatakan telah meninggal dunia.
Caroline tidak sampai hati untuk meninggalkan bayi Sindrom Down tersebut di rumah kanak-kanak cacat apabila melihat sendiri keadaan rumah tersebut. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk memelihara bayi tersebut. Caroline meletak jawatan di hospital Dr Henry dan berpindah ke negeri lain. Dr Henry yang mengetahui tentang keputusan tersebut akhirnya mengirim wang yang banyak kepada Caroline setiap bulan untuk perbelanjaan anaknya. Dr Henry juga meninggalkan harta wasiat yang banyak untuk anaknya ini.
Motif utama Dr Henry membuat keputusan tersebut adalah kerana tidak mahu si kembar yang sihat terpaksa menghadapi kesedihan sepanjang hayat kerana lambat laun kanak-kanak Sindrom Down ini akan meninggal dunia. Dr Henry juga mahu melindungi isterinya dari kesedihan apabila nanti anak mereka yang cacat meninggal dunia. Tindakan ini adalah bertujuan baik demi cinta dan kasih kepada isteri dan anak yang sihat. Ini adalah kerana Dr Henry sendiri mempunyai pengalaman sedih dan pahit apabila kembarnya yang sindrom down meninggal dunia di usia belasan tahun menyebabkan ibu Dr Henry terus bersedih dan akhirnya ibunya sendiri meninggal dunia. Dr Henry masih menyimpan kesedihan yang mendalam sehingga sekarang kerana kehilangan kembarnya yang sangat disayangi.
Tindakan berniat baik Dr Henry tidak berjaya membuatkan isterinya gembira dan mereka mempunyai keluarga yang bahagia. The secret builds the wall between them, mounts the emotional distance. Dihantui rasa bersalah kerana berbohong dan keadaan isteri yang terus bersedih menyebabkan Dr Henry sendiri tidak mampu gembira dan menjadi dirinya yang sebenar. Hubungan mereka semakin hambar dan akhirnya memusnahkan hubungan mereka berdua disamping memberi kesan yang sangat negatif kepada anak mereka.
Saya melihat Islam memberi solusi yang harmoni kepada jiwa manusia yang berdepan dengan masalah dan situasi yang tidak menggembirakan. Islam mangajar kita merima konsep takdir, qada' dan qadar, syukur dan redha atas segala ketentuan Allah. Konsep ini akan menyebabkan seorang ayah tidak akan membuang anak kerana berniat baik, seorang anggota keluarga tidak akan bersedih atas sesuatu kematian sehingga merosakkan kehidupannya sendiri dan juga orang lain, dan seorang isteri tidak memerlukan suami yang over protective sedemikian rupa kerana semua orang sedar akan adanya Allah sebagai penentu segala yang berlaku. Ada hikmah agung atas setiap kegembiraan dan kesedihan, dan ada kehidupan akhirat yang baik untuk mereka yang bersabar atas kesusahan hidup di dunia.
3 comments:
salam dari bumi Dublin, Ireland.. blog hopping.. rajin2, datang la singgah blog hamba.. :)
Setiap hikmah itu adalah milik muslim...dimana sahaja dia menjumpainya hendaklah dia menuntutnya...
Selamat Membaca!
Jzkk~
Sy baru order buku Tariq Ramadhan beberapa hari yg lepas, "I believe"..
Post a Comment