Assalamualaikum wbt
Saya rasa jawapan Ust Zaharuddin kepada soalan Tun Dr M mampu menjawab banyak soalan yang turut sama berada dalam kepala kita. Kewajaran Hukuman Sebat kepada Kartika. Moga mampu mengingatkan kembali kepada Ayat Hukum (Al-Qur'an) & Hadith Hukum yang pernah belajar dalam Pendidikan Syariah Islamiah bagi sesiapa yang pernah mengambil subjek ini dan mampu menambah ilmu kepada yang mencari jawapan.
Selain dari itu, pendapat Datuk Seri Najib juga menarik, Saya sangat bersetuju bahawa rakyat mesti dididik dan kerajaan perlu membantu proses pendidikan itu semaksimum mungkin. Proses untuk mendidik rakyat kepada kesedaran dan pengamalan ajaran agama bukanlah proses yang mudah tanpa usaha bersungguh-sungguh oleh semua pihak. Justeru, penguatkuasaan undang-undang terhadap salah laku masyarakat dalam keadaan lesen maksiat bebas diberikan, bukanlah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah arak dan masalah-masalah sosial yang lain. |
5 comments:
salaam..
haha.. sy bru je nk post entri ni.. tp enti lagi cepat.. bru buat sneak peek utk entri ni.. tp esok ade kuiz n test~ huhuhu~~
so, tertangguh skejap~ =)
dah sihat ke??
Salam
Ini isu hangat... huu
Ada ustaz ISMA jawab gak..
Jazakillahu khair atas link bermanfaat
Assalamualaikum wbt
Ramona: Actually I want to write my own thought and publish it here but...hurm, kesihatan dan masa tidak mengizinkan. Still struggle dgn rasa tak sihat dan cope dgn study load. But, insyaAllah I will write soon, something from my personal point of view~
Cik Atikah: hurm, dah categorised kan ustaz ke?:D. People have their own specialties at different things. Ada org bgs ulas isu nie ada org bgs ulas bab nie. But, yes! It's good to real all of them ^_^. Selamat Membaca, I know he's onw of your favourite ustaz =)
Salam...
Arak ini isu serius...jangan kata isu arak ini tidak libatkan orang lain...hak individu etc...cuba duduk dekat negara yang orang minum arak bertong-tong...nanti baru tahu samada arak ini rakan mahupun lawan...
sekadar luahan perasaan dari Sligo
Waalaikumusalam wbt
Wp setiap semester selama 3 thn di sini sy duduk serumah dgn caucasian /india/chinese,tp mereka bukan jenis minum byk dan mabuk. Tp jiran tetangga mmg yg suka mabuk. Ada yang pernah muntah depan pintu utama rumah sampai kami tak 'lalu' nk bukak pintu rumah till cleaner bersihkan. Muntah org mabuk nie beratus meter boleh bau 'harumnya'.
Erm, actually ada je pengalaman horror. Friday night, saturday night..eh, kdg2 thurday dah start..so semiggu ada 3 malam berparti!
sekadar perkongsian dr Childers street.
Post a Comment