Akhir-akhir ini, kerap kalimat di atas terngiang-ngiang dalam kepala.
Kala menunggu jawapan dari Mael, si gadis Perancis yg dijangka memberi keputusan akhir esok, selepas 2 minggu dia memikirkan. 2 minggu juga saya berdebar, setiap hari saya berharap, namun saya tidak berdoa untuk mendapat apa yg sy mahukan. Saya hanya doakan kepada Allah berikan saya yg terbaik, walau apapun keputusannya nanti, saya akan cuba sesuaikan diri, namun saya berdebar, saya tetap menghitung saat.
Juga tentang majlis hujung minggu ini, hati saya tidak mahu namun saya juga perlu fikir tentang orang lain. Bolehkah saya mengatakan 'tidak' tanpa banyak bicara?
Juga tentang sesuatu pada hujung minggu ini, saya mahu mengelak konflik, tetapi kuatkan saya? Saya harap ia berjaya menyentuh hati-hati dan jiwa-jiwa.
Post-Assignment Symptom masih ada, penat...penat kerana terkejut dengan tugasan ala-ala ESLS ttp dengan masa yg lebih singkat. Saya agak fobia sebenarnya, fobia membaca bahasa yg saya mengerti tetapi sukar difahami, Part A baru dihantar, Part B akan menyusul.

jiwa mukmin itu seperti kupu-kupu yang terbang di permukaan air. tenang dalam diamnya, tetapi lebih fasih dari berbicara..
Kata-kata Muhammad Ahmad Rasyid dalam buku 'Ar-Raqa'iq' sangat berkesan sekali dalam keadaan saya sekarang.
Saya mengingatkan diri, saya mahu jadi seperti itu.
Kupu-kupu yang mengepak rendah di dada air menampakkan bayang-bayangnya sendiri. tinggi rendah ia terbang. Seolah-olah ia menari megikut rentak air, namun kupu-kupu tersebut senyap dan sepi, tanpa sebarang bunyi. Kupu-kupu tersebut tidak turut sama bernyanyi berlagu. Semakin dekat ia dengan air, Semakin jelas bayang wajahnya sendiri. Kupu-kupu tersebut semakin cantik dan semakin indah, namun tidak sesekali pun ia terpesona dengan pesona bayangnya. Tidak sekalipun ia terlintas untuk terbang rendah mencecah ke gigi air, melihat lebih dekat pesona cantik dan hebatnya. Kerana ia tahu, ia akan basah dan tenggelam sayugia lemas disambar arus.
Begitulah kupu-kupu yang bijak. tenang dalam diamnya, namun lebih fasih dari berbicara.
Analoginya adalah tentang kita, tentang orang-orang mukmin.
kupu-kupu itu dia
pesona itu kehebatannya
air itu dunianya
Mukmin itu hidup menikmati indah dunianya, menghidu harum segarnya, mendengar indah alunannya. Namun dia tidak akan sekali-kali membasahkan jiwanya dengan dunianya, kerana dia tahu dia akan tenggelam biarpun sekali atau sejenak cuma.
Jazakillah akak kerana menerangkan kepada saya kisah kupu-kupu yg menarik ini, sukar untuk saya faham pada mulanya. Namun, ia sangat berkesan. Saya ingat akak menceritakan kisah kupu-kupu ini di puncak Telstra Tower bersaksikan hutan simpan Black Mountain dan pemandanagan indah Canberra di bawah sana. Akak bawa saya lari sebentar dari kesibukan, kekalutan Canberra dan University di kaki bukit. Saya suka kisah ini, kala ini dalam keadaan sebegini kisah ini menginspirasikan saya.
Namun, kerdil sekali kala memikirkan diri ini, bukan sekadar tidak tenang dalam diam malah serabut dalam kebisingan. Sedangkan tenang itu wajarnya di hati, walau apa pun sekitarnya. Sedangkan tenang itu pada khusyuknya hati pada Allah, tidak wajar urusan-urusan dunia yg kecil bisa mengganggu tenteramnya iman. Sedangkan mukmin itu tidak wajar terpesona dengan dunia sepert kupu-kupu walau ia tahu indahnya dunia. Apatah lagi mukmin itu wajarnya 'dunia di tangannya, akhirat di hatinya'.
Saya kagum dengan makhluk kecil dan ringan ini. Kecil tetapi berjiwa besar. Tahu menilai, tenang dan bijak membuat keputusan. Kupu-kupu yg terbang senyap dan sunyi tetap mesejnya jelas, tindakannnya betul tanpa perlu berbicara, berbunyi dan membuat bising. Saya mahu jadi begitu.
"Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, Lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku"
(20:25-28)
ya Allah..kurniakan kekuatan padaku..
moga aku tidak jemu memohon..
sebagaimana Engkau tidak pernah jemu memberi..
No comments:
Post a Comment