Pantas masa berlalu, kini hanya tinggal 3 hari sebelum Ramadhan bermula. Bulan yg ditunggu-tunggu dengan pelbagai rasa oleh pelbagai manusia. Ada yg menunggu dengan penuh harap untuk menambah amal, ada juga yg menunggu dengan penuh debar kerana siangnya makin panjang. Kadang-kadang soalnya bukan tidak mahu menggandakan amal tetapi cabarannya amat besar! Walau apa pun, untuk melalui Ramadhan dengan baik, menanam matlamat dan memahat azam dengan kukuh adalah penting. Selepas mempunyai azam, kita juga perlu merancang agar azam yg dipahat tidak terkulai layu apabila masa berlalu.
"If you fail to plan you plan to fail"
Perancangan itu penting, dan mengambil kira cabaran-cabaran yg mungkin berlaku dalam perancangan itu sebenarnya lebih penting agar kita boleh mencapai azam kita walau ada halangan yang berlaku.
Setiap syarikat korporat mesti mempunya 'mission', 'goal' dan 'objective', dan selepas itu mereka akan membentangkan SWOT analysis dalam mesyuarat eksekutif sebelum sesuatu projek akan dilaksanakan. Apabila melihat dari jauh, kita mungkin merasakan bahawa Mission, Goal and Objective adalah perkara yang hampir sama. Tetapi hakikatnya ia sangat banyak bezanya bagi sesebuah syarikat kerana itu akan menentukan 'the organisational behaviour'. Ia akan menentukan perangai syarikat itu secara keseluruhannya dan juga menentukan sikap dan perlakuan setiap pekerja dan juga para pegawai atasan. Bagi syarikat-syarikat besar yang mengejar 'total quality management' (TQM), dan anugerah-anugerah 'Quality Management', maka segala perkara kecil akan ditik beratkan, lambat seminit dalam pemprosesan produk akan dikira sebagai isu besar.
Mission sesuah syarikat sentiasa akan berpandukan 'the fundamental reason of existence'. Jika tujuan utama penubuhannya adalah untuk menyediakan produk berkualiti tinggi kepada para pengguna, maka segala usaha akan ditumpukan untuk mengeluarkan produk berkualiti maksimum menandingi syarikat lain. Berbalik kepada kita, ayat Qur'an menjelaskan,
"wama khalaqtul jinni wan insaan illa liya' buduun" (tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat)
Jika kita menganalogikan diri sebagai sebuah syarikat korporat yang sedang meningkatkan kualiti pengurusan dan produk untuk mendapat anugerah prestij Total Quality Management (TQM) seperti ISO 9000, Deming Prize atau Malcolm Baldrige National Quality
Goal didefinisikan oleh Dr A.K.L Jayawardna sebagai matlamat keseluruhan (jangka panjang) sesuatu syarikat. Ramai daripada kita selalu mengungkapkan "goal" hidupnya setiap kali ditanya apakah azam dan cita-citanya dengan serangkap kata, "Saya ingin menjadi insan yang lebih baik". Teori dalam Managemant Evolution mengatakan, matlamat tersebut selamanya tidak akan tercapai tanpa sesebuah organisasi itu merangka dan membentangkan "a series of concrete and specific action". Oleh kerana itu lah, perlunya "Objektif" sebagai matlamat jangka pendek sebelum SWOT analysis dilakukan untuk memastikan syarikat tersebut mengambil kira semua kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan. Objektif dalam konteks ini mungkin boleh diletakkan sebagai, "saya mahu menjadikan Ramadhan ini sebagai wasilah untuk mendekatkan diri dengan Allah seterusnya menjadi insan yang lebih baik".
Dalam menjadikan Ramadhan itu adalah Ramadhan yang bermanfaat, maka wajar untuk kita meletakkan objektif diri untuk dicapai. Mungkin ada orang yang mahu menghabiskan 30 juzuk Al-Qur'an, namun Dr A'id Qarni (penulis La Tahzan) dalam bukunya "Agar Puasa Tidak Sekadar Lapar dan Dahaga" ada mengingatkan kita bahawa, bertadarus menghabiskan 30 juzuk itu bagus tetapi yang paling penting ialah 'tadabur' Al-Qur'an, menghayati setiap bait makna al-qur'an kerana hanya dengan bertadabur jiwa-jiwa kita akan mendapat ruh al-qur'an itu sendiri dan pembacaan itu akan memberi makna kepada hati. Sebagaimana teori management tadi, objektif kita ialah 'taqarrub ilallah' , mendekatkan diri dengan Allah dan menghidupkan jiwa kita dengan ruh al-Qur'an, maka 'action' nya ialah membaca Qur'an dengan maknanya sekali. Ibadat itu, zat dan kemanisannya bukanlah pada perbuatan fizikal itu tetapi pada kehadiran hati yg tiada mengharapkan lain selain keredhaan Allah.
Amr Khalid dalam bukunya "Ibadah Sepenuh Hati" mengatakan: "pelaksanaan ibadah di kalangan umat Islam, khususnya para remaja, terasa lebih sbg sebuah beban jiwa yang mereka kerjakan sbg sebuah kewajipan, atau semata lantaran takut siksaan akhirat, tanpa sedikitpun merasakan manisnya ibadah lalu memberi kesan cukup berpengaruh terhadap kualiti pelaksanaan ibadah mereka"
Beliau juga menambah, "faktor utama bukan sebab hati keras dan kaku ttp kerana tidak tahu pengaruh ibadah ini dalam peningkatan spiritual, ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup secara umum di sisi yang lain"
Umumnya mengetahui, ibadah yang tidak disertai hati tidak akan memberi kesan kepada jiwa. Maka, jadilah ia suatu perbuatan fizikal yang tidak mampu menjadi benteng diri untuk perkara-perkara yg tidak sesuai dengan syariat. Tidak juga memenuhi matlamat sebagai yang digariskan oleh Al-Qur'an, tatanha 'anil fa'sa iwal munkar (untuk mencegah dari perbuatan mungkar).
Selepas Mission, Goal dan Objektif telah diingatkan kepada diri, SWOT analysis walaupun tidak dibentangkan, perlu dikira-kira dalam kepala. Bagaimana mahu menghabiskan tadarus 30 juzuk jika 2 minggu dari Ramadhan itu adalah minggu exam? Seorang sahabat saya dari New Zealand tahun lepas menghabiskan tadarusnya 2 minggu lebih awal kerana 2 minggu terakhirnya beliau mempunyai exam. Sungguh mengagumkan! Dan juga tadarus ini lebih mencabar bagi yang bergelar perempuan, tetapi segalanya mungkin andai mahu! Keletihan kala siang yang panjang mungkin boleh cuba dikurangkan dengan makanan yang mempunyai gizi yang seimbang dan multivitamin agar ia tidak membuatkan kita banyak tidur. Perancangan yang baik itu perlu kerana kita tahu kekuatan kita di mana, kekurangan kita di mana, peluangnya di mana dan halangannya di mana, pokoknya azam yg telah dipahat mesti dicapai!
Dalam tulisan di atas, saya hanya menyebut satu sahaja contoh ibadah iaitu tadarus, tetapi kita semua sudah maklum, banyak lagi yang boleh dilakukan dan digalakkan untuk dilipat gandakan dalam bulan Ramadhan ini. Terawikh Berjemaah, Banyakkan Solat Rawartib, Solat Dhuha, Qiamulail (Masjid Abu Bakar di Canberra mempunya budaya wanita bermalam di masjid dalam keadaan sangat selamat untuk qiam sama-sama dengan imam yg didatangkan khas dr Arab Saudi, imam tersebut tidur di bawah bersama kaum muslimin yang lain) dan banyak lagi yang boleh dilakukan. Pokoknya, kita perlu memasuki madarasah Ramadhan ini dengan minda yang bersedia agar ia bermakna^-^
No comments:
Post a Comment