Alhamdulillah, saya mendapat jawapan dari Mael petang tadi. Dia bersetuju untuk bertukar bilik. Asalnya idea berpindah rumah ini adalah ideanya dan saya menyambutnya 'bagai di cita pucuk, ulam mendatang'. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa mengambil masa 2 minggu untuk benar-benar membuat keputusan kerana 'rent' rumah saya sekarang lebih mahal dari rumahnya. Namun, perancangan Allah menetapkan ada seorang lagi hamba Allah lain yg juga ingin keluar dan 'rent' rumahnya sama dengan rent rumah Mael skg. Jadi, Mael akan mengambil rumah hamba Allah tersebut dan saya akan mengambil bilik Mael. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi atas 'anugerah' ini.
Dia, gadis Perancis yg baru tiba bulan lepas, menghadapi masalah kerana sukar membawa lelaki ke dalam rumah lantaran teman-teman serumahnya yg lain adalah Muslimah.
Saya, gadis Muslim yg mula bermasalah bulan lepas apabila teman serumah saya yg baru membawa lelaki ke dalam rumah tidak kira masa.
Masalah kami serupa, kami bertemu atas kebersamaan ini.
Saya cuba berkompromi dengan teman serumah saya, memintanya memberitahu saya terlebih dahulu sebelum membawa masuk lelaki ke dalam rumah, agar saya boleh cepat-cepat menyarung tudung dan winter coat sy yg labuh dan besar atau berkurung dalam bilik. Dia menghormati saya, meminta izin setiap kali ingin membawa masuk kawan lelaki dan 'teman lelaki'. Oleh kerana saya meminta dia memberitahu saya terlebih dahulu, maka dia pun bagitahulah walaupun 3 kali atau 5 kali sehari. Saya pernah memprotes apabila saban malam dia membawa lelaki masuk, sekejap 'my friend' , lepas tuh my 'boyfriend'. Dia terkejut, dan dengan wajah hampir menangis memberitahu 'it's normal, he's my boyfriend'. Alah, kesian lah pulak, lagipun kawan-kawan dia tak pernah pun bermalam di rumah saya dan balik lewat dari pukul 12 malam. Benar, itu normal dalam budaya bukan Islam dan saya mesti memahami.
Namun, saya benar-benar telah belajar sesuatu. Tahun ke dua saya berdepan dengan kisah membawa masuk lelaki ke dalam bilik oleh beberapa perempuan Islam dan Bukan Islam, saya melihat satu corak yang sama. Mereka akan membawa masuk 'kawan lelaki' dan kawan lelaki ke dalam bilik walau pada waktu malam, walau berdua sahaja walau atas alasan apapun. Seolah-olah tiada beza yg 'istimewa' itu. Mungkin hanya untuk sama-sama melihat movie atau berborak tetapi saya sukar menerima nilai itu. Mungkin saya ekstrim, memang saya ekstrim, lebih-lebih lagi kalau membabitkan yg muslim, kerana itu apa yg saya faham dari ajaran agama saya, kecuali kes-kes kecemasan yg biasanya membabitkan komputer, tetapi bukanlah berdua dan menutup pintu. Berbalik kepada kisah asal, teman serumah saya sekarang, semuanya bukan Islam. Jadi, saya perlu faham keadaan mereka. Mereka pun tersepit, saya pun tersesak tatkala balik untuk solat zuhur, ada lelaki kt rumah, solat asar pn begitu, alih-alih, solat maghrib dan isya' saya lari ke rumah junior. Banyak malam saya study di rumah mereka juga. Tetapi sanggupkah saya nak lari selalu dan hanya solat subuh sahaja saya aman dan damai?
Saya perlu adil untuk diri saya dan juga teman saya.
"...Berlaku Adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada taqwa. " (al-mai'dah, ayat 8).
Iman saya belum sekuat sahabat yg solatnya tidak tergangu walau anak panah musuh telah terpacak pada badan tatkala solat malam tika khirasah khemah tentera muslimin.
Iman dan taqwa yg kuat tidak akan mudah terjejas dan serabut dengan keadaan sekeliling. Namun saya tidak sekuat itu, saya tidak tenang sepanjang 2 bulan ini. Saya memerlukan ruang, perlukan bi'ah solehah untuk memupuk iman saya, ia belum sedia untuk terlalu diuji kerana ia belum mantap dibina. Ia juga meronta untuk mendapat teman serumah untuk solat jemaah subuh dan ma'thurat saban hari. Ia juga lebih memerlukan jiwa beriman yg lain untuk menghidupkan ruh Ramadhan di dalam rumah. Ia juga minta dikuatkan dengan jiwa mukmin yang lain untuk tadarus, qiam dan sahur. Ayat di atas saya rasakan ada benarnya untuk diri saya, untuk adil kepada diri saya dan orang lain kerana insyaAllah ia akan lebih memberi ruang untuk percambahan iman.
Memikirkan Ramadhan yg semakin menghampiri dan kami tidak mempunya rumah yg majoritinya Muslim untuk dijadikan tempat solat terawikh berjemaah, saya memutuskan untuk menukar rumah dipertengahan semester ini, bersama melayangnya kos pemprosesan AUD200. Moga rumah baru , 345 boleh dijadikan tempat untuk kaum hawa ANU menunaikan solat terawikh tatkala malas untuk menghambat bas ke masjid abu bakar atau kala terlalu sejuk untuk berjalan ke musolla ANU. InsyaAllah, saya akan berpindah ke rumah baru 345, room number 3 pada hari Khamis, 21 August ini, memandangkan itulah tarikh yg paling cepat untuk saya dibenarkan masuk ke sana oleh Unilodge.

2 comments:
tahniah sebab pindah umah
hope maruah alays terpelihara..hihi
peace
erk tak pasti kalau awak dah dapt comment sy sebelum ni.. macam ade error pulak..
hmm ade rase sayu bace entry awak yang ni sebenanrye.. inshaALlah moga terus dikurniakan kekuatan, kefahaman, keikhlasan dalam 'perjuangan' untuk mencari redhaNya, di dunia dan di akhirat
selamat 'menyambut' Ramadhan Mubarak
salam sayang dari Melbourne
Post a Comment