Tuesday, August 5, 2008

Ukhti Idaman...

Assalamualaikum wbt.


Pada suatu hari, kami telah bermain satu permainan 'ukhti idaman'. Kami diminta untuk menulis ciri-ciri al-ukht yg kami mahukan, yang kami impikan, yang kami dambakan dari sahabat kami.

Ukht idaman saya mestilah seorang yang......
Ukht idaman saya mestilah seorang yang.....
Ukht idaman saya mestilah seorang yang.....

Maka para peserta pun, menulis lah ciri-ciri sahabat idamannya. Kemudian, pengerusi majlis meminta kami untuk membacakan setiap jawapan kami.

Saya mendengar dengan teliti setiap ciri yg diidamkan oleh semua peserta dan saya menyimpulkan bahawa banyak daripada ciri-ciri itu adalah berulang.

Maknanya, hampir setiap orang sebenarnya mengidam ciri yg hampir sama daripada ukht idamannya.

Akhirnya, pengerusi majlis menyuruh kami menukarkan perkataan,

Ukhti idaman saya mestilah seorang yang....

kepada

Saya mestilah menjadi seorang ukht yang...

dan, sekali lagi kami berulang-ulang membacanya.

Dalam kita mengharapkan org lain bersabar dgn kita, orang lain menyenangkan hati kita dan kita tidak bermasalah dgn dia, sebenarnya dia juga mengharapkan perkara yg sama daripada kita. Ciri-ciri yg sama kerap berulang. Begitu jugalah, apabila kita mengharapkan sesuatu sikap yg menyenangkan dari sahabat kita, kita sebenarnya yg perlu menerapkan ciri itu dalam diri kita terlebih dahulu.

"pernahkah kita terlebih dahulu cuba menjadi seorang yg sangat memahami sahabat kita, lalu kemudian kita mengharapkan dia memahami kita?"

Pada diri ku berpesan,

usah dibiar ruang,

para syaitan mendapat luang,

memasukkan jarum tatkala berpeluang,

merosakkan ukhuwwah kita berjuang,

mengurangkan laju langkah mapan,

menyempitkan jalan juang,

kerana kekuatan gerakan,

meletakkan ukhuwwah selepas iman.


1 comment:

HbO said...

Subhanallah.. menarik..

Mungkin satu benda yang penting adalah dengan bersangka baik dengan kawan kita. Terkadang, kita cepat sangat dan selalu sangat buat assumption terhadap dia. Padahal sebenarnya, most of the time, kita salah.

Ia payah, terutama bagi yang tak biasa melakukannya. Ia memerlukan praktis yang berulang2.. sampailah akhirnya, bila apa2 terjadi, sifat bersangka baik dan cuba menahami itu dapat terwujud dengan sendiri. Barulah ia menjadi akhlak kita. Namun payah tak bererti mustahil. Nabi seorang manusia, tapi mampu melakukannya. Pasti kita juga dapat mengusahakan agar menjadi sebegitu.

Jazakillah for sharing cerita. =)