Assalamualaikum wbt
Selamat Tahun Baru Hijrah 1429. Hari ini 10 januari 2008 bersamaan 1 Muharram 1429. Maknanya? sudah 1429 tahun berlalu sejak penghijrahan Rasulullah ke Madinah. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Hijrah selalu dikaitkan dgn pengorbanan, kerana memang atas semangat inilah Rasulullah dan para sahabat berjaya melakukan hijrah. Tahun baru pula selalu dikaitkan dengan azam baru. Maka, pada tahun baru Hijrah kali ini diusia yang makin menginjak tua, saya berazam dengan lebih tekad untuk lebih banyak bekorban. Kerana banyak kali kita bercita-cita untuk bekorban dan tatkala melakukan pengorbanan kita akan selalu diuji sejauh mana kita mampu bertahan untuk terus bekorban. Kerana hidup ini adalah satu perjuangan yang panjang, perjuangan mengejar cita-cita yang pelbagai. Dan perjuangan akan selalu menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Saya mahu lebih banyak bekorban lebih dari hari hari sebelum ini. Saya tahu ia sukar, dan paling sukar apabila terpaksa mengorbankan apa yang kita suka, dan pengorbanan perasaan juga adalah salah satu dari pengorbanan yang sukar. Tetapi sy mahu melakukannya, saya harap saya akan mampu!
Semoga Tahun Baru Islam ini akan memberikan nafas baru kepada kita, Pelajar Islam untuk menjadi individu-individu yang muslim pada zahir dan batinnya, untuk melakukan lebih daripada apa yang diwajibkan Allah dan meninggalkan lebih daripada apa yang dikategorikan sebagai dosa!

1 comment:
Hope this reply isn't too late..hehe
"Berjuang itu ertinya berkorban,
berkorban itu ertinya terkorban.."
Memang, berkorban itu perlukan kesabaran dan ketahanan yang tinggi. Dan from time tu time, ujian yang lebih hebat akan menanti untuk terus menguji taat kerelaan kita. Tapi seandainya kita berjaya memilikinya, maka alangkah hebatnya kita..
Walau ia susah, tapi ia tak bererti ia mustahil. Islam itu hebat, dan perlukan orang-orang yang hebat untuk membawanya. Islam sendiri menggalakkan umatnya memiliki akhlak2 yang hebat..
Marilah kita hebatkan diri utk deen ini.
Mujahadahlah!!
=)
Post a Comment