Setiap kali terdengar, terlihat, terbaca dan apa2 yang "ter" yang berkait dengan kes terbaru Anwar Ibrahim, terasa hati dan dada sangat sesak...
Saya dah baca kisah nie dari saya Darjah 5 (tahun 1998), saya baca detail masa tuh sebab saya kecik lagi, saya tak tahu apa itu dunia ini...sebagai budak kecik, saya baca dan saya baca dan saya ikut dengan bersungguh-sungguh segala perkembangan "menarik", yang terasa bagai dalam novel penyiasatan kegemaran. Si budak kecik itu mengumpul keratan akhbar kes-kes perbicaraan mahkamah yang panjang itu..dia kumpul, tampal dan bukukan dengan sokongan ibunya...budak kecik itu mengikuti segala berita dengan penuh teliti, segala detail, segala twist, segala percanggahan, segala pendedahan, dari segala jenis media dan pelbagai buku...
Kini, tahun 2011..budak Darjah 5 tuh sudah berusia 24 tahun...sudah 12 TAHUN dia membaca berita yang sama...12 TAHUN adalah masa yang cukup lama untuk membaca satu plot yang berulang-ulang.
12 TAHUN adalah satu masa yang cukup lama... Logikkah ada manusia yang boleh terus menerus melakukan perkara aib kala dia tahu seluruh teropong media menghala kepadanya setiap masa?
Namun, skg, bekas budak darjah 5 itu terasa seolah-olah ada sensitiviti melebihi jangkauan akal...dada dan hati juga berserabut setiap kali ter dengar, ter baca...ter...
Saya mengimpikan sebuah negara yang berusaha menuju kemajuan dengan agenda pemacuan bangsa menjadi agenda utama semua pihak. Saya mahu hidup di sebuah negara yang akhbarnya memaparkan idealisme pembangunan bangsa pada muka depan. Saya ngeri berada di sebuah negara yang memaparkan footage video hitam putih skandal pada muka depannya...
Allah, jangan turunkan azab yang tak mampu kami tanggung pada negara ini.
Allah selamatkanlah negara ini.
Allah, rahmatilah negara ini agar anak cucu kami boleh membesar menjadi insan bertaqwa di negara ini.
No comments:
Post a Comment