Tuesday, April 26, 2011

Musim Meriah Inbox

Assalamualaikum wbt..

Cuti sekolah semakin menghampiri, dan tahun ini inbox menerima jemputan yang berbeza...dari orang-orang yang sebaya. Adakah ini bermakna kita semakin tua?..oh, tidak.

Andai diikut kehendak hati, memang mahu memenuhi semua jemputan tersebut, menghadirkan diri, bertemu pasangan yang diraikan, berkongsi rasa gembira dan ber re-union dengan rakan-rakan yang lain.

Namun, ada peperiksaan akhir sedang menunggu di musim tersebut...

Susah untuk mengatakan "saya tidak boleh hadir", kerana hati memang sangat2 nak pergi especially yang batch2 saya tu, yang pernah tido menggigil kesejukan dalam khemah sama-sama, pernah makan ice-cream tgh2 malam di tepi padang time winter sama-sama, yang pernah makan berkongsi pinggan dan gelas... (...list goes on...)

Dengan berat hati, saya terpaksa menguzurkan diri, tidak mampu untuk memenuhi beberapa jemputan kerana ada juga yang bertembung dengan tarikh peperiksaan, terutamnya Majlis Kak Didi.. walau apapun, terima kasih atas jemputan, moga bahagia hingga ke syurga.

Ada 2 majlis di Johor, harap-harapnya saya boleh pergi salah satu darinya..(harap2 parents bagi izin)


14 May - Intan (Melbourne) & Norman Naim

21 May - Kak Khomsiah Bakrim & Aizuddin

28 May- Maimunah Khairuddin (Melbourne) & Akh Mahizal

3 June - Cousin

3 June- Suriani (Along) (SMKAWA) & Shuk

4 June- Kak Fazz (Melbourne) & Akh Amal Asrol

5 June - Danial Zaki & Ida Suliza (SMKAWA)

5 June - Cousin

6 June- Cousin

11 June- Kak Norsyahida (Melbourne) & Akh Rusman Arief

12 June- Kak Didi (Canberra) dan Akh Taqiyudin

19 June- Akh Rusman Arief & Kak Norsyahida (Melbourne)


sape lg?...




(teringat kisah lama....auturm camp, april 2007; bila bilang2, rupanya sembilan sudah ke fasa berikutnya)

InsyaAllah, my prayers are with u..

"Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul Islam wal muslimin"

There's a nice, newly released Indonesian version song. Sesuai dengan musim penuh Inbox.
The Indonesian pronouncation is perfect!

2 comments:

ibn suhaimi™ said...

Tahniah..penulis yang hebat[USAH jemu menulis iya]

Salam ziarah dari saya. Bumi Syam.

ibn suhaimi™ said...

Laman bermanfaat[USAH jemu menulis lagi]