Thursday, April 14, 2011

Usrah Baru

Bismillahi rahmanirahim...

Dulu kawasan ini dikenali sebagai satu kawasan, Shah Alam Klang. Sekarang ia telah dipecah menjadi dua kawasan yang berbeza. Usrah saya pun juga terlibat dalam penstrukturan semula ini. Saya masuk kawasan Shah Alam.

Alhamdulillah, baru dapat Usrah baru dan harapnya lama lah berada dalam kumpulan ini supaya dapat banyak benda dipelajari dan dihadam bersama.

Memang banyak sangat perkara yang berbeza antara Usrah Malaysia dan Usrah di Australia, semuanya ada kebaikan dan kekurangan masing-masing.

Sejak saya balik Malaysia, usrah saya memang ada kombinasi ahli dari wanita yang berpangkat kakak dan mak cik kepada diri saya. Satu lagi ialah ada ahli yang mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang jauh berbeza dari kita, contohnya ada ahli yang berpendidikan Syariah dari timur tengah, dan dalam negara. Ada ahli yang berkerja sebagai guru, jurutera, pengusaha tadika dan doktor. Segala kombinasi ini memang mewujudkan variasi yang menarik. Usrah lama saya ada beberapa babies yang dibawa bersama semasa usrah. Jadi, usrah juga boleh jadi tempat bermain dengan babies, kacau mereka or buat baik dengan mereka.


~ makin hari makin sibuk, dunia pun makin mencabar~

Kadang terdetik, cabaran sekarang tidak sebanyak mana berbanding masa depan yang sedang menanti, dan hanya satu doa tulus yang mampu dipohon, "thabbit qulubana a'la deenik".

"Matikanlah aku sebagai Muslim dan temukan diriku di Syurga bersama orang-orang yang soleh" (12: 101)

2 comments:

knv said...

salam,

bloghopping and terdatang sini. actually akak nak tanya kalau ada kumpulan usrah di shah alam as mentioned dalam entry adik ni.

boleh let me know the details?

jazakallah! :D

Thuaibah said...

wasalam...

jzkk akak sudi singgah, byk sgt usrah kt shah alam nie...bumi sibur dgn dakwah dan tarbiah=)

boleh sy dpt email akak? or add je sy kt fb or contact email sy~~ wirdatul_izzah@yahoo.com , senang sket nk berhubung=)

salam ta'ruf=)