Friday, May 20, 2011

Satu Semester di Bangunan SAAS

Hari ini adalah hari terakhir kelas untuk semester ini..

Ditutupi oleh pesan yang sangat bermakna oleh Sir Andrew, "if u fail ur exam, it's not the end of the word...especially the professional paper. But I hope u will pass.."

Saya cuba menghadam dan menerima ayat itu, tentang hakikat yang kita juga perlu menyediakan diri untuk menghadapi kegagalan walaupun kita berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan.

Agar nanti jiwa kita tidak terlalu "sakit" kala menerima berita yang tidak menggembirakan itu.

Sediakan sedikit ruang dalam diri untuk itu, dan tumpukan sepenuh ruang yang lain untuk--KEJAYAAN.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa tajuk entry ini adalah Satu Semester di SAAS? di SAAS sahaja kah tempat yang saya pergi sejak sambung belajar di sini? Ya, kebanyakan masa dihabiskan di tingkat 14 bangunan SAAS. Jika lift rosak kami terpaksa mendaki sehingga tingkat 14, belum lagi dikira mendaki bukit untuk tiba di tingkat satu Menara SAAS ini. Saya masih tidak mengetahui kedudukan fakulti-fakulti lain dan saya juga tidak explore kawasan-kawasan lain dalam kampus ini.

Saya masuk ke kelas tidak mengenali sesiapa, dah la masuk lewat 2 minggu daripada orang lain. Mula-mula takut juga...akhirnya, saya gembira bertemu dan berkawan dengan rakan-rakan baru.

Kelas saya terdiri dari kombinasi pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang, ada yang sudah tamatkan Master, ada yang datang daripada Universiti lain, ada yang jauh berusia dari saya, ada yang sudah berkerja sebelum sambung belajar dan ada juga yang baru sahaja grad.

Ada beberapa kawan baru yang ditemui yang akhirnya menjadi rapat. Membawa kepada "bersuka-gembira" menghadiri APECS dinner di Sunway Hotel and Resort dan bersuka ria mencuba memasak Ayam Penyet pada masa kami sepatutnya study untuk Trial P2.

Di APECS dinner saya menyedari satu perkara baru, iaitu kesungguhan pelajar-pelajar perempuan mahu bercantik-cantik. Mula-mula terkejut melihat "demam" para pelajar menyewa dan membeli baju untuk dinner dan juga 3 sesi demo make-up disediakan sebagai persiapan make-up untuk malam tersebut. Semua orang yang saya kenali pergi mendapatkan khidmat jurusolek di kedai dan membeli/ menyewa baju untuk dinner. Ia sesuatu yang sangat baru bagi saya, kerana sewaktu di Canberra, majlis high tea dan dinner dengan diplomat dan duta-duta asing di Kedutaan pun tiada siapa yang mencari baju khas dan beria bermake-up. Yang tahu "sambar" baju kurung , sebab baju kurung itu dikira wajib untuk majlis rasmi. Akhirnya, dapat tahu dari kawan-kawan lain, memang budayanya begitu di sini. Patutlah kawan-kawan sekelas mengajak saya make-up di Kedai. Kiranya, maintain cool lah saya "beranikan" diri tampil tanpa sentuhan jurusolek dan pakaian khas mengikut tema. Heh, berdebar juga sebenarnya.. Pelajar lelaki pun sama juga bab melaram dengan baju nie, semuanya tampil bergaya dengan pakaian dan accessories yang sangat masuk dengan tema.

diaorang cakap bulu mata palsu menghalang beberapa % dari penglihatan.


------------------------------------------------------------------------------------------------

Exam Venue ACCA saya adalah di tempat nostalgik, INTEC yang menyimpan suka duka kisah seorang saya mula mengenal dunia.
Rupa-rupanya SSABSA exam pada November 2006 bukanlah exam terakhir saya di INTEC.


No comments: