Bismillahi rahmanirahim...
Oh tema masih tema Musim Meriah Inbox.
Excuse me, nampaknya mungkin entry May-June nie ada tempias Nasi Minyak. Nasi Minyak sedap tapi yang paling sedap ialah dapat jumpa ramai akhawat di musim ini~~.
I will be going for a Jaulah Nasi Minyak next week, insyaALLAH.
Saya terjumpa di sini 10 Soalan (ILUVISLAM) yang memberikan panduan yang berguna untuk ta'ruf, yang saya rasa merangkumi perkara-perkara besar dan penting. Boleh dibuat panduan buat yang memerlukan, dan boleh juga diubah mengikut kesesuaian.
1. Apakah wawasan hidupnya?
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Kalau boleh dapat jawapan bertulis bagus juga, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun lagi boleh tengok balik samada perjalanan on track pada matlamat asal yang besar tak? Boleh muhasabah dan perbetulkan mana yang kurang.
3 comments:
Sejak tulis entri nih...terus hanya yang diinvite sahaja boleh membaca blog saudari?
Salam~~!
apa yang dah berlaku??
btw, this entry provides useful guidance..
InsyaAllah akn dibuka utk semua semula suatu masa nanti, insyaAllah..
Post a Comment