Wednesday, May 25, 2011

Where are the Real Erdogans?

"PAS Youth Wing would cement their image as a protestor against Valentine’s Day celebration and rock concerts. Substantive work – developing policies on the economy, national unity, education, healthcare, taxation, etc – would remain in the hands of PKR and DAP.

In a recent TV interview, during break the interviewers asked me why I have no confidence in the PAS Youth leadership. I responded with a question – if they were to invite younger representatives from Pakatan Rakyat to their TV programme, who would they invite? They mentioned names like Rafizi Ramli, Nik Nazmi, Tony Pua, Zairil Khir Johari, and Hannah Yeoh. And I told them that they have just proved my point. None of the names they mentioned is from PAS.

The reality is, PAS Youth have completely failed to produce visionary youths who can lead a national debate."

QUOTED FROM HERE- I REALLY LIKE THIS ARTICLE

Friday, May 20, 2011

Satu Semester di Bangunan SAAS

Hari ini adalah hari terakhir kelas untuk semester ini..

Ditutupi oleh pesan yang sangat bermakna oleh Sir Andrew, "if u fail ur exam, it's not the end of the word...especially the professional paper. But I hope u will pass.."

Saya cuba menghadam dan menerima ayat itu, tentang hakikat yang kita juga perlu menyediakan diri untuk menghadapi kegagalan walaupun kita berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan.

Agar nanti jiwa kita tidak terlalu "sakit" kala menerima berita yang tidak menggembirakan itu.

Sediakan sedikit ruang dalam diri untuk itu, dan tumpukan sepenuh ruang yang lain untuk--KEJAYAAN.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa tajuk entry ini adalah Satu Semester di SAAS? di SAAS sahaja kah tempat yang saya pergi sejak sambung belajar di sini? Ya, kebanyakan masa dihabiskan di tingkat 14 bangunan SAAS. Jika lift rosak kami terpaksa mendaki sehingga tingkat 14, belum lagi dikira mendaki bukit untuk tiba di tingkat satu Menara SAAS ini. Saya masih tidak mengetahui kedudukan fakulti-fakulti lain dan saya juga tidak explore kawasan-kawasan lain dalam kampus ini.

Saya masuk ke kelas tidak mengenali sesiapa, dah la masuk lewat 2 minggu daripada orang lain. Mula-mula takut juga...akhirnya, saya gembira bertemu dan berkawan dengan rakan-rakan baru.

Kelas saya terdiri dari kombinasi pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang, ada yang sudah tamatkan Master, ada yang datang daripada Universiti lain, ada yang jauh berusia dari saya, ada yang sudah berkerja sebelum sambung belajar dan ada juga yang baru sahaja grad.

Ada beberapa kawan baru yang ditemui yang akhirnya menjadi rapat. Membawa kepada "bersuka-gembira" menghadiri APECS dinner di Sunway Hotel and Resort dan bersuka ria mencuba memasak Ayam Penyet pada masa kami sepatutnya study untuk Trial P2.

Di APECS dinner saya menyedari satu perkara baru, iaitu kesungguhan pelajar-pelajar perempuan mahu bercantik-cantik. Mula-mula terkejut melihat "demam" para pelajar menyewa dan membeli baju untuk dinner dan juga 3 sesi demo make-up disediakan sebagai persiapan make-up untuk malam tersebut. Semua orang yang saya kenali pergi mendapatkan khidmat jurusolek di kedai dan membeli/ menyewa baju untuk dinner. Ia sesuatu yang sangat baru bagi saya, kerana sewaktu di Canberra, majlis high tea dan dinner dengan diplomat dan duta-duta asing di Kedutaan pun tiada siapa yang mencari baju khas dan beria bermake-up. Yang tahu "sambar" baju kurung , sebab baju kurung itu dikira wajib untuk majlis rasmi. Akhirnya, dapat tahu dari kawan-kawan lain, memang budayanya begitu di sini. Patutlah kawan-kawan sekelas mengajak saya make-up di Kedai. Kiranya, maintain cool lah saya "beranikan" diri tampil tanpa sentuhan jurusolek dan pakaian khas mengikut tema. Heh, berdebar juga sebenarnya.. Pelajar lelaki pun sama juga bab melaram dengan baju nie, semuanya tampil bergaya dengan pakaian dan accessories yang sangat masuk dengan tema.

diaorang cakap bulu mata palsu menghalang beberapa % dari penglihatan.


------------------------------------------------------------------------------------------------

Exam Venue ACCA saya adalah di tempat nostalgik, INTEC yang menyimpan suka duka kisah seorang saya mula mengenal dunia.
Rupa-rupanya SSABSA exam pada November 2006 bukanlah exam terakhir saya di INTEC.


Tuesday, May 17, 2011

Kembali Menconteng

Kenapa blog ini kembali rajin berconteng?

Haaa..sebab budak-budak Universiti dah start cuti semester. Yang ada sekarang tinggal beberapa kerat pelajar yang buat program Professional, CAT, ACCA, CIMA dan yang seerti dengannya. Internet lebih laju dari biasa..bukan laju sedikit tapi laju banyak!

Kalo dulu malam-malam confirm kelajuan dia 0.00kbps, dan sepanjang masa perlahan. Sampai kalo geram-geram sangat tuh saya kata, "kenapalah jadi internet kalo tak leh connet?"" haish..

Sekarang nie tengok Youtube pun tak tersekat-sekat...seronok seronok=D

Nota Kaki: Saya mula perasan yang saya sudah menjadi amat sukar menulis dalam Bahasa Melayu 100%. Maksudnya, tanpa campuran bahasa rojak. Mungkin tidak bagus untuk masa depan..

Kedai Makan

Makan~! Topik yang Menarik Untuk Semua orang.

Setiap kali keluarga atau kawan-kawan datang melawat saya dan bertanya makan kat mana yang best, mesti saya sungguh tak tahu nk cadangkan untuk makan di mana.

Sebab utamanya ialah:
- Saya tidak jumpa restauran untuk dicadangkan dan saya belum berkesempatan meronda restauran-restauran yang banyak di sini (dalam jarak jalan kaki sekitar rumah saya ada lebih kurang 25 buah restauran)
- Kelas saya 8pagi-6ptg, kecuali hari Selasa menyebabkan saya tidak berkesempatan mencuba kedai-kedai di sini.
- Ketidaksukaan saya kepada Cafe Fakulti menyebabkan saya memasak dan membawa bekal ke kelas, terutamanya hari Rabu.
- Saya tidak suka keluar malam, jadi saya tidak makan malam atau saya memasak untuk dinner dan bekal keesokan harinya. Kadang-kadang saya tapau makanan dari kedai-kedai berdekatan.

Kawasan rumah saya ada saaaangat banyak kedai makan, rasanya dalam 25 buah tetapi saya kurang faham kenapa mereka menawarkan menu hampir sama. Bayangkan berpuluh-puluh kedai menjual makanan yang hampir sama. Lagi-lagi menu untuk waktu malam. Kawasan ini adalah kawasan tumpuan ramai, saya rasa mereka boleh jadi lebih maju dengan menawarkan "differentiation", bukan hanya sekadar compete dari segi ""price". Apabila pelajar ramai bercuti seperti sekarang, separuh daripada restauran ini terpaksa ditutup kerana tiada pelanggan, walhal saya rasa mereka boleh menarik pelanggan bukan pelajar jika mereka boleh menawarkan alternatif menu yang lebih baik.

Sejak Study Leave untuk Trial 3 minggu lepas, saya berkesempatan meronda kedai-kedai makan di kawasan berdekatan, dan sekarang saya sudah jumpa beberapa tempat-tempat makan yang boleh dicadangkan dan bawa orang makan;

1. Az-Zahrah (Masakan Cina Muslim), Sek 9

2. Ayam Penyet Ria, Sek 7

3. Pak Su Corner, Sek 16

4. Molek (Masakan Kelantan), Sek 7


(nanti saya jumpa yang sedap-sedap lagi saya tambah kat sini lagi ye)

Monday, May 16, 2011

Akhi Anta Hurrun..



this nasyeed is based on a famous quotation from asSyahid Sayyid Qutb.

أخي أنت حرٌّ وراء السدود ….. أخي أنت حرٌّ بتلك القيود
إذا كنت بالله مستعصما …. فماذا يضيرك كيد العبيد؟!!

.

أخي هل تُراك سئمت الكفاح ؟ …. وألقيتَ عن كاهليك السلاح
فمن للضحايا يواسي الجراح ؟….. ويرفع راياتها من جديد

.

أخي: إنني اليوم صلب المراس … أدكُّ صخور الجبال الرواسي
غدا سأشيحُ بفأسي الخلاص … رؤوس الأفاعي إلى أن تبيد

.

أخي: إن ذرفت عليَّ الدموع … وبللت قبري بها في خشوع
فأوقد لهم من رفاتي الشموع … وسيروا بها نحو مجد تليد

.

أخي: إنْ نمتْ نلقَ أحبابنا …. فروضات ربي اُعدَّت لنا
وأطيارها رفرفت حولنا … فطوبى لنا في ديار الخلود

.

ساثار ولكن لرب ودين … وأمضي على سنتي في يقين
فإما إلى النصر فوق الأنام … وإما إلى الله في الخالدين .


Akhi Anta Hur (Saudaraku, engkau sebenarnya merdeka !)

Syed Qutb

Saudaraku engkau sebenarnya merdeka (walaupun dikurung) di sebalik jeriji besi itu,

Saudaraku engkau sebenarnya merdeka (walaupun) diikat dengan gari-gari itu,

Sekiranya engkau berpegang teguh kepada Allah,

Nescaya tiada tipudaya hamba yang dapat memudaratkanmu

.

Saudaraku, apakah yg berlaku kiranya engkau jemu untuk berjuang ?

Dan engkau melemparkan dari bahumu segala senjata-senjata ?

Siapakah yang akan mengubati luka para tentera yang cedera di medan peperangan ?

Dan siapa pula yang akan mengangkat kembali bendera kita ?

.

Saudaraku sesungguhnya aku pada hari ini adalah tukul besi yang keras,

Aku akan menghancurkan segala sihir/tipudaya jahat segala gunung-gunung yang mencakar langit (pemerintah yang zalim),

Pada hari esok aku akan menghapuskannya dengan pukulan penghabisan,

Segala kepala-kepala ular sehingga ia hancur berkecai.

.

Saudaraku, sekiranya engkau mengalirkan airmatamu atas pemergianku,

Dan engkau sirami pusaraku dengan airmata itu dengan penuh khusyuk (sedih),

Maka nyalakanlah bagi mereka (generasi berikutnya) daripada tulang-belulangku sebagai lilin,

Dan maralah dengannya ke arah kegemilangan yang menanti.

.

***(tambahan tiada dalam lagu tapi ada dalam syair)***

Saudaraku sesungguhnya aku tidak pernah jemu untuk berjuang,

Dan aku takkan mencampakkan senjata daripada badanku,

Sekiranya aku mati sesungguhnya aku syahid,

Dan engkau akan terus mara menuju kegemilangan yang agung.

***(habis tambahan)***

.

Saudaraku sekiranya kami mati kami pasti akan bertemu dengan kekasih-kekasih kami,

Bahkan taman syurga Tuhanku tersedia buat kami,

Serta burung-burungnya akan berterbangan di sekeliling kami,

Maka bergembiralah bagi kami dalam negeri yang abadi ini.

.

Aku pasti akan menuntut bela, atas dasar Tuhan dan agama,

Dan aku akan terus mara dengan perjalananku ini dengan penuh keyakinan,

Sama ada ia berupa kemenangan di atas semua manusia,

Ataupun ia adalah kepulanganku kepada Allah di dalam negeri yang kekal.

Sunday, May 15, 2011

63 Tahun Nakbah

Israel Sambut 63 Tahun Kelahirannya Dengan Penuh Gementar


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.

Holocaust.


Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin. Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.

Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

63 tahun An Nakbah

Kini 63 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa

Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 63 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Sambutan 63 Tahun kelahiran Israel


Hari Ahad ini, 15 hb Mei 2011 adalah tahun ke 63 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.

Sebenarnya banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita akhiri era sombong mereka itu.


1-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan perkembangan di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan Hamas-Fatah dan fraksi Palestin yang lain.

2-Tumbangnya Mubarak dan persetujuan Kerajaan Semestara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara kekal.

3-Kesediaan barisan pemuda di Bumi Anbiya melancarkan Intiadah ke 3 dengan pempuran yang lebih dahsyat.

4-Berkurangannya kedatangan pendatang Yahudi ke Palestin. malahan lebih 700 ribu Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 9 tahun yan lalu

5-Generasi muda Israel tidak beriman dan tidak berminat denan agenda Zionis apatah lagi berjuang untuknya.

6-Pertambahan penduduk Palestin di Gaza, West Bank & Palestine-1948 jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi. Ini merupakan projek bom demografi yang menakutkan zionis untuk angka masa panjang

7-Ekonomi Israel semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini.

8-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.

Dan sebenarnya banyak lagi petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis bakal berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini. Pastikan bahawa anda tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.

Kita berjumpa di Al Aqsa nanti

Salam perjuangan

Dr Z

Thursday, May 12, 2011

Berita Paling Gembira

Berita paling gembira bulan nie...

-Hamas dan Fatah adakan perjanjian damai untuk berkerjasama... (terasa bagai satu rahmat yg besar).
*perjanjian ini ditandatangani di Cairo, Mesir jadi orang tengah.
*Tokoh saya kagum, Khaled Mishal wakil Hamas tandatangani perjanjian dengan Mahmud Abbas (Fatah).

-Kerajaan Mesir memutuskan untuk membuka sempadan Mesir-Palestine buat selama-lamanya.
*sempadan ini telah ditutup rapat Sejak Hamas memenangi Pilihanraya Palestine pada 2007, dan hanya dibuka sangat sedikit dalam kes-kes istimewa seperti Serangan dahsyat Israel terhadap Palestine pada Dec 2008 dan Insiden Frotila Gaza tahun lepas.

-Hamas bersetuju menukarkan Gilat Shalit (tentera Israel yang ditawan sejak 2007) dengan tawanan Palestine di Penjara Israel. Mesir menjadi orang tengah rundingan.
*Sekali terfikir hebat sangat lah Hamas nie jaga tentera Israel nie sejak 2007. Israel kan ada peralatan perisikan yang canggih, satelit hebat dan sebagainya tapi Israel tak jumpa cari tenteranya yang disimpan Hamas selama hampir 5 tahun, padahal bumi Palestine yang dikuasai Hamas kecil sangat je. Lagipun Israel selalu serang Palestine teruk-teruk seolah-olah tiada tanah Palestine yang tidak diserang, ajaib juga tak jumpa tentera yang sorang nie.
*Teringat buku "from Beirut to Lebanon", doktor sukarelawan yang menulis buku tu berkata, sewaktu dia di sana ada satu je hospital yang tidak hancur lebur diserang Israel. Rahsianya, mereka meletakkan askar Israel yang ditawan di atas bumbung hospital tersebut. Begitu berharganya nyawa seorang Israel berbanding manusia-manusia lainnya.

Semua ini berlaku selepas Revolusi Mesir menjatuhkan Hosni Mubarak.
- Negara Islam sendiri yang membantu Israel menyeksa rakyat Palestine dengan menutup sepenuhnya sempadan.
- Walaupun terdapat sedikit pengaruh ikhwan muslimin dalam era baru Mesir, namun keputusan menolong Palestine ini dibuat oleh kerajaan sementara Mesir yang terdiri daripada Tentera Mesir dan tokoh-tokoh bebas. Maknanya, sesiapa yang tidak didorong oleh kepentingan peribadi dan ditutup hati dari kebenaran, akan nampak rasional dan keadilan untuk Palestine, jadi semua orang yang waras sebenarnya mahu membela Palestine, bukan hanya golongan Islamis.
- Mesir belum pun membentuk kerajaan baru selepas era Hosni Mubarak, namun ia telah bekerja menolong nasib jirannya. Tahniah dan Alhamdulillah..

May it lasts forever...

Sunday, May 8, 2011

10 soalan Ta'ruf

Bismillahi rahmanirahim...

Oh tema masih tema Musim Meriah Inbox.

Excuse me, nampaknya mungkin entry May-June nie ada tempias Nasi Minyak. Nasi Minyak sedap tapi yang paling sedap ialah dapat jumpa ramai akhawat di musim ini~~.

I will be going for a Jaulah Nasi Minyak next week, insyaALLAH.

Saya terjumpa di sini 10 Soalan (ILUVISLAM) yang memberikan panduan yang berguna untuk ta'ruf, yang saya rasa merangkumi perkara-perkara besar dan penting. Boleh dibuat panduan buat yang memerlukan, dan boleh juga diubah mengikut kesesuaian.

1. Apakah wawasan hidupnya?

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Kalau boleh dapat jawapan bertulis bagus juga, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun lagi boleh tengok balik samada perjalanan on track pada matlamat asal yang besar tak? Boleh muhasabah dan perbetulkan mana yang kurang.

Friday, May 6, 2011

Apa mahu kata..

Satu isu yang sangat sensitif, sungguh dari sudut hati paling dalam.

Setiap kali terdengar, terlihat, terbaca dan apa2 yang "ter" yang berkait dengan kes terbaru Anwar Ibrahim, terasa hati dan dada sangat sesak...

Saya dah baca kisah nie dari saya Darjah 5 (tahun 1998), saya baca detail masa tuh sebab saya kecik lagi, saya tak tahu apa itu dunia ini...sebagai budak kecik, saya baca dan saya baca dan saya ikut dengan bersungguh-sungguh segala perkembangan "menarik", yang terasa bagai dalam novel penyiasatan kegemaran. Si budak kecik itu mengumpul keratan akhbar kes-kes perbicaraan mahkamah yang panjang itu..dia kumpul, tampal dan bukukan dengan sokongan ibunya...budak kecik itu mengikuti segala berita dengan penuh teliti, segala detail, segala twist, segala percanggahan, segala pendedahan, dari segala jenis media dan pelbagai buku...

Kini, tahun 2011..budak Darjah 5 tuh sudah berusia 24 tahun...sudah 12 TAHUN dia membaca berita yang sama...12 TAHUN adalah masa yang cukup lama untuk membaca satu plot yang berulang-ulang.

12 TAHUN adalah satu masa yang cukup lama... Logikkah ada manusia yang boleh terus menerus melakukan perkara aib kala dia tahu seluruh teropong media menghala kepadanya setiap masa?

Namun, skg, bekas budak darjah 5 itu terasa seolah-olah ada sensitiviti melebihi jangkauan akal...dada dan hati juga berserabut setiap kali ter dengar, ter baca...ter...

Saya mengimpikan sebuah negara yang berusaha menuju kemajuan dengan agenda pemacuan bangsa menjadi agenda utama semua pihak. Saya mahu hidup di sebuah negara yang akhbarnya memaparkan idealisme pembangunan bangsa pada muka depan. Saya ngeri berada di sebuah negara yang memaparkan footage video hitam putih skandal pada muka depannya...

Allah, jangan turunkan azab yang tak mampu kami tanggung pada negara ini.
Allah selamatkanlah negara ini.
Allah, rahmatilah negara ini agar anak cucu kami boleh membesar menjadi insan bertaqwa di negara ini.
Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi (7:96)