Monday, September 20, 2010

cerita dari kampung (part 3)

5. Accident (raya ke-2)

Atuk saya accident pada raya ke-2 bersama dua orang cucunya. Accident atas jambatan Jerteh melibatkan 3 buah kereta in a row dan saya telah menghabiskan petang raya ke-2 di Wad Kecemasan Hospital Besut. Kami dalam perjalanan beraya ke rumah salah seorang sedara sebelah mak saya dan bergerak dalam beberapa buah kereta tetapi menggunakan jalan yang berlainan.

Sewaktu mula-mula dapat berita atuk accident saya dah terbayang ia akan melibatkan at least 5 orang sepupu saya juga kerana biasanya kereta itu penuh. Khalili adalah sepupu lelaki sulung yang selalunya bersama atuk saya sejak kecil hingga besar, di mana ada Ayah Ki di situ lah ada Khalili. Dan beberapa orang sepupu lagi yang sedang bersiap untuk menaiki kereta Ayah Ki ketika saya bertolak meninggalkan rumah atuk saya sebentar tadi tentunya terlibat sama. Itulah yang saya fikirkan kala mendapat panggilan accident tersebut.

Amat mengejutkan apabila akhirnya mengetahui hanya dua orang sepupu sahaja yang berada di atas kereta bersama Ayah Ki iaitu Aiman dan Khusairi. Sepupu-sepupu yang lain tiba-tiba cancel plan untuk pergi walaupun telah bersiap, ada yang cancel masa dah di tangga rumah, ada yang tiba-tiba cancel masa tengah bersiap, Khalili pula tiba2 sakit kepala yang amat teruk sehingga tidak mampu bangun. Sungguh ajaib sekali.

Akhirnya hanya Aiman dan Khusairi yang menemani Ayah Ki. Dan dua orang cucu dan atuk ini lah yang menerima effect accident itu yang menghancurkan sepenuhnya cermin depan kereta dan merosakkan kereta dengan teruk sekali.

Anehnya tindakan cucu-cucu Ayah Ki yang tidak jadi ikut sama. Benarlah, semua yang berlaku ke atas kita memang takdir Allah. Allah pilih kita untuk menerima takdir itu, takdir yang kita rasa baik, ada yang kita rasa buruk tetapi Allah lebih mengetahui yang kelihatan buruk itu mungkin ada hikmah yang besar ingin Allah sampaikan. Saya terasa bagai telah melihat satu keajaiban takdir (tentang tindakan cucu-cucu cilik yang menarik diri saat sudah siap untuk bertolak), terfikir-fikir kala tersekat dalam traffic jammed untuk menuju ke tempat kejadian. Cuba untuk menyabarkan diri, bertenang dan bersedia for the worst kala tidak mengetahui apa status mangsa.

”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”

Hadith Riwayat Muslim
Jika dalam Bahasa Arab, hadith nie ada perkataan "Kaza wa kaza" yang bermaksud, "kalaulah dan kalaulah". Allah tidak bagi kita berkata begitu, seolah-olah tidak menyakini bahawa apa yang berlaku adalah segala yang telah Allah tetapkan dari awal, dan ketentuan Allah itu pasti akan berlaku. Orang yang menarik diri secara tiba-tiba adalah telah ditetapkan bukan takdirnya untuk accident (gerak hati utk membuat keputusan itu juga adalah dari Allah) dan yang terlibat dengan accident itu adalah atas takdir Allah yang mempunyai banyak hikmah.


6.Family Gathering (raya ke-3)

Selepas beberapa tahun terlepas daripada menghadiri big family gathering sebelah ayah, Alhamdulillah Allah mengurniakan kesempatan sangat bermakna untuk menghadirinya pada tahun ini. Sembelih lembu seekor, ayah in-charge bahagian gulai lembu. Mak cik-mak cik lain in-charge untuk singggang daging, goreng daging dan lauk pauk lain. Tapi yang menariknya ialah, ayah kata, orang perempuan tak boleh terlibat dalam memasak gulainya, nanti gulai tuh tak jadi. Statement yang sangat menarik bagi anak-anak perempuannya untuk mendengarnya, tambahan pula mak tiada di rumah pada sebelah malam (menemankan atuk yang baru accident). Jadi, ayah hanya meminta tolong kaum Adam sahaja kecuali sewaktu dia mengetuk bilik saya untuk minta tolong kupas bawang. Kemudiaan tugas yang diberi kepada perempuan juga ialah blender bawang dan masak lada. That's all (*big grin*). Kami pun duduk jauh-jauh dari kawasan kaum lelaki memasak, tolong kacau gulai pun tak, dan hanya menunggu gulai itu dibawa naik ke atas rumah, siap untuk dimakan (*big smile*).

Suka dapat jumpa ramai orang, of course wajah-wajah yang dah lama tak jumpa dapat jumpa sebab semua orang ada. Terkejut tengok sepupu-sepupu lelaki yang rasa cm hingusan dulu dah jadi besar-besar, lebar-lebar dan tinggi-tinggi. Rasa gayat pula duduk sebelah. Man (Abdul Rahman) yang dulu cm kecik je lagi dah mampu memberikan tazkirah kupasan Surah Al Baqarah dengan sangat confident dan jelas depan mak -mak sedara dan bapa-bapa sedara. kagum. dia lebih muda dari saya. Same goes to Yusof, Aris, Mat Adib yang menyambung bacaan hafazan Al-Qur'an dari Ayah Ngah dengan spontan dan sangat baik bacaan dan ingatannya. Mereka nih dulu kecik lagi. Banyak lagi yang menarik-menarik berlaku masa family day nih tapi dah malas nak menulis.

All in all, I was very happy to see everyone on my 3rd raya as it was my last day at home before boarding the bus to KL.

No comments: