Tuesday, September 28, 2010

batuk, rokok dan madu

Bismillahi rahmanirahim..

Hari ke-2 ditinggalkan rombongan pegi Sabah Serawak.

Tajuk apakah di atas itu?

Saya mula batuk pada minggu pertama puasa, selepas tiga hari batuk yang kering, saya mula terasa ada kahak masa batuk pada waktu pagi. Menyedari sejarah saya dan batuk, sy terus jumpa doktor panel kat One World Hotel, salah satu klinik panel KPMG. Saya cerita panjang kat doktor tuh tentang saya biasanya susah nk recover kalo batuk, sangat susah dan biasanya akan berganti-ganti ubat keep upgrading. Dia kata, dia akan terus bg upgraded dose a.k.a bagi ubat yang lebih kuat. Ubat dalam bentuk cecair untuk kahak sangat effective (makan sekali sehari dan pada hari ke-3 saya dah totally recover from kahak), so tinggal batuk je. Batuk sangat teruk sebenarnya sampai rasa nak ikut je nasihat doktor untuk tidak berpuasa, sebab rasa sangat sakit. Tapi bertahan juga dan keep berpuasa sehinggalah tidak boleh solat dan wajib meninggalkan puasa. Somehow it helps sbb boleh keep on minum air, dapatlah kurangkan sket rasa sakit dada. Then, antibiotik habis dan semua ubat2 lain habis juga. Ini fenomena biasa batuk saya, memang ubat yang saya makan ikut peraturan akan habis dan batuk still tak recover.

Saya tak pergi jumpa doktor untuk tambah ubat dah sbb saya rasa "insaf", may be dah tiba masanya untuk saya cari alternatif, lebih kepada "menguatkan sistem badan saya". Saya rasa saya masih muda, tapi apabila batuk saya selalu rasa sedih dan tak tahu nk buat apa. Saya kne makan banyak ubat yang makin dikuatkan, sambung-sambung ubat dan mengambil masa yang sangat lama untuk sembuh, malah kadang-kadang sampai berbulan.

Nie masa masih muda, nanti tua macamana? Orang yang sihat dan kuat masa muda pun biasanya makin merosot kesihatan bila usia meningkat. Saya yang muda dah sangat sensitif dengan batuk dan dependent dengan ubat macamana? Kadang-kadang saya rasa sangat kesian dekat paru-paru saya. Mesti penat dia kan? Badan saya pun akan penat kalo batuk teruk sangat.

Saya balik bercuti Raya dengan masih batuk, terus ditegur oleh mak sebaik sahaja melangkah ke dalam kereta sewaktu dia menjemput di stesen bus. Masa terawikh sangat mencabar kerana batuk itu jadi sangat menyakitkan. Mak suruh makan madu, saya makan tapi sekali sehari je, waktu malam. After few days, batuk berkurang, saya rasa ajaib dan terkejut. Lepas seminggu lebih, batuk dah tinggal sangat sedikit (note: saya makan madu satu sudu sehari sekali sahaja). By hari Raya, saya dah pulih. Total madu yang saya minum rasanya tak sampai 10 sudu. Saya sibuk beraya, lupa tentang batuk dan madu.

Kemudian saya datang KL pula, sambung bekerja. Batuk ada once in a while. Satu petang masa nak pegi beraya, saya kne hujan, by time balik rumah saya tidak terus mandi sbb saya lupa saya kne hujan. Esoknya saya demam dan selsema. Housemate saya selamat sbb dia mandi lps kne hujan. Saya pulak lupa saya kne hujan. Saya hanya ingat saya kne hujan lepas saya dah demam. Batuk saya datang balik, makin teruk dan teruk. Jumpa doktor, dapat MC, tapi yang paling menakutkan saya bila doktor tuh pegi cari sendiri ubat dalam kabinet untuk diberi kepada saya sbb dia kata jarang dia prescibe ubat nih, dia pesan juga jangan beli sendiri sbb bahaya, kemudian dia ajar saya guna untuk spray dalam hidung. Appekah? Then, total charge menakutkan saya, RM110. Bukan sbb duit, sbb sume KPMG bayar, tapi sbb sangat banyak ubat. Saya hanya guna dua je ubat dalam banyak2 ubat tuh, saya takut sungguh nak menelan sebegitu banyak ubat (baca: drug). Weekend nya saya balik Terengganu, dengan niat yang sangat kuat dan tinggi untuk makan madu, segala jenis madu yang ada kt rumah (buat pertama kali, saya rasa madulah harapan saya sekarang). By this time, saya sudah batuk selama sebulan lebih (with interval sembuh time raya for a few days).

Saya komited makan madu 3 kali sehari, madu asli, madu berubat, madu kilang. Sume saya makan. Seperti harapan dan keyakinan saya, pada hari ke-3, saya sudah 90% sembuh.

Surat An Nahl:
Ayat 68.
Dan tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibikin manusia."

Ayat 69.
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.

Nabi Muhammad s.s.w. bersabda:
"Barang sesiapa minum madu setiap bulan dengan niat mempraktikkan nasihat al-quran, maka Allah s.w.t. akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat konsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Allah s.w.t. telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa sakit, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul s.a.w. sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca AI-Quran".

Dari Abu hurairah r.a Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang menjilat MADU 3 kali dalam sebulan dia tidak akan diserangi penyakit yang serius."

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a Rasulullah saw bersabda:
"Gunakanlah dua penawar ini, iaitu MADU dan Al-Qur'an."

Subhanallah, sangat banyak ayat dan hadith yang menerangkan tentang kebaikan madu. Saya tidak pernah terfikir untuk makan madu sebagai ubat utama untuk batuk saya walaupun saya mengetahuinya kebaikan-kebaikannya secara umum. Terasa sangat-sangat syukur untuk merasai sendiri bahawa apa yang diperkataan oleh Al-Qu'ran dan Rasulullah itu benar dan sangat terbukti.

Saya sedang berusaha untuk sembuh sepenuhnya dan mula rasa lega. Nampak gaya seperti telah menemui "ubat" yang sebenar dan mungkin kena teruskan makan selepas ni untuk imunisasi dan menguatkan pertahanan badan pula.

Hari ini, hari ke-4 perawatan intensif batuk saya menggunakan madu. Dan hari nie saya telah terdedah kepada asap rokok yang banyak. Sebagaimana telah saya ceritakan, teman2 yang biasa saya lunch dan dinner telah dihantar ke Sabah Serawak. Hari nie sy keluar lunch dengan kawan2 dari KPMG dan IBM yang saya tak pernah keluar sama-sama. Keluar 8 orang semuanya. Dan empat orang telah merokok lebih dari sebatang. Owh, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada di hati masa tu (owh, batukku, owh, jangan selsema). *praying hard*.

p/s: Allah menjadikan penyakit, Dia tentu menyediakan ubat, kan?

11 comments:

Shukri said...

salam.. oo.. madu insya Allah sangat bagus untuk batuk, keletihan, selsema dan sejenisnya. ada satu kisah sahabat nabi yang sakit perut. nabi suruh makan madu berulang2 sehingga la sembuh. maka, depends on individual.. ada yang kena makan banyak kali baru effektif. tapi, hadis itu membuktikan keyakinan Nabi SAW terhadap madu tu. maka boleh la amal selalu. my suggestion, add habbatus sauda as your daily supplement. good for general health as well.

juga boleh amal ayat2 penawar:
surah attaubah ayat 14
surah yunus ayat 57
surah annahlu ayat 69
surah al isra ayat 82
surah as syu'ara' ayat 80
surah fussilat ayat 44

wassalam

Thuaibah said...

Wslm~

Wah!

part of elemens dalam recovery is also tahap keyakinan pesakit kepada ubat dan penyembuhan.

Good piece of tips Shuk, thank you!

niha said...

Salam~

yang merokok tu perempuan ke?

Thuaibah said...

wslm~

yup. let's pray it does not affect my vulnerable chest and lung..

Tariq_ramadhan said...

salam...

doktor tuh kasih ubat nama ape? boleh tahu...lagi satu, batuk nih dah lebih dari 3 bulan ke?

WAK said...

Salam,

Allah memberi seperti apa yang kita sangka (p/s : tidak pasti apa bunyi ayat yg sebenarnya)

tapi yg sy faham,sekiranya kita rasa kita boleh,InsyaAllah kita mampu.Tapi sekiranya dalam hati sudah terdetik kita tidak boleh,kebarangkalian besar kita tidak mampu melaksankannya.

perkongsian yg bagus kerana dtg dr pglmn saudari sendiri.Di doakan moga keImanan itu semakin bertambah subur.

selain madu,sekiranya tekak saya tidak berasa selesa dan ada tanda tanda batuk akan menyerang,saya suka minum beras barli yang di rendam dengan airnya yg suam2 kuku.
(ini petua dari matren asrama waktu sekolah dulu2)

MH said...

Assalamualaikum wbt

Good sharing.

So, rokok tu ada bg effect tak?

Syafakillah ukhti

Thuaibah said...

@tariq_ramadhan:
Dah jawab soalan2 tu tadi kan? Terima kasih tidak terhingga atas perhatian tuan doktor=)

@Wak:
asal formal sgt ayat Syawal kali nie?=D. Rasa cm bukan Syawal pula..Thank u for the tips. Byk "resepi" tradisional kan?

@MH:
after 48 hours..sadly to say, yes, it worsened my coughing. But, be positive!

^_^

WAK said...

blog owner : Syawal?

Thuaibah said...

@ Wak:
so super sorry, asef jiddan.

Tersalah orang...huhu..

p/s: patut lah bahasanya lain kan? rupanya memang orang lain. sorry again!

WAK said...

blog owner : no nd to sorry!

lain padang lain belalang,
buah keranji dalam perahu,
yang tersalah tu x usah di bilang,
yang penting dapat ilmu yang ingin kita tahu.