Thursday, September 30, 2010

Tuesday, September 28, 2010

batuk, rokok dan madu

Bismillahi rahmanirahim..

Hari ke-2 ditinggalkan rombongan pegi Sabah Serawak.

Tajuk apakah di atas itu?

Saya mula batuk pada minggu pertama puasa, selepas tiga hari batuk yang kering, saya mula terasa ada kahak masa batuk pada waktu pagi. Menyedari sejarah saya dan batuk, sy terus jumpa doktor panel kat One World Hotel, salah satu klinik panel KPMG. Saya cerita panjang kat doktor tuh tentang saya biasanya susah nk recover kalo batuk, sangat susah dan biasanya akan berganti-ganti ubat keep upgrading. Dia kata, dia akan terus bg upgraded dose a.k.a bagi ubat yang lebih kuat. Ubat dalam bentuk cecair untuk kahak sangat effective (makan sekali sehari dan pada hari ke-3 saya dah totally recover from kahak), so tinggal batuk je. Batuk sangat teruk sebenarnya sampai rasa nak ikut je nasihat doktor untuk tidak berpuasa, sebab rasa sangat sakit. Tapi bertahan juga dan keep berpuasa sehinggalah tidak boleh solat dan wajib meninggalkan puasa. Somehow it helps sbb boleh keep on minum air, dapatlah kurangkan sket rasa sakit dada. Then, antibiotik habis dan semua ubat2 lain habis juga. Ini fenomena biasa batuk saya, memang ubat yang saya makan ikut peraturan akan habis dan batuk still tak recover.

Saya tak pergi jumpa doktor untuk tambah ubat dah sbb saya rasa "insaf", may be dah tiba masanya untuk saya cari alternatif, lebih kepada "menguatkan sistem badan saya". Saya rasa saya masih muda, tapi apabila batuk saya selalu rasa sedih dan tak tahu nk buat apa. Saya kne makan banyak ubat yang makin dikuatkan, sambung-sambung ubat dan mengambil masa yang sangat lama untuk sembuh, malah kadang-kadang sampai berbulan.

Nie masa masih muda, nanti tua macamana? Orang yang sihat dan kuat masa muda pun biasanya makin merosot kesihatan bila usia meningkat. Saya yang muda dah sangat sensitif dengan batuk dan dependent dengan ubat macamana? Kadang-kadang saya rasa sangat kesian dekat paru-paru saya. Mesti penat dia kan? Badan saya pun akan penat kalo batuk teruk sangat.

Saya balik bercuti Raya dengan masih batuk, terus ditegur oleh mak sebaik sahaja melangkah ke dalam kereta sewaktu dia menjemput di stesen bus. Masa terawikh sangat mencabar kerana batuk itu jadi sangat menyakitkan. Mak suruh makan madu, saya makan tapi sekali sehari je, waktu malam. After few days, batuk berkurang, saya rasa ajaib dan terkejut. Lepas seminggu lebih, batuk dah tinggal sangat sedikit (note: saya makan madu satu sudu sehari sekali sahaja). By hari Raya, saya dah pulih. Total madu yang saya minum rasanya tak sampai 10 sudu. Saya sibuk beraya, lupa tentang batuk dan madu.

Kemudian saya datang KL pula, sambung bekerja. Batuk ada once in a while. Satu petang masa nak pegi beraya, saya kne hujan, by time balik rumah saya tidak terus mandi sbb saya lupa saya kne hujan. Esoknya saya demam dan selsema. Housemate saya selamat sbb dia mandi lps kne hujan. Saya pulak lupa saya kne hujan. Saya hanya ingat saya kne hujan lepas saya dah demam. Batuk saya datang balik, makin teruk dan teruk. Jumpa doktor, dapat MC, tapi yang paling menakutkan saya bila doktor tuh pegi cari sendiri ubat dalam kabinet untuk diberi kepada saya sbb dia kata jarang dia prescibe ubat nih, dia pesan juga jangan beli sendiri sbb bahaya, kemudian dia ajar saya guna untuk spray dalam hidung. Appekah? Then, total charge menakutkan saya, RM110. Bukan sbb duit, sbb sume KPMG bayar, tapi sbb sangat banyak ubat. Saya hanya guna dua je ubat dalam banyak2 ubat tuh, saya takut sungguh nak menelan sebegitu banyak ubat (baca: drug). Weekend nya saya balik Terengganu, dengan niat yang sangat kuat dan tinggi untuk makan madu, segala jenis madu yang ada kt rumah (buat pertama kali, saya rasa madulah harapan saya sekarang). By this time, saya sudah batuk selama sebulan lebih (with interval sembuh time raya for a few days).

Saya komited makan madu 3 kali sehari, madu asli, madu berubat, madu kilang. Sume saya makan. Seperti harapan dan keyakinan saya, pada hari ke-3, saya sudah 90% sembuh.

Surat An Nahl:
Ayat 68.
Dan tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibikin manusia."

Ayat 69.
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.

Nabi Muhammad s.s.w. bersabda:
"Barang sesiapa minum madu setiap bulan dengan niat mempraktikkan nasihat al-quran, maka Allah s.w.t. akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat konsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Allah s.w.t. telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa sakit, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul s.a.w. sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca AI-Quran".

Dari Abu hurairah r.a Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang menjilat MADU 3 kali dalam sebulan dia tidak akan diserangi penyakit yang serius."

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a Rasulullah saw bersabda:
"Gunakanlah dua penawar ini, iaitu MADU dan Al-Qur'an."

Subhanallah, sangat banyak ayat dan hadith yang menerangkan tentang kebaikan madu. Saya tidak pernah terfikir untuk makan madu sebagai ubat utama untuk batuk saya walaupun saya mengetahuinya kebaikan-kebaikannya secara umum. Terasa sangat-sangat syukur untuk merasai sendiri bahawa apa yang diperkataan oleh Al-Qu'ran dan Rasulullah itu benar dan sangat terbukti.

Saya sedang berusaha untuk sembuh sepenuhnya dan mula rasa lega. Nampak gaya seperti telah menemui "ubat" yang sebenar dan mungkin kena teruskan makan selepas ni untuk imunisasi dan menguatkan pertahanan badan pula.

Hari ini, hari ke-4 perawatan intensif batuk saya menggunakan madu. Dan hari nie saya telah terdedah kepada asap rokok yang banyak. Sebagaimana telah saya ceritakan, teman2 yang biasa saya lunch dan dinner telah dihantar ke Sabah Serawak. Hari nie sy keluar lunch dengan kawan2 dari KPMG dan IBM yang saya tak pernah keluar sama-sama. Keluar 8 orang semuanya. Dan empat orang telah merokok lebih dari sebatang. Owh, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada di hati masa tu (owh, batukku, owh, jangan selsema). *praying hard*.

p/s: Allah menjadikan penyakit, Dia tentu menyediakan ubat, kan?

Monday, September 27, 2010

seminggu

seminggu lama tak? saya rasa sangat lama. ouh. nih baru 1st day, dah duk hitung saat..nak tunggu 6 hari lagi..

alkisahnya KPMG telah menghantar kawan2 saya (baca: semua kawan2 saya) dari Department P ke Sabah dan Serawak selama seminggu. Ramai kene hntr, dekat 30 org untuk audit dan estate visit ladang2 milik Tabung Haji. Dengar khabarnya ada kene naik 4-wheel drive utk ke estate, ada pulak kne naik sampan. Moga semuanya baik-baik aja dan Allah menjaga mereka semua.

Saya department lain (kalo tak, rasanya confirm kne hntr masuk estate kat hutan-hutan Sabah Serawak juga), saya start buat Takaful mulai hari nie, Planning, Hardclose dan Final..memanjang gayanya sampai awal Tahun depan. Takaful nih sangat besar rupa-rupanya. Masa mula2 sy di assign wt Insurance dulu, I was with ACR Reinsurrance, sebuah syarikat yg syarikat insurance lain meginsurancekan diri (sebab tu nama dia Re-insurance). Lps dapat report Performance Evaluation dari senior in charge, ada sesi konsultation dgn Performance Manager, dia ada tya, " do u like Insurance? Would u prefer me to put u under Insurance?". Saya jawab tak tahu saya suka ke tak (senang je kan jawab=P). Masa tuh, saya tak tahu sangat insurance tuh macamana sbb sy tolong sket je masa tuh, tp sy rasa susah dan complicated, lps tuh data spreadsheet dia sangat lah besar lagi panjang lagi lebar dan baaaanyak sangat nombor. Dan hari nie, nampak gayanya saya memang kena betul2 study dan faham Insurance lah, kalo tak, nk wt keje macamana kan? Lagipun skg saya ada motivasi lebih sket utk faham, sbb saya kne faham dua bnda first-how conventional insurance works and second-how takaful differs than them?Menarik kan?Lagi menarik sbb saya berdepan dengan keadaan yang sangat realiti, maksudnya bagaimana Insurance and Takaful beroperasi kat Malaysia, bukan sekadar teori dan konsep asas. Ok..sy kne study dan faham betul2 (*trying*).

Oh, balik cerita asal. Saya rasa sungguh bosan dan asyik mengira saat "bilalah mereka nak balik nih". siang hari tak de ahli tetap lunch, malam tak de bestfriend, isk..isk..baru 1st day..

Teringat pepatah omputih, "absence makes heart grow fonder". *terkena* erm, bila org yg selalu ada dkt kita pergi baru kita tahu "erti" kehadiran dia kan? Dia yang kita bercakap hari-hari, yang makan sama2 setiap hari, yang meluah pelbagai rasa stress dan happy tentang kerja, yang selalu beri tunjuk ajar ttg audit, yang selalu ada menolong di saat susah dan senang...bila dia tue tak de mmg sangat terasa.

p/s: Allah sangat baik, Dia selalu mengurniakan saya kawan-kawan yang sangat baik.

Wednesday, September 22, 2010

working from anywhere

Bismillahi rahmanirahim...

I received an email from a good friend of mine last night. She's somewhere offshore, asking for a favour to make a payment so that she can start working on a big project soon. She could not make the payment herself because of some security procedures with password sent to the handphone and she could not have the access to her handphone during offshore period.

After replying the email, saying I will try, i went to bed (it's around 10 pm and the email discussion was still pending) as I was not feeling well, was even on MC yesterday.

And this morning, as I read her replying email in the office, I was quite clueless to figure out how it could work, with banking system and company system too. Someone in Bandar Utama makes a payment for an invoice and account of another people name who is in the middle of the ocean. So, who will get the password? as she said the complication might arise bacause of the password. My effort is to no avail if the system still sending the password to her handphone.

During the emailing and trying process, I was constantly thinking of how she is still working hard to contribute to dakwah despite many obstacles she had gone through since we both came back to Malaysia. It's somehow remind me that I should be working harder to contribute too, even without physically present at the particular place. Should be "invisible hand, mind and money which always working and contributing in the cause of Allah".

Alhamdulillah, after sending and replying approximately 10 emails with her today, I received this one at 4.32pm.
Jazakillahukhairan katsira...Thuaibah
Website dah activated, so now i can start designing etc...
(Miss Dai'e, on oil rig)
Alhamdulillah.

p/s: kat Msia nie, ada org tak berpeluang untuk physically present buat dakwah sbb outstation atas air, ats udara, dalam bumi memanjang. Jadi, baik kita usaha untuk lakukan sesuatu juga atas kadar dan kemampuan kita. Bukan soal banyak atau sikit, bukan soal kecil atau besar, kerana nilai disisi Allah adalah keikhlasan Niat kita (ingat kisah burung dan Nabi Ibrahim tak?). I think I should still be on MC, but I am assigned for stocktake tomorrow at Bangsar from 8pm until 2PAGI ALONE.




Monday, September 20, 2010

cerita dari kampung (part 3)

5. Accident (raya ke-2)

Atuk saya accident pada raya ke-2 bersama dua orang cucunya. Accident atas jambatan Jerteh melibatkan 3 buah kereta in a row dan saya telah menghabiskan petang raya ke-2 di Wad Kecemasan Hospital Besut. Kami dalam perjalanan beraya ke rumah salah seorang sedara sebelah mak saya dan bergerak dalam beberapa buah kereta tetapi menggunakan jalan yang berlainan.

Sewaktu mula-mula dapat berita atuk accident saya dah terbayang ia akan melibatkan at least 5 orang sepupu saya juga kerana biasanya kereta itu penuh. Khalili adalah sepupu lelaki sulung yang selalunya bersama atuk saya sejak kecil hingga besar, di mana ada Ayah Ki di situ lah ada Khalili. Dan beberapa orang sepupu lagi yang sedang bersiap untuk menaiki kereta Ayah Ki ketika saya bertolak meninggalkan rumah atuk saya sebentar tadi tentunya terlibat sama. Itulah yang saya fikirkan kala mendapat panggilan accident tersebut.

Amat mengejutkan apabila akhirnya mengetahui hanya dua orang sepupu sahaja yang berada di atas kereta bersama Ayah Ki iaitu Aiman dan Khusairi. Sepupu-sepupu yang lain tiba-tiba cancel plan untuk pergi walaupun telah bersiap, ada yang cancel masa dah di tangga rumah, ada yang tiba-tiba cancel masa tengah bersiap, Khalili pula tiba2 sakit kepala yang amat teruk sehingga tidak mampu bangun. Sungguh ajaib sekali.

Akhirnya hanya Aiman dan Khusairi yang menemani Ayah Ki. Dan dua orang cucu dan atuk ini lah yang menerima effect accident itu yang menghancurkan sepenuhnya cermin depan kereta dan merosakkan kereta dengan teruk sekali.

Anehnya tindakan cucu-cucu Ayah Ki yang tidak jadi ikut sama. Benarlah, semua yang berlaku ke atas kita memang takdir Allah. Allah pilih kita untuk menerima takdir itu, takdir yang kita rasa baik, ada yang kita rasa buruk tetapi Allah lebih mengetahui yang kelihatan buruk itu mungkin ada hikmah yang besar ingin Allah sampaikan. Saya terasa bagai telah melihat satu keajaiban takdir (tentang tindakan cucu-cucu cilik yang menarik diri saat sudah siap untuk bertolak), terfikir-fikir kala tersekat dalam traffic jammed untuk menuju ke tempat kejadian. Cuba untuk menyabarkan diri, bertenang dan bersedia for the worst kala tidak mengetahui apa status mangsa.

”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”

Hadith Riwayat Muslim
Jika dalam Bahasa Arab, hadith nie ada perkataan "Kaza wa kaza" yang bermaksud, "kalaulah dan kalaulah". Allah tidak bagi kita berkata begitu, seolah-olah tidak menyakini bahawa apa yang berlaku adalah segala yang telah Allah tetapkan dari awal, dan ketentuan Allah itu pasti akan berlaku. Orang yang menarik diri secara tiba-tiba adalah telah ditetapkan bukan takdirnya untuk accident (gerak hati utk membuat keputusan itu juga adalah dari Allah) dan yang terlibat dengan accident itu adalah atas takdir Allah yang mempunyai banyak hikmah.


6.Family Gathering (raya ke-3)

Selepas beberapa tahun terlepas daripada menghadiri big family gathering sebelah ayah, Alhamdulillah Allah mengurniakan kesempatan sangat bermakna untuk menghadirinya pada tahun ini. Sembelih lembu seekor, ayah in-charge bahagian gulai lembu. Mak cik-mak cik lain in-charge untuk singggang daging, goreng daging dan lauk pauk lain. Tapi yang menariknya ialah, ayah kata, orang perempuan tak boleh terlibat dalam memasak gulainya, nanti gulai tuh tak jadi. Statement yang sangat menarik bagi anak-anak perempuannya untuk mendengarnya, tambahan pula mak tiada di rumah pada sebelah malam (menemankan atuk yang baru accident). Jadi, ayah hanya meminta tolong kaum Adam sahaja kecuali sewaktu dia mengetuk bilik saya untuk minta tolong kupas bawang. Kemudiaan tugas yang diberi kepada perempuan juga ialah blender bawang dan masak lada. That's all (*big grin*). Kami pun duduk jauh-jauh dari kawasan kaum lelaki memasak, tolong kacau gulai pun tak, dan hanya menunggu gulai itu dibawa naik ke atas rumah, siap untuk dimakan (*big smile*).

Suka dapat jumpa ramai orang, of course wajah-wajah yang dah lama tak jumpa dapat jumpa sebab semua orang ada. Terkejut tengok sepupu-sepupu lelaki yang rasa cm hingusan dulu dah jadi besar-besar, lebar-lebar dan tinggi-tinggi. Rasa gayat pula duduk sebelah. Man (Abdul Rahman) yang dulu cm kecik je lagi dah mampu memberikan tazkirah kupasan Surah Al Baqarah dengan sangat confident dan jelas depan mak -mak sedara dan bapa-bapa sedara. kagum. dia lebih muda dari saya. Same goes to Yusof, Aris, Mat Adib yang menyambung bacaan hafazan Al-Qur'an dari Ayah Ngah dengan spontan dan sangat baik bacaan dan ingatannya. Mereka nih dulu kecik lagi. Banyak lagi yang menarik-menarik berlaku masa family day nih tapi dah malas nak menulis.

All in all, I was very happy to see everyone on my 3rd raya as it was my last day at home before boarding the bus to KL.

cerita dari kampung (part 2)

2. Buka Puasa kt SMKAWA (4th day at home)

Kebetulan SMKAWA wt majlis buka puasa. Dapat chance pegi sekolah lama, jumpa mana-mana cikgu yang ada. Menarik tengok masjid sekolah dah ada lebih banyak kemudahan dari zaman 2004 dulu. Saya perasan masjid dah ada tandas perempuan kt sebelahnya yang lagi memudahkan dan mempercepatkan student perempuan bersiap untuk solat (berbanding kne guna tandas tepi bilik guru zaman dulu-dulu) dan ada bilik khas KKQ (adik saya kata tempat pelajar perempuan ma'zurah makan legally). Ustazah Azizah ada bawa anak bongsunya, the one and only son. Sangat lah comel dan adorable. Dengar cerita, semua kabinet rumahnya kne ikat dengan tali sejak dapat anak lelaki nie. Saya juga sempat bercakap dengan pengetua yang dipanggil ummi, beliau tengah mood yang sangat gembira selepas baru sahaja mendapat tahu ramai pelajar dapat straight As (9As) untuk trial PMR. Lebih kurang 10 orang (untuk sekolah kampung jumlah 10 orang straight As waktu trial sudah cukup ramai).

3. Memperbaikkan bacaaan Al-Qur'an.

Jujurnya, saya baru tersedar saya cm sudah lama kurang menitik beratkan kesempurnaan bacaan Qur'an saya. Sewaktu bermujahadah nak menghabiskan 30 juzuk Al-Qur'an tuh, banyak teringat-ingat ajaran Ust Abdullah Che Cik, Ustazah Siti Esah dan Ustaz Kasim masa kelas KKQ. Al-Fatihah buat Ust Abdullah Che Cik, beliau telah kembali ke rahmatullah beberapa minggu sebelum Ramadhan yang lepas. Selepas mendapat tahu berita kembalinya beliau ke rahmatullah, kepala saya banyak kali flash back memori dia mengajar kelas KKQ masa tingkatan 1 dulu. Mungkin membaca Al-Qur'an ramadhan kali nie dalam suasana less busy berbanding beberapa tahun yang lalu menyebabkan fikiran saya berfikir tentang macam-macam. Teringat kenangan belajar Qu'ran dan juga kadang-kadang jadi "terfaham" hampir semua bacaan yang dibaca but other times clueless about the meaning (especially bila dh lama-lama baca).

Kadang-kadang kita baca Al-Qur'an sekadar baca je, tanpa effort untuk lebih melancarkannya, menjaga waqaf, tajwid, membaca dengan lebih 'fasohah', merdu dan sebagainya sedangkan bacaan Al-Qur'an yang baik amat disenangi oleh Rasulullah SAW. (Ini super peringatan untuk diri sendiri ). Moga tarbiah Ramadhan kali nie akan tinggalkan kesan yang besar bab nih.

4. Majlis Berbuka Puasa (2 hari sebelum Aidilfitri)

Nie mmg dh jadi tradisi family untuk panggil orang berbuka puasa. Tapi kali nie, saya minta mak dan ayah tangguhkan sehingga saya balik rumah, walaupun plan asal nk buat awal Ramadhan lagi. Masa tu terfikir untuk at least tolong basuh pinggan kalo saya ada kt rumah (itu azam baru saya lah, sejak kononnya dah besar nie). As i said before, sy pun termasuk dalam kategori dimanjakan, walaupun rumah selalu buat majlis makan-makan, tapi saya tidak pernah terlibat dalam major part sbb mak memang dah carikan orang in charge untuk tugas-tugas berkenaan dari sekecil kecil sampai sebesar-besarnya. May be sbb sy kecil lagi tak tahulah. Sy ingat pertama kali kami wt majlis buka puasa kt rumah tuh adalah masa saya sekolah rendah lagi, masih seronok lumba basikal dengan sepupu masa mak sibuk di dapur.

Tapi kali ini dapat kepercayaan penuh memasak salah satu menu, ikan siakap 3 rasa. Fully in-charge from A to Z (minus bab menyiang ikan which is I am not good at). Sedangkan beberapa tahun yang lepas, kupas bawang pun tak pernah selesai. Kalo tolong buat Acar tuh tak pernah sampai siap.

Untuk buat kelainan sedikit, kami tidak meletakkan menu ayam dalam hidangan, digantikan dengan menu ikan siakap masak 3 rasa, ikan merah bakar, ikan keli dan tomyam. Quite different than typical menu for Majlis Buka Puasa. Sy in-charge untuk ikan siakap tanpa campur tangan dari sesiapa, malah terkejut dengan kepercayaan penuh yang saya dapat, even mak cik-mak cik and my cousins tak bother pun nk tolong rasa or comment masakan sy sewaktu dalam proses memasak dan sebelum dihidangkan. Banyak kali terfikir, mereka nih tak bimbang saya spoilkan masakan hidangan untuk majlis berbuka puasa ke?. To my surprise, it seems that I have earned a very high trust from everyone. All in all, I think this is one of my sweetest memory, of trust and confidence from others to do something big(I guess). Lagi-lagi time mak cik-mak cik yang datang makan tuh tanya siapa tukang masak dan tanya cara memasak.

(ikan siakap ada yang besar ini dan lebih besar)

(bersambung)

cerita dari kampung (part 1)

Alhamdulillah, saya diberi keizinan oleh Allah untuk menyambut Aidilfitri tahun ini di Malaysia (after 3 years), jauh dari exam (after 6 years...dulu Aidilfitri tengah2 SPM 2004), dgr khutbah raya dari ayah sendiri (after 3 years), tidak dapat duit raya (tahun keempat tidak dapat duit raya), kembali beraya dengan 3 pasang baju (after 3 years) and the lists go on.

2 weeks at home.

I had planned to updated the blog as I think Iwill have more free time, ttp sy telah mendenda diri sendiri tidak boleh baca buku lain dan update blog until khatam Qur'an 30 juzuk, dan saya hanya berjaya mengkhatamkannya pada malam raya, jd tidak terupdate lah blog dan terbengkalailah buku yg sdg dibaca, "Holy War: The Crusades and their impact on today's world" by Karen Amstrong. Buku tuh tebal, geram juga atas denda diri sendiri yg tidak berjaya habiskan Qur'an lebih awal. Skg, dh sebulan lebih stop baca, dh hilang momentum nk sambung baca balik..adush.

Ok lah, cerita-cerita 2 minggu di rumah.

1. Roti Jala (my 2nd day at home)

Ayah tiba-tiba mahu mengisi satu slot kosong untuk sediakan moreh. Plannya senang je, pegi beli je lah. Tp masa ayah singgah bazar Ramadhan pukul 3.30 petang on da way balik dari sekolah, gerai tak buka banyak lagi dan tak ada yang dia berkenan untuk dibeli. Pukul 4.30 petang mak dan adik2 baru sampai rumah, juga dari sekolah. Someone kena keluar beli food untuk moreh di bandar yang kira-kira 15 km dari rumah. Ayah ada kerja lain, nampak gaya mak kena keluar sedangkan mak baru sampai rumah dan kena memasak untuk berbuka puasa. Saya tak mahu mak keluar dan offer diri nk masak untuk moreh. It surprised everyone. Ayah tak bagi dengan alasan tak sempat sbb dah dekat pukul 5. Nanti lps bukak puasa saya akan ke surau untuk terawikh. Maknanya kena siap masak sebelum Maghrib dan kne share dapur dengan mak yg nk memasak untuk berbuka puasa. Saya kata saya nak masak, sempat dan possible. Saya kata nak wt roti jala (sambil meyelongkar dapur mencari bahan-bahannya, kiranya akan guna yg mana ada je). Akhirnya saya buat jaminan dengan beraninya, "sempat masak kalo untuk 50 orang makan tuh". Ayah terpaksa setuju melihat keyakinan saya wp muka dia cm tak yakin juga.

Akhirnya saya pun mula lah buat roti jala tuh menggunakan 2 dapur serentak, bersungguh untuk "memenuhi jaminan saya pada ayah". Mak terpaksa set up dapur lain, pasang dapur lain 2 lagi (nasib baik tong gas ada 4 kat rumah tuh). So saya dapat 2 stove untuk masak serentak dan mak pun dapat 2 stove lain tp masak kt beranda dapur. To my surprise tiba2 adik2 perempuan saya datang tolong (terlupa adik2 dah besar dan boleh menolong, rupanya gambaran dalam kepala saya adalah gambaran 3 tahun lps which means kalo saya buat roti jala mmg sy wt sorang2 tanpa adik-adik tolong). Masa bg jaminan kt ayah tadi tak include additional help from my sisters which can make the last minutes roti jala more possible. So, alhamdulillah adik-adik bersungguh menolong, even taking shift untuk solat asar. Dan roti jala siap sebelum azan Maghrib untuk hidangan moreh, mengambil masa 1 jam setengah. Mak siapkan Nasi Ayam untuk berbuka puasa without much help from us sbb semua sibuk dengan projek roti jala.

Petang esoknya, mak bagitahu saya bhw jiran sebelah rumah kami yg juga pergi berterawikh di surau itu telah memberitahu cikgu-cikgu kat sekolah tentang saya memasak roti jala untuk moreh by myself dan akhirnya cerita itu sampai semula kpd mak saya. Saya terkejut juga kenapa cerita begitu pun diceritakan. Then, I asked mum, "besar ke wt roti jala tuh?". Mak jawab, "besar sebenarnya terutama bagi anak cikgu, yang pergi oversea dan dah kerja, balik kampung masak sendiri bg orang kampung makan lps terawikh. orang kampung yang tak ada kerja pun tak buat, rela beli lagi". Saya terdiam. Saya tidak tahu "nilai" itu. Rasanya masak dekat Canberra lagi teruk. Patutlah semua orang kt rumah pun terdiam masa saya kata nak memasak. Sesuatu yang sebenarnya adalah 'helah' saya tak nak mak saya keluar rumah (untuk beli food) turned out to be something of different value and being talked about.

Antara banyak perkara saya rasa kisah ini lebih mengajar saya pada diri saya, sbb niat asal saya lain tp baik saya muhasabah diri, baiki diri. Kalo dalam mata masyarakat, kita nih cm dipandang tinggi sket, contohnya pandai sket dalam study ke, g blaja jauh-jauh, atau dari keluarga yang may be lbh sket income dari average jiran-jiran, kita patut beringat untuk tidak terbawa-bawa dengan itu. Mungkin sebenarnya kita patut train diri kita lebih untuk jadi humble dengan orang lain yang jauh lebih kurang dari kita, buat dirty-dirty job kalo ada kenduri gotong royong tuh. Bak kata Ust Hasrizal, dia menemui kerja membasuh tandas di negara orang itu adalah antara cara terbaik mengajar kerendahan hatinya. Tidak dinafikan kadang-kadang family tak bagi buat sesetengah kerja tuh, kalo ada pembantu kerja tuh biasanya pembantu rumah yang buat dan kita mmg dibesarkan dalam keadaan tak pernah cuci tandas, bakar sampah, buang sampah etc. Tambah pula kalo pegi rumah sedara mara atau orang kampung, nak bawa pinggan ke dapur pun mereka tak bagi apatah lagi untuk membasuhnya. Tapi pandai-pandai lah. Kalo kita nie biasanya kalo majlis apa2, kita selalu jadi Pengarah program atau duduk seat tepi VIP, cuba-cubalah amik turn membasuh periuk belanga, mengemop lantai dewan atau mengutip satu per satu sampah yang berteraburan selepas majlis. Ingatan nie lebih kepada diri saya juga kerana saya nie masuk kategori dilayan istimewa juga terutama dulu-dulu as cucu sulung.

(bersambung)