Tuesday, September 16, 2008

Newcastle: Satu Kembara Hati

Newcastle: Satu Kembara Hati

Satu kembara jasadi
menunggang Kia Carnival
5 jam perjalanan menuju arah
beratus kilometer diredah
beratus dollar minyak ditelan
berpuluh jam dihabiskan

(8 seater Kia Carnival is too big for a small driver like me)

namun itu bukan ukuran
kerana kembara ini
kembara hati,
sangat bererti
dalam kami mengasuh jiwa, mendidik hati,
memperteguh kendiri,

"Dan perumpamaan org yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yg disirami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan" (2:265)

(Ya Allah, teguhkanlah jiwa ini)

bukan senang kerana minggu itu assignment perlu dihantar
bukan mudah kerana esoknya quizes dijadualkan
bukan gampang kerana presentation perlu disiapkan

namun itu bukan kekangan
kerana janji Allah itu pasti
pada keberkatan masa, pada kerahmatan usaha,
bersama redhaNya yang menaungi,
hanya tinggal hambaNya untuk meyakini,

Berilah Allah pinjaman yang baik, sebaik-baik pinjaman,
Tan surullaha yansurukum wathabbit aqdaamakum,
(Jika kamu menolong agama Allah, Allah menolongmu dan memperteguhkan kedudukanmu 47:7)


(masjid newcastle)

Kembara ini,
Jaulah ini,
perjalanannnya jauh,
gayanya memenatkan,
demi sebuah pertemuan yg sebentar cuma,
demi satu kebersamaan yang sekejap

(Bar Beach, Newcasle)

Namun, disitu ada syifa',
disitu ada penawar.

Merdu deru ombak Pantai Bar,
Segar angin pantai menyapa wajah,
Indah laut nan terbentang,
Wangi haruman Spring kian menjelang,
mengubati jiwa kami dengan terapi semulajadi.

(Garden beside Bar Beach)

apabila hati keluar dari 'dunia' biasa,
walau hanya seketika
mengosongkan jiwa dari segala di belakang sana,
dari segala keluh kesah buku dan mehnah dakwah
lantas membuka ia
untuk direcharge, untuk diberi nafas baru,
bersama akhawat dikasihi,
merefleksi diri, memuhasabah kekurangan amal sbg bekal,
'berat beban ini hanya mampu ditampung oleh banyaknya taqarrub ilallah dan amal fardhi'

(merenung menghisab)

Lantas, kita pahat cita-cita bersama,
untuk memperbaiki diri, untuk menambah bekal,
demi tugas di medan sendiri.

Thuaibah, Newcastle
( 14 Ramadhan 1429)

4 comments:

Anonymous said...

Salam~

lama tak baca puisi awak, may be sbb lama dh awak x menulis...good...but still can be improved!

keep the good work...

Anonymous said...

Salaam..wah..p kota baru ;p

Thuaibah said...

wslm...

dalam maknanya sume komen itu :-)...

~perjalanan masih jauh

Anonymous said...

Assalamualaikum...

"Dan sungguh, Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum engkau, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kemelaratan dan kesengsaraan, agar mereka memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati"

"Tetapi mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati ketika siksaan Kami datang menimpa mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan setan pun menjadikan terasa indah bg mereka apa yg mereka selalu kerjakan"
(6: 42-43).

berdoalah, memohonlah dari Allah setiap kali dilanda dugaan dan ujian.