Hari ini 27 Ramadhan 1429, maknanya, hanya tinggal 3 hari lagi sebelum Ramadhan ini berakhir.
Terawikh di Musolla ANU
Hampir sebulan berramadhan di Canberra, Ramadhan kali ini secara keseluruhannya dari segi penghayatan dan penghidupan (ihya') adalah lebih baik untuk bumi Canberra yang terpencil ini. Sekurang-kurangnya, musolla ANU dihidupkan apabila setiap malam ada imam khas yang mengimami terawikh dan selepas terawikh diadakan majlis ilmu dalam bahasa Arab fushah dan ammi. Saya tidaklah memahami bahasa Arab sgt, tetapi cuba teka-teka sedikit dengan mufradaat yang terhad, sy merasakan mereka melakukan majlis ala-ala usrah setiap kali selepas terawikh. Saya rasalah, ia bukan majlis tazkirah biasa. Formatnya lebih kurang kepada majlis usrah, dan mereka berbicara dalam bahasa Arab dengan sangat fasih dan bersemangat menceritakan tentang sirah dan juga tafsir dengan selang seli petikan hadith yg sgt lancar (sy yakin mereka berbicara tanpa skrip). Mendengarnya sahaja sudah cukup untuk saya terfikir, ini kah cara Rasulullah mengusrahkan para sahabat saban malam pada fasa dakwah secara sembunyi?. Bersemangat, bersungguh-sungguh dan mengesankan walau untuk saya di bahagian muslimat. Mungkin kerana suara mereka kuat, saya dapat mendengarnya walaupun saya tahu mereka tidak bermaksud untuk pihak muslimat mendengar sesi untuk beberapa berbelas orang dalam bulatan itu. Sebenarnya, solat terawikh dihadiri oleh muslimin dengan jumlah yang jauh lebih ramai dari ahli 'usrah' tersebut. Dan ironik sekali, di pihak perempuan majoritinya adalah pelajar malaysia undergrad yang berterawikh di situ berbanding pihak lelaki yang terdiri dari pelbagai bangsa.
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Dr. Zaki, dunia ini hanya memerlukan org yg memegang 'torch light' dan meng 'on' kannya. Musolla ANU memang sgt tidak dihidupkan pd tahun lepas, selalunya ada 4 org jemaah muslimat kemudian jumlah yg sama juga di pihak muslimin. Sesiapa yang nak solat maka dialah yg jadi imam, kadang2 makmum balik begitu sahaja apabila tiada yang mahu menawarkan diri menjadi imam. Kami yg perempuan ini pernah sekali jadi imam sesama sendiri di Musolla tersebut kerana tiada lelaki! Tetapi, apabila ada orang yang mahu menyalakan 'torch light' itu, ramai yang mengikutinya walaupun tidak pernah dihebahkan dan disebarkan tentang wujudnya solat terawikh di musolla ANU. Kelihatannya, seperti semua org menunggu dan mencari-cari. Begitu jugalah dengan ummat ini, kita memerlukan para dai'e untuk menunjukkan jalan, ramai org baik dibelakang sana yg sedang menunggu-nunggu untuk mengikutnya. Ikhwah yang bertanggungjawab menghidupkan surau tersebut dari segi pengurusannya mungkin hanyalah 10 orang, tetapi itulah yg menggerakkan dari iftar jama'ie setiap hari hinggalah majlis ilmu selepas terawikh. Dan sambutan dari warga ANU sungguh menggalakkan walaupun tanpa di war-warkan. Begitu, ummat ini memerlukan kita, para da'ie~!. 'Torch Light' sekurang-kurangnya perlu di fikir dalam konteks kelompok kecil kita, kawan2 baik zaman sekolah menengah, teman2 yang ditakdirkan perkenalan melalui group assignment, tutorial (walaupun mereka bukan Muslim) atau pun teman serumah yg sama-sama sedang menuntut di luar negara. Tugas menyebarkan Islam dan membuat kebaikan tidak perlu ditunggu untuk mendapat arahan dari sesiapa atau diberi apa-apa jawatan barulah kita 'boleh' bekerja. Allah memuliakan kita dgn tugas hebat sebagai khalifah untuk memimpin dan memakmurkan sekeliling, maka (ingatan buat diri juga), makmurkan lah apa2 sahaja disekeliling kita dan kreatiflah dalam menggerakkan ummat kecil dalam dunia pelajar kita.
Berdasarkan pengalaman tahun lepas, kami pun sebenarnya telah bercadang untuk membuat jemaah di rumah dan bergilir-gilir menjadi imam, dengan hanya 3 malam seminggu jadualnya adalah pergi ke Masjid Abu Bakr atau Toad Hall (terawikh postgrad ikhwah akhawat Indonesia). Dengan mujahadah mengumpul kekuatan diri, maka kami pun membuat jadual imam sesama sendiri (perempuan) dan giliran rumah-rumah untuk dibuat solat terawikh. Jadual Terawikh dicetak dan diedarkan ke rumah-rumah yg terlibat. Lalu, dengan penuh debarnya, merasalah saya sekali tahun ini menjadi Imam Terawikh untuk malam pertama terawikh, menghabiskan bacaan surah Yaasin dan An-naba'. Malam kedua kami ke Toad Hall beramai-ramai, dan selepas itu, kami mengetahui tentang Musolla ANU dihidupkan. Alhamdulillah, akhirnya Allah memberikan kami yang lebih baik, terawikh bersama imam hafiz di Musolla ANU setiap malam. Moga Allah memberikan balasan yang setimpal buat mereka yang bersungguh-sungguh cuba mengubah musolla ANU yang sudah lama menuggu mereka.
Pada 10 malam terakhir Ramadhan, musolla ANU tidak lagi membuat solat witir, tetapi digantikan dengan qiamulail pada pukul 1 pg. Saya tidak tahu keadaan qiam itu bagaimana kerana sy tidak pernah hadir kerana bimbng nak berjalan tengah malam ke sana dan juga kerana ruang solat lelaki dan perempuan yg sgt dekat dan hanya dipisahkan oleh tabir kain.

Sebenarnya, selain masjid Abu Bakar, ada sebuah Musolla kecil di Belconen (Spence Musolla) juga menganjurkan dan menyediakan iftar jama'ie saban hari dan Terawikh. Tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman tahun lepas kerana tahun lepas saya selalu ke Musolla di Belconen. Malangnya, saya langsung tidak berpeluang ke sana untuk Ramadhan kali ini. Jadi saya tidak mengetahui khabar Musolla tersebut.
Namun, saya berpeluang beberapa kali berterawikh di Masjid Abu Bakar. As good as ever=). Imamnya yang sangat merdu dan hebat bacaannya. Jemaahnya yang ramai dan khusyuk dan banyak lagi perkara 'best' di sana yang tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk kata. Rasailah sendiri, nescaya anda akan mengetahuinya=)
Pada malam2 ganjil ganjil, Masjid Abu Bakr menganjurkan qiam sama-sama. Pada masa ini, terdapat ramai juga wanita yang bermalam di masjid. Semalam, malam 27...masyaAllah, imam memgumumkan kehadiran qiam pada pukul 2 pg seramai 150 org. Terkedu saya dibuatnya. Kerana saya tahu, bukan kesungguhan yg sedikit diperlukan untuk memandu kereta pada pukul 2 pg datang ke Masjid untuk qiam. Ada yang dtg membawa anak dan isteri dan ada juga yg dtg sendiri. Imam menghabiskan satu juzu' alQuran selama 8 rakaat qiam tersebut.
Suatu perkara yang menarik tentang keadaan di luar negara (kawan2 sy juga menceritakan perkara yg sama di masjid2 lain di seluruh dunia), ialah kehadiran ramai kanak2 (dan juga baby comel tembam plus pipi merah) di masjid. Budaya yg sungguh mengagumkan. Kerana menuntut kesungguhan yg sungguh dari sang ayah dan ibu. Si Suami boleh sahaja menyuruh isteri solat di rumah kerana alasan 'payah anak' dan si isteri boleh juga tidak mahu ke masjid kerana alasan 'sukar'. Selagi kanak-kanak tersebut tidak terlalu menganggu solat di masjid budaya ini wajar dicontohi, lantas tidak meminggirkan para ibu yang mempunyai anak kecil dari majlis-majlis ilmu dan masjid. Dalam hidup yang singkat ini, saya sudah beberapa kali mendengar keluhan dari sang isteri tentang hasrat mahu ke ceramah-ceramah agama dan solat di masjid tetapi tidak boleh kerana 'susah budak-budak' atau suami tak mahu bawa dengan pelbagai alasan. Akhirnya, pada tika ini saya mahu mengatakan ia adalah soal kesungguhan, tetapi si ayah memainkan peranan penting (ialah, kalo dah tak izin mana boleh nak langgar, lagipun ini bukan perkara bertentangan dgn syariat Islam) .Tiba-tiba teringat kenangan menyiapkan Anas (my youngest brother waktu dia masih meniarap dan merangkak) untuk ke surau berjemaah terawikh kerana mak saya memang mengikuti ayah saya berterawikh ke surau lalu mengangkut 'batalion' nya juga. Setiap malam perlu membawa alas untuk dia berbaring dan juga beberapa bekal yang lain.Memang leceh menunggu cik kiah dan anak2 nya bersiap, tetapi kadangkala si suami tidak perlu pun tolong menyiapkan, hanya perlu memberi ruang dan sabar menunggu untuk bersiap dan pergi bersama-sama sahaja. Masakan tidak, andainya ada beberapa kanak2 untuk ke satu2 majlis ceramah yg hanya 3 jam, banyak perkara yg perlu disiapkan, alas untuk si comel berbaring, pampers, botol susu, bekal makanan etc, memang leceh dan menuntut kesabaran si pemandu kereta. Tetapi di sini sy melihat ia satu budaya (kanak2 comel ramai di belakang jemaah terawikh), dan juga membuktikan bahawa si suami tidak mahu 'meninggalkan' isteri di belakang disamping mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran yang baik.
Akhir kata, Ramadhan kian berlalu pergi, moga kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin, agar plotnya bukan menurun pada pengakhiran tetapi kemuncak pada penghujung. InsyaAllah. Ambillah peluang ini, untuk menggandakan amal, untuk memohon ampun dari Allah sebanyak-banyaknya dan berdoa Allah memandu segala fikiran, keputusan dan langkah-langkah hidup kita untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita.
Salam Lailatul Qadr buat semua, pilihlah sendiri untuk berada dalam kelompok yang beruntung atau rugi dalam mengejar janji Allah.

1 comment:
baru baca post awak yang nie.
nie yang saya tengok kat masjid dalam uni nie, masa malam terakhir ramadhan. saya berkesempatan tuk tgk sebab saya habis class around 12 midnight. suasana malam2 terakhir ramadhan sangat2 meriah, orang2 tua hadir mengimarahkan masjid, kanak2 & budak2 jangan cakap, memamg penuh masjid. bacaan imam nya memang best. qiam tiap2 malam dan sahur pula ramai2, tapi saya sempat dengar yang part2 last je la, orang witir saya pun witir gak tapi kat bilik la, tue je yang sempat... =) tapi bile balik kampung, xde dah perkara baik cmnie =(
Post a Comment