Assalamualaikum w.b.t.
Coletah saya bersambung lagi. Isunya, ramadhan lagi, untuk ingatkan saya sendiri dan juga sesiapa sahaja yang memerlukan.
Coletah saya bersambung lagi. Isunya, ramadhan lagi, untuk ingatkan saya sendiri dan juga sesiapa sahaja yang memerlukan.
Solat itu bersifat merehatkan. Bulan Ramadhan kita lebih dituntut untuk lagi memperbanyakkan solat. Andainya ia bukan bersifat merehatkan, masakan syariat dan sunnahnya sebegitu? Bukankah logiknya apabila kita tidak makan dan minum kita akan lebih penat, lemah dan letih?. Penat, lelah dan letih itu akan semakin bertambah apabila 'workload and academic burden' bertambah, namun Allah telah berikan 'solution' yang kelihatannya seperti mustahil, solat itu merehatkan letih fizikal , merungkaikan kepenatan minda dan dan meleraikan kekusutan di jiwa. Percaya lah, Yakin lah, solat yang khusyuk yang disertai dengan sepenuh jiwa dan hati adalah ubatnya. Inilah ubatnya!.
Dalam Perang Khandak (betulkan saya andai tersilap), ketika kaum Muslimin penat menggali parit, Rasulullah pernah berkata kepada Bilal bin Rabah, "Ya Bilal! Akim as-salah wa arihna biha", maksudnya, "Hai Bilal! Dirikanlah solat dan rehatkan kami dengannya". Tika penat dalam suasana perang, itu yang Rasulllah pilih untuk menghilangkan penat tersebut, 'rehatkan kami dengan solat'. Begitu jugalah kita, jadikan penat berpuasa dan letih dengan pelbagai urusan hidup direhatkan dengan terawikh bersama hati yang khusyuk, solat dhuha, solat rawatib dan juga solat malam. Solat Terawikh sangat banyak berkesan sekali dalam merungkaikan kepenatan berpuasa dan menjadikan kita lebih bertenaga.
Sama-samalah kita cuba agar urusan 'study' dan urusan kehidupan yang lain tidak menjadi penghalang kepada tuntutan yang lebih afdhal pada bulan yang mulia ini. Bulan yang Allah janjikan banyak detik istimewa untuk kita berbicara denganNya, untuk dekat denganNya.
No comments:
Post a Comment