Sunday, September 28, 2008

Ihya Ramadhan 9: Semoga Berjumpa Lagi, Ramadhan

Welcome to Floriade 2008

Assalamualaikum wbt...

Tahun ini ulang tahun ke 21 Pesta Bunga dianjurkan di Canberra saban tahun. Ia lebih meriah dan besar dan cantik dan ramai org dan lebih banyak kedai ice-cream dan lebih byk booth jualan dan lebih luas dan byk permainan kanak2 spt golongsor angin etc dan juga dibuka pada waktu malam untuk konsert.


(Tulip yang bewarna kuning)


(hamparan bunga)

Saya juga berpeluang menemani Kak Mas ke Floriade pada 28 Ramadhan dan kami menghabiskan 4 jam utk sesi fotografi bunga menggunakan kamera canggih Nikon Kak Mas. Kamera saya pun Nikon juga tetapi terlalu jauh utk dibandingkan dengan Nikon Kak Mas. Kami nie agak serasi kerana sama-sama sgt menyukai kamera, orang lain mgkn bosan utk melayan kerenah saya atau pun dia yg memang sgt suka dan cerewet dengan gambar. Saya sangat suka kamera Kak Mas utk mengambil pelbagai jenis bunga. Terimalah hasil kerja menggunakan kamera Kak Mas.

(sila klik di gambar utk melihat dengan lebih cantik)

(subhanallah)

(Allah Pencipta segala kecantikan dan keindahan)

(could you see me?)

(meaningful)


Saturday, September 27, 2008

Ihya Ramadhan 8: Terawikh di Canberra

Assalamulaikum wbt.

Hari ini 27 Ramadhan 1429, maknanya, hanya tinggal 3 hari lagi sebelum Ramadhan ini berakhir.

Terawikh di Musolla ANU

Hampir sebulan berramadhan di Canberra, Ramadhan kali ini secara keseluruhannya dari segi penghayatan dan penghidupan (ihya') adalah lebih baik untuk bumi Canberra yang terpencil ini. Sekurang-kurangnya, musolla ANU dihidupkan apabila setiap malam ada imam khas yang mengimami terawikh dan selepas terawikh diadakan majlis ilmu dalam bahasa Arab fushah dan ammi. Saya tidaklah memahami bahasa Arab sgt, tetapi cuba teka-teka sedikit dengan mufradaat yang terhad, sy merasakan mereka melakukan majlis ala-ala usrah setiap kali selepas terawikh. Saya rasalah, ia bukan majlis tazkirah biasa. Formatnya lebih kurang kepada majlis usrah, dan mereka berbicara dalam bahasa Arab dengan sangat fasih dan bersemangat menceritakan tentang sirah dan juga tafsir dengan selang seli petikan hadith yg sgt lancar (sy yakin mereka berbicara tanpa skrip). Mendengarnya sahaja sudah cukup untuk saya terfikir, ini kah cara Rasulullah mengusrahkan para sahabat saban malam pada fasa dakwah secara sembunyi?. Bersemangat, bersungguh-sungguh dan mengesankan walau untuk saya di bahagian muslimat. Mungkin kerana suara mereka kuat, saya dapat mendengarnya walaupun saya tahu mereka tidak bermaksud untuk pihak muslimat mendengar sesi untuk beberapa berbelas orang dalam bulatan itu. Sebenarnya, solat terawikh dihadiri oleh muslimin dengan jumlah yang jauh lebih ramai dari ahli 'usrah' tersebut. Dan ironik sekali, di pihak perempuan majoritinya adalah pelajar malaysia undergrad yang berterawikh di situ berbanding pihak lelaki yang terdiri dari pelbagai bangsa.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Dr. Zaki, dunia ini hanya memerlukan org yg memegang 'torch light' dan meng 'on' kannya. Musolla ANU memang sgt tidak dihidupkan pd tahun lepas, selalunya ada 4 org jemaah muslimat kemudian jumlah yg sama juga di pihak muslimin. Sesiapa yang nak solat maka dialah yg jadi imam, kadang2 makmum balik begitu sahaja apabila tiada yang mahu menawarkan diri menjadi imam. Kami yg perempuan ini pernah sekali jadi imam sesama sendiri di Musolla tersebut kerana tiada lelaki! Tetapi, apabila ada orang yang mahu menyalakan 'torch light' itu, ramai yang mengikutinya walaupun tidak pernah dihebahkan dan disebarkan tentang wujudnya solat terawikh di musolla ANU. Kelihatannya, seperti semua org menunggu dan mencari-cari. Begitu jugalah dengan ummat ini, kita memerlukan para dai'e untuk menunjukkan jalan, ramai org baik dibelakang sana yg sedang menunggu-nunggu untuk mengikutnya. Ikhwah yang bertanggungjawab menghidupkan surau tersebut dari segi pengurusannya mungkin hanyalah 10 orang, tetapi itulah yg menggerakkan dari iftar jama'ie setiap hari hinggalah majlis ilmu selepas terawikh. Dan sambutan dari warga ANU sungguh menggalakkan walaupun tanpa di war-warkan. Begitu, ummat ini memerlukan kita, para da'ie~!. 'Torch Light' sekurang-kurangnya perlu di fikir dalam konteks kelompok kecil kita, kawan2 baik zaman sekolah menengah, teman2 yang ditakdirkan perkenalan melalui group assignment, tutorial (walaupun mereka bukan Muslim) atau pun teman serumah yg sama-sama sedang menuntut di luar negara. Tugas menyebarkan Islam dan membuat kebaikan tidak perlu ditunggu untuk mendapat arahan dari sesiapa atau diberi apa-apa jawatan barulah kita 'boleh' bekerja. Allah memuliakan kita dgn tugas hebat sebagai khalifah untuk memimpin dan memakmurkan sekeliling, maka (ingatan buat diri juga), makmurkan lah apa2 sahaja disekeliling kita dan kreatiflah dalam menggerakkan ummat kecil dalam dunia pelajar kita.

Berdasarkan pengalaman tahun lepas, kami pun sebenarnya telah bercadang untuk membuat jemaah di rumah dan bergilir-gilir menjadi imam, dengan hanya 3 malam seminggu jadualnya adalah pergi ke Masjid Abu Bakr atau Toad Hall (terawikh postgrad ikhwah akhawat Indonesia). Dengan mujahadah mengumpul kekuatan diri, maka kami pun membuat jadual imam sesama sendiri (perempuan) dan giliran rumah-rumah untuk dibuat solat terawikh. Jadual Terawikh dicetak dan diedarkan ke rumah-rumah yg terlibat. Lalu, dengan penuh debarnya, merasalah saya sekali tahun ini menjadi Imam Terawikh untuk malam pertama terawikh, menghabiskan bacaan surah Yaasin dan An-naba'. Malam kedua kami ke Toad Hall beramai-ramai, dan selepas itu, kami mengetahui tentang Musolla ANU dihidupkan. Alhamdulillah, akhirnya Allah memberikan kami yang lebih baik, terawikh bersama imam hafiz di Musolla ANU setiap malam. Moga Allah memberikan balasan yang setimpal buat mereka yang bersungguh-sungguh cuba mengubah musolla ANU yang sudah lama menuggu mereka.

Pada 10 malam terakhir Ramadhan, musolla ANU tidak lagi membuat solat witir, tetapi digantikan dengan qiamulail pada pukul 1 pg. Saya tidak tahu keadaan qiam itu bagaimana kerana sy tidak pernah hadir kerana bimbng nak berjalan tengah malam ke sana dan juga kerana ruang solat lelaki dan perempuan yg sgt dekat dan hanya dipisahkan oleh tabir kain.

(Kegiatan selepas Terawikh di Musolla ANU)


Terawikh di Masjid Abu Bakar

Sebenarnya, selain masjid Abu Bakar, ada sebuah Musolla kecil di Belconen (Spence Musolla) juga menganjurkan dan menyediakan iftar jama'ie saban hari dan Terawikh. Tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman tahun lepas kerana tahun lepas saya selalu ke Musolla di Belconen. Malangnya, saya langsung tidak berpeluang ke sana untuk Ramadhan kali ini. Jadi saya tidak mengetahui khabar Musolla tersebut.

Namun, saya berpeluang beberapa kali berterawikh di Masjid Abu Bakar. As good as ever=). Imamnya yang sangat merdu dan hebat bacaannya. Jemaahnya yang ramai dan khusyuk dan banyak lagi perkara 'best' di sana yang tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk kata. Rasailah sendiri, nescaya anda akan mengetahuinya=)

Pada malam2 ganjil ganjil, Masjid Abu Bakr menganjurkan qiam sama-sama. Pada masa ini, terdapat ramai juga wanita yang bermalam di masjid. Semalam, malam 27...masyaAllah, imam memgumumkan kehadiran qiam pada pukul 2 pg seramai 150 org. Terkedu saya dibuatnya. Kerana saya tahu, bukan kesungguhan yg sedikit diperlukan untuk memandu kereta pada pukul 2 pg datang ke Masjid untuk qiam. Ada yang dtg membawa anak dan isteri dan ada juga yg dtg sendiri. Imam menghabiskan satu juzu' alQuran selama 8 rakaat qiam tersebut.

Suatu perkara yang menarik tentang keadaan di luar negara (kawan2 sy juga menceritakan perkara yg sama di masjid2 lain di seluruh dunia), ialah kehadiran ramai kanak2 (dan juga baby comel tembam plus pipi merah) di masjid. Budaya yg sungguh mengagumkan. Kerana menuntut kesungguhan yg sungguh dari sang ayah dan ibu. Si Suami boleh sahaja menyuruh isteri solat di rumah kerana alasan 'payah anak' dan si isteri boleh juga tidak mahu ke masjid kerana alasan 'sukar'. Selagi kanak-kanak tersebut tidak terlalu menganggu solat di masjid budaya ini wajar dicontohi, lantas tidak meminggirkan para ibu yang mempunyai anak kecil dari majlis-majlis ilmu dan masjid. Dalam hidup yang singkat ini, saya sudah beberapa kali mendengar keluhan dari sang isteri tentang hasrat mahu ke ceramah-ceramah agama dan solat di masjid tetapi tidak boleh kerana 'susah budak-budak' atau suami tak mahu bawa dengan pelbagai alasan. Akhirnya, pada tika ini saya mahu mengatakan ia adalah soal kesungguhan, tetapi si ayah memainkan peranan penting (ialah, kalo dah tak izin mana boleh nak langgar, lagipun ini bukan perkara bertentangan dgn syariat Islam) .Tiba-tiba teringat kenangan menyiapkan Anas (my youngest brother waktu dia masih meniarap dan merangkak) untuk ke surau berjemaah terawikh kerana mak saya memang mengikuti ayah saya berterawikh ke surau lalu mengangkut 'batalion' nya juga. Setiap malam perlu membawa alas untuk dia berbaring dan juga beberapa bekal yang lain.Memang leceh menunggu cik kiah dan anak2 nya bersiap, tetapi kadangkala si suami tidak perlu pun tolong menyiapkan, hanya perlu memberi ruang dan sabar menunggu untuk bersiap dan pergi bersama-sama sahaja. Masakan tidak, andainya ada beberapa kanak2 untuk ke satu2 majlis ceramah yg hanya 3 jam, banyak perkara yg perlu disiapkan, alas untuk si comel berbaring, pampers, botol susu, bekal makanan etc, memang leceh dan menuntut kesabaran si pemandu kereta. Tetapi di sini sy melihat ia satu budaya (kanak2 comel ramai di belakang jemaah terawikh), dan juga membuktikan bahawa si suami tidak mahu 'meninggalkan' isteri di belakang disamping mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran yang baik.

Akhir kata, Ramadhan kian berlalu pergi, moga kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin, agar plotnya bukan menurun pada pengakhiran tetapi kemuncak pada penghujung. InsyaAllah. Ambillah peluang ini, untuk menggandakan amal, untuk memohon ampun dari Allah sebanyak-banyaknya dan berdoa Allah memandu segala fikiran, keputusan dan langkah-langkah hidup kita untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita.

Salam Lailatul Qadr buat semua, pilihlah sendiri untuk berada dalam kelompok yang beruntung atau rugi dalam mengejar janji Allah.

Tuesday, September 23, 2008

Ihya Ramadhan 7: Tujuh Terakhir

Assalamualaikum wbt...

Hari ini, 23 Ramadhan 1249, tinggal 7 hari lagi sebelum Ramadhan berakhir. Sedihkah kita kerana ia akan berakhir atau sebenarnya gembira kerana bakal merdeka?.

Ogos yang lalu, sy pernah berbicara tentang trauma saya. Semalam trauma itu sudah berakhir, dengan baik insyaAllah walaupun bukan sehabis baik. Tetapi sy mengklafikasikannya sebagai satu perjuangan yang besar. Satu reseach of 40%. Tajuknya seolah-olah sangat senang iaitu, 'The Relationship between Reported Earnings and Stock Returns'. Senang atu tidak tanyalah sesiapa sahaja yang sudah membuat statistical research on this topic. Stock Returns sebenarnya sgt berkaitan dengan Share Prices. As Share Price value is derived from the sum of all the expected future earnings of the company, discounted back to get the present value using the firm risk adjusted rate. So, when future expected earnings changes, the share prices will also change resulting in Stock Returns changes (note: equation of return is a result of change share prices in addition to dividend received).

Sebahagian dari batch saya mengambil BUSN3001 (Accounting Theory), subjek tahun ke-3 ini pada tahun ini dan saya mencuba untuk mengambilnya untuk merasa bagaimanakah rasanya subjek tahun ke-3. Saya bersyukur telah merasa 'rasa' Accounting Theory, semoga saya lebih bersedia untuk subjek-subjek tahun ke-3 yg lain pada tahun hadapan. Subjek ini sangat menarik sebenarnya terutamanya jika seseorang itu adalah sangat bagus dalam subjek BUSN 2015- Company Accounting, kerana Accounting Theory akan 'rebut', 'argue' and 'discuss' about the weaknesses of standards that formally applied all over the world and methods that we have learnt to 'produce the numbers' in BUSN2015-Company Accounting. It also discusses the alternative accounting methods (CoCoA accounitng, CPP accounting etc) and the opportunities for manipulative decisions by the top managements like the famous Enron case. However, i think all of these researches are originally initiated by the ideas of Ball and Brown (1968) in their research paper, 'An Empirical Evaluation of Accounting Income Numbers'. But my assignment becomes more intersting when we do not only look at the 'events' factors and 'event studies' but also when we relax the assumption of capital market efficiency (semi-strong efficiency in this context). I also notice that most of good journals about this topic are produced by Finance Journals, not Accounting Journals. Therefore, FINM 2005- Corporate Finance which has been taken last semester is indeed helpful to give comprehensive understanding of all those research papers.

Hari ini, pagi ini, presentation management juga telah selesai, alhamdulillah. Maka, habislah semua assessment yang perlu dilakukan atau dihantar sebelum raya. Saya harap saya mampu untuk lebih memanfaatkan 7 hari lagi yang berbaki, insyaAllah. Peluang-peluang keemasan yang sangat rugi untuk dilepaskan terutama bagi yang mahu memanfaatkan malam2 terakhir ini, untuk memohon ampun, untuk membuat solat taubat, untuk berdoa, untuk bermunajat dan untuk membaca al-Quran kerana Surah Al Muzammil mengatakan bacaan pada masa ini adalah lebih berkesan. Jom, sama-sama kita berusaha~!

Petang ini ANUMA (ANU Muslim Association) mengadakan majlis berbuka puasa dengan bayaran $20 seorang. Berdasarkan tahun lepas, majlis ini sgt menarik kerana berpeluang menemui muslim lain yang ada di ANU, yang berbagai ragam dan gaya. Ramai juga non Muslim yang datang 'berbuka puasa' tahun lepas. Makanan pun menarik kerana menunya dari pelbagai negara, dan selepas solat terawikh, seorang Bishop dari Canberra Church diberi peluang untuk berucap. Saya kurang arif tentang tentatif majlis malam ini kerana belum membeli tiket (sibuk studylah agaknya :p), sy hanya RSVP melalui email.

Coleteh gembira sy sesudah selesai semua assessment sebelum raya (baca: manfaatkan 7 terakhir Ramadhan) terpaksa dihentikan kerana kelas Encik Matt Wilson akan bermula sekejap lagi.

Jumpa lagi~! ^-^

Tuesday, September 16, 2008

Newcastle: Satu Kembara Hati

Newcastle: Satu Kembara Hati

Satu kembara jasadi
menunggang Kia Carnival
5 jam perjalanan menuju arah
beratus kilometer diredah
beratus dollar minyak ditelan
berpuluh jam dihabiskan

(8 seater Kia Carnival is too big for a small driver like me)

namun itu bukan ukuran
kerana kembara ini
kembara hati,
sangat bererti
dalam kami mengasuh jiwa, mendidik hati,
memperteguh kendiri,

"Dan perumpamaan org yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yg disirami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan" (2:265)

(Ya Allah, teguhkanlah jiwa ini)

bukan senang kerana minggu itu assignment perlu dihantar
bukan mudah kerana esoknya quizes dijadualkan
bukan gampang kerana presentation perlu disiapkan

namun itu bukan kekangan
kerana janji Allah itu pasti
pada keberkatan masa, pada kerahmatan usaha,
bersama redhaNya yang menaungi,
hanya tinggal hambaNya untuk meyakini,

Berilah Allah pinjaman yang baik, sebaik-baik pinjaman,
Tan surullaha yansurukum wathabbit aqdaamakum,
(Jika kamu menolong agama Allah, Allah menolongmu dan memperteguhkan kedudukanmu 47:7)


(masjid newcastle)

Kembara ini,
Jaulah ini,
perjalanannnya jauh,
gayanya memenatkan,
demi sebuah pertemuan yg sebentar cuma,
demi satu kebersamaan yang sekejap

(Bar Beach, Newcasle)

Namun, disitu ada syifa',
disitu ada penawar.

Merdu deru ombak Pantai Bar,
Segar angin pantai menyapa wajah,
Indah laut nan terbentang,
Wangi haruman Spring kian menjelang,
mengubati jiwa kami dengan terapi semulajadi.

(Garden beside Bar Beach)

apabila hati keluar dari 'dunia' biasa,
walau hanya seketika
mengosongkan jiwa dari segala di belakang sana,
dari segala keluh kesah buku dan mehnah dakwah
lantas membuka ia
untuk direcharge, untuk diberi nafas baru,
bersama akhawat dikasihi,
merefleksi diri, memuhasabah kekurangan amal sbg bekal,
'berat beban ini hanya mampu ditampung oleh banyaknya taqarrub ilallah dan amal fardhi'

(merenung menghisab)

Lantas, kita pahat cita-cita bersama,
untuk memperbaiki diri, untuk menambah bekal,
demi tugas di medan sendiri.

Thuaibah, Newcastle
( 14 Ramadhan 1429)

Thursday, September 11, 2008

Ihya Ramadhan 6: 'Rehatkan Kami Dengan Solat'

Assalamualaikum w.b.t.

Coletah saya bersambung lagi. Isunya, ramadhan lagi, untuk ingatkan saya sendiri dan juga sesiapa sahaja yang memerlukan.



Solat itu bersifat merehatkan. Bulan Ramadhan kita lebih dituntut untuk lagi memperbanyakkan solat. Andainya ia bukan bersifat merehatkan, masakan syariat dan sunnahnya sebegitu? Bukankah logiknya apabila kita tidak makan dan minum kita akan lebih penat, lemah dan letih?. Penat, lelah dan letih itu akan semakin bertambah apabila 'workload and academic burden' bertambah, namun Allah telah berikan 'solution' yang kelihatannya seperti mustahil, solat itu merehatkan letih fizikal , merungkaikan kepenatan minda dan dan meleraikan kekusutan di jiwa. Percaya lah, Yakin lah, solat yang khusyuk yang disertai dengan sepenuh jiwa dan hati adalah ubatnya. Inilah ubatnya!.

Dalam Perang Khandak (betulkan saya andai tersilap), ketika kaum Muslimin penat menggali parit, Rasulullah pernah berkata kepada Bilal bin Rabah, "Ya Bilal! Akim as-salah wa arihna biha", maksudnya, "Hai Bilal! Dirikanlah solat dan rehatkan kami dengannya". Tika penat dalam suasana perang, itu yang Rasulllah pilih untuk menghilangkan penat tersebut, 'rehatkan kami dengan solat'. Begitu jugalah kita, jadikan penat berpuasa dan letih dengan pelbagai urusan hidup direhatkan dengan terawikh bersama hati yang khusyuk, solat dhuha, solat rawatib dan juga solat malam. Solat Terawikh sangat banyak berkesan sekali dalam merungkaikan kepenatan berpuasa dan menjadikan kita lebih bertenaga.

Sama-samalah kita cuba agar urusan 'study' dan urusan kehidupan yang lain tidak menjadi penghalang kepada tuntutan yang lebih afdhal pada bulan yang mulia ini. Bulan yang Allah janjikan banyak detik istimewa untuk kita berbicara denganNya, untuk dekat denganNya.


Tuesday, September 9, 2008

Kad Raya



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ada 2 minggu lebih lagi nak raya ttp kenapa saya dah bercakap ttg raya?...nie bukan ttg raya, nie ttg kad raya, pengalaman di Malaysia menghantar kad raya antara negeri mengambil masa 2-3 minggu, kerana ia adalah musim kad raya, perkhidmatan POS MALAYSIA sgt sibuk dan mengambil masa yg lama. Jd untuk memastikan (insyaAllah), kad raya sampai pada masanya, kne lah pos awal2. Apatah lagi dari luar negara.

Biasanya pos barang/ surat (pos biasa a.k.a bukan pos laju) dari Malaysia-Aussie atau Aussie-Malaysia mengambil masa 7 atau 8 hari termasuk cuti hujung minggu. Pos laju malaysia-aussie mengambil masa hanya 3 hari. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya, dan tempoh ini akan lebih lama andainya jarak lebih jauh. Sebagai langkah berhati-hati dengan harapan kad ini sampai sebelum raya, saya nk pos awal kerana ia adalah musim raya.

Esok, sy mesti ke pejabat POS untuk mengepos kad raya. Sebenarnya ia bukan kad raya khas ttp kad biasa dgn 'mark' aussie atau ANU. Saya nk pos juga sbg kad raya kerana tahun lepas sy tidak mengepos sebarang kad raya kepada sesiapa kerana kad raya tidak ada dijual di Canberra (kt Sydney dan Melbourne je ada).

Sejak saya pandai menulis, mak saya memang menggalakkan saya menulis dan mengopos kad raya, beliau akan membawa sy ke kedai lalu meminta saya memilih kad raya untuk dibeli. Selepas itu, beliau akan menggalakkan saya menulis kepada kawan-kawan saya. Mungkin pertama kali saya menulis kad raya ialah sewaktu saya darjah dua. Apabila saya semakin besar, senarai org yg sy akan tulis kad raya makin bertambah dan bertambah saban tahun. Dari yg perlu dipos sampailah kepada yg dihantar menggunakan tangan. Masakan tidak, kawan sekelas di Wataniah yg duduk sebelah meja pun saya bg kad raya:-), housemate di akasia pun dapat kad raya apatah lagi ahli tanzim PSC. Sepupu-sepupu saya pun saling mengutus kad raya. Ttp sy rasakan itu adalah cara mak saya menggalakkan saya menulis. Tahun lepas adalah satu satunya tahun yg saya tidak mengutus kad raya manual kepada sesiapa. Saya hanya menghantar e-card kepada beberapa orang. Namun, bagi saya, kad raya tradisional mempunyai sentuhan dan nilai sentimental yang berbeza dari e-card. Dan saya memang lebih menyukai kad tradisional kerana saya boleh simpan ( sy tidak pernah buang semua kad sy pernah saya dapat sejak kecil ) dan baca berulang kali.

Kad Raya sebenarnya bukan sekadar hanya berfungis sbg wasilah mengucapkan Selamat Hari Raya kerana jika itu tujuannya maka ia tidak berbaloi, ini kerana perkhidmatan 'sms' adalah jauh lebih cepat dan murah pada zaman sekarang. Tetapi ia lebih kepada tanda ingatan dan penghargaan istimewa kepada orang-orang yang kita sayang.


(kad raya dari atuk)

(aishah dan najibah, jazakillah~! )

Walau bagaimana pun, tahun ini senarai penerima kad raya adalah para penghantar kad raya tradisional kepada saya tahun lepas:-). Kad Raya yang tidak saya balas namun ia membuatkan saya teruja dan menemani raya saya di perantauan. Terima Kasih~!. Saya sgt menghargainya.


2007 Kad Raya (with exception of the 2 pink, 1 yellow, and 1 brown envelopes)

Ihya Ramadhan 5: Catatan dari Kejauhan

Assalamualaikum wbt

Hari ini hari Isnin, hari ke lapan Ramadhan. Minggu ke dua Ramadhan juga. Isnin ini, hari ini saya mulakan dengan semangat baru (selepas peperiksaan pertengahan semester minggu lepas), sesungguhnya semangat baru~! Saya merasakan ia adalah satu 'fresh start' menuju final exam awal November nanti. Final exam yang akan menandakan tamatnya saya sebagai pelajar tahun kedua di ANU:-). Renew semangat dan azam, insyaAllah.

Semalam saya berborak panjang dgn mak, mungkin terlalu panjang kerana saya menelifonnya sebanyak 2 kali pada hari Sabtu dan 2 kali pada hari Ahad. Mungkin selama 4 jam andai dicampur-campur... huhu.... dan kami benar-benar saling bercerita dan berkisah, sungguh menyeronokkan kerana sudah sgt lama saya tidak berborak panjang dengan mak, sejak nenek saya sakit (maknanya sejak awal tahun ini). Bukan apa, kerana setiap kali saya call, mak saya samada kt hospital, atau di rumah nenek saya...keadaan tidak mengizinkan kami untuk bebas berborak. Kadang2 terpaksa 'date' khas untuk call, n masa yg dia cadangkan plg convenient bg dia ialah ms dia tgh drive dr HUSM ke sekolah pagi2...tp sy bmbng pulak kalo nk berbual because she's driving, so sy hanya ckp perkara-perkara penting shj.

Ttg rumahtannga isu plg utama yg diteliti sedalam-dalamnya (rumah tanggakah?). Owh, ttg kontrak rumah, yg permohonan untuk kontrak thn depan telah dibuka n akan ditutup soon, samada nk renew contract unilodge (48 or 52 weeks contract) and stay kt on campus or moving outside. Adik2 n kawan2 favour saya stay outside (off campus). While my mum mmg dr dulu lg prefer staying on campus. Masalah dgn unilodge ialah xleh nk pilih housemate and rent yg mahal. Tahun depan, 5 bedroom multishare will cost each person more than 800 dollar for 4 weeks. Kami bncng satu2 all pros n cons of both options...erm, apapun, i will somehow say my final decision soon, insyaAllah...untuk duduk on campus or off campus....

Let's renew ramadhan azam juga...n let's mujahadah more untuk capai target...mujahadah juga untuk baca Qur'an byk2...missing my mum's voice reciting alQur'an too. I used to sleep beside her while she read Qur'an during Ramadhan. As long as I could remember, every year she always khatam Qur'an 3, 4 days earlier, n she always targeted to finish 2 juzu' sehari. I was not that good. She would call me to read Qur'an beside her. Then, i will go, sit beside her, read a few pages until penat (not even half juzu') then sleep on the carpet beside her. She kept reciting for hours and I kept sleeping with her voice ringing on my ears. Good, isn't it? The good thing is, my mum xpernah paksa saya bc Qur'an n khatamkan Qur'an during ramadhan. She used to encouraged n told a lot of stories about sahabat or reward of reciting Qur'an n being close to Qur'an. Memandangkan dia xpernah paksa saya serajin dia, maka I have a very 'good' habit, sleeping soundly (huh, lena sekali) when she reads Qur'an. May be, everyday during Ramadhan, i would sleep beside her while she read Qur'an for hours. The same happened to my father. He used to baca Qur'an kuat2 before Subuh...sometime long before Subuh...n I have 'good' habit too...tido makin lena...owh (apakkah). Bukannya nk bgn Qiam sama2..but enjoying the sleep more...his voice really made me makin best tido n makin lena (seriously).

Mereka tidak pernah memaksa saya buat apa yg mrk buat, namun apabila saya meninggalkan rumah untuk memasuki INTEC saya mula merasakan kesan 'tarbiah' di rumah itu...di INTEC barulah saya tahu untuk menghargai suasana hidup saya selama 17 tahun plus suasana 3 months arabic course in Nilam Puri. Betullah org kata, kita akan lebih menghargai apabila kita telah kehilangan sesuatu itu. Moga saya belum terlambat. Di INTEC, sy benar-benar merindui bi'ah solehah. Kadang-kadang rasa itu mengundang 'suffering inside'. Ramadhan di INTEC juga mengajar saya untuk khatam al-Qur'an sndr, kerana saya sudah tidak boleh tidur di sebelah org baca Qur'an. Ramadhan pertama saya di INTEC juga menyaksikan 'perlawanan plg hebat' dalam diri saya. Enam bulan pertama di INTEC memang menggoncangkan, dan Ramadhan itu menyaksikan saya benar-benar merintih dan memohon dari Allah untuk menjadikan saya kuat kerana waktu itu saya sgt sedar bhw dunia yg sy akan hadapi selepas itu adalah dunia yang memerlukan saya menjadi saya, dan saya mesti kuat. Dan sy akan hanyut perlahan lahan tanpa saya sedari (my BIGGEST fear) tanpa bantuan dari Allah. Ya, hanyut tanpa disedari (ya Allah, guide me in Your path, in your way because You know me more than I know myself). Jika diingat kembali, itulah antara Ramadhan yg sy rasakan sy dekat dgn Allah kerana saya teramat takut dengan dunia yg tidak saya ketahui dan merasakan saya terlalu kerdil untuk menongkah arus itu.

Walaupun saya sudah berubah sekarang, tabiat yg di bina bertahun-tahun di rumah itu masih kekal sehingga sekarang. I still have the strong interest untuk tidur di sebelah sesiapa shj yg bc Qur'an. Right here, in Canberra, pernah saya terlampau rindu, then i asked kak didi to read Qur'an because i want to sleep beside her when she reads. She just laughed, n then started reading Qur'an, n i 'played my part', sleeping soundly. Satu ketenangan dan keseronokan yg tak terucap. i dun know, is this a good thing or a bad thing. thing for sure is, i love people doing that to me, so that I can....

btw, we have already grown up n should top up the amal by our own, let's manfaat every single detik dgn baik, as one of the nasyeed's lyrics, 'moga setiap detik dalam amalan jua'...

"bermujahadahlah dalam setiap masa, pengorbanan itu melembutkan hati dan menundukkan nafsu"

Belaian Ibu - Hijjaz

Thursday, September 4, 2008

Ihya Ramadhan 4: Taubat Untuk Allah

Assalamualaikum wbt

Setelah seminggu kita menjalani ibadah puasa, saya ingin mengingatkan diri saya dan juga rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian tentang taubat. Pada bulan yang mulia ini di mana pintu keampunan dan rahmat Allah terbuka luas, marilah kita memohon ampun banyak-banyak terhadap segala salah silap dan dosa kita, kelekaan dan kecuaian kita. Jika kita membandingkan kita dengan para pelaku dosa, maka kita akan merasakan bahawa kita sudah baik kerana tidak melakukan apa yg mereka lakukan, namun , jika kita memuhasabah diri terhadap para sahabat, ahli ibadah dan orang-orang yg soleh, maka kita akan tahu tempat kita di mana.

Ramadhan adalah bulan untuk menyucikan diri, membersihkan hati dan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah. Namun, perkara pertama sebelum yang lain ialah kita perlu bertaubat dan memohon ampun dari ALLAH agar Allah mengampunkn dosa-dosa kita terlebih dahulu. Bagaimana mungkin kita dapat mendekatkan diri dengan Allah dan Allah memakbulkan doa kita pada bulan yg mulia ini tanpa kita bersungguh-sungguh memohon ampun dariNya terlebih dahulu?

Saya ingin kongsikan satu petikan dari buku 'Taubat untuk Allah' oleh Dr Yusof Qardhawi. Buku tersebut agak tebal (sekitar 400 muka surat) , edisi terjemahannya yg boleh didapati di Malaysia. Membaca buku tebal yang khas membicarakan tentang taubat akan menginsafkan dan menyedarkan kita sehingga kita akan rasakan bahawa kita mahu memohon ampunan dari Allah setiap masa dan saat!

Kewajiban beristighfar itu makin kuat bagi orang yang sedang jatuh dalam kemaksiatan dan dosa. Karena siapa yang bisa menghindarkan dirinya sama sekali dari perbuatan dosa? Di sini istighfar berfungsi sebagai perangkat untuk menghilangkan kekurangannya, dan yang dapat mencucinya dari kotoran dosa.

Allah SWT menyebut sifat-sifat kaum muttaqin dalam al Quran sebagai orang yang:

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain dari pada Allah? - Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui" [QS. Ali Imran: 135].

Dan firman Allah SWT:

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [QS. an-Nisa: 110.].

Allah SWT memuji nabi-nabi-Nya dalam Al Qur'an dengan tindakan mereka yang melakukan istighfar itu. Mereka adalah manusia yang paling bersegera dalam melakukan istighfar dan yang paling senang melakukannya.

Dalam kisah Adam, nenek moyang manusia, beliau beristighfar ketika beliau dibujuk oleh syaitan hingga beliau dan istrinya memakan pohon yang dilarang itu. Maka beliau segera meminta istighfar dan kembali kepada-Nya:

"Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi." [QS. al A'raf: 23.].

Nabi Nuh a.s, pemimpin para rasul itu meminta istighfar bagi dirinya, kedua orang ketuanya, dan bagi semua orang yang berhak atasnya, juga bagi kaum mu' minin dan mu'minat:

"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan." [QS. Nuh: 28].

Dan Nabi Ibrahim a.s. berdo'a:

"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mu'min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." [QS. Ibrahim: 41].

"Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat adn hanya kepada Engkaulah kami kembali, " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami Ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." [QS. al Mumtahanah: 4-5.].

Nabi Musa a.s. yang secara tidak sengaja membunuh seorang manusia, sebelum beliau mendapatkan kerasulannya, segera meminta ampunan kepada Rabbnya atas kesalahannya itu.

"Musa mendo'a: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri karena itu ampunilah aku". Maka Allah mengampuninya, sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [QS. al Qashash: 16.].

Pada kesempatan lain, beliau berdoa:

"Itu hanyalah cobaan dari Engkau, Engkau sesatkan dengan cobaan itu siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah Yang memimpin kami, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkaulah Pemberi ampun yang sebaik-baiknya." [QS. al A'raaf: 155].

Allah SWT berfirman dalam kisah Nabi Daud a.s:

"Dan Daud mengetahui bahwa kami mengujinya; maka ia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat" [QS. Shaad: 24].

Dalam kisah Nabi Sulaiman a.s. Allah SWT berfirman:

"Ia berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku." [QS. Shaad: 35].

Dan Nabi Muhammad Saw juga diperintahkan untuk bertaubat dalam banyak ayat, seperti dalam firman Allah SWT dalam al Qur'an Makki ini:

"Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi." [QS. Ghaafir: 55].

Dalam al Qur'an Madani Allah SWT memerintahkan beliau untuk beristighfar kepada-Nya, dalam firman Allah SWT:

"Dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [QS. an-Nisa: 106].

Juga Allah SWT memerintahkan beliau untuk beristighfar bagi dirinya dan kaum mu'minin dan mu'minat. Yaitu dalam firman Allah SWT:

"Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Haq) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mu'min, laki-laki dan perempuan." [QS. Muhammad: 19].

Dan firman Allah SWT:

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." [QS. an-Nashr: 1-3].

Ini adalah bagian dari surah yang diturunkan belakangan. Atau ia diturunkan pada penghujung kehidupan Rasulullah Saw, dan setelah turunnya firman Allah SWT dalam surah al Fath:

"Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu." [QS. al Fath: 2].

Dan ini diturunkan pada tahun keenam hijriah setelah terjadinya perdamaian Hudaibiah yang terkenal itu, yang dinamakan Allah SWT sebagai kemenangan yang nyata.

Namun demikian, Allah SWT tetap memerintahkan beliau untuk beristighfar. Dan Rasulullah Saw adalah manusia yang paling banyak beristighfar kepada Rabbnya. Sahabat beliau pernah menghitung, dalam satu majlis, Rasulullah Saw lebih dari tujuh puluh kali mengucapkan: " Wahai Rabb-ku ampunilah daku dan berilah Aku taubat".

An-Nasaai meriwayatkan dari Ibnnu Umar bahwa ia mendengar Rasulullah Saw mengucapkan: "Aku memohon ampunan kepada Allah Yang tidak ada tuhan selain Dia Yang Hidup kekal dan terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Aku memohon taubat kepadaNya" dalam satu majlis ,sebelum bangkit darinya, sebanyak seratus kali. Dalam satu riwayat: "kami menghitung Rasulullah Saw dalam satu majlis mengucapkan: 'Wahai Rabb-ku ampunilah daku dan berilah daku taubat, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi taubat dan Maha Pengampun' sebanyak seratus kali." [Fathul Bari: 11/101, 102].

Dalam sahih Muslim dari hadits al Aghar al Muzni diriwayatkan:

"Pernah ada kelalaian untuk berdzikir dalam hatiku, dan aku beristigfar kepada Allah SWT setiap hari sebanyak seratus kali untuk kelalaian itu ".

Dalam sahih Bukhari dari hadits Abi Hurairah r.a.:

"Demi Allah, aku beristighfar dan meminta taubat kepada Allah SWT dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali".

Ulama menafsirkan "al ghain" yang berada dalam hati Rasulullah Saw itu adalah: suatu masa Rasulullah Saw tidak melakukan dzikir yang terus dilakukan beliau. Dan jika Rasulullah Saw melupakannya karena suatu hal, maka beliau menganggap itu sebagai dosa, dan beliau ber istighfar kepada Allah SWT dari kelalaian itu.

Ada yang berpendapat: itu adalah sesuatu yang terjadi dalam hati, seperti keinginan hati yang biasa terjadi dalam diri manusia.

Ada yang berpendapat: para nabi adalah orang yang amat berusaha keras untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Karena mereka mengtehui hak-Nya atas mereka sehingga mereka terus bersyukur kepada Allah SWT, dan mengakui bahwa mereka selalu kurang sempurna dalam menjalankan apa yang diperintahkan Allah SWT kepada mereka.

Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin berkata: adalah Rasulullah Saw selalu meningkat derajat beliau. Dan setiap kali beliau menaiki suatu derajat maka beliau akan melihat derajat yang sebelumnya, dan beliau akan ber istighfar atas derajat yang lebih rendah itu. [Fathul Bari: 11/ 102, 102].

Al Muhasiby berkata: malaikat dan para nabi adalah orang yang lebih takut kepada Allah SWT dibandingkan orang yang lebih rendah derajatnya dari mereka. Dan takut mereka adalah sebuah takut penghormatan dan pemuliaan. Mereka beristighfar dari kekurang sempurnaan dalam menjalankan apa yang seharusnya, bukan karena dosa yang dilakukan.

Qadhi 'Iyadh berkata: sabda beliau: "Wahai Rabb-ku ampunilah dosaku dan ampunilah atas apa yang aku telah dahulukan dan apa yang aku telah tunda dapat dinilai sebagai sebuah ungkapan dari ketawadhu'an, ketundukan, sikap merendahkan diri, dan sebagai kesyukuran kepada Rabbnya, karena beliau tahu bahwa Allah SWT telah mengampuninya. [Fathul Bari: 11/ 198].

Terdapat hadits sahih dari Rasulullah Saw tentang bentuk redaksional istighfar beliau yang tidak pernah digunakan oleh seorang nabi atau Rasulupun sebelum beliau, yaitu:

"Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kejahilanku, tingkah berlebihan dalam perkaraku, serta apa yang Engkau lebih tahu dariku. Ya Allah ampunilah keseriusan dan sikap humorku, ketidak sengajaan dan kesengajaanku, dan seluruh perbuatan seperti itu yang ada padaku. Ya Allah, ampunilah apa yang aku dahulukan dan apa yang aku akhirkan, serta apa yang sembunyikan dan apa yang aku beritahukan, dan Engkau adalah Yang memajukan dan Engkau pula Yang memundurkan, dan Engkau adalah Maha kuasa atas segala sesuatu." [Hadits diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abi Musa. Fathul Bari 11/ 196, 197].

Dan Rasulullah Saw bersabda: sayyidul istighfar adalah engkau mengucapkan:

"Ya Allah, Engkau Rabbku, tidak ada tuhan selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu dan aku akan terus berada dalam jalan dan janji-Mu selama aku mampun. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang telah aku perbuat, dan aku mengakui nikmat yang Engkau berikan kepadaku, dan aku akui pula dosa yang telah aku perbuat, maka ampunilah daku, karena tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain daripada Engkau." [Hadits diriwayatkan oleh Bukhari dalam Kitab Ad Da'awat dari Syidad bin Aus dengan nomor: (6306)].

Syeikh Ibnu Abi Hamzah berkata: dalam hadits ini terkumpulkan keelokan makna dan keindahan lafazh, sehingga memang ia berhak disebut sebagai sayyidul istighfar. Di dalamnya terdapat pengakuan bagi Allah SWT atas ke-Tuhanan-Nya, bagi diri-Nya semata, dan penyembahan kepada-Nya. Juga pengakuan bahwa Dia adalah Sang Pencipta, pengakuan akan perjanjian yang telah diambilnya dari Allah SWT, pengharapan akan janji yang telah diberikan oleh Allah SWT, perlindungan dari kejahatan yang dilakukan oleh hamba atas diirnya sendiri, penisbahan nikmat kepadaNya, sementara menisbahkan dosa kepada dirinya sendiri, juga keinginannya untuk meminta ampunan, serta pengakuannya bahwa tidak ada seorangpun yang dapat memberikan pengampunan itu selain Allah SWT. Seluruh sisi itu menunjukkan penyatuan antara sisi syari'ah dengan hakikat.. Karena kewajiban-kewajiban syari'ah terwujudkan dengan adanya pertolongan dan bantuan Allah SWT. Inilah apa yang dikatakan sebagai hakikat.

[Fathul Bari: 11/100].

waAllahu a'lam.