Satu Mesej...
"Kesenangan, kesusahan, kelapangan, kesibukan, semuanya datang daripada Dia Yang Satu. Bezanya ialah sekuat mana kita kita bersandar kepada si Dia.""Terasa Kebersamaan apabila mengetahui ada orang lain pun sibuk sama, tidak terasa diri keseorangan"
Dari Seseorang yang sama berjuang mengimbangkan antara dua kesibukan. Saya, dia dan dia, kami sama merasa..
"semakin banyak kerja sekolah! semakin banyak benda kene faham!"
Final year, datang bersama pakej cabaran yang berganda.
Kita sibuk, Sandarkan pada Dia. Kita penat, Sandarkan pada Dia. Hidup untuk Dia, pada Jalan Dia, Kita tahu...
Jalan ini suci dan menyucikan...
Jalan ini suci dan menyucikan...
"ikhlaslah"
Kerana jalan ini juga menapis...
Jalan ini panjang...
"sabarlah"
"thabatlah"
Agar tidak berguguran.
Lagipun...
"Jika kita tidak disibukkan dengan kerja-kerja kebaikan,
kita akan disibukkan dengan kelalaian"
kita akan disibukkan dengan kelalaian"
Kejayaan sebenar hanyalah dalam ketaqwaan kita pada Allah, ketaatan pada rasulNya dan keberadaan kita dalam syariatNya.
No comments:
Post a Comment