Thursday, April 23, 2009

Perut Lembu

Masa: Suatu pagi, December 2008
Tempat: Sebuah Dapur, Empangan Jajar

Seorang gadis sedang melihat ibunya membasuh perut lembu. Melihat dari jauh. Perut lembu yang baru disembelih itu dikikis dengan penuh gigih menggunakan pisau. Kemudian direndam ke dalam air kapur selama beberapa lama. Akhirnya, direbus berulang kali.

Gadis itu hanya melihat dari jauh. Tiada permintaan meminta tolong dari ibunya dan dia tidak juga menawarkan diri untuk menolong membersihkan perut lembu yang panjang dan memang panjang itu.

Dia berjalan ke sisi dapur, dan duduk. "Mak, kak long harap kak long tak perlu buat benda nie". Entah kenapa ayat yang aneh itu keluar dari bibirnya. Dia tidak pernah mengatakan begitu kepada sebarang tugas di dapur. Tetapi, entah kenapa hari itu, perkataan itu terkeluar. Sudah bertahun-tahun, sejak kecil dia selalu melihat ibunya membersihkan perut lembu. Bahagian perut lembu memang digemari untuk dimakan oleh ramai orang Melayu, tetapi hanya sangat sedikit yang tahu dan rela untuk membasuh dan membersihkan segala kekotoran sebelum ia boleh dimasak secara normal.

Ibu yang mendengar perkataan yang terpacul dari anak gadisnya itu hanya tergelak. "Berdoalah kalo betul-betul tak nak buat". Si Ibu seolah mengerti maksud tersirat disebalik sebaris kata anaknya itu. "Haaaa?..Boleh ke berdoa?". Dia tergelak sama mendengar saranan si ibu. Sekecil-kecil perkara pun disuruh berdoa.

Masa: Selepas Menyembelih Lembu
Tempat: Empangan Jajar.

"Nie perut lembu, siapa nak?" Tanya salah seorang dari pasukan melapah lembu.
Semua orang memandang kepada yang lain.

"Kita tak pandai nak buat (basuh dan bersihkan)"

"aah, kalo dah bersih boleh juga, kat rumah tue tak de sape tahu nk buat"

"kita tahu makan je, nak buat tak tahu"

"kalo nak bagi yang dh siap buat (bersih) , kita nak lah"

Jawapan biasa, setiap kali selesai melapah lembu dan upacara pembahagian kepala, kaki, ekor, hati , dan perut kepada pasukan melapah. Kerana ayahnya mempunyai banyak lembu, sejak kecil dia selalu menjadi saksi babak ini. Babak yang berlaku di depan tangga rumah memandangkan bahagian-bahagian lembu yang belum dilapah akan digantung di kawasan anjung rumah yang luas itu.

Di dalam rumah, si ayah pernah berkata, "cmnie lah selalu masa nie semua tak nak, nanti siap basuh semua orang nak"

Akhirnya, ibunya yang akan melakukan. Seingat dia, ayahnya juga yang mendidik ibu beberapa belas tahun dulu menjadi wanita terpilih membuat operation perut lembu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kak Long, nanti ada calon, interview lah dulu...tanya dia, suka makan perut lembu tak?"
Lamunannya terganggu dengan suara dari adik perempuannya. Kehadiran adik perempuannya di bahagian dapur kering tidak disedari oleh si ibu dan kakak. "haha..." dia tergelak melihat si kakak terkejut. "Haish" kakaknya mengerutkan dahi sambil mengira-ngira, patutkah dirinya berdoa seperti saranan si ibu. "Kalo kak long malu, biar lah tolong interview", si adik menawarkan diri. "Isk" dia menambah kerutan keningnya sambil memandang si adik, lantas menyambung kira kiranya, "Hurm..mungkin tidak perlu". Perut tidak pernah dimusuhi oleh dia. Membersihkan perut lembu dan memasak perut lembu adalah perkara yang berbeza. Membersih perut is the hardest part, memasak perut yang sudah dibersih adalah seperti masakan lain, tidak memerlukan perjuangan dengan segala kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan. Takdir akan menentukan adakah dia terpilih untuk membuat bakti dengan menjadi pakar perut seperti ibunya...


"Kak Long, try lah...sedap" ujar si adik sambil mengunjukkan bekas air asam untuk dicicah dengan perut yg segar itu. Dia hanya melihat. Sepi. Dia tidak pernah memakan perut. "Dia takut nak makan, bimbang kalo sedap, nanti menyesal sbb dah 21 tahun terlepas nikmat makan perut" sampuk si ayah. Ha'a betul, nanti menyesal ^_^.

12 comments:

AsNiza said...

i love it too...tp biasalah..mak yang buat semua, tunggu masak jer tak pun lg best, makan saja..ekekeke..

kalau tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..hmm..^^

Thuaibah said...

...mencabar la akak..daaa~
my adik lelaki n cousins lelaki boleh bab2 nie, kami perempuan2 nie manja sket~~~huhu~

petunjuk said...

perut lembu sedap =),

cicak air asam dan kerabu perut...(menjilat jari...nyamnyam

wani said...

ala...kita pun suka makan tapi tak pandai buat.

Nape thuaibah tak makan?sedap tau..atau betul kata Ust Ghani, "nnti nyesal hidup 21 tahun tak makan perut lembu".

Thuaibah said...

semua cakap sedap dari sy baby sampai tua semua promote~

err...entah ble la agaknya sy akan makan^_^

Harakahdaily said...

Kalau kena cara buatnya, perut lembu bukan sahaja berkhasiat tetapi lazat. Contohnya kerabu perut... tetapi, kena pandai pilih ulam-ulam untuk dijadikan bahannya...takut salah pilih nanti orang tak makan pula...sangat2 disyorkan utk mencuba

Thuaibah said...

errr...mgkn ada org "kne ajar makan"..

yg pasti ABC n rojak memang sy sukee^_^

Anonymous said...

"Membersih perut is the hardest part, memasak perut yang sudah dibersih adalah seperti masakan lain, tidak memerlukan perjuangan dengan segala kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan. Takdir akan menentukan adakah dia terpilih untuk membuat bakti dengan menjadi pakar perut seperti ibunya..."

sungguh bermakna~~

Thuaibah said...

erk...

jojie..

u have read between the lines~

p/s: org alex pandai x?

Anonymous said...

hehe...x...pndai mkn je~~giv it a try la, sedap tau...mkn dlm bihun sup~~

Thuaibah said...

hurm...

sedap eh?=)...nanti jojie buat utk saya:D.

p/s: jojie, tiba2 teringat wajah2 kat egypt^_^ and all the memories.

Kak Mahh said...

hari ni nak masak sup perut lembu