Friday, April 24, 2009

ANZAC DAY

Assalamualaikum wbt

Smell some patriotism here?...huhu..If this year will be my final year here, this year might be the last year I celebrate ANZAC day. Well, ANZAC day has a strong correlation with ISK plotline. Do you remember when the graph goes down? and the presenters were talking about the war in Gallipoli between British Army and Ottoman Empire Army? When the full armoured ships of additional soldiers which have been called from Australia and New Zealand were asked to land on the mud in that gulf which then lead to the victory of Turkish Army?
The Gallipoli campaign resulted in the deaths of over 8,000 Australians and in the creation of an enduring “ANZAC legend”, both powerful factors in Australia’s continuing remembrance of war. (source)
ANZAC day on Saturday 25th April is probably Australia's most important national occasion. It is not only a day we (we...?...I am Malaysian joining Australian..^_^) remember all Australians who served and died in all wars, conflicts, and peacekeeping operations, but also the spirit of ANZAC, with its human qualities of courage, mateship, and sacrifice, continues to have meaning and relevance for our (our...?..:p) sense of national identity.

On ANZAC day...which is tomorrow, a number of ceremonies will be held in Canberra such as the Dawn Service (which will start at 5 a.m) and the National ANZAC Day Ceremony at the Australian War Memorial, Canberra. It's also interesting to realise that Australian War Memorial is still keeping the ship of this 1915 battle.

I also suggest that we watch ABC TV which will be airing live coverage of the ANZAC Day parades on ABC1 including Dawn services from Gallipoli in Turkey and Villers-Bretonneux in France. This year’s coverage of the ANZAC Day commemorations also takes on a new multimedia, multi-platform aspect at http://www.abc.net.au/innovation/gallipoli/ and the ANZAC Day coverage available for first time on ABC iView (http://abc.net.au/iview).

Watching the parade and dawn service is one thing, but the more important thing is we try to comprehend the meaning of ANZAC day to us as Muslims. I rest my case with the ANZAC day sweet words,

Thursday, April 23, 2009

Perut Lembu

Masa: Suatu pagi, December 2008
Tempat: Sebuah Dapur, Empangan Jajar

Seorang gadis sedang melihat ibunya membasuh perut lembu. Melihat dari jauh. Perut lembu yang baru disembelih itu dikikis dengan penuh gigih menggunakan pisau. Kemudian direndam ke dalam air kapur selama beberapa lama. Akhirnya, direbus berulang kali.

Gadis itu hanya melihat dari jauh. Tiada permintaan meminta tolong dari ibunya dan dia tidak juga menawarkan diri untuk menolong membersihkan perut lembu yang panjang dan memang panjang itu.

Dia berjalan ke sisi dapur, dan duduk. "Mak, kak long harap kak long tak perlu buat benda nie". Entah kenapa ayat yang aneh itu keluar dari bibirnya. Dia tidak pernah mengatakan begitu kepada sebarang tugas di dapur. Tetapi, entah kenapa hari itu, perkataan itu terkeluar. Sudah bertahun-tahun, sejak kecil dia selalu melihat ibunya membersihkan perut lembu. Bahagian perut lembu memang digemari untuk dimakan oleh ramai orang Melayu, tetapi hanya sangat sedikit yang tahu dan rela untuk membasuh dan membersihkan segala kekotoran sebelum ia boleh dimasak secara normal.

Ibu yang mendengar perkataan yang terpacul dari anak gadisnya itu hanya tergelak. "Berdoalah kalo betul-betul tak nak buat". Si Ibu seolah mengerti maksud tersirat disebalik sebaris kata anaknya itu. "Haaaa?..Boleh ke berdoa?". Dia tergelak sama mendengar saranan si ibu. Sekecil-kecil perkara pun disuruh berdoa.

Masa: Selepas Menyembelih Lembu
Tempat: Empangan Jajar.

"Nie perut lembu, siapa nak?" Tanya salah seorang dari pasukan melapah lembu.
Semua orang memandang kepada yang lain.

"Kita tak pandai nak buat (basuh dan bersihkan)"

"aah, kalo dah bersih boleh juga, kat rumah tue tak de sape tahu nk buat"

"kita tahu makan je, nak buat tak tahu"

"kalo nak bagi yang dh siap buat (bersih) , kita nak lah"

Jawapan biasa, setiap kali selesai melapah lembu dan upacara pembahagian kepala, kaki, ekor, hati , dan perut kepada pasukan melapah. Kerana ayahnya mempunyai banyak lembu, sejak kecil dia selalu menjadi saksi babak ini. Babak yang berlaku di depan tangga rumah memandangkan bahagian-bahagian lembu yang belum dilapah akan digantung di kawasan anjung rumah yang luas itu.

Di dalam rumah, si ayah pernah berkata, "cmnie lah selalu masa nie semua tak nak, nanti siap basuh semua orang nak"

Akhirnya, ibunya yang akan melakukan. Seingat dia, ayahnya juga yang mendidik ibu beberapa belas tahun dulu menjadi wanita terpilih membuat operation perut lembu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kak Long, nanti ada calon, interview lah dulu...tanya dia, suka makan perut lembu tak?"
Lamunannya terganggu dengan suara dari adik perempuannya. Kehadiran adik perempuannya di bahagian dapur kering tidak disedari oleh si ibu dan kakak. "haha..." dia tergelak melihat si kakak terkejut. "Haish" kakaknya mengerutkan dahi sambil mengira-ngira, patutkah dirinya berdoa seperti saranan si ibu. "Kalo kak long malu, biar lah tolong interview", si adik menawarkan diri. "Isk" dia menambah kerutan keningnya sambil memandang si adik, lantas menyambung kira kiranya, "Hurm..mungkin tidak perlu". Perut tidak pernah dimusuhi oleh dia. Membersihkan perut lembu dan memasak perut lembu adalah perkara yang berbeza. Membersih perut is the hardest part, memasak perut yang sudah dibersih adalah seperti masakan lain, tidak memerlukan perjuangan dengan segala kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan. Takdir akan menentukan adakah dia terpilih untuk membuat bakti dengan menjadi pakar perut seperti ibunya...


"Kak Long, try lah...sedap" ujar si adik sambil mengunjukkan bekas air asam untuk dicicah dengan perut yg segar itu. Dia hanya melihat. Sepi. Dia tidak pernah memakan perut. "Dia takut nak makan, bimbang kalo sedap, nanti menyesal sbb dah 21 tahun terlepas nikmat makan perut" sampuk si ayah. Ha'a betul, nanti menyesal ^_^.

Thursday, April 16, 2009

Kill Khalid

Assalamualaikum w.b.t...

Saya baru selesai membaca satu buku yg sgt2 best, buku ini ditemui ketika Farah membawa saya keluar untuk berjalan-jalan selepas makan malam di sebuah restoran di Sydney, jalan2 menuju ke Darling Harbour, "ter"masuk sebuah kedia buku tepi Jalan dan end up dgn keluar dgn buku nie...huhu...dah lama tak baca buku 'luar topik' sket~

Buku ini adalah real story dan plotnya lebih mendebarkan dan thrill berbanding John Grisham punya novel (serius, believe me=)


Buku bersaiz besar setebal 500 muka surat ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1997, tetapi mgkn proses mengumpul bukti dan menghasilkan olahan yang mantap mengambil masa yg cukup lama, iaitu hanya pada tahun 2009 ia diterbitkan~

Usaha untuk membunuh Khalid (Ketua Biro Politik Hamas) oleh agen Mossad yang menyamar sebagai pelancong Kanada telah gagal (antara faktor utama) disebabkan political strategy HAMAS yang menggunakan seorang wartawan berpengalaman utk mainkan isu ini, lantas memberi tekanan kepada kerajaan Jordan (Polis dan King Hussein). Khalid Marshal telah cuba dibunuh dgn teknik baru assasination pd suatu pagi sebaik shj beliau keluar dari keretanya utk memasuki pejabat HAMAS. Beliau gagal meninggal dunia dalam tempoh 24 jam seperti yang dirancangkan dgn penuh yakin oleh Director Mossad. Malah keyakinan Director ini menyebabkan apabila dipanggil ke Istana oleh King Hussein (pada sebelah petang kejadian), beliau tidak pun ingin berbincang tentang "bagaimana Mahu selamatkan Khalid" yg dijangka akan meninggal dalam tempoh 24 jam ttp ingin terus berbincang apa plan selepas Khalid meninggal. Cubaan bunuh ini dijangka akan menggagalkan 'peace treaty' yg sedang dalam proses dan juga perjanjian Oslo.

King Hussein meminta campur tangan Presiden US sewaktu itu iaitu Bill Clinton untuk menekan Perdana Menteri Israel, Netanyahu bg memberikan "ubat/penawar" utk racun yg telah dimasukkan oleh agen Mossad ke dalam badan Khalid. King Hussein terpaksa meminta bantuan Amerika menekan Israel apabila Netanyahu tetap tidak mahu bekerjasama utk memberikan penawar kepada racun yang dimasukkan oleh agen ke dalam badan Khalid.

Namun Allah menyelamatkan maruah pemimpin tertinggi HAMAS ini apabila "racun" yg tiada ubatnya itu berjaya di "tawarkan" dgn keberkatan keputusan syura yg tidak pernah dipinggirkan oleh anggota HAMAS wp di "deathbed". Khalid Marshal dimuliakan dgn sembuh tanpa menggunakan penawar dari Doktor Israel yang berjaya dibawa ke Hospital hasil tekanan dan ugutan King Jordan terhadap Perdana Menteri Israel.

Kesungguhan bodyguard Khalid Marshal untuk melawan penyerang Khalid telah menyebabkan beliau mengejar mereka di sekeliing bandar dan berjaya menangkap dua daripada tiga orang agen yang menyerang Khalid.

Akhirnya, Mossad dan Isreal terpaksa membayar harga yang sangat mahal lantaran kegagalan operasi membunuh "the HAMAS prime Minister" -that's what Mossad perceived Khalid Marshal- walapun perancangan yg cukup hebat dan teliti telah diatur. Mereka terpaksa membebaskan Syeikh Ahmad Yaasin yang sudah bertahun-tahun dipenjarakan di penjara Israel dan membebaskan 70 org tawanan Jordan dan Palestine sebagai tukaran kepada dua orang agen yang ditangkap di penjara Jordan.

Kefahaman penulis buku ini terhadap the essence of Islam beserta ruh dan perjuangan Ikhwanul Muslimin menyebabkan buku ini berjaya menyampaikan sejarah dan kisah perjuangan panjang Ummat Islam terhadap Tanah Palestine dgn baik. Segala konsep dan amalan tanzim haraki gerakan Islam spt HAMAS dan IM juga berjaya difahami dgn baik oleh penulis non muslim ini.

Latar masa buku ini adalah bermula dengan beberapa tahun sebelum percubaan membunuh Khalid iaitu September 1997 sehinggalah peristiwa-peristiwa pada tahun 2007. Perjalanan kebangkitan HAMAS pada dekad ini dinukilkan dengan teliti oleh penulis bersama kejadian-kejadian seperti pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin, pengganti beliau Abdul Aziz Rantisi, kemenangan cemerlang HAMAS pada dalam pilihanraya tahun 2004, kematian King Hussein dan Yassir Arafat. Buku ini juga melihat perjuangan HAMAS dan Palestine dari sudut kepimpinan "inside" dan "outside" kerana HAMAS memang beroperasi dengan kekuatan gabungan pimpinan yang berada di dalam tanah Palestine dan juga yang berada di luar Palestine. Beberapa kes perbicaraan pemimpin HAMAS seperti Abu Marzook dan Holy Land Foundation (HLF) di mahkamah US juga dijelaskan di dalam buku ini. Saya agak terkejut apabila mengetahui bahawa Saddam Hussein adalah penyumbang perseorangan terbesar kepada keluarga Palestinean yang syahid, yang dipenjara, dan yang cedera. Selama beberapa puluh tahun beliau menyumbang berpuluh billion kepada keluarga-keluarga mangsa, dimana tindakan ini amat tidak digemari oleh Israel dan Amerika kerana mentafsirkan Saddam Hussein menggalakkan operasi syahid. WaAllahu a'lam.

Selamat Membaca~

Friday, April 10, 2009

Malaysiaku...

Assalamualaikum wbt...

Ini entry lps exam=). Sungguh! tahun ini saya tak sempat ikut kisah suka duka bangsa kita seperti saya pada tahun-tahun sebelum ini. Terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga jika tertinggal baca newspaper sehari je dah boleh menyebabkan kita kurang faham kisah sebenar yang berlaku. Dan saya juga tidak percaya untuk mempercayai saya tidak mampu baca surat khabar Malaysia setiap hari (hopefully, it does not mean I am less concern about our nation), tetapi Surat Khabar Australia (memandangkan ia dilanggan oleh Safuraa) sibuk2 pun sempat juga baca setiap hari time lunch.

Baca-baca dari situ dan sini, diberi link itu dan ini. Saya menutup pembacaan saya dengan 'menggeledah' youtube. Dalam berpuluh video, ada satu vidoe yg agak menyesal melihatnya, iaitu video tarian panas penyanyi Cina yang dianjurkan oleh BN utk mengikat hati pengundi (kalo belum tgk , tak perlu jadikan alasan 'ingin tahu' sebagai alasan utk search video ini). Patutnya tengok video bertemakan politik ini tiada 'maksiat mata' melihat penyanyi yg sgt2 hanya tutup sedikit. Perempuan tengok perempuan pun ada batas auratnya, tetapi jika inilah hadiah untuk rakyat... Menari memang salah satu kebudayaan Cina dan juga Melayu tetapi semua warisan budaya itu ialah tarian yang elok-elok dan sopan-sopan, dan Pemimpin sepatutnya menjadi pendidik kepada rakyat..

Video Sidang Dewan di bawah Pohon Beringin juga walaupun agak lucu tetapi menyedihkan. Kenapa wakil rakyat yg sah dilayan sebegitu sekali oleh pihak berkuasa? Adakah kita masih terlalu mundur untuk memahami demokrasi?

Saya rasa agak gerun melihat rakyat kita dalam video ini, sangat semangat, sungguh2~! Sesuatu juga utk difikir-fikir apabila melihat aksi-aksi ini.

dan juga di sini


Jika tiada sesuatu yang serius di dalam kepala mereka, jika tiada tekad yang sungguh-sungguh mereka tidak akan ada di lokasi tersebut lalu masuk dalam video-video itu dgn gerak laku sebegitu. Apakah yang telah menjadikan mereka begitu sekali?

Sunday, April 5, 2009

exam...

Gosok gigi, masuk bilik nak tido...rasanya dah pukul 11 lebih, tp masa nak tutup laptop tgk jam baru pukul 9 lebih...apa dah jadi?
Jam mana yang telah ditengok sampai kepala dah set pukul 11 lebih?...tgk handphone sama waktunya dgn laptop...check jam tangan, sama juga...pastue?
Apa maknanya tue?..tak pernah2 salah body programming macam nie..

Hurm, kalo ini exam disease, kritikal nie..(ye ke?)
Esok malam exam taxation law, kul 8 malam sampai 10 malam~

Tiba2 rindu pada zaman dulu-dulu, zaman exam waktu pelik2

dapat sms good luck pukul 5.30 pagi sbb exam start pukul 7 pagi (...rindu wish seperti itu...). Pukul 6.30 pg dah kne masuk great hall intec...tapi akan selalu ingat the seems to be small things other people do for you, kesannya besar...cheering up the mood, feeling better in coping with the exam disease. Tapi jika tidak benar-benar care and concern memang akan lupa pun nak wish. Teringat lagi~

Ok2... Thuaibah, cukup2 tulis blog, skg ada dua pilihan:
-sambung baca Capital Gain Tax Computation
atau
-tido
memandangkan body dah salah programming..ia akan diteruskan walaupun salah, skg boleh tutup laptop dan TIDO. Dah tak larat nak baca buku dari lepas subuh sampai kepala pun setting jam sndr..(huhu..pukul 9 lebih)

and for tommorrow, be happy...^_^, and sedikit ubat...~


Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan."
(Yunus 10:57-58)

sibuk

Satu Mesej...

"Terasa Kebersamaan apabila mengetahui ada orang lain pun sibuk sama, tidak terasa diri keseorangan"

Dari Seseorang yang sama berjuang mengimbangkan antara dua kesibukan. Saya, dia dan dia, kami sama merasa..

"semakin banyak kerja sekolah! semakin banyak benda kene faham!"

Final year, datang bersama pakej cabaran yang berganda.

"Kesenangan, kesusahan, kelapangan, kesibukan, semuanya datang daripada Dia Yang Satu. Bezanya ialah sekuat mana kita kita bersandar kepada si Dia."

Kita sibuk, Sandarkan pada Dia. Kita penat, Sandarkan pada Dia. Hidup untuk Dia, pada Jalan Dia, Kita tahu...
Jalan ini suci dan menyucikan...

"ikhlaslah"
Kerana jalan ini juga menapis...
Jalan ini panjang...

"sabarlah"
"thabatlah"

Agar tidak berguguran.


Lagipun...

"Jika kita tidak disibukkan dengan kerja-kerja kebaikan,
kita akan disibukkan dengan kelalaian"


Kejayaan sebenar hanyalah dalam ketaqwaan kita pada Allah, ketaatan pada rasulNya dan keberadaan kita dalam syariatNya.