"awak nk pegi umrah ke?" soalan dari atikah pandi sebentar td mengejutkan saya. Dia yg mmg rapat dgn saya sepatutnya sudah lama tahu tp nampaknya cuti summer ini benar-benar menyebabkan saya tidak berhubung dgn ramai org. Tambahan pula, semua org menggunakan no hp msia sewaktu cuti ini yg sy tidak ketahi nombornya.
Rancangan umrah bukanlah rancangan yg telah lama dirancang wp niatnya sudah lama. Ketika study week sebelum peperiksaan akhir tahun November yang lepas, tiba-tiba mak saya menghantar sms meminta saya memberitahunya details of draft ANU academic calendar for 2009 and 2010. Saya pula tak tya banyak..check kat website sume jadual exam dan cuti, then hantar kt dia. Hanya dua minggu selepas itu, barulah saya bertanya mak kenapa meminta academic calendar saya. Mak saya memberitahu hasratnya untuk membawa saya membuat umrah dan juga beberapa rancangan lain, kami pun mula merancang tarikh-tarikh yang sesuai.
Sebaik sahaja saya meletakkan telefon perbualan dgn mak, perkara pertama saya lakukan ialah menghantar email kepada org-org yang ada perkaitannya dgn jadual hidup saya. Antara masa yg dilihat sesuai ialah sewaktu cuti musim sejuk di Australia (July) tetapi saya kalo boleh tak nak terlepas dari menghadiri winter gathering dan program2 tarbiah musim sejuk. Ada juga plan nk melawat tempat org sewaktu cuti2 yang ada, dan ada juga dgr khabar org jauh ada nk dtg lawat Canberra etc. Kemudian, timbul juga cadangan untuk melakukan umrah pada cuti musim panas Australia (december 2009) tetapi banyak juga perkara perlu dipertimbangkan.
Apabila email-email saya kepada naqibah dan kawan-kawan bertya ttg jadual program dan jadual mereka mendapat jawapan, saya kembali menghubungi mak, berbincang panjang, ubah tarikh situ sini kerana ia melibatkan 7 org dalam keluarga yang akan menyertai umrah ini. Memilih tarikh yg sesuai untuk semua org bukan perkara yang senang juga.
Akhirnya, keputusan majlis syura (hurm...) merasakan bahawa akhir Januari 2009 adalah tarikh paling sesuai untuk semua orang, biiznillah insyaAllah. Kiranya tarikh ini tarikh paling awal sebaik sahaja musim haji tamat.
Keputusan dilakukan ketika saya sudah mahu bertolak pulang untuk bercuti di Malaysia menyebabkan saya tidak sempat memberitahu org lain termasuk kawan-kawan rapat, sahabat seusrah, ahlul nahdan dan juga housemates!
Kiranya nie, nak bagitahulah:-).
InsyaAllah kami akan bertolak dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu pada 29 January, penerbangan MAS MH 1339, jam 9.10 malam ke KLIA^_^. Flight ke Jeddah adalah keesokan harinya dari KLIA dgn penerbangan Saudi Airlines. Nabilah (adik Perth) beria sekali nak ajak familynya hantar di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kerana katanya rumahnya dekat dgn airport (memang dekat sgt pun.....).
Kami akan memasuki Madinah terlebih dahulu dan akan berada di sana selama 5 hari, barulah kemudiannya bertolak ke Mekah. InsyaAllah kami akan berada di Mekah selama 8 hari untuk digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya ^_^. Penerbangan balik dengan pesawat SV 836 akan tiba pada 12 Febuari 2009 di KLIA pada jam 1 tengahari. Flight MAS ke Kuala Terengganu adalah pada pukul 7. 45 petang tersebut. Itulah rancangan kami setakat ini, semoga Allah mempermudahkan segala urusan perjalanan dan ibadah kami di sana nanti.
'Labbaika Allahu malabbaik, labbaika la syarikala kala baik, Innal hamda walni'mata laka walmulk la syarikalakalak'
Aku sahut panggilanMu ya Allah!
Aku sahut, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah Kami Sahut!
Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu ya Allah!
Tiada sekutu bagiMu.
Aku sahut, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah Kami Sahut!
Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu ya Allah!
Tiada sekutu bagiMu.
Kunjungan ke Tanah Suci ini adalah yang pertama kali buat saya, Nukman, Aqilah dan Kak La kerana Ayah Ki (datuk saya), mak dan ayah telah mengunjunginya sebelum ini.
Doakanlah yang terbaik buat kami, kesihatan yang baik dan segalanya dipermudahkan agar kami dapat menjadikan kunjungan ini kunjungan yang diberkati, ziarah ini ziarah yang diredhai, ibadah ini ibadah yang diterima, pengalaman ini pengalaman yang menjadikan kami hamba Allah yang lebih baik bersama niat yang ikhlas hanya semata-mata keranaNya, beribadat dan bertaqarrub denganNya. Doakan juga keselamatan perjalanan pergi dan balik kami bertujuh^_^.
"sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"(al-baqarah:196)
"Ya Allah pemudahkanlah segala urusan, janganlah Engkau mempersulitkannya, dan akhirkanya dengan pengakhiran yg baik"
9 comments:
Subhanallah.. awak akan pergi umrah??
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Nak bagi pesanan ni. Nanti sampaikan salam sayang dan rindu saya pada Allah dan Rasulullah ye..
Tolong doakan kat Allah moga saya tsabat di atas jalan ini dan menjadi daie yang hebat!, ya?
Minta juga pada Allah untuk menjemput saya pula sebagai tetamu di rumahnya..
=)
mahu juga!!
mabruk mendapat jemputan dr Allah..
bru baca travelog haji.. huhu.. meronta2 juga hati ni nak pergi dan hayati sendiri..
doakan sy juga thuaibah!
InsyaAllah hanan wa muna...:-)....saya pun byk lagi yg kne persiapkan diri nie=)..
ila liqa sis=)
slamat berangkat sahabatku~....=)doakan sy juga dpt kesana 1 hari nnti~
salam alaik~
waaaa!!mahu juga!
alhamdulillah ya ukhti, mahu berangkat sudah ke sana. kte pulak yg berbunga-bunga hati membaca entri ni. rindunya mahu ke sana!!=^^=
i'Allah, satu hari nnt dgn izinNya..
semoga selamat dlm perjalanan dan di sana. amin~~
doakan agar kte dpt menjadi tetamu Allah di sana juga ya nnt!
ila liqa'~=^^=
waalaikumusalam wbt ibah dan bibah....=)
alhamdulillah, setakat ini, inilah perancanganya...semoga menjadi kenyataan dan diakhiri dgn "watmamna bilkhair(berilah kami pengakhiran yang baik)"
insyaAllah saya doakan^_^.
Jazakillahu khairan kathira ats doa semua=)
Mabruk ukhtie
moga amal ibadah nti bertambah dan pulang menjadi muslimah dan ukhti yg lebih solehah=)
ana doakan Allah memberikan yang terbaik untuk kehidupan nti dunia dan akhirat.
Sampaikan Salam Sayang dan Rindu ana pada baitullah juga...
mabruk sis,
selamat berangkat,
wt persiapan terbaik dan gunakan ms utk ibadah sebaiknya...
LabbaikaAllah..
sampaikan salam sy pd baitullah juga~
dan jgn lupa doakan tanah palestine dn ummat Islam seluruh dunia...(hurm, pntg gak tuh)
truly,
-you know who:D-
salam...nak pegi umrah ek?alhamdulillah...Kirimkan salam ana pada Rasulullah ye?Juga tolong doakan ana supaya dapat lagi jejakkan kaki ana lagi kat dua tanah haram tu ye?Cuma nak nak nasihatkan je,cuaca musim umrah lain sikit.Mungkin sekarang cuaca nak kembali panas sebab musim haji sekarang dah sejuk sangat.Jaga diri dan kesihatan.Kirimkan salam ana pada keluarga ye?Jangan lupa doakan ana ye?
hehehe...thanx.Allahuakbar!
Post a Comment