Pada 1 Januari 2009 bersamaan 4 Muharram 1430, saya berpeluang untuk menghabiskan masa seharian di Kota Bharu. Walaupun pada asalnya, niat ke Kota Bharu hanya untuk jalan-jalan, namum saya berpeluang untuk mengetahui dan melihat sendiri sambutan Tahun Baru di Kelantan. Sambutan yang sungguh unik sekali, jauh dari pengaruh sambutan di tempat-tempat lain di seluruh negara.
Secara jujurnya, saya sendiri terkejut apabila mengetahui pada malam 31 Disember, di saat ummat Islam di Palestine sudah 3 hari dibom dan angka korban sudah mencecah 300 org, Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga orang Jerteh bersama orang-orangnya telah mengambil inisiatif yang julung-julung kali dilakukan di pekan kecil ini. Beliau yang tidak lagi menjawat jawatan penting dalam pentadbiran Barisan Nasional sekarang , masih lagi prihatin dan mengambil berat dengan kehendak anak muda yg mahukan hiburan pada malam tahun baru. Mungkin benar anak muda pekan kecil ini mahukan hiburan tahun baru, atau sebenarnya beliau cuba untuk memodenkan pekan ini agar turut sama menyertai arus hanyut sambutan tahun baru. Beliau dan orang-orangnya dilaporkan hadir dalam konsert yang diadakan di kawasan Econjaya meraikan detik tengah malam tahu baru dengan artis-artis yang dibawakan dari Kuala Lumpur. Konsert yang gamat itu juga boleh didengari dari Masjid Hadhari yang dibina sewaktu pemerintahan beliau. Kisah ini adalah satu cebis dari kisah yang biasa di Malaysia. Pemimpin-pemimpin akan merestui jika tidak menganjurkan dan menghadiri Konsert sambutan tahun baru.
Biasanya, kisah itu akan berpanjangan dengan laporan panas dari media arus perdana esoknya. Seperti biasa, tajuk-tajuk berita seperti 'tangkapan khalwat', 'serbuan pesta pil khayal', 'mat rempit menggila di ambang tahun baru', 'pesta arak', 'pelakon wanita drama bersiri dan pembaca berita astro di tangkap dalam pesta seks' menghiasi laporan beberapa muka akhbar pada 1 dan 2 januari 2009.
Apa yang dapat kita simpulkan dari kisah-kisah tahun baru di Malaysia yang kita baca saban tahun? Sudah terlalu hancurkan anak muda bangsa kita? Mengapakah mereka hancur? Bagaimanakah mereka hancur?
Ironinya, bangsa ini tidak hancur dan rosak moralnya dalam satu malam, prosesnya yang lama diperlukan sebelum seseorang itu berani terlibat dalam perkara perkara tidak bermaruah di atas. Tetapi budaya sambutan tahun baru dengan cara yang menggalakkan lagi maksiat menjadi stimulus kepada aktiviti-aktiviti yang lebih rancak sebaik sahaja bunga api detik 12 malam berakhir.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada kerajaan kelantan yang berjaya menganjurkan satu majlis sambutan tahun baru di Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dihadiri oleh puluhan ribu hadirin. Majlis yang dimulakan sejak 5.30 petang sehingga detik 12 malam juga tidak kurang hebat dan meriahnya namun dengan budaya dan akhlak yang berbeza. Majlis ini menampilkan artis nasyid Rabbani, Akhil Haiyy, Sabri Yunus, Hafiz Hamidun (bekas anggota UMIC) dan seorang pengacara Tv9, Farah Adeeba.
Wakil-wakil kaum iaitu Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian, Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akhil Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat dipersembahkan oleh kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma dan Rabbani menyampaikan lagu nasyidnya.
Program dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi. Angka 19 itu sebenarnya mewakili 19 tahun pemerintahan kerajaan PAS kelantan.
Deklemasi sajak oleh Hadi Muhammad dan adik Hafifi turut menyentuh perasaan. Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam. Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan oleh Akhil Hayy yang kini mengendalikan rancangan mingguan "Cafe Akhil Hayy" di Astro. Majlis di akhiri dengan pertunjukan bunga api.
Sambutan ini sememangnya satu langkah yang tepat untuk menyediakan alternatif yang tepat kepada ummat yang tenat sekarang.Saya tidak fikir orang yang menghadiri sambutan "hijrah dirai masihi dinanti' yang bermula sejak 5.30 ptg dengan mengasingkan tempat duduk lelaki perempuan dan menganjurkan solat jemaah maghrib dan isyak akan meneruskan malam tahun baru dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral.
Nik Aziz berkata, konsert yang diadakan bertujuan memberi pendedahan baru dan hiburan kepada golongan remaja supaya dapat menghindarkan diri daripada gejala-gejala yang tidak sihat ketika menyambut acara tahunan itu.
''Melalui konsert malam ini, kita bukan sahaja berhibur dengan cara yang sebaik-baiknya tetapi turut menyuntik motivasi dalam jiwa muda-mudi melalui mesej yang disampaikan oleh barisan artis yang kita undang," katanya.
Menghampiri jam 12 tengah malam, 19 ekor kuda membawa masuk Piala Emas Raja-Raja yang dimenangi oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) baru-baru ini, di samping pertunjukkan kereta klasik, motosikal Cup 50 yang diubah suai sambil diiringi gendang dan rebana ubi.
Pertunjukan bunga api selepas countdown menandakan masuknya tahun baru juga dipersembahkan. (sumber:Utusan Malaysia 2 Januari 2009).
Syabas dan Tahniah sekali lagi atas penganjuran upacara sambutan ini yang tidak melupakan bahawa kita juga baru menyambut tahun baru Islam dan sedara seagama kita sedang rancak dibedil dan dibunuh di sana.
Ketika saya melangkah ke KB mall, jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 tengahari. Sebaik sahaja sampai ke bahagian tengah tingkat bawah KB mall, tiba-tiba saya melihat kain rentang di atas. Timbul niat di hati untuk stau di sini sampai habis program yang diiklankan di atas. Saya mahu melihat kelainan di negeri ini yg tiada di tempat lain! Segera saya makan tengahari dan solat zuhur di surau yang terletak di tingkat paling ats bagunan tersebut (level tempat letak kereta). Sebelum jam 2.30 ptg saya sudah berada di depan pentas mencari tempat duduk paling depan bersama ibu saudara saya. Pengalaman-pengalaman lepas di negeri Kelantan memberitahu saya bahawa program-program anjuran kerajaan negeri akan sentiasa penuh sesak dengan hadirin tanpa perlu disediakan imbuhan.
Majlis yang turut dihadiri oleh isteri Menteri Besar Kelantan ini banyak menekankan tentang hubungan persaudaraan sesama ahli keluarga, sesama muslim sebangsa dan perpaduan dengan bangsa lain. Majlis amat meriah dengan reaksi hangat dari penonton kepada soalan-soalan dari pentas tentang kelantan dan penduduknya. Setiap penonton yang memberikan jawapan yang betul diberikan hadiah. Hafiz Hamidun turut sama berada di pentas menyanyikan lagu-lagu dari albumnya bersama UNIC dan juga album solonya.
Majlis yang bermakna ini berakhir sebelum masuk waktu asar
"Baguslah kelantan wat majlis sambutan tahun baru sebagai alternatif, xde bnda-benda mengarut" ujar saya kepada keluarga sewaktu berada di rumah."siapa nak bagi stadium, siapa nak bagi supermarket kalo kita tidak ada kuasa pemerintahan? nak dapat tempat pun susah" jawap satu suara.
Benar, urusan permit di Malaysia bukan senang pada realitinya.
(Datin Seri Tuan Sabariah Tuan Ishak)
(remaja yang turut mendengar dari atas)
No comments:
Post a Comment