Wednesday, October 8, 2008

Pak Lah besara Mac 2009?

Assalamualaikum wbt

Headline News dari TV sebentar td memberitahu bahawa Pak Lah mahu besara pada Mac 2009. Lebih kurang setahun lebih awal dari rancangan asal. Saya tidak menyiasat dengan lebih lanjut tentang 'cerita' baru ini yg tentunya memberi kesan kepada corak politik tanah air. Dari sudut ahli2 UMNO sendiri yg telah menangguhkan Perhimpunan Agungnya daripada jadual asal ekoran pelbagai kemelut dan konflik, sy melihat perubahan plan ini akan menyebabkan strategi lain yang akan dipasang oleh tokoh-tokoh penting UMNO dan juga pemimpin-pemimpin bawahan UMNO.

Saya sgt yakin pengumuman ini memberi impak kepada orang luar UMNO juga seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan parti-parti lain yang sedang di dalam komponen Barisan Nasional (BN) , yang baru keluar BN dan yang juga yang sememangnya memang di luar UMNO/BN. Bagi mereka yang konsisten kepada prinsip dan inti pati perjuangan, pengumuman ini tidak akan memberi terlalu banyak kesan berbanding kepada mereka yg berjuang demi kuasa, kedudukan dan harta.

Trend pengumuman tarikh mahu berundur yang dimulakan oleh Dr Mahathir ini menimbulkan tandatanya kepada saya, adakah ia sihat dari sudut demokrasi atau tidak? Tetapi dalam keadaan org sedang berebut kuasa, pengumuman sebegini mampu meredakan kerakusan dan membawa lebih keharmonian. Dari sudut lain, ia memberikan peluang kepada pemimpin tersebut melaksanakan misi kebajikan yang belum tertunai dan menggilap imej pada fasa-fasa akhir hayat kepimpinannya agar dianggap sebagai seorang yang hebat, berwibawa, ulung dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jika bercakap dari sudut nepotisme dan kronisme, inilah peluang untuk memunggah kekayaan kepada anak beranak dan memastikan semua hajat dipenuhi sementara diri masih ditampuk kuasa kerana semua arahan akan dipatuhi oleh marhaen bawahan.

Akhir kata, andai kita tahu bila masanya kita akan meletak jawatan di dunia ini dan berehat di dalam kubur, maka tentunya kita akan membuat persiapan serapi-rapinya menjelang persaraan itu. Tetapi tanggungjawab kita sbg hamba Allah dan jawatan berprestij sbg khalifah yang kita pegang sekarang tidak diketahui tarikh meletak jawatannya dan kita tidak mampu merancang tarikh perletakan jawatan sebagaimana Pak Lah dan Che Det lakukan.

"Yang menciptakan kematian dan kehidupan utk menguji kamu siapakah yang paling baik amalannya"(al-mulk:2)

2 comments:

Anonymous said...

salam.thuhaibah, dah baca kena letak komen yer? tapi akak tak minat politik dan x reti nak komen psl politik. komen psl lain la.. errrr pi open house o connor kol baper?? errr tu komen hek? hahahah

Thuaibah said...

wslm...

aiseh, akak tau gak ke 'peraturan' nie?:p
huhu..(segan saya)..main2 je la..

tgh tunggu adik2 solat zuhur, then insyaAllah bertolak ke O'conner.

Damya~! Danish~! Here I come =)