Peperiksaan akhir tahun menjelang tiba, spring yg indah kian menghujung, cuti musim panas yg semakin menghampiri, lambaian Malaysia semakin kuat...
Segalanya bercampur membawa 'mood' masing-masing, lalu ia bercampur baur...antara debar dan tidak sabar, antara takut dan harap, antara tidak suka dan gembira...
Spring yang semakin sampai ke penghujung adalah perkara yang sy hitung setiap hari. Jika ditanya pada saya, "apakah musim yang paling disukai?", maka spring lah jawabnya. Suhu Canberra yang berada sekitar 10 celcius di awal spring benar-benar mendamaikan, dengan rumput yang semakin menghijau indah, pokok-pokok menjadi semakin cantik, bunga dimerata-rata dan angin yang bertiup dingin (note: bukan sejuk dan membeku) menjadi sesuatu yang saya tunggu-tunggu dan tidak ingin ianya berakhir. Saat ini saya merasakan berjalan menyusuri Sullivian Greek diteduhi pokok-pokok lama yang merimbun sepanjang-panjang sungai kecil itu merupakan sesuatu yang jika masa mengizinkan ingin saya lakukan setiap hari, andai masa mengizinkan juga saya tidak kisah untuk menghabiskan berjam-jam di tepi sungai itu...berjalan-jalan, dan berhenti menikmati empuknya duduk di atas rumput di celah-celah teduhan pokok yang besar itu kala kepenatan lalu menghafaz Al-Qur'an atau hanya sekadar memerhati apa sahaja yang terjangkau pada pandangan mata. Dan tentulah itik-itik yang berenang itu lebih menarik perhatian saya atau saya boleh membuang pandangan pada Telstra Tower nun di atas bukit sana, dan sy tidak perlu berjuang menahan kesejukan kerana udaranya sangat nyaman dan menyegarkan. Namun ianya akan segera berakhir dan saya akan menunggu lagi spring tahun depan. Spring tahun depan yg mungkin akan menjadi spring terakhir saya di Canberra. Mungkin? Allahu A'lam.
Peperiksaan Akhir Tahun Kedua akan menjelang seusai tamatnya week 13 teaching week minggu depan.
Benarkah Allah dalam pergantunganmu?
Banyak peluang Allah berikan kepada kita untuk mensucikan keyakinan, membulatkan penyerahan dan memurnikan keyakinan kepadaNya. Peluang itu bukan selalu muncul, jarang sekali, malah ia tidak pernah mucul dalam keadaan kita sihat fizikal , bersemangat dan penuh bersedia utk apa-apa tugas yang akan dilakukan atau diuji. Peluang ini hanya akan muncul di saat-saat yang boleh menyebabkan sesetengah hambaNya melupakan pergantungan kpd Khaliq lalu mencari penawar lain untuk menghadapinya, yang pada akhirnya tidak membawa ke mana selain 'tekanan', 'keserabutan' dan 'kemurungan'. Peluang mensucikan keyakinan, membulatkan penyerahan dan memurnikan keyakinan kepadaNya lalu menambahkan iman di dada hanya muncul tatkala segalanya dirasakan tidak mampu, sukar, mustahil dan tidak terdaya untuk dilakukan. Dan kala itulah, maka ingatlah akan Allah mengingtakan,
"Sesungguhnya Aku Dekat"
Namun, bersama "assurance" bahawa "Aku dekat" itu datang satu lagi peringatan dari Allah yang menggambarkan betapa pentingnya untuk kita "bersangka baik" dengan Allah, sejauh mana kita bersangka baik, akan menatijahkan apa yang akan berlaku,
"Aku adalah mengikut sangkaan hambaKu"
Sejauh mana kita bersangka baik, yakin dan di mana sebenarnya kita meletakkan Allah dalam pergantungan kita? dan Benarkah sebenarnya kita benar-benar meletakkan Allah dalam pergantungan kita? Melangkah dengan keyakinan yang rapuh kepada helaian-helaian yang mustahil untuk dibaca kesemuanya sebelum peperiksaan, kaedah-kaedah yang perlu dimahirkan dan dicekapkan dan konsep-konsep yang ada kadangkala terasa sangat sukar akan memberi kita peluang. Peluang untuk membuat pilihan agar semakin dekat dengan Allah, semakin merasai 'halawatul iman', semakin menikmati keindahan tawakkal kepadaNya atau tidak memanfaatkan peluang ini untuk merasai dekatnya Dia sebenarnya. Peluang untuk merasai betapa dekatnya Dia dengan kita. Lalu, kemudiannya Dia titipkan keyakinan, ketenangn dan kedamaian. Bukan sahaja Allah menjadi semakin dekat dan terlalu dekat di jiwa namun memberi lebih kedamaian kerana kita tahu pengawal-pengawalNya turut sama menjaga kita."Baginya ada penjaga yang bergilir-gilir di hadapannya dan dibelakangnya yang menjaga dia dengan perintah Allah"
(Al-Ra'du: 11)
Selamat Bermujahadah kepada semua teman-teman yang berada di Australia khasnya, Selamat Bersungguh-sungguh dan Tekun kepada Thuaibah^-^.
Berusahalah untuk yang terbaik demi impian ummat yang lebih besar...
ma'a taufik wannajah, insyaAllah...
3 comments:
Huhu, kak thuaibah, ur post read my mind...
Sometime u know, God wont make u suffer, but most of the time you simply forgot...
Thanks for reminding.
^_^...ujian utk menguji kekuatan,keyakinan dan keteguhan yg akhirnya akan meninggikan martabat andai melepasinya, insyaAllah. Ujian juga adalah persiapan utk kita menghadapi masa depan kerana org yg lepas ujian akan boleh melangkah pada masa depan itu dgn lebih baik dan berjaya.
La Quwwata illabillahi a'zim..
Assalamualaikum wbt..
ma'a taufik wannajah ukhti,
usaha betul2, doa sungguh2..Allah's there for you..
rabbi yassir
Post a Comment