Saturday, October 25, 2008

"Amerika Bersin, Australia Demam"

Kata-kata di atas yang diungkapkan sendiri oleh Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd beberapa minggu lepas jelas menunjukkan pengakuan beliau akan betapa rapuhnya ekonomi Australia. Fenomena pergantungan ekonomi ini tidak hanya berlaku pada Australia sahaja malah seluruh dunia. Sejak zaman berzaman, pakar ekonomi tidak pernah mengatakan matawang dan sistem ekonomi amerika didokong oleh satu sistem yang kuat. Namun, pada realitinya dunia tetap menggantungkan nilai matawang dan ekonomi mereka kepada sistem yang rapuh ini.

Ekonomi Amerika yang jatuh dengan teruk beberapa minggu kebelakangan ini menyebabkan berbilion-bilion dollar hilang begitu sahaja di Financial Market. Ini adalah kesan kepada free market (market beroperasi dengan sendirinya tanpa kawalan mana-mana pihak). Menurut Ball and Brown (1968) yang dikatakan perintis kepada teori efficient market, market di hanya dikatakan efficient apabila ia dibenarkan untuk beroperasi dengan sendirinya, adjusted efficiently by the power of demand and supply, iaitu tanpa campur tangan kerajaan walaupun sedikit.

Namun setelah berpuluh-puluh tahun sistem kapitalis ini berfungsi berdasarkan teori dan ciri ini, ia adalah sangat menarik untuk mendengar sendiri kenyataan ini. Akhbar The Herald Sun bertarikh hari ini (24 October 2008) telah menyiarkan satu kenyataan yang mengakui akan kesilapan sistem. Kesilapan yang sangat besar kepada satu core, fundamental underlying characteristic of efficient capital market.

"FORMER US Federal Reserve Chairman Alan Greenspan, acknowledged today he had been wrong about the free-market system."

"And French President Nicolas Sarkozy said the meltdown showed that free-market ideology was now discredited and economies needed strong state intervention to succeed."


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Sarkozy ini bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam iaitu ekonomi negara memerlukan campur tangan kerajaan tetapi bukanlah sehingga keterlaluan yang menyebabkan penindasan seperti sistem dicadangkan dan dirintis oleh Karl Marx.

SUBPRIME MORTGAGE

Subrime Mortgage dikatakan penyebab utama yang membarahkan lagi ekonomi Amerika yang sedia tenat sejak tahun 2007. Subprime mortgage adalah satu bukti sifat manusia yang suka menindas dan mengambil kesempatan terhadap kesusahan hidup orang lain dengan menambahkan lagi penderitaan dan kesusahan orang tersebut. Subrime Mortgage adalah pinjaman yang disediakan oleh bank-bank di Amerika kepada para peminjam yang mempunyai credit rating yang rendah. Credit rating yang rendah adalah istilah yang digunakan terhadap peminjam yang mempunyai high potential of default. The event of default (kemungkinan kegagalan untuk membayar balik pinjaman ini) telah sedia diramal oleh institusi kewangan yang terlibat utk memberikan pinjaman tersebut. Keadaan ini menyebabkan mereka akan dikenakan interest rate (riba) yang tinggi. Polisi Institusi Kewangan ialah semakin tinggi risiko kegagalan bayaran balik, maka semakin tinggilah kadar interest rate yang akan dikenakan terhadap peminjam terbabit. Peminjam tersebut biasanya adalah golongan yang berpendapatan rendah, golongan yang mempunyai sejarah kegagalan membayar hutang yang tinggi dan juga para pelabur yang tidak mempunyai wang tetapi tetap ingin melabur dalam pelaburan yang besar.

Malangnya, sikap ingin mengambil kesempatan ini telah memakan tuan apabila beratus-ratus institusi kewangan yang terlibat dengan pemberian subprime mortgage telah gagal untuk mendapat balik pinjaman tersebut beserta dengan tambahan pulangan (riba) yang dikehendaki. Akibatnya beratus-ratus institusi kewangan ini terpaksa menfailkan bankrupcy akibat kegagalan yang mencecah USD 7 trillion lantas memberi kesan yang dahsyat kepada industri perbankan, hartanah dan seterusnya seluruh sistem ekonomi Amerika Syarikat. Bursa Saham Wall Street turut terjejas teruk dan syarikat-syarikat gergasi seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch dan AIG mengalami kerugian yg sangat dahsyat lalu akhirnya turut menjejaskan syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan dengan mereka.



Lehman Brothers adalah sebuah syarikat yang mempunyai asset sebanyak USD 600 billion, beroperasi untuk fixed-income assets, investment and private equity. Ia adalah dealer terbesar dalam fixed interest security (pelaburan pulangan tetap yang berasaskan sistem riba) di Wall Street. Syarikat ini telah terlibat secara besar-besaran dalam US subprime mortgage market dan terjejas teruk akibat kegagalan mendapat balik pinjaman yang diberikan lalu terpaksa menjual assetnya sebanyak USD 6 billion dan telah kerugian sebanyak USD 2.8 billion.

"Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Barangsiapa mendapat peringatan dari Tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang diperolehinya dulu menjadi miliknya dan urusannya (terserahlah) kepada Allah. Barangsiapa mengulangi maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. " (2:275)

Terdapat suatu fenomena menarik yang telah berlaku rentetan kegawatan ekonomi Amerika ini iaitu pengharaman short selling di Wall Street bulan lepas. Short Selling adalah satu cara bagaimana seseorang pelabur (manipulator) boleh mengambil kesempatan dalam penjualan dan pemberian sekuriti (saham etc) di Bursa Saham dengan cara membeli pada harga yang rendah dan menjual dengan harga yang tinggi lalu boleh membuat jutaan keuntungan dengan cara 'atas angin' dan in the twinkle of an eye. Sistem ekonomi Islam, Hisbah, menyarankan pemantauan oleh kerajaan terhadap aktiviti ekonomi di pasaran. Short Selling diharamkan di sisi Islam dan ia tidak dibenarkan di pasaran Malaysia namun ia bebas di jual beli di pasaran Bursa Saham yang lain di seluruh dunia.

SEMUA NEGARA TERJEJAS?


Itulah yang membimbangkan masyarakat dunia. Kejatuhan ekonomi Amerika menyebabkan mereka pun lingkup sama, malah mungkin lebih teruk lagi bak kata Kevin Rudd, Amerika baru bersin tetapi Australia dah demam.

Kejatuhan ekonomi Amerika akan memberi kesan kepada nilai matawang dollar dan akan menjejaskan semua negara yang menyandarkan nilai matawangnya kepada nilai matawang Amerika. Kebanyakan negara Arab tidak terlalu bergantung kepada ekonomi Amerika walaupun mereka rakan dagang yang rapat. Negara Arab lebih banyak bergantung kepada sumber asli mereka dan juga projek-projek pembinaan (construction) mereka, oleh itu mereka tidak terlalu terkesan dengan apa yang berlaku di Wall Street. Lebih-lebih lagi, kebanyakan negara Arab sudah banyak menggunakan sistem ekonomi Islam terutama negara teluk (Gulf Country). Memandangakan masalah yang berlaku sekarang adalah semuanya disebabkan oleh perniagaan, aktiviti dan sistem yang diharamkan oleh Islam, maka negara-negara yang kurang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Islam ini kurang menerima kesannya. Di sinilah nampaknya, keindahan sistem Hisbah Islam yang mengharamkan segala aktiviti jual beli yang tidak adil, mengambil kesempatan dan menindas pihak lain. Oleh itu, marilah kita mengembangkan produk-produk kewangan Islam dan menggunakannya pada peringkat individu dan juga negara=).

Di bawah ini adalah beberapa laman yang menghuraikan dengan lebih detail tentang fenomena semasa ini.

http://www.islamonline.net/livedialogue/english/Browse.asp?hGuestID=VeCtpd


http://www.theherald.co.uk/business/news/display.var.2463179.0.Economy_shrank_0_5_in_the_third_quarter.php

http://www.theherald.co.uk/search/display.var.2105458.0.following_the_us_on_road_to_recession.php

http://www.news.com.au/heraldsun/story/0,21985,24548074-664,00.html

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Agama/20081026025023/Article/index_html

Tulisan ini hanya menghuraikan satu sudut dan faktor utama kemelesetan ekonomi sekarang, banyak lagi faktor-faktor sampingan yg lain. Ini juga merupaka pendapat saya sendiri berdasarkan pemahaman saya, harap dapat diperbetulkan sebarang kesilapan pemahaman (sesiapa yang baik hati boleh tambah=).

2 comments:

nova said...

Salam Saudari,

Curahan idea yang bernas!

Saya sangat suka apabila saudari menyentuh tentang bahana kita berkiblatkan sistem ekonomi Kapitalis dan kebaikan sistem Hisbah. Ini jelas sekali apabila kita melihat pasaran saham global yang sangat tidak menentu, ditambah pula spekulasi harga minyak yang tidak lama dahulu mencecah nilai USD140 setong: gara-gara terlalu percayakan doktrin "free" (anarchy?)"market" dengan melampau.

Saya amat bersetuju apabila saudari mengupas tentang kerakusan sebahagian golongan di institusi perbankan untuk menghisap darah golongan miskin yang akhirnya menyebabkan berlakunya Subprime Mortgage yang memberi kesan berantai (chain effect) kepada Amerika Syarikat khasnya dan kepada dunia umumnya. Ingin saya tambah juga bahawasanya mereka ini telah menganggap apa yang mereka pinjamkan dan bunga hasil pinjaman itu sebagai aset, padahal belum apa-apa pun lagi. Nah, itulah akibatnya terlalu suka berspekulasi.

Tambah pula persekitaran ekonomi yang relatifnya lembab di Amerika, menyempitkan lagi keadaan si peminjam yang rata-rata terdiri daripada golongan miskin. Demi survival syarikat-syarikat gergasi yang sekarang semakin tenat dek ribut kemelesetan melanda, golongan termiskinlah yang akan dibuang kerja terlebih dahulu. Mungkin inilah yang sibuk diperkatakan oleh Obama tentang bahana mata duitan di Wall Street menyebabkan mereka yang di Main Street merana.

Belum lagi kita analisa impak inflasi dan Dollar yang kian lemah dari hari ke hari. Khabar mutakhir daripada the Fed. mengumumkan penurunan kadar faedah kepada 1% sahaja (9 kali ubah dah... dan ini yang terendah)menampakkan betapa terdesaknya ekonomi kapitalis terbesar dunia ini untuk memastikan kelansungannya dengan harapan akan menstimulasikan pasaran. Nak stimulasi macam mana? Kuasa beli dah tak ada pada pengguna. Yang gergasi pula terlalu sibuk "melabur" (atau lebih tepat, "menspekulasi") di sana-sini, sehingga terlupa mengira kadar kecairan semasa menyebabkan ada yang tersungkur hiba.

Hmm... entahlah Saudari. Sama-samalah kita melihat perkembangan ekonomi semasa dan bagaimanakah jadinya kelak. Oh ya, mungkin boleh kita lihat dengan lebih mendalam bagaimana roh sistem muamalah Islam boleh memberi jalan kepada kita untuk memikirkan penyelesaian kepada permasalahan-permasalahan yang ada.

Thuaibah said...

waalaikumussalam wbt...

akhirnya ada juga org bc entry nie:p...

Thanks so much for the comment.

yeah, sometimes the definition of asets according to the IASB (international accounting standard board) can be misleading, i.e: tiket judi menepati ciri2 asset by definition. So it must be disclosed in the Balance Sheet...(but u still do not know whether u'r lucky or not-loss- in that gamble).

dunia oh dunia..