Tuesday, October 28, 2008

- ^_^ - ma'a taufik wannajah -


sy mesti bc buku ^-^ =)


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam mengerjakan kebaikan) dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung"

(3:200)

~doakan kejayaan milik kita bersama, biiznillah, insyaAllah ^_^ (,,)

Jumpa lg selepas 20 Nov 2008...

Saturday, October 25, 2008

"Amerika Bersin, Australia Demam"

Kata-kata di atas yang diungkapkan sendiri oleh Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd beberapa minggu lepas jelas menunjukkan pengakuan beliau akan betapa rapuhnya ekonomi Australia. Fenomena pergantungan ekonomi ini tidak hanya berlaku pada Australia sahaja malah seluruh dunia. Sejak zaman berzaman, pakar ekonomi tidak pernah mengatakan matawang dan sistem ekonomi amerika didokong oleh satu sistem yang kuat. Namun, pada realitinya dunia tetap menggantungkan nilai matawang dan ekonomi mereka kepada sistem yang rapuh ini.

Ekonomi Amerika yang jatuh dengan teruk beberapa minggu kebelakangan ini menyebabkan berbilion-bilion dollar hilang begitu sahaja di Financial Market. Ini adalah kesan kepada free market (market beroperasi dengan sendirinya tanpa kawalan mana-mana pihak). Menurut Ball and Brown (1968) yang dikatakan perintis kepada teori efficient market, market di hanya dikatakan efficient apabila ia dibenarkan untuk beroperasi dengan sendirinya, adjusted efficiently by the power of demand and supply, iaitu tanpa campur tangan kerajaan walaupun sedikit.

Namun setelah berpuluh-puluh tahun sistem kapitalis ini berfungsi berdasarkan teori dan ciri ini, ia adalah sangat menarik untuk mendengar sendiri kenyataan ini. Akhbar The Herald Sun bertarikh hari ini (24 October 2008) telah menyiarkan satu kenyataan yang mengakui akan kesilapan sistem. Kesilapan yang sangat besar kepada satu core, fundamental underlying characteristic of efficient capital market.

"FORMER US Federal Reserve Chairman Alan Greenspan, acknowledged today he had been wrong about the free-market system."

"And French President Nicolas Sarkozy said the meltdown showed that free-market ideology was now discredited and economies needed strong state intervention to succeed."


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Sarkozy ini bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam iaitu ekonomi negara memerlukan campur tangan kerajaan tetapi bukanlah sehingga keterlaluan yang menyebabkan penindasan seperti sistem dicadangkan dan dirintis oleh Karl Marx.

SUBPRIME MORTGAGE

Subrime Mortgage dikatakan penyebab utama yang membarahkan lagi ekonomi Amerika yang sedia tenat sejak tahun 2007. Subprime mortgage adalah satu bukti sifat manusia yang suka menindas dan mengambil kesempatan terhadap kesusahan hidup orang lain dengan menambahkan lagi penderitaan dan kesusahan orang tersebut. Subrime Mortgage adalah pinjaman yang disediakan oleh bank-bank di Amerika kepada para peminjam yang mempunyai credit rating yang rendah. Credit rating yang rendah adalah istilah yang digunakan terhadap peminjam yang mempunyai high potential of default. The event of default (kemungkinan kegagalan untuk membayar balik pinjaman ini) telah sedia diramal oleh institusi kewangan yang terlibat utk memberikan pinjaman tersebut. Keadaan ini menyebabkan mereka akan dikenakan interest rate (riba) yang tinggi. Polisi Institusi Kewangan ialah semakin tinggi risiko kegagalan bayaran balik, maka semakin tinggilah kadar interest rate yang akan dikenakan terhadap peminjam terbabit. Peminjam tersebut biasanya adalah golongan yang berpendapatan rendah, golongan yang mempunyai sejarah kegagalan membayar hutang yang tinggi dan juga para pelabur yang tidak mempunyai wang tetapi tetap ingin melabur dalam pelaburan yang besar.

Malangnya, sikap ingin mengambil kesempatan ini telah memakan tuan apabila beratus-ratus institusi kewangan yang terlibat dengan pemberian subprime mortgage telah gagal untuk mendapat balik pinjaman tersebut beserta dengan tambahan pulangan (riba) yang dikehendaki. Akibatnya beratus-ratus institusi kewangan ini terpaksa menfailkan bankrupcy akibat kegagalan yang mencecah USD 7 trillion lantas memberi kesan yang dahsyat kepada industri perbankan, hartanah dan seterusnya seluruh sistem ekonomi Amerika Syarikat. Bursa Saham Wall Street turut terjejas teruk dan syarikat-syarikat gergasi seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch dan AIG mengalami kerugian yg sangat dahsyat lalu akhirnya turut menjejaskan syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan dengan mereka.



Lehman Brothers adalah sebuah syarikat yang mempunyai asset sebanyak USD 600 billion, beroperasi untuk fixed-income assets, investment and private equity. Ia adalah dealer terbesar dalam fixed interest security (pelaburan pulangan tetap yang berasaskan sistem riba) di Wall Street. Syarikat ini telah terlibat secara besar-besaran dalam US subprime mortgage market dan terjejas teruk akibat kegagalan mendapat balik pinjaman yang diberikan lalu terpaksa menjual assetnya sebanyak USD 6 billion dan telah kerugian sebanyak USD 2.8 billion.

"Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Barangsiapa mendapat peringatan dari Tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang diperolehinya dulu menjadi miliknya dan urusannya (terserahlah) kepada Allah. Barangsiapa mengulangi maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. " (2:275)

Terdapat suatu fenomena menarik yang telah berlaku rentetan kegawatan ekonomi Amerika ini iaitu pengharaman short selling di Wall Street bulan lepas. Short Selling adalah satu cara bagaimana seseorang pelabur (manipulator) boleh mengambil kesempatan dalam penjualan dan pemberian sekuriti (saham etc) di Bursa Saham dengan cara membeli pada harga yang rendah dan menjual dengan harga yang tinggi lalu boleh membuat jutaan keuntungan dengan cara 'atas angin' dan in the twinkle of an eye. Sistem ekonomi Islam, Hisbah, menyarankan pemantauan oleh kerajaan terhadap aktiviti ekonomi di pasaran. Short Selling diharamkan di sisi Islam dan ia tidak dibenarkan di pasaran Malaysia namun ia bebas di jual beli di pasaran Bursa Saham yang lain di seluruh dunia.

SEMUA NEGARA TERJEJAS?


Itulah yang membimbangkan masyarakat dunia. Kejatuhan ekonomi Amerika menyebabkan mereka pun lingkup sama, malah mungkin lebih teruk lagi bak kata Kevin Rudd, Amerika baru bersin tetapi Australia dah demam.

Kejatuhan ekonomi Amerika akan memberi kesan kepada nilai matawang dollar dan akan menjejaskan semua negara yang menyandarkan nilai matawangnya kepada nilai matawang Amerika. Kebanyakan negara Arab tidak terlalu bergantung kepada ekonomi Amerika walaupun mereka rakan dagang yang rapat. Negara Arab lebih banyak bergantung kepada sumber asli mereka dan juga projek-projek pembinaan (construction) mereka, oleh itu mereka tidak terlalu terkesan dengan apa yang berlaku di Wall Street. Lebih-lebih lagi, kebanyakan negara Arab sudah banyak menggunakan sistem ekonomi Islam terutama negara teluk (Gulf Country). Memandangakan masalah yang berlaku sekarang adalah semuanya disebabkan oleh perniagaan, aktiviti dan sistem yang diharamkan oleh Islam, maka negara-negara yang kurang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Islam ini kurang menerima kesannya. Di sinilah nampaknya, keindahan sistem Hisbah Islam yang mengharamkan segala aktiviti jual beli yang tidak adil, mengambil kesempatan dan menindas pihak lain. Oleh itu, marilah kita mengembangkan produk-produk kewangan Islam dan menggunakannya pada peringkat individu dan juga negara=).

Di bawah ini adalah beberapa laman yang menghuraikan dengan lebih detail tentang fenomena semasa ini.

http://www.islamonline.net/livedialogue/english/Browse.asp?hGuestID=VeCtpd


http://www.theherald.co.uk/business/news/display.var.2463179.0.Economy_shrank_0_5_in_the_third_quarter.php

http://www.theherald.co.uk/search/display.var.2105458.0.following_the_us_on_road_to_recession.php

http://www.news.com.au/heraldsun/story/0,21985,24548074-664,00.html

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Agama/20081026025023/Article/index_html

Tulisan ini hanya menghuraikan satu sudut dan faktor utama kemelesetan ekonomi sekarang, banyak lagi faktor-faktor sampingan yg lain. Ini juga merupaka pendapat saya sendiri berdasarkan pemahaman saya, harap dapat diperbetulkan sebarang kesilapan pemahaman (sesiapa yang baik hati boleh tambah=).

Monday, October 20, 2008

Di Sisi Seorang Mujahid

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Sebenarnya sudah lama saya mencari-cari kisah wanita muslimah di belakang Imam Hasan Al-Bana. Sukar juga sebenarnya kerana tidak banyak yg diperkatakan tentang beliau. Alhamdulillah, suatu hari Allah mempertemukan saya dengan kisahnya, kisah yang sudah lama ingin saya ketahui.

Kita banyak membaca kisah-kisah wanita teladan dari zaman lampau, kadangkala terasa ingin mengetahui kisah zaman ini kerana situasi, latar tempat, masa dan cabarannya berbeza. Saya rasa itu penting dalam kita membaca kisah yg terdahulu, carilah juga suntikan dari zaman sendiri, kisah yang lebih dekat. Sebagaimana pesan Saidina Ali RA,

"didiklah anak-anakmu sesuai mengikut zamannya"

Pesan ini menunjukkan peri pentingnya untuk kita hidup berpijak pada zaman sendiri, usah terlalu idealistik sehingga tidak realistik. Ingin saya kongsikan buat semua kisah wanita dibelakang mujahid ummah yang ulung ini. Moga bermanfaat.

Dia adalah Lathifah As Suri. Dia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahawa ia inginkan seorang muslimah yang kukoh, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berda’awah. Tidak mudah menjadi isteri seorang Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan da’awah. Di pagi buta dia sudah bergegas untuk memulai berda’awah dan kembali pulang di gelap malam. Boleh dipastikan ia adalah seorang muslimah sejati, yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.


Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekadar da’awah seperti kebanyakan orang waktu itu. Bukan hanya sekadar membangun rumah ibadat. Imam syahid sedang dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah wujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesejatiannya. Maka siapapun itu-pendampingnya-harus menyedari bahawa dipundaknya ada amanah yang sama besarnya dengan apa yang di impikan oleh Imam Syahid. Ada dimensi waktu dan kuasa kapital disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan isterinya. Maka bagi Lathifah As Suri menjadi isteri Hasan Al Banna menyimpan begitu banyak cabaran. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyedari bahawa ia harus siap jika sesuatu waktu dia harus menjalani hidup sendiri tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.


Da’wah & Rumah Tangga


Da’wah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta resiko yang bukan calang. Penjara bahkan nyawa menjadi penamat logik, yang bila-bila masa siap menyapanya. Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktiviti luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.


Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna
, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak hairan jika ia menyedari betul tuntutan hidup menjadi isteri seorang daie. Malam, ia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau jarang-jarang berlaku, Imam Syahid sangat berhati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari kekasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.


Wanita, Isteri & Ibu


Lathifah tidak pernah mengeluh, walau sehari
an hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada Imam Syahid. Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang isteri Imam Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah curahan konsentrasinya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya bingung adalah, ketika salah satu anak mereka sakit kuat dan Imam Syahid perlu tetap menjalankan jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,”Bagaimana jika ia meninggal?”. Imam Syahid hanya menarik nafas panjang, ia kemudian berkataBapa saudaranya lebih tahu bagaimana mengurusnya.” Sejak hari itu, Lathifah menanamkan wawasan keIslaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan yang meruntuhkan. Ketika Imam Syahid keluar-masuk penjara, Lathifah berusaha bersabar dan komitmen.


Lathifah sangat meny
edari peranan dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai isteri dan ibu bagi anak-anaknya. Ia kosongkan waktunya untuk mendidik anak-anaknya. Ia bahagia melihat anak-anaknya berjaya dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya. Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada resah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh almarhum suaminya. Ia tetap berusaha didalam rumah. Lathifah tidak meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Kerananya, tidak hairan diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) - antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis.


Pengetahuan & Perjuangan

Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam Syahid inginkan berlaku dalam keluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah. Sendirian, ia membesarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keIslamannya.Yang dimaksud dengan wawasan keIslamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. Lathifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita dunia Islam. Lathifah menyedari mengenepikan masalah ini akan menghasilkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keIslamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keIslaman yang baik, seorang wanita akan menyedari betapa penting peranannya terhadap keluarga dan masyarakat.


Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya berjaya meraih kelulusan formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi isteri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, pernah duduk di parlimen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai pengajar di Universiti Cairo. Kelima Roja, kini menjadi doktor. Dan Halah sebagai doktor pakar anak di Universiti al-Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berertinya peranan Ibu bagi keberhasilan da’awah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya…..

dipetik dari blog wanita ISMAPJ

Imtihanul Aakhar

Bismillahi rahmanirahim...

Peperiksaan akhir tahun menjelang tiba, spring yg indah kian menghujung, cuti musim panas yg semakin menghampiri, lambaian Malaysia semakin kuat...

Segalanya bercampur membawa 'mood' masing-masing, lalu ia bercampur baur...antara debar dan tidak sabar, antara takut dan harap, antara tidak suka dan gembira...

Spring yang semakin sampai ke penghujung adalah perkara yang sy hitung setiap hari. Jika ditanya pada saya, "apakah musim yang paling disukai?", maka spring lah jawabnya. Suhu Canberra yang berada sekitar 10 celcius di awal spring benar-benar mendamaikan, dengan rumput yang semakin menghijau indah, pokok-pokok menjadi semakin cantik, bunga dimerata-rata dan angin yang bertiup dingin (note: bukan sejuk dan membeku) menjadi sesuatu yang saya tunggu-tunggu dan tidak ingin ianya berakhir. Saat ini saya merasakan berjalan menyusuri Sullivian Greek diteduhi pokok-pokok lama yang merimbun sepanjang-panjang sungai kecil itu merupakan sesuatu yang jika masa mengizinkan ingin saya lakukan setiap hari, andai masa mengizinkan juga saya tidak kisah untuk menghabiskan berjam-jam di tepi sungai itu...berjalan-jalan, dan berhenti menikmati empuknya duduk di atas rumput di celah-celah teduhan pokok yang besar itu kala kepenatan lalu menghafaz Al-Qur'an atau hanya sekadar memerhati apa sahaja yang terjangkau pada pandangan mata. Dan tentulah itik-itik yang berenang itu lebih menarik perhatian saya atau saya boleh membuang pandangan pada Telstra Tower nun di atas bukit sana, dan sy tidak perlu berjuang menahan kesejukan kerana udaranya sangat nyaman dan menyegarkan. Namun ianya akan segera berakhir dan saya akan menunggu lagi spring tahun depan. Spring tahun depan yg mungkin akan menjadi spring terakhir saya di Canberra. Mungkin? Allahu A'lam.

(kehijauan di musim bunga)

Peperiksaan Akhir Tahun Kedua akan menjelang seusai tamatnya week 13 teaching week minggu depan.

Benarkah Allah dalam pergantunganmu?

Banyak peluang Allah berikan kepada kita untuk mensucikan keyakinan, membulatkan penyerahan dan memurnikan keyakinan kepadaNya. Peluang itu bukan selalu muncul, jarang sekali, malah ia tidak pernah mucul dalam keadaan kita sihat fizikal , bersemangat dan penuh bersedia utk apa-apa tugas yang akan dilakukan atau diuji. Peluang ini hanya akan muncul di saat-saat yang boleh menyebabkan sesetengah hambaNya melupakan pergantungan kpd Khaliq lalu mencari penawar lain untuk menghadapinya, yang pada akhirnya tidak membawa ke mana selain 'tekanan', 'keserabutan' dan 'kemurungan'. Peluang mensucikan keyakinan, membulatkan penyerahan dan memurnikan keyakinan kepadaNya lalu menambahkan iman di dada hanya muncul tatkala segalanya dirasakan tidak mampu, sukar, mustahil dan tidak terdaya untuk dilakukan. Dan kala itulah, maka ingatlah akan Allah mengingtakan,

"Sesungguhnya Aku Dekat"

Namun, bersama "assurance" bahawa "Aku dekat" itu datang satu lagi peringatan dari Allah yang menggambarkan betapa pentingnya untuk kita "bersangka baik" dengan Allah, sejauh mana kita bersangka baik, akan menatijahkan apa yang akan berlaku,

"Aku adalah mengikut sangkaan hambaKu"

Sejauh mana kita bersangka baik, yakin dan di mana sebenarnya kita meletakkan Allah dalam pergantungan kita? dan Benarkah sebenarnya kita benar-benar meletakkan Allah dalam pergantungan kita? Melangkah dengan keyakinan yang rapuh kepada helaian-helaian yang mustahil untuk dibaca kesemuanya sebelum peperiksaan, kaedah-kaedah yang perlu dimahirkan dan dicekapkan dan konsep-konsep yang ada kadangkala terasa sangat sukar akan memberi kita peluang. Peluang untuk membuat pilihan agar semakin dekat dengan Allah, semakin merasai 'halawatul iman', semakin menikmati keindahan tawakkal kepadaNya atau tidak memanfaatkan peluang ini untuk merasai dekatnya Dia sebenarnya. Peluang untuk merasai betapa dekatnya Dia dengan kita. Lalu, kemudiannya Dia titipkan keyakinan, ketenangn dan kedamaian. Bukan sahaja Allah menjadi semakin dekat dan terlalu dekat di jiwa namun memberi lebih kedamaian kerana kita tahu pengawal-pengawalNya turut sama menjaga kita.

"Baginya ada penjaga yang bergilir-gilir di hadapannya dan dibelakangnya yang menjaga dia dengan perintah Allah"
(Al-Ra'du: 11)

Selamat Bermujahadah kepada semua teman-teman yang berada di Australia khasnya, Selamat Bersungguh-sungguh dan Tekun kepada Thuaibah^-^.
Berusahalah untuk yang terbaik demi impian ummat yang lebih besar...


ma'a taufik wannajah, insyaAllah...

Sunday, October 19, 2008

Satu Taujih dan Tajdid

Assalamualaikum w.b.t...

"Thuaibah, dtg sini, ada lagu baru, mesti awak suka lagu nie" Ziq memanggil dari bilik sebelah.

Saya yang berada di bilik Amalina terus memasuki biliknya lantas segera terpegun dgn bait-bait lirik ini... La tas'aluni an hayati...



La tas'aluni an hayati...Jangan Tanyakanku tentang hidupku

لا تسألوني عن حياتي
فهي أسرار الحياة
هي منحة .. هي محنة
هي عالم من أمنيات
قد بعتها لله ثم
مضيت في ركب الهداة

أما طريقي فهو
قرآن .. وسيف .. وابتلاء
الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء
و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء
فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء

أما مصيري فهو
مايرضي الإله وما يريد
الفوز بالنصر المبين
أو الشهادة والخلود
فإذا وجدت على الثرى
والعمر محدود الحدود
فكن البطولة والهداية
أو فيا بئس الوجود

terjemahan:

jangan tanyakan aku tentang hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah.. ia adalah ujian
ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
aku telah menjualkannya kepada Allah
kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk

dan jalan hidupku adalah
al-Qur’an, pedang, dan ujian..
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya
para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

sedangkan penghujung perjalananku adalah
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya
keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu


Alhamdulillah, bait-bait itu hadir sebagai taujih, penyucian tekad dan cita-cita...inilah kehidupanku dan kuserahkan untuk Mu...
Alhamdulillah, bait-bait itu hadir sebagai tajdid, pembaharuan (renew) kepada azam dan impian...hidupku adalah anugerah, untuk kuabdikan pada Mu...

mengingatkan risalah yang lebih utama...
biar semua terpendam di dada...
biar semua ditelan sukma...
memujuk diri yang hiba...
menahan hati yang terasa...
agar senyum terlukis di muka...
agar tiada yang terluka...

mengingatkan risalah yang lebih utama...
apalah sangat yang dihadapi..
Nabi Nuh 900 tahun didustai..
Nabi Muhammad berdarah di Taif..
mereka golongan mulia..
berusaha sekuat tenaga..
kita hamba yang hina...
berusaha sedikit cuma...
apalah sangat yang dihadapi..
hanya sekelumit sahaja...
namun dirasa bagai tidak terkira...

mengingatkan risalah yang lebih utama...
sungguh tiada yang lain penawarnya...
hanya Allah yang Maha Berkuasa...
Thuaibah A. G,
19 Syawal 1429.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar org yang menyeru kepada iman, (iaitu) "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.
(3:193)

Wednesday, October 15, 2008

Selamat Berjuang Aqilah!

Assalamualaikum w.b.t..

"Kak Long doakan lah juga utk Aqilah dapat 9A", pesan Ibu dalam bicara telefon sebentar tadi.

"Dia ada 3 subjek lagi sebelum merdeka" tambah Ibu.

"InsyaAllah, Kak Long doakan, Kak Long sendiri pun sekarang kne lagi-lagi dekatkan diri dgn Allah, doa dan menyerahkan seluruh keyakinan kepada Dia", ku berkata perlahan mengingatkan diri sendiri yang juga sedang berjuang ketidak cukupan nafas..

Selamat Berjuang Aqilah~! I pray Allah will give you 9As in PMR if it's the best for you and your future, the best for your life here and here after.

Empat hari yang lalu sy sempat berbicara dengan Aqilah, bicara yang sangat sekejap di telefon, dan dia seperti biasa, tenang dan tidak kisah. Aqilah memang begitu, yang selalu kisahkan tentang peperiksaan dia ialah Mak dan Kak Long. Dari luar saya selalu nampak dia 'relax' tetapi dalam hati tak tahulah.

Aqilah,
Adik yang semakin meningkat remaja. Adik yang mengejutkan saya dengan email panjang pada akhir Ramadhan yang lepas. Meniti baris demi baris, ayat demi ayat, saya terpana dengan kematangan, kebijaksanaan dan cara pemikirannya, Ya Allah adikku bukan kanak-kanak lagi, dia sudah besar...

"diri ini terlalu sibuk dengan adik2 orang lain sehingga terlupa akan adik sendiri"

Sejujurnya saya terlupa dia sudah besar, saya masih menganggapnya kanak-kanak dan melayannya sebagai kanak-kanak. Saya masih selalu mengepos kad birthday kpdnya menjelang hari lahirnya dan kad Good Luck dari Canberra awal Ramadhan yang lalu. Tapi hanya sekadar itu ingatan dan peranan saya buat dia. Sedangkan saya sebenarnya patut berperanan lebih jauh dari itu.

Alhamdulillah juga, saya bersyukur kerana Allah kerana menegur saya yang tidak prihatin dan mengingatkan saya tentang tanggungjawab ini, kerana menggerakkan Aqilah untuk menulis kepadaku buat pertama kalinya.

"jazakillahukhair Aqilah kerana masih memilih Kak Long utk meminta pendapat dan membuat keputusan"

Saya harus menerima hakikat, lebih prihatin dan lebih berperanan kepada adik-adik yang sedang berada dalam usia kritikal pembentukan pendirian dan peribadi Banyak perkara yang membimbangkan saya walaupun dia berada di sekolah agama.

" I leave you in Allah's care"

Aqilah dearie, I know you will only read this entry after you have finished with the exam.
Jaga Hubungan dengan Allah, jaga sangat-sangat...
Teruskan berdoa untuk PMR...
I would always pray for you after every prayer,
All The Best~!
Above all, Be Strong with your principles whenever you are
and Be a Good Muslim Girl^_^


Salam Sayang,
Kak Long

Wednesday, October 8, 2008

Pak Lah besara Mac 2009?

Assalamualaikum wbt

Headline News dari TV sebentar td memberitahu bahawa Pak Lah mahu besara pada Mac 2009. Lebih kurang setahun lebih awal dari rancangan asal. Saya tidak menyiasat dengan lebih lanjut tentang 'cerita' baru ini yg tentunya memberi kesan kepada corak politik tanah air. Dari sudut ahli2 UMNO sendiri yg telah menangguhkan Perhimpunan Agungnya daripada jadual asal ekoran pelbagai kemelut dan konflik, sy melihat perubahan plan ini akan menyebabkan strategi lain yang akan dipasang oleh tokoh-tokoh penting UMNO dan juga pemimpin-pemimpin bawahan UMNO.

Saya sgt yakin pengumuman ini memberi impak kepada orang luar UMNO juga seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan parti-parti lain yang sedang di dalam komponen Barisan Nasional (BN) , yang baru keluar BN dan yang juga yang sememangnya memang di luar UMNO/BN. Bagi mereka yang konsisten kepada prinsip dan inti pati perjuangan, pengumuman ini tidak akan memberi terlalu banyak kesan berbanding kepada mereka yg berjuang demi kuasa, kedudukan dan harta.

Trend pengumuman tarikh mahu berundur yang dimulakan oleh Dr Mahathir ini menimbulkan tandatanya kepada saya, adakah ia sihat dari sudut demokrasi atau tidak? Tetapi dalam keadaan org sedang berebut kuasa, pengumuman sebegini mampu meredakan kerakusan dan membawa lebih keharmonian. Dari sudut lain, ia memberikan peluang kepada pemimpin tersebut melaksanakan misi kebajikan yang belum tertunai dan menggilap imej pada fasa-fasa akhir hayat kepimpinannya agar dianggap sebagai seorang yang hebat, berwibawa, ulung dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jika bercakap dari sudut nepotisme dan kronisme, inilah peluang untuk memunggah kekayaan kepada anak beranak dan memastikan semua hajat dipenuhi sementara diri masih ditampuk kuasa kerana semua arahan akan dipatuhi oleh marhaen bawahan.

Akhir kata, andai kita tahu bila masanya kita akan meletak jawatan di dunia ini dan berehat di dalam kubur, maka tentunya kita akan membuat persiapan serapi-rapinya menjelang persaraan itu. Tetapi tanggungjawab kita sbg hamba Allah dan jawatan berprestij sbg khalifah yang kita pegang sekarang tidak diketahui tarikh meletak jawatannya dan kita tidak mampu merancang tarikh perletakan jawatan sebagaimana Pak Lah dan Che Det lakukan.

"Yang menciptakan kematian dan kehidupan utk menguji kamu siapakah yang paling baik amalannya"(al-mulk:2)

Cita-Cita

(tinggi)

(jauh)

(panduan dari langit)

(ini jalannya)

(jelas dari kejauhan)

(perlu sabar)

(mesti teguh)

(Janji Allah Kemenangan yang dekat)

(kemenangan kepada kesabaran)
~sebagaimana air itu~
~yang lemah~
~namun~
~tekun memancut tinggi~
~sampai jua ke atas~


Narrated (Az-Zubair bin 'Adi): We went to Anas bin Malik and complained about the wrong, people were suffering at the hand of Al-Hajjaj. Anas bin Malik said, "Be patient till you meet your Lord, for no time will come upon you but the time following it will be worse than it. I heard that from your prophet s.a.w."
Taken from Summarized Sahih Bukhari (with English Translation), Hadith no 2190.

Tuesday, October 7, 2008

Omar Mukhtar (Singa Padang Pasir)


umarmukhtar

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.

Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.

Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya. Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.” Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”

Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.

Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain. Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt.

Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat. Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri. Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”

`Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera Itali

Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini. Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.

`Umar Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid

Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.” Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika. Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

Syahid di tali gantungan

Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas. Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.

artikel diambil dari website Dakwah.Info

Thursday, October 2, 2008

Unforgetful Night (Part 2)

Assalamualaikum wbt.

"tiba-tiba rasa jatuh hati dekat pak cik polis kt sini" ujar seorang teman.

"ya, betul" sambut saya.

2.45 pm, 2 Syawal 1429

"korang duduk kt sini dulu lah ye, nanti sekitar pukul 4 akak dtg ambik, then kita g open house Chef Bob, ok ke?"

"ok je akak".

Saya pun meninggalkan adik-adik di majlis rumah terbuka Sherry, Zaza, Puteri, Hana, Wahida dan Aina di O'conner. Selepas berhempas pulas untuk masuk parking berdekatan dengan bangunan ibu pejabat polis City, rupa-rupanya kami tersalah balai polis.

"are u sure u'r in the right place?" tya polis yg menjaga kaunter headquaters itu kepada saya selepas saya mengatakan Konstable James mahu menemui saya.

"u go straight to this way, then then turn right then walk staight, it's in the London Circuit" arahnya lagi setelah sy mengatakan saya perlu ke City Police Station.

"ok"

Dengan kain yg sempit dan high heels maka sy pun berjalan lah meredah Canberra City. Ingatkan dekat jd kereta di tinggalkan di tmpt parking asal. Malangnya, 'suit raya' itu menyebabkan yg boleh cepat jd lambat dan yang tak patut lenguh jadi cm nk patah kaki. Nak jalan laju nanti terseliuh, nak berlari nanti bunyi "ketang ketung" yg sgt kuat, nnti semua org pandang. Nak wt cmne, sape suruh pakai 'selipar raya', sengaja cari pasal. Sampai2 je kt City Police Station tue kul 3.45pm.

Saya dan Safuraa di sambut oleh seorag polis wanita yang meminta kami memberi nama penuh pegawai yang kami mahu temui. Terkial-kial lah budak kecil dua orang ini, kerana kami hanya ingat namanya James.

"sorry, we could not allow you to meet officer if you not giving the full name"

Akhirnya, kami berjaya memberi nama penuh pegawai yang menelifon kami dgn bantuan rekod mobile phone safuraa. Constable James Stokan namanya. Kemudian kami di bawa ke bilik yg berasingan. Saya bersama Constable James Stokan dan Safuraa bersama pegawai polis yg lain di bilik sebelah.

"I would like to write your statement and we needs your details"

Dia menerengkan beberapa perkara lg kepada sy ttg bagaimana keterangan saya akan digunakan utk mendakwa seseorang, kemungkinan kes ini akan dibawa ke mahkamah dan kami diminta untuk memberi keterangan di sana, mrk terpaksa utk menggunakan nama kami dalam press release dan beberapa perkara lg tentang accountability sy kepada keterangan bertulis.

Saya terpaksa membuat rundingan dgn beliau ttg hasrat sy agar nama sy tidak digunakan dalam sebarang public release statament. Saya memberi beberapa sbb dan juga saya adalah pelajar tajaan di sini. Akhirnya, beliau bersetuju, tetapi jika kes ini di bawa ke mahkamah (kemungkinan besar), sy tidak boleh lagi merahsiakan identiti.

Kemudian saya memberi keterangan, dan beliau menulis di dalam komputernya. Beberapa kali kami terpaksa berhenti untuk sama-sama bersetuju ttg kejelasan isi kandungan dan perkataan-perkataan yg digunalan. Kami juga saling melukis untuk menjelaskan apa yg diterangkan. Ada satu lukisan milik saya, dan satu lg beliau yg melukis. Lukis peta, nama jalan, bangunan dan beberapa perkara lain lagi termasuk jarak, kedudukan saya dan sudut pandangan. Tujuannya agar saya benar-benar pasti dengan apa yg sy nyatkan. Contohnya, jika saya mengatakan Childers Street itu adalah jalan ini, maka ia hendaklah sama dengan Childers Street yang dalam kepala Constable tersebut. Jika saya menggunakan istilah 'divider', beliau akan pastikan dengan saya maksud perkatakan itu "is it what do you mean is the edge beside the road?" supaya apa yg dia faham sama dengan apa yang saya terangkan tanpa sebarang silap interpretasi.

Akhirnya, tepat pukul 5 ptg kami keluar dari Balai Polis itu. Lama kan utk keterangan 3 muka surat yang akhirnya saya tandatangani bersaksikan beliau. Ya, mereka sgt berhati-hati, details and professional. Cara kami disoal menunjukkan mereka mmg sgt berminat dgn kes yg sedang dikendalikan bukan sekadar menjalankan tugas. Soalan-soalan kepada kami dalam usaha menolong kami mengingati rentetan kejadian malam tersebut juga menunjukkan mereka sangat stimulating instead of 'dry and forcing'. Safuraa juga mengatakan perkara yg sama, kagum dgn professionalisme mrk wp kes ini bg kami sgt kecil.

Kami bergegas ke rumah Chef Bob dan menemui adik2 yg telah ke sana dengan berjalan kaki. Kesian. Saya hanya sempat meluangkan masa selama 15 minit di rumahnya lalu meminta izin utk balik bersama adik-adik kerana saya belum solat Asar. Hati terasa mahu lama lagi di situ menikmati masakan seorang Chef yang professional. Terima Kasih ats jemputan~

Kami difahamkan mangsa malam tersebut mengalami 'brain damage' yg teruk dan kerosakan tulang pipi yg juga sgt teruk.

Sebenarnya, saya menunggu-nunggu polis tersebut menghulurkan tangan utk berjabat tangan pd mula-mula bertemu dan juga semasa beliau menghantar kami keluar dr balai polis tersebut. Namun, tiada huluran tangan dihulurkan. Menambahkan rasa hormat sy pd mereka juga. Semua org tahu dan faham bahawa ini adalah budaya wajib org barat setiap kali bertemu dan berpisah. Dan jujurnya, sy lebih menyenangi utk deal dgn perkara tersebut di negara barat sendiri berbanding dengan mereka yg sebangsa. Melayu memberi byk alasan ats nama hormat dan nak jaga air muka org, maka kita tidak wajar menolak huluran tangan tersebut. Tetapi di sini, saya sangat yakin dan tenang utk senyum, look at the eyes dan menolak. Jika mukanya confius, terangkan kenapa. Selama 2 tahun di sini tidak ada pun masalah saya terima sbb berani menolak jabatan tangan lelaki bukan muhrim. Harapnya begitulah juga selepas ini. Dan ia menambahkan kepeningan saya ttg kita yg terlalu mahu menjaga air muka org sedangkan tidak mahu menjaga air muka sendiri menjadi muslim yg mengikut arus, pengecut dan tidak tegas. Mazhab berempat mempunyai khilaf tentang perkara ini, dan kita boleh memilih yang mana satu sesuai dengan citarasa diri. Namun, saya memilih yang paling menjaga dan sy akui ia sukar dan kadang2 banyak mengundang dilema. Sy mengaku saya pernah tidak mampu melanggar arahan, lalu berjabat tangan sewaktu majlis Graduation INTEC. Itu yang pertama, moga tiada yang kedua, kerana mahu simpan semuanya utk yang halal dan paling berhak. Ramai berpendapat ini isu yang kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Tetapi kadangkala, dari sudut padangan seorang perempuan sy lebih melihatnya sbg izzah sebagai seorang Muslim dan menjaga kesucian.