Monday, December 8, 2008

I am back in Malaysia

Bismillahi rahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah saya telah selamat sampai ke bumi bertuah ini seminggu yg lepas. Pertama tama sekali, saya sangat ingin meminta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan terdekat dan rapat kerana tidak memaklumkan kepulangan ini. Saya tahu dah ada yg terasa hati, harapnya tidak lama berjauh hati dgn saya. Banyak sebabnya yang menyebabkan Ainun sendiri pun tidak mengetahui tarikh kepulangan saya ke Malaysia. Sebelum ini sy hanya menjawab "tidak pasti" atau "mungkin tidak balik" setiap kali ditanya samada sy akan balik bercuti di Malaysia atau tidak kerana pada awalnya memang saya bercadang untuk tidak balik Malaysia summer ini. Dan malam ini melalui status YM saya, baru sy declare sy kt Malaysia, tidak sampai hati juga apabila Najibah terkejut dan tak dapat mengelak daripada dimarahi C-kin. Percayalah, bukan suka-suka tak nak bagitahu...Minta maaf sangat-sangat...

Melaka
catatan hari pertama di Melaka

Saya terus ke Melaka sebaik sahaja sampai di Kuala Lumpur dari Melbourne. Saya singgah di Melbourne sekejap utk beberapa urusan dan pertemuan. Paling mengujakan apabila dapat menemui Mas'ulah yang sudah beberapa bulan tidak ditemui.

Sebaik sahaja tiba di Melaka tanpa sempat tidur atau berehat, bersama dgn sakit kaki dan backpain yg agak teruk saya menyertai adik-adik saya meronda mall dan supermarket. Hari sebelumnya mereka sudah mengikuti atuk saya meronda semua masjid di Melaka dan melawat tempat-tempat bersejarah. Mereka juga telah menaiki makhluk tinggi yg bernama Taming Sari di mana mereka boleh melihat keseluruhan bandar Melaka apabila si Taming Sari itu berada di atas. "Kak Long, naiklah", kata Aqilah sambil tergelak-gelak. Saya penakut, sangat penakut, malah apabila menaiki Eye On Malaysia pada percutian summer yg lepas, setiap kali sampai bhgn atas Nukman akan menggoyangkan dan menghentak kakinya ke lantainya dengan kuat, lalu kabin kecil itu akan bergoyang denga kuat, sengaja suruh saya makin takut dan seronok dengar saya membebel. Tambahan pula saya terpaksa menenangkan si bongsu Anas yg sudah membaca semua ayat Qur'an yg dihafalnya dek ketakutan.

(Aqilah dan Zakuan yg tidak penat-penat berjalan)

Saya seronok melihat gelagat mereka meronda mall dan mereka dan 'bercakap bahasa mereka', well, first day saya dah boleh fully 'masuk' dalam bahasa mereka. Bahasa yg saya tidak akan gunakan dengan sesiapa yg lain kecuali mereka...actually, I have to learn fast sbb bhs mereka selalu bertukar mengikut trend semasa.. Selepas seharian cuba mengikuti rentak stamina mereka, saya menyerah kalah. Tidak mampu untuk terus berjalan kerana kaki memang sudah sakit kerana aktiviti-aktiviti pada hari-hari terakhir di Aussie, dan backpain from more than 8 hours flight plus 2 hours perjalanan ke Melaka. Walau apapun sebelum menyerah kalah, pada hari itu iaitu hari pertama di Malaysia saya sudah dapat makan hampir semua makanan kegemaran saya especially lunch dgn ikan keli di Dataran Pahlawan. Saya sangat suka ikan keli. Saya boleh makan ikan keli setiap hari tanpa jemu~

Sebelah petangnya barulah berkesempatan menemui mak dan ayah apabila mereka break utk Maghrib dan dinner. Ayah mengajak Anas dan Zakuan ke kolam renang dan mengawasi mereka di sana. Melihat tiga buah kolam renang dewasa dan beberapa buah kolam renang kanak-kanak sudah cukup utk membuatkan saya mahu terjun sama! Malang sekali terdapat ramai ayah-ayah org di sini. Ayah kata kalo tengah malam tak de orang, boleh turun, tapi malam sejuk, bukan seronok lagi kalo terketar-ketar. Kalaulah ayah-ayah org ini tidak ada...

(yang mahu terjun sama)

Menjelang Maghrib, mak mempelawa saya tidur di biliknya. Hanya berdua kerena adik-adik dan atuk tidur di bilik lain dan ayah pun di bilik lain. Mungkin kerana ayah datang seminggu lebih awal dari kami dan check in sebagai ketua pemeriksa maka beliau tidak sebilik dengan kami. Dinner malam itu juga pun berdua, dengan saya yg sebenarnya tidak mahu makan ttp apabila melihat mak beria membayar utk dinner saya dengan harga yg boleh 10 org makan kalo kat luar, sedangkan di sini harga itu utk saya seorang, maka terpaksalah saya makan juga walaupun tiada mood utk makan kerana sangat kepenatan. Nasib baik ada sangat banyak pilihan seafood, that's heal^~^ walaupun mengambil masa sgt lama utk dihabiskan. Terima Kasih mak kerana menemani saya makan yg sgt lama itu. Adik-adikku dan atuk telah pun selamat keluar sambung meronda Melaka lagi...

(like mother like daughter)

Raya Korban

"abang, kita tak sembahyang kat masjid hadhari lagi, jomlah pergi esok" ujar ibuku sebentar tadi. Saya yg kebetulan lalu terdengar perbualan tersebut terus menyampuk, "pastuh sape nk baca khutbah solat raya esok?" ye lah, sejak saya kecil-kecil lagi yg saya tahu setiap kali saya solat kt masjid ayah saya lah imamnya dan semua solat hari raya aidilfitri atau raya korban (kecuali sewaktu di Canberra) maka ayah saya jugalah imam dan tukang baca khutbahnya.

"dah kne pecat" jawab ayah selamba. Saya terus tergelak kerana sudah dapat mengagak kenapa. Biasalah masjid-masjid dan surau di Terengganu kan selalu panas sejak dari dulu. Di sini ada masjid UMNO, ada surau UMNO, ada masjid PAS dan surau PAS. Namun, hakikatnya ayahku tidak pernah secara directnya terkena tempias dalam kes-kes perlantikan imam dan pemecatan imam yg selalu berlaku di Terengganu dengan penuh kontrovensi. Dia selama ini telah menjadi imam rasmi dan jurunikah rasmi kerajaan terengganu pada zaman pemerintahan PAS dan UMNO, entah kenapa kali ini angin yg lain bertiup. Seperti kes yg kita selalu dengar dan baca, terdapat imam yang dilantik dari golongan yang bukan kaki surau, dia hanyalah imam pada tauliahan penguasa. Tetapi andainya golongan yg tidak datang ke surau ini tidak menghalang orang lain yang rajin ke surau utk mengimarahkannya tak de masalah, yg jadi masalah apabila mereka adalah bukanlah golongan kaki surau dan menghalang org lain yg tak de tauliah utk azan, menjadi imam dan mengimarahkan masjid. Itulah terjadinya peristiwa tiada azan isyak dan sebagainya selepas perlantikan imam baru. Pelik zaman sekarang, nak jadi imam dan baca khutbah perlu ada surat penguasa.

"masih jurunikah ke skg?" sy sambung bertanya.

"aah, belum kene pecat" dijawab selamba.

Saya melihat trend pentauliahan imam, penyampai tazkirah perlu mendapat kelulusan Jabatan Agama adalah satu masalah. Walaupun ada baiknya tetapi saya melihat masalahnya adalah lebih banyak, terutama apabila berlaku kes imam yg dilantik adalah bukan kaki surau lalu meninggalkan para jemaah terkontang-kanting. Sebenarnya keadaan ini tidak akan berlaku jika tiada campur tangan politik.

Walau apapun jika melihat dari konteks yang lebih luas, para daie, org yang sanggup bersusah dan bekorban utk dakwah akan sentiasa mempunyai medan untuk beramal. Medan amal dakwah hakikatnya amat luas dan sentiasa terbuka utk sesiapa yang benar-benar bekerja kerana Allah bukan mengharapkan kedudukan, gaji dan sebagainya.

Salam AidilAdha dari Empangan Jajar.

Sunday, December 7, 2008

Teka Siapa?

"Kak Long, teka nie gambar sape?" tanya Nukman sambil menunjukkan imej di atas kepada saya. Malam pertama di rumah terus mendapat soalan yang saya jawab dgn penuh yakin, tapi salah!

"Sape punya kerja nie?" saya segera bertanya setelah mengetahui siapakah gerangan di dalam gambar ini.

"haha, Zakuan jumpa kt internet"


Wednesday, December 3, 2008

Saturday, November 29, 2008

Satu Kehilangan Besar

Assalamualaikum w.b.t

Saya tersedar dgn bunyi alarm pada jam 3.30 pg tadi. Kala mengambil handphone untuk mematikan bunyi alarm, sy perasan ada satu message yg belum dibaca,

"Razali Ismail, ayah Khairul Amar meninggal. Sedekahkan Al-Fatihah"
-mak, received at 00.56 am.

Nampaknya msg ini dihantar pada jam 9. 56 pm waktu msia...6 minit selepas Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Tun Hussein tiba ke Hospital Bentong. Boleh tahan juga cepatnya ibuku menghantar berita..

Terkejut, lama juga saya terkedu kerana merasakan beliau masih muda. Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

Maha Suci Allah yang berkuasa mengambil nyawa sesiapa yang dikehendakinya pada bila-bila masa tidak kira tua atau muda. Dan dalam sujudku malam tadi, benar-benar terasa apakah bekal yang mampu dipersembahkan kepada Allah andai nyawaku sendiri diambil di saat ini. Bekalan apakah yg telah kusediakan utk kehidupan akhirat nanti andainya Allah menjemputku hari ini...

Hati bagaikan tidak tertahan utk terus membuka internet dan membaca berita utk mengetahui lebih lanjut, walaupun kali terakhir membaca berita adalah pada jam 10 malam (7 malam waktu msia) namun tiada berita tentang ini. Walau bagaimanapun disabarkan juga untuk menunggu siang sebelum meng"on"kan laptop. Pelbagai komen diberikan oleh pelbagai pihak tentang beliau (baca disini).

Saya mempunyai sudut penghargaan tersendiri kepada beliau. Beliau banyak meng'inspire' saya sejak awal persekolah menengah lagi. Ucapan-ucapannya, idealisme dan gagasan pemikirannya banyak membuka mata saya, menambah kefahaman saya dan membakar semangat saya. Beliau juga adalah seorang pemidato yang hebat. Saya akan memberi fokus yg tinggi untuk semua ucapannya di mana sahaja saya berpeluang mendengarnya tentang isu apapun. Beliau sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan saya sebagai seorang pelajar yang bersekolah menengah di Negeri Terengganu sudah tentu saya selalu berpeluang mendengar ucapannya terutama sekali ketika menyertai pertandingan-pertandingan peringkat negeri. Saya merasakan sentiasa ada perkara baru yang akan ditekankan dalam setiap intipati ucapannya, bukan seperti sesetengah orang yang selalu memberi ucapan dgn isi yang hampir sama.

Kali terakhir saya berpeluang mendengar ucapannya secara live ialah sewaktu menghadiri 'Perhimpunan Mahasiswa Terengganu' di Wisma Darul Iman ketika balik utk cuti musim panas December 2007. Beliau bercakap tentang pembinaan generasi ulul albab yang saya rasakan sangat menarik sekali. Padahal sebelum itu saya agak pesimis dengan slogan kerajaan Terengganu untuk 'melakar tamadun'. Tika itu, saya terasa seolah-olah kembali ke zaman sekolah menengah, tekun mencatat satu persatu isi ucapan beliau dalam buku catatan kerana apabila meninggalkan bangku sekolah, saya amat jarang mencatat isi ucapan ceramah umum.

Secara peribadi, saya mengatakan beliau mempunyai sumbangan dalam menjadikan saya adalah saya yang hari ini. Semoga Allah merahmati ruh beliau dan membalas segala sumbangan bersungguh-sungguh dan ikhlas beliau terhadap bidang pendidikan di negeri Terengganu dan juga Malaysia. Takziah daripada both of my parents and me to Khairul Ammar Razali and family. While he's far away in US, we hope that he's strong to face this difficult situation.


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada org2 yg sabar."

"Iaitu, org2 yg apabila ditimpa musibah, mereka berkata innalillahi wainna ilaihirajiun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)"

"mereka itulah yg memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah org2 yg mendapat petunjuk"
(2:155-157)

Sunday, November 16, 2008

An Enlightening Analysis

Assalamualaikum wbt

two good readings to share...

1. Tazkirah Kemenangan Obama


2. 36 Jews shaping the 2008 US Election


“Qulillahummama likal Mulk, tuktil Mulka man tasyak ….(ila akhar)”

"Katakanlah kerajaan itu adalah milik Allah. Engkau memberi kerajaan/kepimpinan kepada siapa yang Engkau kehendaki. Engkau rentap kepimpinan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan siapa yang Engkau kehendaki. Engkau hina sesiapa yang Engkau kehendaki. DitanganNya kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap sesuatu”

Saturday, November 15, 2008

Politics of Honour

Assalamualaikum wbt

Actually it's quite late for me to talk about this presidential election, but it's better late than never:p. I just would like to highlight one point here for us to ponder upon. Every time we listen to their speech either Sarah Palin, Mr Obama, Hillary or McCain, we would notice that their speeches are not the way Mat Sabu used to talk during Ceramah PAS, Khairy Jamaluddin's way of addressing the opponents as well as some our parliament members used to 'menyumpah' during the parliament sessions.

After enduring long and hard battle, Mr Obama has proved that he's not arrogant (at least) during the first moments of triumph. In his very early speech, Obama referenced his opponent as "brave and selfless leader" who had "endured sacrifice for America that most of us cannot even begin to imagine". He's not alone in respecting his opponents since his opponents also do the same things. After months of critizing to each other's policies, manifesto and approaches (read: attacking oppositions personal is not their MAIN agenda) they have showed that they are "true men" and being gentlemen until the end. In his concession speech, McCain accepts the defeat as a winner and while offering his sincere condolence to Obama's late grandmother and recognized her role for raising a great man that soon to become the most powerful people on the earth, Mc Cain congratulated those who had voted for him. Even during the emotional peak of his crowd, he managed to remain amazingly calm and prevented his crowd from booing his opponent while in Malaysia this is encouraged to do!


Concession Speech

"Perhaps we have heard too much of Machiavellian politics that it is almost imbued in us, even spelling out the word "politics" itself implies some sort of necessary evil that underlay it.." quoting a friend's words. Yes, I absolutely agree as we always have that kind of 'politic is dirty' perspection in our mind. But it's not actually true as there are many politicians out there who's not swimming in that evil sea. After long battle competing for presidency, they both agree that they need to work together towards achieving the nation's dream. They managed to put aside their skin colours' difference to cherish the means of being American, working together towards achieving common goal for the benefits of the voters who had vote for both of them. None of them trying to punish any states/ groups of people for not voting for them by violating that groups right. Malaysia has not respected the choice of Terengganu voters when the central government denied the petroleum royalties that have always been given to Terengganu over decades as soon as the people of Terengganu choose PAS representatives to be their state leaders. Why people must be punished when they are voting out of democracy?

Malaysian should learn this Politics of Honour, learn to critise opponents based on the approaches and policies offered instead of launching the personal missile. Malaysian should also "brave" to change the leaders who are not able to keep their promises the way American rejected George W Bush after two terms in White House. When the public is proactive and dare to change the leaders, it's only then the leaders will be more responsible and not manipulative. As the power is in the people's hand, they must fully utilise it to filter out the weak leaders and Malaysia will get the best of the best to build a better nation.

Obama Victory Speech



CNN.
Hello, Chicago.

If there is anyone out there who still doubts that America is a place where all things are possible, who still wonders if the dream of our founders is alive in our time, who still questions the power of our democracy, tonight is your answer.

It’s the answer told by lines that stretched around schools and churches in numbers this nation has never seen, by people who waited three hours and four hours, many for the first time in their lives, because they believed that this time must be different, that their voices could be that difference.

It’s the answer spoken by young and old, rich and poor, Democrat and Republican, black, white, Hispanic, Asian, Native American, gay, straight, disabled and not disabled. Americans who sent a message to the world that we have never been just a collection of individuals or a collection of red states and blue states.

We are, and always will be, the United States of America.

It’s the answer that led those who’ve been told for so long by so many to be cynical and fearful and doubtful about what we can achieve to put their hands on the arc of history and bend it once more toward the hope of a better day.

It’s been a long time coming, but tonight, because of what we did on this date in this election at this defining moment change has come to America.

A little bit earlier this evening, I received an extraordinarily gracious call from Sen. McCain.Sen. McCain fought long and hard in this campaign. And he’s fought even longer and harder for the country that he loves. He has endured sacrifices for America that most of us cannot begin to imagine. We are better off for the service rendered by this brave and selfless leader.

I congratulate him; I congratulate Gov. Palin for all that they’ve achieved. And I look forward to working with them to renew this nation’s promise in the months ahead.

I want to thank my partner in this journey, a man who campaigned from his heart, and spoke for the men and women he grew up with on the streets of Scranton and rode with on the train home to Delaware, the vice president-elect of the United States, Joe Biden.

And I would not be standing here tonight without the unyielding support of my best friend for the last 16 years the rock of our family, the love of my life, the nation’s next first lady Michelle Obama.

Sasha and Malia I love you both more than you can imagine. And you have earned the new puppy that’s coming with us to the new White House.

And while she’s no longer with us, I know my grandmother’s watching, along with the family that made me who I am. I miss them tonight. I know that my debt to them is beyond measure.

To my sister Maya, my sister Alma, all my other brothers and sisters, thank you so much for all the support that you’ve given me. I am grateful to them.

And to my campaign manager, David Plouffe, the unsung hero of this campaign, who built the best — the best political campaign, I think, in the history of the United States of America.

To my chief strategist David Axelrod who’s been a partner with me every step of the way.

To the best campaign team ever assembled in the history of politics you made this happen, and I am forever grateful for what you’ve sacrificed to get it done.

But above all, I will never forget who this victory truly belongs to. It belongs to you. It belongs to you.

I was never the likeliest candidate for this office. We didn’t start with much money or many endorsements. Our campaign was not hatched in the halls of Washington. It began in the backyards of Des Moines and the living rooms of Concord and the front porches of Charleston. It was built by working men and women who dug into what little savings they had to give $5 and $10 and $20 to the cause.

It grew strength from the young people who rejected the myth of their generation’s apathy who left their homes and their families for jobs that offered little pay and less sleep.

It drew strength from the not-so-young people who braved the bitter cold and scorching heat to knock on doors of perfect strangers, and from the millions of Americans who volunteered and organized and proved that more than two centuries later a government of the people, by the people, and for the people has not perished from the Earth.

This is your victory.

And I know you didn’t do this just to win an election. And I know you didn’t do it for me.
You did it because you understand the enormity of the task that lies ahead. For even as we celebrate tonight, we know the challenges that tomorrow will bring are the greatest of our lifetime — two wars, a planet in peril, the worst financial crisis in a century.

Even as we stand here tonight, we know there are brave Americans waking up in the deserts of Iraq and the mountains of Afghanistan to risk their lives for us.

There are mothers and fathers who will lie awake after the children fall asleep and wonder how they’ll make the mortgage or pay their doctors’ bills or save enough for their child’s college education.

There’s new energy to harness, new jobs to be created, new schools to build, and threats to meet, alliances to repair.

The road ahead will be long. Our climb will be steep. We may not get there in one year or even in one term. But, America, I have never been more hopeful than I am tonight that we will get there.

I promise you, we as a people will get there.

There will be setbacks and false starts. There are many who won’t agree with every decision or policy I make as president. And we know the government can’t solve every problem.

But I will always be honest with you about the challenges we face. I will listen to you, especially when we disagree. And, above all, I will ask you to join in the work of remaking this nation, the only way it’s been done in America for 221 years — block by block, brick by brick, calloused hand by calloused hand.

What began 21 months ago in the depths of winter cannot end on this autumn night.

This victory alone is not the change we seek. It is only the chance for us to make that change.

And that cannot happen if we go back to the way things were.

It can’t happen without you, without a new spirit of service, a new spirit of sacrifice.

So let us summon a new spirit of patriotism, of responsibility, where each of us resolves to pitch in and work harder and look after not only ourselves but each other.

Let us remember that, if this financial crisis taught us anything, it’s that we cannot have a thriving Wall Street while Main Street suffers.

In this country, we rise or fall as one nation, as one people. Let’s resist the temptation to fall back on the same partisanship and pettiness and immaturity that has poisoned our politics for so long.
Let’s remember that it was a man from this state who first carried the banner of the Republican Party to the White House, a party founded on the values of self-reliance and individual liberty and national unity.

Those are values that we all share. And while the Democratic Party has won a great victory tonight, we do so with a measure of humility and determination to heal the divides that have held back our progress.

As Lincoln said to a nation far more divided than ours, we are not enemies but friends. Though passion may have strained, it must not break our bonds of affection.

And to those Americans whose support I have yet to earn, I may not have won your vote tonight, but I hear your voices. I need your help. And I will be your president, too.

And to all those watching tonight from beyond our shores, from parliaments and palaces, to those who are huddled around radios in the forgotten corners of the world, our stories are singular, but our destiny is shared, and a new dawn of American leadership is at hand.

To those — to those who would tear the world down: We will defeat you. To those who seek peace and security: We support you. And to all those who have wondered if America’s beacon still burns as bright: Tonight we proved once more that the true strength of our nation comes not from the might of our arms or the scale of our wealth, but from the enduring power of our ideals: democracy, liberty, opportunity and unyielding hope.

That’s the true genius of America: that America can change. Our union can be perfected. What we’ve already achieved gives us hope for what we can and must achieve tomorrow.

This election had many firsts and many stories that will be told for generations. But one that’s on my mind tonight’s about a woman who cast her ballot in Atlanta. She’s a lot like the millions of others who stood in line to make their voice heard in this election except for one thing: Ann Nixon Cooper is 106 years old.

She was born just a generation past slavery; a time when there were no cars on the road or planes in the sky; when someone like her couldn’t vote for two reasons — because she was a woman and because of the color of her skin.

And tonight, I think about all that she’s seen throughout her century in America — the heartache and the hope; the struggle and the progress; the times we were told that we can’t, and the people who pressed on with that American creed: Yes we can.

At a time when women’s voices were silenced and their hopes dismissed, she lived to see them stand up and speak out and reach for the ballot. Yes we can.

When there was despair in the dust bowl and depression across the land, she saw a nation conquer fear itself with a New Deal, new jobs, a new sense of common purpose. Yes we can.
When the bombs fell on our harbor and tyranny threatened the world, she was there to witness a generation rise to greatness and a democracy was saved. Yes we can.

She was there for the buses in Montgomery, the hoses in Birmingham, a bridge in Selma, and a preacher from Atlanta who told a people that “We Shall Overcome.” Yes we can.

A man touched down on the moon, a wall came down in Berlin, a world was connected by our own science and imagination.

And this year, in this election, she touched her finger to a screen, and cast her vote, because after 106 years in America, through the best of times and the darkest of hours, she knows how America can change.
Yes we can.

America, we have come so far. We have seen so much. But there is so much more to do. So tonight, let us ask ourselves — if our children should live to see the next century; if my daughters should be so lucky to live as long as Ann Nixon Cooper, what change will they see? What progress will we have made?

This is our chance to answer that call. This is our moment.
This is our time, to put our people back to work and open doors of opportunity for our kids; to restore prosperity and promote the cause of peace; to reclaim the American dream and reaffirm that fundamental truth, that, out of many, we are one; that while we breathe, we hope. And where we are met with cynicism and doubts and those who tell us that we can’t, we will respond with that timeless creed that sums up the spirit of a people: Yes, we can.

Thank you. God bless you. And may God bless the United States of America.

p/s: this is a great speech which full of enthusiastism, and spirit that flows through words and sentences...
I bet he might be subjected to immense pressure from the sponsors who support his campaign budgets as well as those who has the status quo like CIA in order to do what he had promised...btw, let's see.

Thursday, November 6, 2008

Mencari Teman Ke Syurga

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi.

Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)

Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan? Saidina Umar mengatakan,

"Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya"

Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh. Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik?

MENJADI TEMAN KE SYURGA

Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi. Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan", memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah.

Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga". Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya.

"Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."

Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

"CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku"
(Hadith Qudsi)

Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga. Ayuh, perbaiki diri !

p/s: special appreciation to those in Canberra (yang dekat menguatkan, yang jauh meneguhkan)
..Bertemu Berpisah keranaNya..

Tuesday, November 4, 2008

Mereka Sudah Ditembak

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful..

Mereka sudah ditembak semalam. Diputuskan oleh Mahkamah Dunia. Menjadi mangsa pertama satu Akta yang baru digubal selepas mereka ditangkap. Mungkin itu paling wajar, tangkap orang terlebih dahulu, gubal akta kemudian mulakan prosiding pendakwaan lalu jatuhkan hukuman.

Mungkin benar mereka bersalah, lalu hukuman itu membantu mereka mencapai satu darjat kematian mulia yang mereka idamkan, darjat yang tidak kesampaian sewaktu merancang komplot dulu, kerana ALLAH tidak mentakdirkan mereka mati dgn cara sebegitu.

Sedang Setiap Muslim yang benar Muslim pada ilmunya akan mengetahui tiada dalil dan nas utk melakukan tindakan yg membunuh ratusan org awam sebaimana mereka dituduh. Tanah Bali Bukan Bumi Palestine yg ulama' menghalalkan tindakan yang lain dari yang lain.

Mungkin mereka tidak bersalah, dijadikan kambing berkopiah putih utk menutupi tindakan bermotif pihak lain, pihak yang mulia dgn kuasa dunia, lalu sesiapa yang tunduk kepada tekanan para musuh ALLAH utk memusnahkan golongan yang menepati "ciri2 kambing hitam" akan gembira di mahkamah ALLAH nanti menerima balasan di atas satu tindakan yang dikutuk oleh ramai keluarga mangsa peristiwa itu sendiri.

Bagi maasyarakat umum yang tidak mampu mengetahui kebenaran dan kepalsuan sesuatu pendakwaan, untuk tidak percaya dan mempercayai, berhati-hatilah kerana mereka juga ada hak kpd kata-kata kita yang akan mereka tuntut di akhirat nanti.

Satu quote menarik dari seorang bapa berkuku besi,

"pembohongan yang diulang-ulang akan menjadi kebenaran"

Tak pe lah...
"mereka sudah mengetahui pengakhiran mereka bagaimana, sudah mendapat bahagian mereka, tetapi kita nie belum tentu pengakhiran kita bagaimana"

Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic, Saddam Hussein mati ats kuasa manusia menjatuhkan hukuman mati buat mereka.
Hasan Al-Banna, Umar Al-Khatab, Othman bin Affan mati ats kuasa manusia meletakkan senjata tajam pada badan mereka.

Andailah kita menilai husnul khatimah itu dengan bagaimana jasad fizikal menghadap Tuhan...

Tuesday, October 28, 2008

- ^_^ - ma'a taufik wannajah -


sy mesti bc buku ^-^ =)


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam mengerjakan kebaikan) dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung"

(3:200)

~doakan kejayaan milik kita bersama, biiznillah, insyaAllah ^_^ (,,)

Jumpa lg selepas 20 Nov 2008...

Saturday, October 25, 2008

"Amerika Bersin, Australia Demam"

Kata-kata di atas yang diungkapkan sendiri oleh Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd beberapa minggu lepas jelas menunjukkan pengakuan beliau akan betapa rapuhnya ekonomi Australia. Fenomena pergantungan ekonomi ini tidak hanya berlaku pada Australia sahaja malah seluruh dunia. Sejak zaman berzaman, pakar ekonomi tidak pernah mengatakan matawang dan sistem ekonomi amerika didokong oleh satu sistem yang kuat. Namun, pada realitinya dunia tetap menggantungkan nilai matawang dan ekonomi mereka kepada sistem yang rapuh ini.

Ekonomi Amerika yang jatuh dengan teruk beberapa minggu kebelakangan ini menyebabkan berbilion-bilion dollar hilang begitu sahaja di Financial Market. Ini adalah kesan kepada free market (market beroperasi dengan sendirinya tanpa kawalan mana-mana pihak). Menurut Ball and Brown (1968) yang dikatakan perintis kepada teori efficient market, market di hanya dikatakan efficient apabila ia dibenarkan untuk beroperasi dengan sendirinya, adjusted efficiently by the power of demand and supply, iaitu tanpa campur tangan kerajaan walaupun sedikit.

Namun setelah berpuluh-puluh tahun sistem kapitalis ini berfungsi berdasarkan teori dan ciri ini, ia adalah sangat menarik untuk mendengar sendiri kenyataan ini. Akhbar The Herald Sun bertarikh hari ini (24 October 2008) telah menyiarkan satu kenyataan yang mengakui akan kesilapan sistem. Kesilapan yang sangat besar kepada satu core, fundamental underlying characteristic of efficient capital market.

"FORMER US Federal Reserve Chairman Alan Greenspan, acknowledged today he had been wrong about the free-market system."

"And French President Nicolas Sarkozy said the meltdown showed that free-market ideology was now discredited and economies needed strong state intervention to succeed."


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Sarkozy ini bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam iaitu ekonomi negara memerlukan campur tangan kerajaan tetapi bukanlah sehingga keterlaluan yang menyebabkan penindasan seperti sistem dicadangkan dan dirintis oleh Karl Marx.

SUBPRIME MORTGAGE

Subrime Mortgage dikatakan penyebab utama yang membarahkan lagi ekonomi Amerika yang sedia tenat sejak tahun 2007. Subprime mortgage adalah satu bukti sifat manusia yang suka menindas dan mengambil kesempatan terhadap kesusahan hidup orang lain dengan menambahkan lagi penderitaan dan kesusahan orang tersebut. Subrime Mortgage adalah pinjaman yang disediakan oleh bank-bank di Amerika kepada para peminjam yang mempunyai credit rating yang rendah. Credit rating yang rendah adalah istilah yang digunakan terhadap peminjam yang mempunyai high potential of default. The event of default (kemungkinan kegagalan untuk membayar balik pinjaman ini) telah sedia diramal oleh institusi kewangan yang terlibat utk memberikan pinjaman tersebut. Keadaan ini menyebabkan mereka akan dikenakan interest rate (riba) yang tinggi. Polisi Institusi Kewangan ialah semakin tinggi risiko kegagalan bayaran balik, maka semakin tinggilah kadar interest rate yang akan dikenakan terhadap peminjam terbabit. Peminjam tersebut biasanya adalah golongan yang berpendapatan rendah, golongan yang mempunyai sejarah kegagalan membayar hutang yang tinggi dan juga para pelabur yang tidak mempunyai wang tetapi tetap ingin melabur dalam pelaburan yang besar.

Malangnya, sikap ingin mengambil kesempatan ini telah memakan tuan apabila beratus-ratus institusi kewangan yang terlibat dengan pemberian subprime mortgage telah gagal untuk mendapat balik pinjaman tersebut beserta dengan tambahan pulangan (riba) yang dikehendaki. Akibatnya beratus-ratus institusi kewangan ini terpaksa menfailkan bankrupcy akibat kegagalan yang mencecah USD 7 trillion lantas memberi kesan yang dahsyat kepada industri perbankan, hartanah dan seterusnya seluruh sistem ekonomi Amerika Syarikat. Bursa Saham Wall Street turut terjejas teruk dan syarikat-syarikat gergasi seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch dan AIG mengalami kerugian yg sangat dahsyat lalu akhirnya turut menjejaskan syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan dengan mereka.



Lehman Brothers adalah sebuah syarikat yang mempunyai asset sebanyak USD 600 billion, beroperasi untuk fixed-income assets, investment and private equity. Ia adalah dealer terbesar dalam fixed interest security (pelaburan pulangan tetap yang berasaskan sistem riba) di Wall Street. Syarikat ini telah terlibat secara besar-besaran dalam US subprime mortgage market dan terjejas teruk akibat kegagalan mendapat balik pinjaman yang diberikan lalu terpaksa menjual assetnya sebanyak USD 6 billion dan telah kerugian sebanyak USD 2.8 billion.

"Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Barangsiapa mendapat peringatan dari Tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang diperolehinya dulu menjadi miliknya dan urusannya (terserahlah) kepada Allah. Barangsiapa mengulangi maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. " (2:275)

Terdapat suatu fenomena menarik yang telah berlaku rentetan kegawatan ekonomi Amerika ini iaitu pengharaman short selling di Wall Street bulan lepas. Short Selling adalah satu cara bagaimana seseorang pelabur (manipulator) boleh mengambil kesempatan dalam penjualan dan pemberian sekuriti (saham etc) di Bursa Saham dengan cara membeli pada harga yang rendah dan menjual dengan harga yang tinggi lalu boleh membuat jutaan keuntungan dengan cara 'atas angin' dan in the twinkle of an eye. Sistem ekonomi Islam, Hisbah, menyarankan pemantauan oleh kerajaan terhadap aktiviti ekonomi di pasaran. Short Selling diharamkan di sisi Islam dan ia tidak dibenarkan di pasaran Malaysia namun ia bebas di jual beli di pasaran Bursa Saham yang lain di seluruh dunia.

SEMUA NEGARA TERJEJAS?


Itulah yang membimbangkan masyarakat dunia. Kejatuhan ekonomi Amerika menyebabkan mereka pun lingkup sama, malah mungkin lebih teruk lagi bak kata Kevin Rudd, Amerika baru bersin tetapi Australia dah demam.

Kejatuhan ekonomi Amerika akan memberi kesan kepada nilai matawang dollar dan akan menjejaskan semua negara yang menyandarkan nilai matawangnya kepada nilai matawang Amerika. Kebanyakan negara Arab tidak terlalu bergantung kepada ekonomi Amerika walaupun mereka rakan dagang yang rapat. Negara Arab lebih banyak bergantung kepada sumber asli mereka dan juga projek-projek pembinaan (construction) mereka, oleh itu mereka tidak terlalu terkesan dengan apa yang berlaku di Wall Street. Lebih-lebih lagi, kebanyakan negara Arab sudah banyak menggunakan sistem ekonomi Islam terutama negara teluk (Gulf Country). Memandangakan masalah yang berlaku sekarang adalah semuanya disebabkan oleh perniagaan, aktiviti dan sistem yang diharamkan oleh Islam, maka negara-negara yang kurang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Islam ini kurang menerima kesannya. Di sinilah nampaknya, keindahan sistem Hisbah Islam yang mengharamkan segala aktiviti jual beli yang tidak adil, mengambil kesempatan dan menindas pihak lain. Oleh itu, marilah kita mengembangkan produk-produk kewangan Islam dan menggunakannya pada peringkat individu dan juga negara=).

Di bawah ini adalah beberapa laman yang menghuraikan dengan lebih detail tentang fenomena semasa ini.

http://www.islamonline.net/livedialogue/english/Browse.asp?hGuestID=VeCtpd


http://www.theherald.co.uk/business/news/display.var.2463179.0.Economy_shrank_0_5_in_the_third_quarter.php

http://www.theherald.co.uk/search/display.var.2105458.0.following_the_us_on_road_to_recession.php

http://www.news.com.au/heraldsun/story/0,21985,24548074-664,00.html

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Agama/20081026025023/Article/index_html

Tulisan ini hanya menghuraikan satu sudut dan faktor utama kemelesetan ekonomi sekarang, banyak lagi faktor-faktor sampingan yg lain. Ini juga merupaka pendapat saya sendiri berdasarkan pemahaman saya, harap dapat diperbetulkan sebarang kesilapan pemahaman (sesiapa yang baik hati boleh tambah=).

Monday, October 20, 2008

Di Sisi Seorang Mujahid

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Sebenarnya sudah lama saya mencari-cari kisah wanita muslimah di belakang Imam Hasan Al-Bana. Sukar juga sebenarnya kerana tidak banyak yg diperkatakan tentang beliau. Alhamdulillah, suatu hari Allah mempertemukan saya dengan kisahnya, kisah yang sudah lama ingin saya ketahui.

Kita banyak membaca kisah-kisah wanita teladan dari zaman lampau, kadangkala terasa ingin mengetahui kisah zaman ini kerana situasi, latar tempat, masa dan cabarannya berbeza. Saya rasa itu penting dalam kita membaca kisah yg terdahulu, carilah juga suntikan dari zaman sendiri, kisah yang lebih dekat. Sebagaimana pesan Saidina Ali RA,

"didiklah anak-anakmu sesuai mengikut zamannya"

Pesan ini menunjukkan peri pentingnya untuk kita hidup berpijak pada zaman sendiri, usah terlalu idealistik sehingga tidak realistik. Ingin saya kongsikan buat semua kisah wanita dibelakang mujahid ummah yang ulung ini. Moga bermanfaat.

Dia adalah Lathifah As Suri. Dia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahawa ia inginkan seorang muslimah yang kukoh, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berda’awah. Tidak mudah menjadi isteri seorang Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan da’awah. Di pagi buta dia sudah bergegas untuk memulai berda’awah dan kembali pulang di gelap malam. Boleh dipastikan ia adalah seorang muslimah sejati, yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.


Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekadar da’awah seperti kebanyakan orang waktu itu. Bukan hanya sekadar membangun rumah ibadat. Imam syahid sedang dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah wujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesejatiannya. Maka siapapun itu-pendampingnya-harus menyedari bahawa dipundaknya ada amanah yang sama besarnya dengan apa yang di impikan oleh Imam Syahid. Ada dimensi waktu dan kuasa kapital disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan isterinya. Maka bagi Lathifah As Suri menjadi isteri Hasan Al Banna menyimpan begitu banyak cabaran. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyedari bahawa ia harus siap jika sesuatu waktu dia harus menjalani hidup sendiri tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.


Da’wah & Rumah Tangga


Da’wah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta resiko yang bukan calang. Penjara bahkan nyawa menjadi penamat logik, yang bila-bila masa siap menyapanya. Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktiviti luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.


Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna
, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak hairan jika ia menyedari betul tuntutan hidup menjadi isteri seorang daie. Malam, ia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau jarang-jarang berlaku, Imam Syahid sangat berhati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari kekasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.


Wanita, Isteri & Ibu


Lathifah tidak pernah mengeluh, walau sehari
an hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada Imam Syahid. Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang isteri Imam Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah curahan konsentrasinya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya bingung adalah, ketika salah satu anak mereka sakit kuat dan Imam Syahid perlu tetap menjalankan jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,”Bagaimana jika ia meninggal?”. Imam Syahid hanya menarik nafas panjang, ia kemudian berkataBapa saudaranya lebih tahu bagaimana mengurusnya.” Sejak hari itu, Lathifah menanamkan wawasan keIslaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan yang meruntuhkan. Ketika Imam Syahid keluar-masuk penjara, Lathifah berusaha bersabar dan komitmen.


Lathifah sangat meny
edari peranan dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai isteri dan ibu bagi anak-anaknya. Ia kosongkan waktunya untuk mendidik anak-anaknya. Ia bahagia melihat anak-anaknya berjaya dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya. Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada resah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh almarhum suaminya. Ia tetap berusaha didalam rumah. Lathifah tidak meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Kerananya, tidak hairan diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) - antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis.


Pengetahuan & Perjuangan

Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam Syahid inginkan berlaku dalam keluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah. Sendirian, ia membesarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keIslamannya.Yang dimaksud dengan wawasan keIslamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. Lathifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita dunia Islam. Lathifah menyedari mengenepikan masalah ini akan menghasilkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keIslamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keIslaman yang baik, seorang wanita akan menyedari betapa penting peranannya terhadap keluarga dan masyarakat.


Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya berjaya meraih kelulusan formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi isteri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, pernah duduk di parlimen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai pengajar di Universiti Cairo. Kelima Roja, kini menjadi doktor. Dan Halah sebagai doktor pakar anak di Universiti al-Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berertinya peranan Ibu bagi keberhasilan da’awah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya…..

dipetik dari blog wanita ISMAPJ

Imtihanul Aakhar

Bismillahi rahmanirahim...

Peperiksaan akhir tahun menjelang tiba, spring yg indah kian menghujung, cuti musim panas yg semakin menghampiri, lambaian Malaysia semakin kuat...

Segalanya bercampur membawa 'mood' masing-masing, lalu ia bercampur baur...antara debar dan tidak sabar, antara takut dan harap, antara tidak suka dan gembira...

Spring yang semakin sampai ke penghujung adalah perkara yang sy hitung setiap hari. Jika ditanya pada saya, "apakah musim yang paling disukai?", maka spring lah jawabnya. Suhu Canberra yang berada sekitar 10 celcius di awal spring benar-benar mendamaikan, dengan rumput yang semakin menghijau indah, pokok-pokok menjadi semakin cantik, bunga dimerata-rata dan angin yang bertiup dingin (note: bukan sejuk dan membeku) menjadi sesuatu yang saya tunggu-tunggu dan tidak ingin ianya berakhir. Saat ini saya merasakan berjalan menyusuri Sullivian Greek diteduhi pokok-pokok lama yang merimbun sepanjang-panjang sungai kecil itu merupakan sesuatu yang jika masa mengizinkan ingin saya lakukan setiap hari, andai masa mengizinkan juga saya tidak kisah untuk menghabiskan berjam-jam di tepi sungai itu...berjalan-jalan, dan berhenti menikmati empuknya duduk di atas rumput di celah-celah teduhan pokok yang besar itu kala kepenatan lalu menghafaz Al-Qur'an atau hanya sekadar memerhati apa sahaja yang terjangkau pada pandangan mata. Dan tentulah itik-itik yang berenang itu lebih menarik perhatian saya atau saya boleh membuang pandangan pada Telstra Tower nun di atas bukit sana, dan sy tidak perlu berjuang menahan kesejukan kerana udaranya sangat nyaman dan menyegarkan. Namun ianya akan segera berakhir dan saya akan menunggu lagi spring tahun depan. Spring tahun depan yg mungkin akan menjadi spring terakhir saya di Canberra. Mungkin? Allahu A'lam.

(kehijauan di musim bunga)

Peperiksaan Akhir Tahun Kedua akan menjelang seusai tamatnya week 13 teaching week minggu depan.

Benarkah Allah dalam pergantunganmu?

Banyak peluang Allah berikan kepada kita untuk mensucikan keyakinan, membulatkan penyerahan dan memurnikan keyakinan kepadaNya. Peluang itu bukan selalu muncul, jarang sekali, malah ia tidak pernah mucul dalam keadaan kita sihat fizikal , bersemangat dan penuh bersedia utk apa-apa tugas yang akan dilakukan atau diuji. Peluang ini hanya akan muncul di saat-saat yang boleh menyebabkan sesetengah hambaNya melupakan pergantungan kpd Khaliq lalu mencari penawar lain untuk menghadapinya, yang pada akhirnya tidak membawa ke mana selain 'tekanan', 'keserabutan' dan 'kemurungan'. Peluang mensucikan keyakinan, membulatkan penyerahan dan memurnikan keyakinan kepadaNya lalu menambahkan iman di dada hanya muncul tatkala segalanya dirasakan tidak mampu, sukar, mustahil dan tidak terdaya untuk dilakukan. Dan kala itulah, maka ingatlah akan Allah mengingtakan,

"Sesungguhnya Aku Dekat"

Namun, bersama "assurance" bahawa "Aku dekat" itu datang satu lagi peringatan dari Allah yang menggambarkan betapa pentingnya untuk kita "bersangka baik" dengan Allah, sejauh mana kita bersangka baik, akan menatijahkan apa yang akan berlaku,

"Aku adalah mengikut sangkaan hambaKu"

Sejauh mana kita bersangka baik, yakin dan di mana sebenarnya kita meletakkan Allah dalam pergantungan kita? dan Benarkah sebenarnya kita benar-benar meletakkan Allah dalam pergantungan kita? Melangkah dengan keyakinan yang rapuh kepada helaian-helaian yang mustahil untuk dibaca kesemuanya sebelum peperiksaan, kaedah-kaedah yang perlu dimahirkan dan dicekapkan dan konsep-konsep yang ada kadangkala terasa sangat sukar akan memberi kita peluang. Peluang untuk membuat pilihan agar semakin dekat dengan Allah, semakin merasai 'halawatul iman', semakin menikmati keindahan tawakkal kepadaNya atau tidak memanfaatkan peluang ini untuk merasai dekatnya Dia sebenarnya. Peluang untuk merasai betapa dekatnya Dia dengan kita. Lalu, kemudiannya Dia titipkan keyakinan, ketenangn dan kedamaian. Bukan sahaja Allah menjadi semakin dekat dan terlalu dekat di jiwa namun memberi lebih kedamaian kerana kita tahu pengawal-pengawalNya turut sama menjaga kita.

"Baginya ada penjaga yang bergilir-gilir di hadapannya dan dibelakangnya yang menjaga dia dengan perintah Allah"
(Al-Ra'du: 11)

Selamat Bermujahadah kepada semua teman-teman yang berada di Australia khasnya, Selamat Bersungguh-sungguh dan Tekun kepada Thuaibah^-^.
Berusahalah untuk yang terbaik demi impian ummat yang lebih besar...


ma'a taufik wannajah, insyaAllah...

Sunday, October 19, 2008

Satu Taujih dan Tajdid

Assalamualaikum w.b.t...

"Thuaibah, dtg sini, ada lagu baru, mesti awak suka lagu nie" Ziq memanggil dari bilik sebelah.

Saya yang berada di bilik Amalina terus memasuki biliknya lantas segera terpegun dgn bait-bait lirik ini... La tas'aluni an hayati...



La tas'aluni an hayati...Jangan Tanyakanku tentang hidupku

لا تسألوني عن حياتي
فهي أسرار الحياة
هي منحة .. هي محنة
هي عالم من أمنيات
قد بعتها لله ثم
مضيت في ركب الهداة

أما طريقي فهو
قرآن .. وسيف .. وابتلاء
الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء
و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء
فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء

أما مصيري فهو
مايرضي الإله وما يريد
الفوز بالنصر المبين
أو الشهادة والخلود
فإذا وجدت على الثرى
والعمر محدود الحدود
فكن البطولة والهداية
أو فيا بئس الوجود

terjemahan:

jangan tanyakan aku tentang hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah.. ia adalah ujian
ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
aku telah menjualkannya kepada Allah
kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk

dan jalan hidupku adalah
al-Qur’an, pedang, dan ujian..
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya
para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

sedangkan penghujung perjalananku adalah
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya
keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu


Alhamdulillah, bait-bait itu hadir sebagai taujih, penyucian tekad dan cita-cita...inilah kehidupanku dan kuserahkan untuk Mu...
Alhamdulillah, bait-bait itu hadir sebagai tajdid, pembaharuan (renew) kepada azam dan impian...hidupku adalah anugerah, untuk kuabdikan pada Mu...

mengingatkan risalah yang lebih utama...
biar semua terpendam di dada...
biar semua ditelan sukma...
memujuk diri yang hiba...
menahan hati yang terasa...
agar senyum terlukis di muka...
agar tiada yang terluka...

mengingatkan risalah yang lebih utama...
apalah sangat yang dihadapi..
Nabi Nuh 900 tahun didustai..
Nabi Muhammad berdarah di Taif..
mereka golongan mulia..
berusaha sekuat tenaga..
kita hamba yang hina...
berusaha sedikit cuma...
apalah sangat yang dihadapi..
hanya sekelumit sahaja...
namun dirasa bagai tidak terkira...

mengingatkan risalah yang lebih utama...
sungguh tiada yang lain penawarnya...
hanya Allah yang Maha Berkuasa...
Thuaibah A. G,
19 Syawal 1429.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar org yang menyeru kepada iman, (iaitu) "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.
(3:193)