Bismillahirahmanirahim..
Jalinan Musim Dingin 2009 adalah winter camp ketiga yang saya hadiri sepanjang tiga tahun di sini.
Sungguh2 nostalgik sekali kerana beberapa kali saling berkata sesama sendiri, "rasa cm baru je first year". Sebabnya sewaktu first year, winter camp di buat di Port Sea juga, jadi winter camp kali ini tidak dapat tidak memang mengimbau kenangan lalu.
Perkara yang paling jelas adalah jumlah peserta yang jelas berkurangan berbanding daripada tahun 2007, swine flu adalah antara faktor-faktor besarnya yang menyebabkan banyak airlines di sini terbang tanpa penumpang yang telah membeli tiketnya. Saya pun adalah antara orang yang mem"burn"kan tiket flight ke Melbourne, dan kemudiannya membeli tiket bus ^_^. Walau apapun ijtihad kita sama ada untuk menyertai winter gathering atau tidak, perkara yang lebih utama adalah kita berusaha mencari kebaikan dan membuat kebaikan walau di mana pun kita berada.
Saya teringat bagaimana saya terpegun dengan ceramah Ustaz Halim sewaktu first year, selepas setengah tahun berada di Australia, telinga saya ketandusan ceramah ustaz yang mampu membaca Al-Qur'an sbg hujah yang baik dan Ustaz Halim datang memberi pengisian dan kesedaran kepada jiwa yang sangat mencari ini. Saya juga masih ingat kisah 6 Day War, Perang Bosnia dan beberapa kisah sejarah perang moden yang dibawakan oleh beliau untuk memberi kefahaman kepada kami tentang perjuangan. Tahun ini saya merasakan adik-adik juga merasakan perkara yang sama dari ceramah Dr Zaki yang mempunyai gaya tersendiri.
Selain itu, Ustaz Hazizi, juga seorang ustaz lulusan Al-Azhar turut menyertai Winter Gathering kami. Beliau membuat beberapa Slot Fiqh setiap kali selepas Subuh dan Maghrib. Winter Gathering kali ini saya hanya mendengar pengisian intensif dari Ustaz Hazizi dan langsung tidak mempunyai peluang untuk mengikuti ceramah Doktor Zaki di dewan utama. Tapi bukan bicaranya Fiqh sahaja sepanjang tiga hari :D.
Sungguh, winter adalah pengubat untuk kedahagaan kepada pengisian-pengisian ilmiah dan memperkemaskan kefahaman. Thank You Allah.
Jalinan Musim Dingin 2009, Port Sea
Formerly Known as Winter Camp 2007, Port Sea
Langit terbuka di campsite memang biru, laut di sebelah pun biru, papan tanda pun biru. Semuanya biru dan indah. Indah dengan ukhwah juga. Lagu 'Sebiru Hari Ini' memang tepat sekali sebagai lagu tema memandangkan ia sangat-sangat masuk dengan mood camp. Cuaca yang baik juga turut memberikan kesan yang positif kepada winter gathering kali ini kerana banyak aktiviti outdoor dapat dilakukan tanpa halangan cuaca.
Moga bertemu lagi dalam kisah perjuangan ilahi. Salam ukhuwwah dan perjuangan ^_^.
Sebiru Hari Ini
(Edcoustic)

Sebiru hari ini,
birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita,
bersama di sini
Seindah hari ini,
indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita,
walau kita kan terpisah
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Seindah hari ini,
indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita,
walau kita kan terpisah
Seindah hari ini,
indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita,
walau kita kan terpisah
No comments:
Post a Comment