Friday, July 3, 2009

Bersawang

Assalamualaikum wbt ...

Sebagaimana tajuk di atas, maka saya pun menulis lah selama beberapa minit bg mengelakkannya terus bersawang (tak tahan kne sound byk sgt)...huhu..ainun cakap..."blog tuh dah bersawang"..beberapa minit kemudian kekanak Syawal pula mengugut, "........".

Biarlah dia bersawang, saya akan membiarkannya kembali bersawang lagi selepas ini sehinggalah saya balik dari Adelaide pada 16 July nanti. Saya tiada di rumah, tidak bermalam di bilik saya di Canberra yang best selama berbelas hari, walaupun hampir setiap hari online tetapi untuk "bertugas" dgn tanggungjawab saya di internet kerana saya tidak memohon cuti dari tugas itu.

Iraq

Sebagai buah tangan, I would like to draw the attention from ladies and gentlemen (terasa poyo lah pulak) to what is happening in Iraq now.

Mungkin kisah kematian Michael Jackson telah meneggelamkan kisah penting yang berlaku di Iraq. Liputan akhbar dan TV tentang kisah 2nd autopsy, perebutan hak penjagaan anak, surat wasiat, upacara pengebumian dll menjadikan kisah penting yang lebih penting tenggelam sebegitu sahaja.

Pengunduran tentera US secara rasmi di Iraq pada 30 June 2009: A remarkable event in history which give the lessons to those who want to learn (kalo ayat Qur'an selalu guna perkataan yang lg best 'sebagai pengajaran bagi golongan yang berfikir' ). Pengajaran hanya akan kita perolehi jika kita mahu berfikir, belajar dan mengambil pengajaran baginya.

Sebagaimana saya katakan, saya tidak mempunyai masa yang lama di depan internet, maka buah tangan saya adalah tulisan dari Ustaz Halim^_^. I have been thinking about this issue seriously for a couple of days but without any intention to write about it due to limited time of internet access.

Moga kita dapat lebih membuka mata, faham akan taktik musuh yang bergerak atas laungan reformasi, demokrasi, kebebasan bersuara dan sebagainya untuk campur tangan dan akhirnya menghancurkan negara-negara ummat Islam (really worried with the current news from Iran).

Jihad : Jalan Islam di Iraq hari ini

JAMI Iklan

Barisan Penentangan Islam Iraq. Slogan mereka “Al-Mautu fi Sabilillahi Asmaa Amanina” (Mati di Jalan Allah adalah cita-cita kami yang tertinggi”. Slogan ini mula diajar oleh Asy-Syahid Hasan Al-Banna.

Musuh-musuh Islam di Barat, boneka mereka di Dunia Islam dan media massa antarabangsa tidak sudah-sudah cuba menipu umat Islam yang sedang bangkit di zaman ini. Apa yang Amerika dakwa menarik tenteranya dari Iraq bermula dari 30/6/2009 adalah helah semata-mata, bertujuan menaikkan populariti Perdana Menteri Iraq boneka Amerika hari ini, Nuri Al-Maliky, dan Presiden Amerika Barack Obama yang kononnya telah mengkritik Presiden Bush tentang Iraq dalam kempen Presidennya yang lalu. Ia juga bertujuan menunjukkan bahawa Amerika menunaikan semua isi-isi “Perjanjian Keselamatan Bersama” diantara Penjajah Amerika dan Kerajaan Iraq sebelum ini.

Wanita Iraq

Apa sebenarnya berlaku ialah setelah serangan bertubi-tubi keatas Tentera Amerika oleh Gerakan Penentangan Islam, menyebabkan tentera Amerika terpaksa berundur untuk menarik nafas seketika dan terdesak mengatur strategi yang lain pula. Gerakan Islam berjanji akan memberi pukulan berterusan siang dan malam sehingga mereka berjaya menghalau saki baki tentera Amerika yang terakhir dari bumi Islam Iraq, samada musuh cabut meninggalkan bumi Iraq dengan berpakaian tentera atau menyamar berpakaian awam.

Amerika bukan datang menceroboh untuk membebaskan rakyat Iraq dari penindasan Presiden

US di Iraq

Saddam Hussein seperti yang didakwa sebelum serangan pada tahun 2003 oleh Presiden Bush. Sebenarnya Amerika datang dengan mempunyai beberapa objektif jahat yang telah dirancang lama sebelum dari serangan dan pencerobohan dibuat. Ia tidak jauh berbeza dengan matlamat-matlamah Penjajahan Barat ke atas umat Islam di Abad-abad 16-20M yang lalu. Yang paling utama ialah:

1. Melenyapkan identiti Islam dalam jiwa rakyat Iraq sehingga mereka menjadi sebuah umat tanpa pegangan dan asal usul Aqidah. Oleh itu sebelum dipaksa keluar dari Iraq, Amerika memastikan Iraq mempunyai kerajaan, pusat siaran tv dan radio yang sekular, pendidikan dan silibus yang sekular, menyuburkan pusat dan kegiatan maksiat dan melalikan dan seumpama itu.
(Foto dibawah : Pesta Konsert Sunburst 2009, Kuala Lumpur, salah satu produk manusia Islam yang diingini oleh Barat. Hanya dengan produk seperti ini, pemimpin Barat dan Zionis Yahudi akan tidur lena).
Sunburst KL '09 1
2. Menguasai dan menundukkan kehendak dan pilihan umat Iraq kearah apa yang menguntung dan menjaga kepentingan Amerika, Israel dan Barat. Ini dicapai melalui pencerobohan, penjajahan dan membentuk kerajaan boneka yang tidak mewakili aspirasi dan harapan rakyat. (Foto dibawah : Presiden Perancis, Syarkozy, yang telah mengharapmkan tudung dan purdah di institusi-institusi awam di Perancis bersama Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Sejak Napolean Bonaparte Perancis menawan dan menjajah Mesir, Mesir mengikut telunjuk Barat dan Timur hingga ke hari ini).
3.
ikh1
4. Mengaut kekayaan dan hasil bumi Iraq untuk memenuhi poket dan perbendaharaan negara Amerika, Israel dan boneka-boneka mereka.
5. Membuka jalan dan peluang kepada pengaruh dan pencerobohan Zionis ke dalam Iraq dan Timur Tengah.
6. Menghancur dan menghalang kesatuan Arab dan Dunia Islam serta memastikan pergolakan dan perselisihan berpanjangan diantara umat Islam.
7. Menceroboh kehormatan
masyarakat yang merdeka dan melakukan penghinaan berbagai bentuk ke atas para tahanan di penjara-penjara.

Dr. Harith Al-Ubaidy

Al-Ustaz Dr. Harith Al-Ubaidy, ketua anggota Parlimen Iraq dari Parti At-Tawaafuq (Parti Sunni Iraq) ditembak syahid pada Jumaat 12/6/2009 yang lalu selepas menyampaikan Khutbah dan mengimamkan Solat Jumaat. Pembunuhan tokoh-tokoh Islam Sunni Iraq sering dilakukan oleh salah satu dari 4 pihak : Perisik Amerika, Kerajaan Nuri Al-Maliky (Parti Syiah Sekular), Gerakan Mafia Syiah atau Tanzim Al-Qaedah.

Dr. Harith Al-Ubaidy 2

Jenazah Dr. Harith Al-Ubaidy dibawa ke pusara. Sejak 6 tahun penjajahan Amerika, pembunuhan terancang telah mengorbankan ribuan professional Islam terdiri dari para ulamak, imam dan khatib masjid, professor universiti, doktor pakar, pemimpin masyarakat, perancang ekonomi, jurutera berbagai bidang, ahli masyarakat dan sebagainya. Ini sebagai persediaan sebelum Amerika “mengundurkan diri” setelah “membebaskan” Iraq dari kekejaman Presiden Saddam Hussein. Iraq mesti dihancurkan bukan sahaja bangunan dan infrastrukturnya, bahkan sumber tenaga manusia cendikiawannya, agar Iraq memakan masa berabad untuk pulih semula.

Terang lagi bersulu, bahawa satu-satunya bahasa yang hanya difahami oleh Amerika di Iraq, Palestin dan lain-lain wilayah Islam yang dijajah ialah bahasa kekuatan dan Jihad, bukan bahasa perbincangan dan politik. Benarlah firman Allah swt bermaksud, “Mereka akan terus menerus memerang kamu sehingga mereka dapat memurtadkan kamu dari Agama kamu sekiranya mereka mampu” (Al-Quran). Sehingga hari ini, Batalion Salahuddin Al-Ayyubi, sayap tentera Barisan Penentangan Islam, Ikhwan Muslimin Iraq, telah melakukan 5000 operasi penentangan terhadap Penjajah Amerika sejak 5 tahun lalu di 9 wilayah utama, merangkumi ¾ keluasan negara Iraq. Operasi-operasi tersebut adalah dalam berbagai bentuk diantaranya periuk api, serangan berdepan, melancarkan meriam Hound dan berbagai jenis peluru berpandu.

Bush & kasut Zaidi

Sebelah kasut dilempar ke Presiden Bush, manakala Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliky di sebelah beliau.

Semoga Allah swt segera memberi kemenangan kepada Gerakan Islam yang berjihad menentang Penjajahan Amerika di Iraq dan mengembalikan kedaulatan dan kebebasan kepada umat Islam di sana. Ameen.

Ini Jalanku

Afghanistan

Today, 3rd of July, perkara yg sangat2 menarik juga sedang berlaku di Afghanistan apabila 4000 tentera digerakkan untuk satu operasi khas yang paling besar dalam sejarah penjajahan Afghanistan.

One Marine was killed and several others injured or wounded on the first full day of the assault Thursday, the largest military operation in Afghanistan since the fall of Taliban government in 2001.

The Pentagon is deploying 21,000 additional troops to Afghanistan in time for the elections and expects the total number of U.S. forces there to reach 68,000 by year's end. That is double the number of troops in Afghanistan in 2008 but still half as many as are now in Iraq. Detail News

This quatation from headline news really remind me to Black Hawk Down Movie.

Swine Flu dan Hadiah Bermakna

Semua orang tahu tentang kisah Melbourne dan Swine Flu, saban hari surat khabar di Malaysia sgt2 lah kelihatan panik, menjadikan para ibu bapa di Malaysia juga panik. Ramai akhawat yang tidak dapat bergerak ke mana-mana cuti kali ini dek kerana tidak mendapat keizinan dari ibu bapa di Malaysia.

Begitu lah juga saya, terkena tempias juga. Dalam debar, dalam banyak fikir, dalam istikharah, dalam cari maklumat banyak2 untuk dibentangkan kepada mereka, akhirnya...sms ini sangat bermakna,

"Baca selawat dan baca ayat Kursi banyak2 minta dilindungi dari segala bala musibah dan kejahatan. Pergilah mak iring dengan doa"

Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah atas keizinan, doa dan restu. Akhirnya saya direstui untuk menyertai winter gathering di Melbourne. Dilema winter kali ini bukan setakat swine flu, sangat2 banyak sebenarnya perkara lain lagi. Sehinggalah akhirnya saya membuat kesimpulan,

"kita akan diuji atas azam, janji dan kesetiaan kita. Namun yang membuatkan untuk kita terus berpegang teguh adalah apabila kita faham kenapa kita berazam dgn itu, kenapa kita membuat janji ini dan kenapa perlu terus setia/thabat. Asasnya membuat pilihan itu mestilah kukuh untuk ia terus bertahan. Time is also one of the tests. Aspek yg penting adalah kita perlu menjaga, membajai dan menyuburkannya"

p/s: saya berdebar, tapi saya kata, "saya mesti yakin", pohon doakan segalanya selamat sejahtera. ^_^.

2 comments:

AsNiza said...

banyak fakta yg menarik, tapi tajuknya tk berapa menarik.. patut di tukar dgn tajuk yg lebih menggambarkan isinya yg ilmiah..

hehe.. just my two cents ^_^

Thuaibah said...

hehe~ inilah gayanya kalo menulis dalam keadaan kesempitan ruang dan masa. thanks akak ^_^