Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya lagi untuk meneruskan kembara ilmu ini dengan pengisian-pengisian dari Ustaz Halim sebaik sahaja selesainya Winter Camp. Beliau berbicara tentang banyak tajuk, dari Tafsir Fi Zilalil Qur'an sehinggalah kepada peranan akhawat.
Ustaz Halim membuat beberapa kuliah Maghrib khas untuk akhawat bagi menekankan kepentingan peranan akhawat untuk masa depan Islam yang lebih baik. Sesi yang banyak membuka mata, memberi kefahaman dan menguatkan tekad.
Kenapa ia menjadi begitu berkesan? Kerana yang berbicara itu adalah yang memulakan tajuknya dengan, " saya mengahwini seorang akhawat ". Lantas terus dikuti dengan perkongsian pengalaman peribadi bagaimana solat beliau sendiri menjadi lebih terjaga selepas mengahwini seorang akhawat sewaktu masih menuntut dalam bidang kejuruteraan di Brisbane. Itu adalah peranan kecil yang besar kesannya, yang boleh dimainkan oleh seorang wanita yang ditarbiah dengan sebaiknya.
Analogi software juga menarik. Software akhawat mesti betul sewaktu di Australia lagi agar nanti boleh membantu mengeluarkan pandangan dan idea yang sangat bernas. Software yang baik dan cemerlang akan mengeluarkan output yang cemerlang apabila dimasukkan data-data input di Malaysia nanti. Realitinya, akhawat mampu memberikan pendapat dari sudut pandangan yang tidak kelihatan dari kaca mata seorang lelaki. "She really complements me dalam gerak kerja dakwah dan tarbiah" itulah ayat yang menyimpulkan peranan akhawat yang mempunyai software yang betul.
Dalam kisah perjanjian Hudaibiah, Rasulullah SAW sendiri memilih untuk mempraktikkan cadangan seorang wanita yang mempunyai software yang betul. Kala Rasulullah sugul kerana para sahabat enggan berpatah balik ke Madinah, Ummu Salamah mencadangkan agar baginda jangan berkata walau sepatah pun, tetapi segera membotakkan kepala dan berjalan pulang ke Madinah. Rasulullah menjadi sangat buntu dan sugul kerana para sahabat tidak bersetuju dengan perjanjian yang seolah-olah merugikan kaum Muslimin dan terpaksa membatalkan hasrat menunaikan haji pada tahun tersebut. Namun, akhirnya ternyata idea ini berjaya membuatkan para sahabat yang enggan berganjak kerana ingin meneruskan perjalanan ke Mekah, segera mengikuti perbuatan Rasulullah membotakkan kepala dan berjalan pulang ke Madinah. Idea yang bernas ini tidak akan dapat dilahirkan oleh seorang wanita yang tidak cukup memahami realiti sebenar masyarakat.
Banyak lagi peranan yang boleh dimainkan oleh seorang wanita untuk pembentukan keluarga yang baik, menjadi tulang belakang para daie seterusnya menjadi agen pembaikan ummat tetapi syaratnya ialah, "akhawat mesti lebih bersungguh-sungguh menyediakan diri untuk ditarbiah dan mentarbiah".
Beliau juga memberi gambaran dan menjawab pelbagai soalan tentang cabaran kesinambungan dakwah dan tarbiah di Malaysia. Cabaran apabila terpaksa membahagikan masa antara kerjaya, ibu bapa, rumahtangga dan dakwah. Kuliah yang banyak menyedarkan saya akan realiti kehidupan pasca undergrad. Satu kehidupan yang bukan senang untuk dilalui dan perlu dilengkap dengan ilmu dan kefahaman yang sebaiknya.
Selepas beberapa kali memberi contoh cantik peranan seorang akhawat yang sangat dekat dengan dirinya, beliau memberi ayat sangat menambahkan semangat, "dia adalah seorang yang lahir dari tarbiah di sini, di Australia".
Akhirnya, saya tersenyum penuh (senyum syumul^_^) kala mendengar hadith yang dilafazkan dalam Bahasa Arab, “Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”. Haaa...baru faham sekarang...apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadith itu. Seluruh dunia boleh jadi soleh kerana wanita solehah, tak percaya ke? ^_^.

Isteri Ustaz Halim, Ustazah Fariza juga akan tiba di Australia pada 15 July ini untuk bersama akhawat di beberapa states di sini. Akhirnya, mereka berdua akan ke Brisbane (oh, sungguh cemburu dengan orang2 Brisbane yang mendapat lawatan istimewa dari pasangan yang sama-sama pernah belajar di situ suatu masa dahulu).
"Asas perbaikan umat adalah perbaikan rumahtangga, sedangkan perbaikan rumahtangga bermula dari pembenihan peribadi para pemudi. Kerana, wanita adalah guru bagi dunia. Dialah yang menggoyang tempat lahir dengan tangan kanannya dan menggoncangkan dunia dengan tangan kirinya. Para remaja putri harus mengetahui bahawa tugasnya merupakan tugas yang paling suci dan pengaruhnya ditengah umat sangat mendalam. Dia mampu memperbaiki keadaan umat ini, bila ia benar-benar mencurah perhatiannya pada upaya perbaikan. Oleh sebab itu, kita semua berkewajipan untuk memperbaiki diri."
(Labibah Ahmad,22, Ketua Divisi Akhawat Muslimah, Kairo)

Jadi, apa kisah sebenarnya? Kisahnya adalah kisah wanita yang disinonimkan dengan lembut dan lemah, tetapi dia adalah kekuatan untuk suami, anak-anak dan ummat.
7 comments:
ksimpulannya adalah:
walaupun anda seorang makcik,
makcik tetap merupakan kategori akhawat.
tarbiyah diri dan muhasabah, makcik.
baek pak cik, makin menjadi memanggil orang mak cik...isk2~
berusaha jadi lebih baik! jom~!
yg dia panggil org kekanak tu xpe pulak~
lalala~
erm..ramai warga ILI panggil awak kanak2 :p
Entry yag baik dan bermakna buat muslimah.
Harapnye dengan terbina kukuhnya Bait Muslim yang semakin banyak di sini(mesir) akan memantapkan lagi dakwah di Malaysia.. Begitu juga di OZ.
~Salam ziarah dari kaherah~
besnyer....
rindu sgt2 pd tanah tarbiyyah...huhu
hazim azhar:
insyaAllah.
kak nadia:
i think i will miss aussie jugak ble balik nnti ^_^.huhu~ Be happy jd orang Dungun ye akak :D
Post a Comment