Saturday, August 13, 2011

24th!

Dalam entry yang lepas saya kata tahun nie tak ada midnight birthday celebration. Memang tak de lah on 9th malam 10th august, tapi ada on 10th malam 11th...=D

Sy kan baru kt UiTM nie, jd kawan2 tak de fb sy, tak tahu pun sy blogging..so there's no way mereka akan tahu my birthday. Except Nisa and Azrul yang wish dalam kelas. So on 10th baru diaorang tahu my birthday...dadadaaaa..sy kena marah sbb tak beritahu *takkan sy nk bgtau kot* walaupun sy memang sleepover kt rumah mereka malam-malam, so boleh sahur sama-sama.

Maka terjadilah pada 10th malam 11th, lps balik terawikh kt Masjid sy hantar diaorang balik rumah, saya kata nk balik rumah dulu and settle my things. Mira dan Ila cm tak nak bergerak dan tak nak turun dari kereta, beria-ia ajak sy naik terus and kalo sy nk dtg later they want confirmation that i will come to sleepover. Lama gak lah duk main tarik tali berdolak dalik cmtu sbb sy tak nak bg janji pasti that I will come to sleep...*sampai sy rs geram dengan mereka yang tak nak turun dari kereta unless saya berjanji confirm dtg*...mereka siap ugut nak amik buku-buku saya, so I have to come sbb nanti tak de buku nak study.

Saya balik rumah untuk buat beberapa perkara, mandi, tukar baju, baca Qurán satu juzuk, simpan dan kemas itu dan ini. Tiba-tiba Ila sms pesan suruh beli makanan dan bawa ke rumahnya, *sbgai taktik to ensure I will come*

Saya pun pegilah ke rumah mereka lewat malam sudah, dan disambut dengan celebration yang agak meriah. Daaaa...ada kek secret recipe, kek span, apam pokkedot, ayam goreng dan air milo sejuk campur ais kegemaran! *mereka dah perasan betapa milo-addictednya saya*

at 1 a.m..
excuse me for super kecik anak tudung, it's a surprise in the middle of the night

"jaga seri" pesanan untuk kawan yang "tak kisah"

comel..=)

pen berukir "thuaibah" untuk sign borang, thank you=)

credit to Ila for capturing the pictures :-)

Mereka nie semua kawan-kawan yang saya baru kenal di UiTM. Saya masuk kat sini sorang-sorang, dan perkenalan kami bermula dari "zero". They have helped me a lot in adapting with my new life in UiTM. Thank you Allah for granting me good friends..

Last but not least, ada seseorang yang tidak boleh ditinggalkan untuk diberi penghargaan, Cik Ainun=). Dia yg berada dalam diary birthday saya sejak tingkatan 2 sehingga kini, watak dia adalah significant setiap tahun. Tahun lepas dia bg saya novel pasal doktor by Sidney Sheldon lps belanja saya makan di Mid Valley dan One Utama...*T_T*. She's a busy Deloitte Auditor now....so a phone call to wish is more than enough! thank you cik nun=).

Konkusinya, quoting the meaningful wish from Amalina (my usrah mate for 3 years);
"...semoga allah meredhai umurmu,dan kamu juga redha dgn apa Dia sediakan utkmu [bayyinah:7-8]
Pesanan yang amat-amat bermakna untuk hari lahir terakhir sebagai Single. Waktu kita Single, kawan-kawan memang memainkan peranan besar dalam kehidupan kita, pengalaman kita dan juga mood kita. Tapi bila dah berkahwin, tidak dapat tidak suami akan memainkan peranan yang besar walaupun dia adalah individu yang seorang, bukan ramai seperti kawan-kawan. "Dia" watak baru yang akan memainkan peranan besar dalam kehidupan kita, pengalaman kita dan juga mood kita.

Moga saya dapat redha, sabar dan tabah untuk menghadapi apa jua yang akan berlaku selepas ini dan tahun-tahun yang mendatang. Dan tiada kekuatan itu datang melainkan daripada Allah SWT sendiri.

Terima kasih semua...
Doakan saya dapat suami yang dapat menggembirakan saya juga..=)

No comments: