Saya dengan segala hormatnya ingin menjemput semua rakan, guru dan sesiapa sahaja yang mengenali saya ke rumah saya pada sebelah petang 4 Syawal / 2 September nanti sempena kenduri kesyukuran perkahwinan saya.
Semoga peluang kami untuk memulakan kehidupan yang baru pada hari baik bulan baik ini akan menjadi permulaan yang baik untuk sebuah perkahwinan yang penuh barakah.
Seperti semua orang tahu kita digalakkan untuk membaca Al-Qurán di bulan Ramadhan. Bukan baca Qurán sahaja tetapi kita juga dituntut untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang lain. Kenapa? Sebab pahala untuk setiap kebaikan dalam bulan Ramadhan ni berganda-ganda.
Berbalik kepada baca Qurán, tak senang sebenarnya nak habiskan 30 juzuk dalam bulan Ramadhan.
Sebab;
1. Kita juga ada banyak komitmen lain yang turut berjalan seiring dalam bulan Ramadhan, contohnya; kerja yang dari pagi sampai petang, sesetengah orang kerjanya sampai malam, dan sampai pagi esoknya pula baru balik ke rumah. Walaupun bulan puasa, sesetengah pekerjaan memang tetap sibuk seperti hari biasa. Ini mengurangkan masa untuk membaca Qurán.
2. Student: exam. Perkara yang sinonim bagi student. Kalau masa tak banyak dan kita memilih untuk membaca Qurán dan tak sentuh buku study tak jadi juga. Allah pun tak suka, jadi kita kena bijak pilih priority antara dua kebaikan. Mungkin kita boleh lakukannya seiring sama banyak baca Qurán dan study, atau ada kalanya kena memilih mana yang lebih utama untuk dilebihkan.
3. Perempuan: tolak time tak boleh solat. Dah seminggu tertinggal dari bacaan juzuk sepatutnya. Jadi kena cover baca lebih dari satu juzuk sehari untuk beberapa hari. Mencabarkan? Lelaki tak ada alasan ini.
4. Perempuan: extra-job: bangun masak sahur (untuk orang yang dah berkahwin), masak berbuka puasa, buat kuih raya, jahit baju raya dan sebagainya. Ada extra job untuk perempuan di bulan Ramadhan nie. extra-job tuh dapat pahala juga, tp sebab entry nie fokus kepada "khatam Qurán", maknanya perempuan ni cabarannnya lebih untuk mencari masa dan kesempatan membaca Qurán.
Jadi?
1. Apabila berjumpa dengan konflik kerja yang sangat sibuk, pandai-pandailah kita cuba lakukan yang terbaik. Mungkin tahun ini tak sempat khatam Qurán, tahun depan boleh cuba untuk azam supaya dapat khatam Qurán. Tapi at least sekali seumur hidup tu dapatlah kita khatam Qurán di bulan Ramadhan. Fadhilat baca Qurán ni banyak.
“Bacalah Al-quran karena sesungguhnya Al-quran itu datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya“. ( HR. Muslim)
2. Pelajar: Pandai-pandailah cari masa, balance kan masa, jika sebelum exam mungkin tertinggal beberapa juzuk, lepas exam gandakan lah, kalau dah tak ada komitmen lain 5 juzuk sehari pun mampu sebenarnya. Sedangkan ada sahabat-sahabat Nabi SAW mampu habiskan satu Qur;an setiap malam di bulan Ramadhan. Ada kalanya exam tidak mengganggu bacaan Qurán pun.
“Orang yang membaca Al-Qur’an dengan mahir akan bersama para malaikat yang mulia. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an dengan terbata-bata serta berat dalam membacanya, maka ia akan mendapatkan dua pahala “. (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Perempuan: Begitulah, kena pandai bahagikan masa dan letakkan keutamaan. Mujahadah dan Tadhiyyah. Jika dah berkahwin komitmen di dapur pada bulan Ramadhan memang lebih banyak berbanding yang hidup bujang. Jadi, sementara hidup bujang pastikan diri dapat habiskan 30 juzuk. Kaum suami dan bapa pun dapat menumpang pahala jika tolong cepatkan kerja isteri di dapur agar isteri dapat kesempatan tahajud dan baca Qurán.
“Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi, siapa yang disibukkannya oleh al-Quran daripada memohon kepadaku, nescaya aku kurniakannya yang lebih afdal daripada yang aku kurniakan kepada orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah SWT berbanding dengan semua kalam sama seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya.”(HR Al Tirmizi)
Walau apapun keadaan kita, cubalah untuk membaca Qurán sebanyak mungkin dalam bulan Ramadhan ini.
Allah melihat usaha dan kesungguhan kita, bukan natijahnya!
Saya tengah sangat berazam untuk menghabiskan 30 juzuk walaupun telah agak ketinggalan kerana bercuti tidak puasa dan minggu ini adalah minggu exam mid semester. Masih optimis mampu habiskan 30 juzuk, berusaha, Jom!
Dalam entry yang lepas saya kata tahun nie tak ada midnight birthday celebration. Memang tak de lah on 9th malam 10th august, tapi ada on 10th malam 11th...=D
Sy kan baru kt UiTM nie, jd kawan2 tak de fb sy, tak tahu pun sy blogging..so there's no way mereka akan tahu my birthday. Except Nisa and Azrul yang wish dalam kelas. So on 10th baru diaorang tahu my birthday...dadadaaaa..sy kena marah sbb tak beritahu *takkan sy nk bgtau kot* walaupun sy memang sleepover kt rumah mereka malam-malam, so boleh sahur sama-sama.
Maka terjadilah pada 10th malam 11th, lps balik terawikh kt Masjid sy hantar diaorang balik rumah, saya kata nk balik rumah dulu and settle my things. Mira dan Ila cm tak nak bergerak dan tak nak turun dari kereta, beria-ia ajak sy naik terus and kalo sy nk dtg later they want confirmation that i will come to sleepover. Lama gak lah duk main tarik tali berdolak dalik cmtu sbb sy tak nak bg janji pasti that I will come to sleep...*sampai sy rs geram dengan mereka yang tak nak turun dari kereta unless saya berjanji confirm dtg*...mereka siap ugut nak amik buku-buku saya, so I have to come sbb nanti tak de buku nak study.
Saya balik rumah untuk buat beberapa perkara, mandi, tukar baju, baca Qurán satu juzuk, simpan dan kemas itu dan ini. Tiba-tiba Ila sms pesan suruh beli makanan dan bawa ke rumahnya, *sbgai taktik to ensure I will come*
Saya pun pegilah ke rumah mereka lewat malam sudah, dan disambut dengan celebration yang agak meriah. Daaaa...ada kek secret recipe, kek span, apam pokkedot, ayam goreng dan air milo sejuk campur ais kegemaran! *mereka dah perasan betapa milo-addictednya saya*
at 1 a.m..
excuse me for super kecik anak tudung, it's a surprise in the middle of the night
"jaga seri" pesanan untuk kawan yang "tak kisah"
comel..=)
pen berukir "thuaibah" untuk sign borang, thank you=)
credit to Ila for capturing the pictures :-)
Mereka nie semua kawan-kawan yang saya baru kenal di UiTM. Saya masuk kat sini sorang-sorang, dan perkenalan kami bermula dari "zero". They have helped me a lot in adapting with my new life in UiTM. Thank you Allah for granting me good friends..
Last but not least, ada seseorang yang tidak boleh ditinggalkan untuk diberi penghargaan, Cik Ainun=). Dia yg berada dalam diary birthday saya sejak tingkatan 2 sehingga kini, watak dia adalah significant setiap tahun. Tahun lepas dia bg saya novel pasal doktor by Sidney Sheldon lps belanja saya makan di Mid Valley dan One Utama...*T_T*. She's a busy Deloitte Auditor now....so a phone call to wish is more than enough! thank you cik nun=).
Konkusinya, quoting the meaningful wish from Amalina (my usrah mate for 3 years);
"...semoga allah meredhai umurmu,dan kamu juga redha dgn apa Dia sediakan utkmu [bayyinah:7-8]
Pesanan yang amat-amat bermakna untuk hari lahir terakhir sebagai Single. Waktu kita Single, kawan-kawan memang memainkan peranan besar dalamkehidupan kita, pengalaman kita dan juga mood kita. Tapi bila dah berkahwin, tidak dapat tidak suami akan memainkan peranan yang besar walaupun dia adalah individu yang seorang, bukan ramai seperti kawan-kawan. "Dia" watak baru yang akan memainkan peranan besar dalam kehidupan kita, pengalaman kita dan juga mood kita.
Moga saya dapat redha, sabar dan tabah untuk menghadapi apa jua yang akan berlaku selepas ini dan tahun-tahun yang mendatang. Dan tiada kekuatan itu datang melainkan daripada Allah SWT sendiri.
Terima kasih semua...
Doakan saya dapat suami yang dapat menggembirakan saya juga..=)
Rajin pulak mahu menulis enty malam-malam nie, it's my birthday night tonight..
Feel something missing...from all those yearssssss
no midnight birthday celebration..teringat lah pulak kan sbb dah bertahun-tahun memang celebrate macam tue. with all sort of things accompanied that, jak dari zaman umur 18 tahun. Rindu kawan-kawan yang pernah buat macam-macam untuk saya, macam-macam, yang kreatif yang menarik, yang surprise, yang terharu, yang lucu, yang sweet dan sebagai bagainya. Dalam tempoh usia remaja tu memang tempoh masa berkenalan dan berkawan dengan ramai orang, jadi rempah ratus dan rencah yang terjadi pun banyak lah juga...
Kenapa saya tulis sejak umur 18 tahun? Sebab sejak usia 18 tahun baru saya duduk dengan kawan-kawan. Saya tidak bersekolah asrama. Bila duduk dengan kawan-kawan nie bermula lah segala bagai jenis midnight celebration setiap tahun.
Masa tuh, jika tidak celebrate face to face pun, mesti berduyun mereka-mereka yang rapat dan special tunggu pukul 00:00:01 utk jadi orang 1st wish birthday. Manfaatkan teknologi sms dan call, hehe... time baru habis sekolah dan baru ada handphone.
Yang paling happening masa 1st year di Canberra, sbb hampir satu batch dari semua kursus berparti malam tu, 1Malaysia. Kami tidak tahu kedai kek yang halal, maka budak-budak 1st year nie 'bergotong-royong" membuat sendiri kek yang besar.
Yang paling syahdu dan sweet lagi membekas di jiwa masa final year, yang disambut bersama murabbi dan mutarabbi. Bersama kisah sebuah kek cokelat moist yang sampai sekarang saya masih rasa "guilty". Hampir 2 bulan sebelumnya, housemate bertanya, "thuaibah, apakah kek idaman awak?". Saya pun menjawab dengan penuh khayal lagi action tanpa mensyaki apa-apa, dengan ayat pertama...."kek idaman saya tiada siapa boleh buat, dia macam ada kt syurga je"...daaa..
Si kawan yang baik hati itu meminta saya menerangkan bagaimana kek itu dengan lebih terperinci, maka saya dengan penuh selamba dan actionnya, menerangkan khayalan saya.
*Ting* kek itu ada di depan mata pada malam birthday.
Ya ALLAH, bersalahnya Allah je tahu, nak menangis masa tu jugak. Saya ingat dia tanya suka-suka sambil borak-borak, saya pun apa lagi menyebarkanlah imaginasi mengada saya..she has to use cadbury chocolate bar untuk buat kek tu, bukan coklat masakan biasa dan try buat beberapa kali utk pastikan dpt hasil yang memuaskan... dan saya tidak menyedarinya walaupun kami serumah!....until sekarang saya masih rasa bersalah, lebih dari rasa terharu yang amat!
Setiap tahun ada cerita tersendiri, saya amat menghargai semuanya sampai bila-bila.
Ada satu kenangan sewaktu hari lahir ke-18 yang masih kuat dalam ingatan, tahun 2005 di dalam kelas Rotorua di INTEC. Tiba-tiba ada seekor "burung" terbang dan mendarat di atas meja saya dalam kelas sewaktu saya khusyuk membuat kerja.
Burung itu diperbuat daripada duit kertas RM 1 dan dilipat-lipat menjadi bentuk burung dan boleh terbang ke meja saya. Bila dibuka lipatan duit kertas RM1 itu terlihatlah ukiran Happy Birthday yang agak unik.
Saya masih simpan duit kertas RM1 itu dalam album gambar di rumah saya. It's a simple yet meaningful. Ia adalah hadiah birthday kreatif yang pertama pernah saya dapat.
Seorang sahabat pernah membuat handmade geeting card masa tingkatan 3. Saya ingat sampai sekarang kerana dia adalah salah sorang pelajar cemerlang sekolah, dan dia membuat kad 4 muka surat itu sewaktu tengah-tengah peperiksaan TRIAL PMR. Saya impress kot, hehe.
------------------------------------------------------------------------------------------------
after all, not cakes, cards, fresh flowers, books that count, but their sincere efforts (that i can see with my heart) and love that will always remain in my heart.
no midnight birthday celebration;
tahun ini landskap nya lain.
akhir kata,
Selamat menambah amal semua, Ramadhan sudah selesai 1/3.