Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, diktaktor 30 tahun berundur. Mereka di Tahrir Square pun ramai yang tidak percaya beliau boleh berundur, walaupun selepas Jumaat ke-dua mereka telah bertekad, "He down, or we die".
Saya rasa seluruh dunia kagum dengan apa yang berlaku di Mesir. Kenyataan pemimpin-pemimpin dunia banyak menyatakan kekaguman terhadap ''kuasa rakyat''.
Saya paling kagum apabila juta-juta manusia berkumpul di pelbagai tempat di seluruh Mesir, tp dalam keadaan aman, tiada bangunan dan kereta dibakar selain daripada balai polis dan pejabat parti mubarak.
Kita selalu lihat biasanya, apabila wujud demostrasi mesti berlaku kekacauan yang sungguh menjengkelkan. Tp semua orang yang celik tahu biasanya ia berpunca dari pemerintah (baca: mata-mata agent pemerintah) yang diarah utk membuat provokasi supaya nanti nampak penunjuk perasaan adalah manusia-manusia yang sukakan keganasan. Begitulah imej hampir di seluruh dunia terutama di negara-negara dunia ke-tiga. Di Malaysia pun apa kurangnya, sampai demonstrasi pasca-reformasi 1998, penganjur akan keluarkan peringatan kepada penunjuk perasaan untuk tidak turut serta jika nampak ada orang mula memecahkan itu ini, mula menyerang polis/FRU dll kerana mereka telah belajar dari pengalaman lepas bahawa terdapat orang-orang yang diupah untuk membuat provokasi. Saya pernah baca juga agar lapor kepada wakil penganjur jika ada tindakan-tindakan memulakan keganasan dilakukan, dan paling menarik, terdapat gambar-gambar agent yang berjaya ditangkap kerana cuba melakukan provokasi. Semuanya hasil kesepaduan orang ramai yang mahu berdemonstrasi secara aman. Itu yang penunjuk perasaan di Malaysia belajar dari pengalaman-pengalaman demonstrasi yang lepas.
Namun, kita di Malaysia paling ramai pun 100,000 orang berdemonstrasi, itu pun saya tengok nak kekal jadi aman agak sukar, kerana akan ada pihak yang akan ambil kesempatan melakukan pelbagai perkara supaya memberi nama buruk kepada penunjuk perasaan.
Tapi di Mesir, berjuta-juta orang menunjuk perasaan di pelbagai tempat di seluruh negara. Saya sangat kagum bagaimana mereka boleh kekal tidak memberontak selepas saudara mereka dibunuh (hampir 300 orang mati sewaktu awal demonstrasi), mereka juga bersatu jaga keselamatan kampung dan bandar selepas polis membuka penjara dan membebaskan banduan agar banduan membuat kacau (tanyalah pelajar Malaysia yang balik dari Mesir, mesti mereka akan cerita yang ramai dari mereka juga berjaya malam untuk jaga kawasan), spontan membuat benteng manusia menghalang pencuri yang menceroboh Muzium Kaherah (dimana harta-harta, mumia dan Khazanah Firáun banyak disimpan) daripada keluar lantas menyerahkan mereka kepada tentera, dan sebenarnya nak kawal juta-juta orang nie bukan senang. Ada wartawan Malaysia yang pergi ke sana membuat liputan "Operasi Piramid" ditahan 6 kali dalam jarak perjalanan dari Lapangan Terbang ke Hotel terdekat oleh penunjuk perasaan dengan tujuan hanya satu, mahu periksa barang samada ada barang-barang merbahaya dan tajam dibawa atau tidak. Mereka mahu memastikan tiada orang masuk ke "Tahrir Square" bawa benda-benda merbahaya dan buat kacau. Tapi kita semua tahu bahawa untuk melakukan semua ini selama 18 hari tidak mudah kerana orang sangat ramai.
Saya puji tindakan tentera, namun saya terfikir juga, kenapa tentera Mubarak ini boleh menjadi agak professional sedangkan para pemimpin atasannya adalah orang-orang kepercayaan diktator Mubarak juga?
Saya terpinga-pinga melihat sangat ramai wanita muda dan tua, lelaki dewasa dan tua menangis dan mencium tentera meraikan kejatuhan Mubarak, lelaki pun boleh jadi sampai begitu sekali kerana Mubarak? Lantas saya terfikir, adakah hampir semua rakyat Mesir pernah merasa secara langsung peritnya kejahatan tangan Mubarak?. Saya tahu tentang rejim Mesir suka menangkap orang tanpa sebab dan orang tersebut boleh hilang begitu sahaja (sama seperti Israel di Palestine). Adakah semua mereka yang menangis ini pernah merasai pengalaman adik, anak, suami, ayah atau datuk mereka menjadi salah satu mangsa lantas mereka mendapat kesan langsung? Tangisan mereka membuat saya sangat tertanya-tanya..
Dan Jumaat ke tiga, 11 February 2011 menjadi saksi keikhlasan mereka, menjadi bukti doa orang yang dizalimi dan memberikan mereka amanah yang lebih besar untuk mencorakkan sendiri masa depan yang lebih baik. Cabaran masih getir untuk membuang budaya tidak demokratik, korupsi dan pelbagai lagi yang berakar umbi dalam jabatan-jabatan kerajaan dan keseluruhan sistem kerana sejarah kezaliman Mesir bukan hanya bermula di zaman Presiden Hosni Mubarak, malah juga dari Presiden sebelumnya, Anwar Sadat, Gamal Abdul Nasir dll. Mesir juga adalah negara yang Amerika, Israel dan Barat sangat berminat untuk campur tangan menentukan dasar-dasar utama dan corak pemerintahan negara, jadi mereka akan mengatur dengan penuh licik agar orang-orangnya berada di kerusi Presiden dan jawatan-jawatan penting negara. Semua orang mesti bijak, bijaksana dan sabar.
Harapan paling kecil saya ialah agar Mesir dapat melonggarkan sekatan sempadan Palestine, lalu rakyat Palestine dapat lebih banyak bekalan makanan dan ubat-ubatan.

2 comments:
Negara Mesir sangat strategik...Mana mungkin Amerika ingin melepaskannya ketikamana keseluruhan bahagian barat israel berkongsi sempadan dengan negara mesir...
Dengar cerita juga mesir mempunyai pasukan tentera yang walaupun dorman tetapi mempunyai upaya yang tinggi dari segi bilangan dan juga determinasi...
Itupun 'mereka' harus risau juga
Tetapi, berbalik kepada persoalan yang lebih penting:
Apakah pilihan rakyat mesir selepas ini?
Adakah ada pengganti yang lebih 'barakah' daripada mubarak ataupun mesir akan terus dipimpin oleh copycat2 Gamal abdul naser?
Harap rakyat mesir tidak berhenti 'tunjuk perasaan' setakat membuang mubarak dari kerusinya sahaja...
teruskan berdemo sampai pengganti yang beramanah memimpin negara dan rakyat yang hebat itu...
Hurm..Perjanjian US and Israel dengan tentera Mesir dalam pelbagai sudut dah berakar umbi lama kerana mereka sedar bangsa Mesir adalah manusia2 yg boleh jd tentera yang hebat, tak tahu lah kalo tentera mampu berpaling tadah dari US dan Israel. Ust Halim pernah mention ms Winter Gathering tentang perang Arab-Israel dulu yang mendedahkan kepada Israel bhw bangsa Mesir adalah bangsa paling kuat fizikal mereka, jadi tidak hairanlah Mesir menjadi negara pertama yang menandatangi Perjanjian damai dengan Israel. Mengetahui semanagat dan kehebatan rakyat Mesir, Amerika membuat perjanjian mengambil alih pembekalan makanan ruji rakyat, Gandum. Dibekalkan dengan kapal laut. Setiap masa bekalan hanya ada untuk 3 minggu, jika Mesir "bising2 atau tak dengar kata", kapal bawa bekalan gandum akan lambat sampai. Begitu realiti musuh menjaga negara ini, dari sudut bekalan makanan rakyat dan juga tenteranya.
***antara sebab terbesar Vietnam menang Perang dengan Amerika dulu adalah kerana negara itu is "self-sufficient", walaupun hubungan negara itu terputus dengan negara2 luar dan bahan import/eksport tidak boleh sampai, mereka ada bekalan makanan ruji di negara sendiri, cukup tanpa perlu bergantung kepada makanan import langsung.
Di sini Malaysia patut bimbang, beras kita 80% bergantung kepada beras import.
Memang masa depan Mesit mmg belum tentu, dan saya mensyaki, Mubarak masih mempunyai "say" dalam kerajaan tentera skg, apatah lagi Omar Suleiman is still officially there.
Rakyat nak demo lama2 kne ada Coordinasi dan Synergy yang bagus antara semua Organizer, which from what I can see, during the 18days demonstration, they'r not well coordinated and planned...lagipun rakyat Mesir sebelum nie hanya bercita-cita menjatuhkan Mubarak, kerana even orang yang berdemonstrasi pun tak percaya Mubarak boleh dijatuhkan sehingga mereka sampai ke tahap memperjudikan nyawa mereka untuk menjatuhkan diktator itu. Krn Diktaktor itu dr segi logiknya memang sgt sukar dijatuhkan!
Skg dia dh jatuh, mungkin rakyat Mesir yang dah balik rumah tu boleh mula pantau perkembangan kerajaan tentera and react towards that.
Here is a good read!
Al-Jazeera: What make a revolution a success. http://english.aljazeera.net/indepth/opinion/2011/02/201121393446561799.html
Post a Comment