Friday, July 30, 2010

Bahasa Melayu yang baik

tengahari tadi sewaktu dalam kereta untuk keluar lunch, seorang kawan baru dari department lain tiba-tiba bertanya, "kenapa bahasa melayu awak sangat bagus?"

oh, that's not the first time i get this kind of question....sangat2 banyak kali terutamanya ketika berada di Malaysia.

"u cakap dengan bahasa dan tatabahasa yang sangat bagus"

betul kah? kt mana bagus nya?

am i not suppose to?

Sunday, July 25, 2010

What I Believe


In this thin book, Dr Tariq Ramadhan attempts to explain his stand in many issues relate to Muslim and Non Muslim, east and west in the simplest way. According to him, this is the book specifically for busy people who want to understand his thought, and they should refer to his respective books to understand in detail the discussion on varies topics.

In general, he's trying to help Muslims all over the world to revolutionise their way of thinking so that they can act and play a better and bigger role in the this modern, challenging decade.

However, I can see that he is focusing more to Western Muslims to escape the mental, social, cultural, and religious ghettos they have created for themselves and become full partners in the democratic societies in which they live. He's also trying to comprehend the non Muslims about the real Islamic principles and values, fighting the misunderstanding as well as misconception about Islam in the west.

Some Muslims oppose his opinion and stand, but I personally think that he does not bring any new teaching or principle which is not congruent with Islam. He just helping people to think from another angel and reform the old approach while the fundamental is still the same.

As his grandfather, he is the reformist.

~ signing the pink-veiled girl's copy of 'What I Believe' ~

Thursday, July 22, 2010

Apa motif?

Selepas membaca blog InI (blog si Syawal, adik Kak Syafinaz Melb), tiba-tiba sy teringat satu peristiwa yang berlaku kepada saya beberapa hari yang lepas. Lebih tepatnya pada 19 July, kira-kira pukul 9. 15 malam sekitar seksyen 27, Shah Alam...lg tepat lagi di lorong berdepan dengan kilang Proton.

Saya memang takut drive sorang-sorang jauh-jauh malam-malam tapi apakan daya, tiada pilihan lain.. nak tak nak kne lah drive juga.

Ada lah seorang polis muda ini menahan dengan cara memotong kereta saya dan memberi isyarat agar saya berhenti di tepi jalan.

Saya pun berhenti lah. Dalam hati dah cuak dah, takut pun ada. Dalam kepala saya terfikir kemungkinan dia bukan polis tetapi menyamar polis (walaupun ada vest tulis POLIS kat belakang baju dia). Tapi kenapa dia sorang je. Teringat cerita-cerita kt TV dan berita kt newspaper.

Walaupun kita perlu bersangka baik, tapi dalam keadaan tertentu, tidak bersangka baik mungkin perlu...precaution

Dia berhentikan motor dia then berjalan ke arah saya sebelah pemandu. Masa tu saya dah decided, "whatever happen saya takkan keluar dari kereta nie" sambil mata menjeling kepada besi pengunci streng kereta yang berada di atas tempat duduk sebelah. Then dia tanya, "kenapa guna handphone masa tgh drive?" huhu.. (sy consider jalan tuh kosong, xde kereta means tak sibuk masa saya buat tu) then dia tnya lagi, "cakap dengan siapa?". Saya kata, "kawan", dia tnya "nak pegi mana", dengan selamba saja jawab, "pejabat ISMA" (cm dia tahu je pejabat ISMA tuh kt mana).

Sama cm kes Syawal, dia minta IC dan lesen. Saya bagi. Dia ambil bawa kt motor dia kt bahagian belakang kereta. I sit still, tak buka pintu kereta, tak keluar. Duduk situ tunggu je.

Then, dia datang balik bagi IC n lesen tuh. Saya pun tya, "kene saman ke?" dia tak jawab. Then, I asked for surat saman (manalah tahu nak dapat saman kedua sejak menjadi pemengang lesen memandu). Dia kata, "tak saman".

Then, sy pun pergi. After a while I noticed that his motocycle was always near to my car, kejap kat tepi kejap kat belakang. Then, I decided utk turn right, left, u-turn, go straight, u-turn etc. Kali terakhir saya nampak dia adalah ms dia bg hon dan pergi.

Sampai kat Pejabat ISMA, Akh Zhafri dah mula perbentangan~

Monday, July 12, 2010

Persembahan Dua Cinta



Assalamualaikum wbt

'Cinta di Rumah Hassan Al-Bana' diterbitkan dengan menukilkan memori indah anak-anak Hasan Al-Banna bersama ayah mereka yang tidak pernah membuatkan mereka berasa terpinggir di saat si ayah sibuk berjuang demi Islam, si ayah yang mengikrarkan bahawa ummat ini lebih disayangi dari segalanya dan si ayah yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk dakwah. 'Persembahan Cinta Isteri Hasan Al Banna' adalah buku yang agak baru diterbitkan. Buku yang mengimbangkan kesan daripada buku yang diterbitkan lebih awal iaitu 'Cinta Di Rumah Hasan Al Banna'. Dua buah buku yang membicarakan dua insan mempersembahkan cinta terbaik mereka kepada pasangan, kepada keluarga dan kepada dakwah ummat.

Kenapa buku 'Persembahan Cinta Isteri Hasan Al Banna' dikatakan mengimbangkan kesan daripada buku yang pertama? Sesiapa yang membaca buku yang pertama akan merasakan Hasan Al-Banna sangat hebat di luar rumah dan di rumah. Dunia mengetahui apa peranan Hassan Al Banna dalam mengasaskan sebuah gerakan Islam yang memberi impak yang sangat besar dalam sejarah negara Mesir dan juga perkembangan Islam dan politik di seluruh dunia. Tentunya beliau sangat sibuk di luar rumah, menjelajah ke seluruh Mesir dan menghadiri pertemuan di sana dan di sini. Tetapi beliau masih mampu berperanan yang sangat besar, dekat dan teliti kepada keluarga dan anak-anaknya. Dari menyimpan rekod peribadi kesihatan dan pendidikan anak-anak sehinggalah menghantar bekal si anak ke sekolah, dari menegur dengan hikmah si anak yang tidak menghormati tetamu, sehinggalah menangani isu anak lelaki ketagih membaca komik, semuanya mujahid ulung ini dapat lakukan.

Lantas mungin ramai yang berangan-angan satu figure idealistik sebegitu. Tidak sedikit pula yang tertanya-tanya, jika banyak sekali sumbangan Hasan Al-Banna dalam rumah tangga, maka apa pula peranan si isteri?



Buku kedua menukilkan peranan isteri Hasan Al-Bana, Lathifah yang sebenarnya sama hebat, dari kekukuhan jiwa taqwanya sehinggalah kekuatan fizikalnya. Seorang wanita muslimah yang tenang melepaskan Hasan Al-Banna keluar berjuang sehingga berminggu-minggu tidak pulang ke rumah, yang menawarkan segala harta di rumah untuk dakwah Ikhwan, seorang wanita yang meneruskan kandungan selepas kematian Hassan Al-Banna di saat para doktor menasihati untuk mengugurkannya. Dia akhirnya membesarkan sendirian putera dan puteri Hasan Al Banna setelah kematian suaminya, mendidik kesemua anak-anak kecil itu menjadi pakar yang soleh dan solehah dalam pelbagai bidang ilmu. Lathifah melakukannya dalam pengawasan, pemantauan dan tekanan tentera Mesir yang ketat selama bertahun-tahun. Masalah kesihatan, ancaman tentera dan kesempitan kewangan yang dihadapi selepas kematian Hassan Al-Banna seakan-akan semakin menguatkannya untuk mendidik amanah peninggalan si suami menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat, menjadi tokoh masyarakat berbakti buat ummat.

Di belakang seorang lelaki yang hebat, memang berdiri seorang perempuan yang juga hebat. Lathifah memainkan peranan yang sangat cemerlang mendokong perjuangan suaminya. Dua insan ini mengajarkan dunia bahawa cinta itu mesti dipersembahkan dalam bentuk sebaik- baiknya, nanti ia akan membuahkan hasil agung untuk keluarga dan ummat.

Peranan utama si Mujahid adalah pada ummat, di luar rumah. Usah terlalu disibukkan dengan urusan rumah yang boleh menghalang kelancaran dan kelajuan langkahnya di luar rumah.

Peranan utama si Muslimah adalah dalam rumah, membentuk unit-unit individu Muslim berkualiti sejak dari kecil kerana peranan yang nampak kecil ini besar kesannya buat ummah. Usah terlalu jauh langkah di luar rumah sehingga terabai yang paling utama peranan menjadi tunjang utama baiti jannati.

Namun, kesibukan si mujahid jangan sehingga tiada peranan di rumah. Jangan kerana rumah itu medan utama, muslimah tiada sumbangan buat ummat di luar.

WaAllahu a'lam.