Bismillahi rahmanirahim...
Ahad, 11 Februari 2007, adalah usrah pertama bersama Kak Baie. Usrah pertamaku secara rasmi di bumi Kanggaroo. Usrah pertama setelah 5 hari tiba di bumi Canberra. Usrah pertama hanya berdua. Seorang Naqibah yang datang jauh dari Melbourne dan seorang Mad'u yang baru tiba di Canberra.
Usrah pertama ini adalah benar-benar langkah pertama. The first remarkable step for the next thousand steps. Alhamdulillah, Allah mengurniakan sahabat-sahabat pilihanNya pada usrah-usrah berikutnya, dan dari semasa ke semasa, semakin ramai yang ingin bersama-sama berusaha menjadi Muslim yang lebih baik.
Kak Baie, satu nama yang akan ku kenang sepanjang hayat dikandung badan. Satu peribadi yang terlalu besar kesannya pada diriku.
Kak Baie telah menuntun langkah-langkah kecil kami sewaktu first year, langkah yang perlahan-lahan dibawa berjalan laju dan kemudiannya disuruh berlari.
"Canberra memerlukan antunna cepat membesar. Cepat dari tempat-tempat lain"
Saya bersyukur kerana ALLAH telah mengurniakan seorang naqibah yang jauh lebih berusia dan matang untuk membimbing kami agar berlari laju-laju. She was in her 4th year Medicine when we were in our 1st year.
Dan hari ini, saya ingin mengucapkan tahniah. Tahniah atas Baitul Muslim merangkap Baitul Dakwah yang akan dibina. Demi langkah dakwah yang akan semakin jauh dan luas.
Dan minta maaf kerana takdir tidak mengizinkan saya bersama akak pada hari bahagia akak.
"Akak harap ada akhawat yang temankan akak pada malam sebelumnya. Thuaibah boleh datang tidur rumah akak?" Satu permintaan yang pernah diungkapkan padaku. Sungguh, saya sangat-sangat ingin tunaikan. Kita hanya mampu merancang...

Dan nikahkanlah ia dengan orang yang bertaqwa kepada Allah. Sekiranya lelaki itu mencintainya, dia pasti memuliakannya, dan jika lelaki itu tidak mencintainya dia tidak akan pernah menzalimi dan menyakitinya
Al Hassan Ibn A’li, Radhiallhu ‘Anhu
Semoga doa akhawat semua sentiasa mongiringi setiap langkah kami, sedari detik ini sehingga kedua-duanya syahid di atas jalan Allah.
Semoga langkah keduanya akan lebih teguh…agar dapat meneguhkan yang lain pula.
Jazakumullah khair kathiran atas segala doa, sokongan dan bantuan yg dihulurkan
Salam sayang,
Ukht Baiyah
E-Card Jemputan Walimah: http://www.afzal-baiyah.com/walimah/index.html
Barakallahu Lakumaa wa Baarak ‘alaikuma wa Jama’a Bainakumaa Fil Khair.
Moga Dakwah Makin Berkembang.
Moga Bahagia Hingga ke Syurga~
No comments:
Post a Comment