Assalamualaikum...
Setelah tiga bulan tiada update untuk hari-hari di canberra, kini saya kembali hidup dalam hari-hari di canberra, bumi asing yang banyak menjadi saksi suka duka hidup di perantauan. Sungguh, hampir tiga bulan berjauhan dari komuniti Canberra menerbitkan rindu, satu perasaan yg sy tidak pernah duga akan ada. Tidak seperti ketika pulang bercuti ke Malaysia buat pertama kali dulu, perasaan itu tidak ada. Inilah rupanya, makin lama makin jatuh hati.
Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Canberra Airport, saya mula terasa mahu menemui semua orang, semua orang yg sy kenal di sini. Excited sungguh!
Saya tiba di Canberra Airport hampir pukul 11 malam, 21 February dan dijemput oleh Kak Hana dan Amalina. Alhamdulillah, saya check in dgn kontrak baru Unilodge pada pagi 22 hb February (Sunday) iaitu sehari sebelum kelas bermula. Tengahari itu, saya telah berjaya menemui hampir semua pelajar Malaysia undergrad and postgrad dalam majlis BBQ sambutan pelajar baru di Lake Burley Griffin. Bertemu dan bertanya khabar semua orang, komuniti Canberra yang kecil memungkinkan semua orang untuk mengenali semua orang. Ramai pelajar baru yang datang ke sini namun seperti tahun-tahun sebelumnya, bilangan pelajar perempuan kurang daripada lelaki, sangat jauh bezanya. Aneh juga, di saat dunia mengatakan pelajar perempuan lebih ramai daripada lelaki tetapi populasi Canberra lain pula. Saya menemui wajah-wajah baru keluarga army (setiap tahun Malaysia menghantar tentera menjalani latihan di sini selama setahun), wajah-wajah baru pelajar PhD, masters dan undergraduates. Duta baru menggantikan Datuk Salim yang besara pada tahun lepas juga telah sampai dan mula bertugas.
"Ya Allah, sampai2 terus berusrah?!, patutnya tido2, rehat dulu", itulah reaksi mak ketika saya melaporkan apa yg sy buat pada petang hari pertama saya di Canberra, sesudah solat Zuhur, sekembalinya dari majlis BBQ. Gerak Kerja baru di tahun baru..dengan lafaz bismillahirahmanirahim, langkah bermula...

2 comments:
Assalamualaikum..kak..salam perkenalan..kak,sy suka baca blog kak..sekarang kak duk kat australia ke? kak buat apa kat cna?
Waalaikumusalam w.b.t....
terima kasih sudi singgah kt blog yang tidak seberapa ini...ambillah mana yang baik, dan tinggallah yang tidak wajar dicontohi..
Saya buat accounting kt sini, Australian Capital Territory, Canberra =)..
Salam ukhwah sis ^_^
Post a Comment