Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
"Thuaibah, tulislah, mesti orang lain rasa juga apa yang saya rasa masa awak cerita" itulah permintaan beberapa teman. Permintaan yang berulang kali kerana saya belum menulis sejak permintaan pertama dulu. Sungguh, sukar sekali untuk mencari masa untuk mengadap laptop ini lama-lama. Bercerita dengan suara, nada, intonasi dan face expression tentunya berbeza dengan tulisan, namun semoga tulisan untuk berkongsi ini bermanfaat juga untuk orang lain.
Pada suatu hari Jumaat yang bertempat di Masjidil Haram, saya cuba mencari cari tempat di celahan ratusan ribu manusia untuk solat di bahagian belakang Maqam Ibrahim. Saya mahu solat Jumaat disitu. Alhamdulillah, saya berjaya berada di kedudukan depan saf wanita dan nampak imam berkhutbah di atas mimbar putih di kawasan Maqam Ibrahim berhampiran Kaabah.
Seusai solat Jumaat, jemaah tidak berganjak, ramai yang pergi ke kawasan tidak berbumbung (antara kaabah dan kawasan masjid yang berbumbung) lantas mendongak ke langit. Semua begitu, saya melihat mereka seolah-olah menunggu sesuatu. Mereka tetap menunggu, seolah-olah yakin sekali dengan apa yang mereka tunggu. Selepas lebih kurang 10 minit, tiba-tiba hujan pun turun renyai-renyai. Subhanallah, inikah yang mereka tunggu?. Semua yang menunggu menadah tangan ke langit berdoa sambil mengucap syukur.
"Ya Allah" saya terpegun, takjub.
Apa yang istimewanya pada hujan itu? Imam Abdul Rahman Sudais telah berdoa ketika solat Jumaat dengan doa agar diturunkan hujan. Mekah sudah lama tidak hujan. Doanya yang fasih dalam Bahasa Arab itu diaminkan oleh semua makmum di masjid yang boleh memuatkan jutaan orang itu. Dan Subhanallah, doanya dimakbulkan di depan mata para makmum.
Hujan renyai-renyai seolah-olah mengisyaratkan bahawa dari segi iklim sepatutnya tiada hujan tetapi kerana doa yang dimakbulkan hujan turun juga. Penduduk Mekah pun bagaikan sudah mengetahui bahawa doa itu pasti akan dimakbulkan dan hujan akan turun. Lantas mereka menuggu tanpa berganjak. Hujan itu berterusan sehinggalah waktu Maghrib. Selepas Maghrib hujan itu berhenti sehinggalah saya pulang ke Malaysia, tiada air hujan yang jatuh ke bumi.
Setiap hari, berulang kali sehari saya mesti ingat tentang kisah ini. Setiap kali teringat, mesti terdetik dihati, "bagaimanakah iman Imam itu? sehingga doanya Allah makbulkan terus." Itu baru iman Imam Masjidil Haram zaman sekarang, bagaimanakah pula iman para sahabat di zaman Rasulullah?. Bagaimana pula iman mereka yang mati syahid mempertahankan kalimah Allah di depan kaum Musyrikin Mekah?. Bukankah ramai antara golongan awal yang memeluk Islam syahid di kawasan Mekah itu?. Lantas tertanya pada diri 'letakku dimana?', 'dimana tempatku sebenarnya?'.