Tuesday, October 28, 2008

- ^_^ - ma'a taufik wannajah -


sy mesti bc buku ^-^ =)


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam mengerjakan kebaikan) dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung"

(3:200)

~doakan kejayaan milik kita bersama, biiznillah, insyaAllah ^_^ (,,)

Jumpa lg selepas 20 Nov 2008...

Saturday, October 25, 2008

"Amerika Bersin, Australia Demam"

Kata-kata di atas yang diungkapkan sendiri oleh Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd beberapa minggu lepas jelas menunjukkan pengakuan beliau akan betapa rapuhnya ekonomi Australia. Fenomena pergantungan ekonomi ini tidak hanya berlaku pada Australia sahaja malah seluruh dunia. Sejak zaman berzaman, pakar ekonomi tidak pernah mengatakan matawang dan sistem ekonomi amerika didokong oleh satu sistem yang kuat. Namun, pada realitinya dunia tetap menggantungkan nilai matawang dan ekonomi mereka kepada sistem yang rapuh ini.

Ekonomi Amerika yang jatuh dengan teruk beberapa minggu kebelakangan ini menyebabkan berbilion-bilion dollar hilang begitu sahaja di Financial Market. Ini adalah kesan kepada free market (market beroperasi dengan sendirinya tanpa kawalan mana-mana pihak). Menurut Ball and Brown (1968) yang dikatakan perintis kepada teori efficient market, market di hanya dikatakan efficient apabila ia dibenarkan untuk beroperasi dengan sendirinya, adjusted efficiently by the power of demand and supply, iaitu tanpa campur tangan kerajaan walaupun sedikit.

Namun setelah berpuluh-puluh tahun sistem kapitalis ini berfungsi berdasarkan teori dan ciri ini, ia adalah sangat menarik untuk mendengar sendiri kenyataan ini. Akhbar The Herald Sun bertarikh hari ini (24 October 2008) telah menyiarkan satu kenyataan yang mengakui akan kesilapan sistem. Kesilapan yang sangat besar kepada satu core, fundamental underlying characteristic of efficient capital market.

"FORMER US Federal Reserve Chairman Alan Greenspan, acknowledged today he had been wrong about the free-market system."

"And French President Nicolas Sarkozy said the meltdown showed that free-market ideology was now discredited and economies needed strong state intervention to succeed."


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Sarkozy ini bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam iaitu ekonomi negara memerlukan campur tangan kerajaan tetapi bukanlah sehingga keterlaluan yang menyebabkan penindasan seperti sistem dicadangkan dan dirintis oleh Karl Marx.

SUBPRIME MORTGAGE

Subrime Mortgage dikatakan penyebab utama yang membarahkan lagi ekonomi Amerika yang sedia tenat sejak tahun 2007. Subprime mortgage adalah satu bukti sifat manusia yang suka menindas dan mengambil kesempatan terhadap kesusahan hidup orang lain dengan menambahkan lagi penderitaan dan kesusahan orang tersebut. Subrime Mortgage adalah pinjaman yang disediakan oleh bank-bank di Amerika kepada para peminjam yang mempunyai credit rating yang rendah. Credit rating yang rendah adalah istilah yang digunakan terhadap peminjam yang mempunyai high potential of default. The event of default (kemungkinan kegagalan untuk membayar balik pinjaman ini) telah sedia diramal oleh institusi kewangan yang terlibat utk memberikan pinjaman tersebut. Keadaan ini menyebabkan mereka akan dikenakan interest rate (riba) yang tinggi. Polisi Institusi Kewangan ialah semakin tinggi risiko kegagalan bayaran balik, maka semakin tinggilah kadar interest rate yang akan dikenakan terhadap peminjam terbabit. Peminjam tersebut biasanya adalah golongan yang berpendapatan rendah, golongan yang mempunyai sejarah kegagalan membayar hutang yang tinggi dan juga para pelabur yang tidak mempunyai wang tetapi tetap ingin melabur dalam pelaburan yang besar.

Malangnya, sikap ingin mengambil kesempatan ini telah memakan tuan apabila beratus-ratus institusi kewangan yang terlibat dengan pemberian subprime mortgage telah gagal untuk mendapat balik pinjaman tersebut beserta dengan tambahan pulangan (riba) yang dikehendaki. Akibatnya beratus-ratus institusi kewangan ini terpaksa menfailkan bankrupcy akibat kegagalan yang mencecah USD 7 trillion lantas memberi kesan yang dahsyat kepada industri perbankan, hartanah dan seterusnya seluruh sistem ekonomi Amerika Syarikat. Bursa Saham Wall Street turut terjejas teruk dan syarikat-syarikat gergasi seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch dan AIG mengalami kerugian yg sangat dahsyat lalu akhirnya turut menjejaskan syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan dengan mereka.



Lehman Brothers adalah sebuah syarikat yang mempunyai asset sebanyak USD 600 billion, beroperasi untuk fixed-income assets, investment and private equity. Ia adalah dealer terbesar dalam fixed interest security (pelaburan pulangan tetap yang berasaskan sistem riba) di Wall Street. Syarikat ini telah terlibat secara besar-besaran dalam US subprime mortgage market dan terjejas teruk akibat kegagalan mendapat balik pinjaman yang diberikan lalu terpaksa menjual assetnya sebanyak USD 6 billion dan telah kerugian sebanyak USD 2.8 billion.

"Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Barangsiapa mendapat peringatan dari Tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang diperolehinya dulu menjadi miliknya dan urusannya (terserahlah) kepada Allah. Barangsiapa mengulangi maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. " (2:275)

Terdapat suatu fenomena menarik yang telah berlaku rentetan kegawatan ekonomi Amerika ini iaitu pengharaman short selling di Wall Street bulan lepas. Short Selling adalah satu cara bagaimana seseorang pelabur (manipulator) boleh mengambil kesempatan dalam penjualan dan pemberian sekuriti (saham etc) di Bursa Saham dengan cara membeli pada harga yang rendah dan menjual dengan harga yang tinggi lalu boleh membuat jutaan keuntungan dengan cara 'atas angin' dan in the twinkle of an eye. Sistem ekonomi Islam, Hisbah, menyarankan pemantauan oleh kerajaan terhadap aktiviti ekonomi di pasaran. Short Selling diharamkan di sisi Islam dan ia tidak dibenarkan di pasaran Malaysia namun ia bebas di jual beli di pasaran Bursa Saham yang lain di seluruh dunia.

SEMUA NEGARA TERJEJAS?


Itulah yang membimbangkan masyarakat dunia. Kejatuhan ekonomi Amerika menyebabkan mereka pun lingkup sama, malah mungkin lebih teruk lagi bak kata Kevin Rudd, Amerika baru bersin tetapi Australia dah demam.

Kejatuhan ekonomi Amerika akan memberi kesan kepada nilai matawang dollar dan akan menjejaskan semua negara yang menyandarkan nilai matawangnya kepada nilai matawang Amerika. Kebanyakan negara Arab tidak terlalu bergantung kepada ekonomi Amerika walaupun mereka rakan dagang yang rapat. Negara Arab lebih banyak bergantung kepada sumber asli mereka dan juga projek-projek pembinaan (construction) mereka, oleh itu mereka tidak terlalu terkesan dengan apa yang berlaku di Wall Street. Lebih-lebih lagi, kebanyakan negara Arab sudah banyak menggunakan sistem ekonomi Islam terutama negara teluk (Gulf Country). Memandangakan masalah yang berlaku sekarang adalah semuanya disebabkan oleh perniagaan, aktiviti dan sistem yang diharamkan oleh Islam, maka negara-negara yang kurang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Islam ini kurang menerima kesannya. Di sinilah nampaknya, keindahan sistem Hisbah Islam yang mengharamkan segala aktiviti jual beli yang tidak adil, mengambil kesempatan dan menindas pihak lain. Oleh itu, marilah kita mengembangkan produk-produk kewangan Islam dan menggunakannya pada peringkat individu dan juga negara=).

Di bawah ini adalah beberapa laman yang menghuraikan dengan lebih detail tentang fenomena semasa ini.

http://www.islamonline.net/livedialogue/english/Browse.asp?hGuestID=VeCtpd


http://www.theherald.co.uk/business/news/display.var.2463179.0.Economy_shrank_0_5_in_the_third_quarter.php

http://www.theherald.co.uk/search/display.var.2105458.0.following_the_us_on_road_to_recession.php

http://www.news.com.au/heraldsun/story/0,21985,24548074-664,00.html

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Agama/20081026025023/Article/index_html

Tulisan ini hanya menghuraikan satu sudut dan faktor utama kemelesetan ekonomi sekarang, banyak lagi faktor-faktor sampingan yg lain. Ini juga merupaka pendapat saya sendiri berdasarkan pemahaman saya, harap dapat diperbetulkan sebarang kesilapan pemahaman (sesiapa yang baik hati boleh tambah=).

Monday, October 20, 2008

Di Sisi Seorang Mujahid

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Sebenarnya sudah lama saya mencari-cari kisah wanita muslimah di belakang Imam Hasan Al-Bana. Sukar juga sebenarnya kerana tidak banyak yg diperkatakan tentang beliau. Alhamdulillah, suatu hari Allah mempertemukan saya dengan kisahnya, kisah yang sudah lama ingin saya ketahui.

Kita banyak membaca kisah-kisah wanita teladan dari zaman lampau, kadangkala terasa ingin mengetahui kisah zaman ini kerana situasi, latar tempat, masa dan cabarannya berbeza. Saya rasa itu penting dalam kita membaca kisah yg terdahulu, carilah juga suntikan dari zaman sendiri, kisah yang lebih dekat. Sebagaimana pesan Saidina Ali RA,

"didiklah anak-anakmu sesuai mengikut zamannya"

Pesan ini menunjukkan peri pentingnya untuk kita hidup berpijak pada zaman sendiri, usah terlalu idealistik sehingga tidak realistik. Ingin saya kongsikan buat semua kisah wanita dibelakang mujahid ummah yang ulung ini. Moga bermanfaat.

Dia adalah Lathifah As Suri. Dia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahawa ia inginkan seorang muslimah yang kukoh, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berda’awah. Tidak mudah menjadi isteri seorang Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan da’awah. Di pagi buta dia sudah bergegas untuk memulai berda’awah dan kembali pulang di gelap malam. Boleh dipastikan ia adalah seorang muslimah sejati, yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.


Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekadar da’awah seperti kebanyakan orang waktu itu. Bukan hanya sekadar membangun rumah ibadat. Imam syahid sedang dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah wujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesejatiannya. Maka siapapun itu-pendampingnya-harus menyedari bahawa dipundaknya ada amanah yang sama besarnya dengan apa yang di impikan oleh Imam Syahid. Ada dimensi waktu dan kuasa kapital disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan isterinya. Maka bagi Lathifah As Suri menjadi isteri Hasan Al Banna menyimpan begitu banyak cabaran. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyedari bahawa ia harus siap jika sesuatu waktu dia harus menjalani hidup sendiri tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.


Da’wah & Rumah Tangga


Da’wah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta resiko yang bukan calang. Penjara bahkan nyawa menjadi penamat logik, yang bila-bila masa siap menyapanya. Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktiviti luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.


Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna
, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak hairan jika ia menyedari betul tuntutan hidup menjadi isteri seorang daie. Malam, ia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau jarang-jarang berlaku, Imam Syahid sangat berhati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari kekasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.


Wanita, Isteri & Ibu


Lathifah tidak pernah mengeluh, walau sehari
an hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada Imam Syahid. Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang isteri Imam Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah curahan konsentrasinya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya bingung adalah, ketika salah satu anak mereka sakit kuat dan Imam Syahid perlu tetap menjalankan jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,”Bagaimana jika ia meninggal?”. Imam Syahid hanya menarik nafas panjang, ia kemudian berkataBapa saudaranya lebih tahu bagaimana mengurusnya.” Sejak hari itu, Lathifah menanamkan wawasan keIslaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan yang meruntuhkan. Ketika Imam Syahid keluar-masuk penjara, Lathifah berusaha bersabar dan komitmen.


Lathifah sangat meny
edari peranan dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai isteri dan ibu bagi anak-anaknya. Ia kosongkan waktunya untuk mendidik anak-anaknya. Ia bahagia melihat anak-anaknya berjaya dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya. Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada resah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh almarhum suaminya. Ia tetap berusaha didalam rumah. Lathifah tidak meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Kerananya, tidak hairan diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) - antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis.


Pengetahuan & Perjuangan

Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam Syahid inginkan berlaku dalam keluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah. Sendirian, ia membesarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keIslamannya.Yang dimaksud dengan wawasan keIslamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. Lathifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita dunia Islam. Lathifah menyedari mengenepikan masalah ini akan menghasilkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keIslamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keIslaman yang baik, seorang wanita akan menyedari betapa penting peranannya terhadap keluarga dan masyarakat.


Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya berjaya meraih kelulusan formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi isteri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, pernah duduk di parlimen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai pengajar di Universiti Cairo. Kelima Roja, kini menjadi doktor. Dan Halah sebagai doktor pakar anak di Universiti al-Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berertinya peranan Ibu bagi keberhasilan da’awah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya…..

dipetik dari blog wanita ISMAPJ

Imtihanul Aakhar

Bismillahi rahmanirahim...

Peperiksaan akhir tahun menjelang tiba, spring yg indah kian menghujung, cuti musim panas yg semakin menghampiri, lambaian Malaysia semakin kuat...

Segalanya bercampur membawa 'mood' masing-masing, lalu ia bercampur baur...antara debar dan tidak sabar, antara takut dan harap, antara tidak suka dan gembira...

Spring yang semakin sampai ke penghujung adalah perkara yang sy hitung setiap hari. Jika ditanya pada saya, "apakah musim yang paling disukai?", maka spring lah jawabnya. Suhu Canberra yang berada sekitar 10 celcius di awal spring benar-benar mendamaikan, dengan rumput yang semakin menghijau indah, pokok-pokok menjadi semakin cantik, bunga dimerata-rata dan angin yang bertiup dingin (note: bukan sejuk dan membeku) menjadi sesuatu yang saya tunggu-tunggu dan tidak ingin ianya berakhir. Saat ini saya merasakan berjalan menyusuri Sullivian Greek diteduhi pokok-pokok lama yang merimbun sepanjang-panjang sungai kecil itu merupakan sesuatu yang jika masa mengizinkan ingin saya lakukan setiap hari, andai masa mengizinkan juga saya tidak kisah untuk menghabiskan berjam-jam di tepi sungai itu...berjalan-jalan, dan berhenti menikmati empuknya duduk di atas rumput di celah-celah teduhan pokok yang besar itu kala kepenatan lalu menghafaz Al-Qur'an atau hanya sekadar memerhati apa sahaja yang terjangkau pada pandangan mata. Dan tentulah itik-itik yang berenang itu lebih menarik perhatian saya atau saya boleh membuang pandangan pada Telstra Tower nun di atas bukit sana, dan sy tidak perlu berjuang menahan kesejukan kerana udaranya sangat nyaman dan menyegarkan. Namun ianya akan segera berakhir dan saya akan menunggu lagi spring tahun depan. Spring tahun depan yg mungkin akan menjadi spring terakhir saya di Canberra. Mungkin? Allahu A'lam.

(kehijauan di musim bunga)

Peperiksaan Akhir Tahun Kedua akan menjelang seusai tamatnya week 13 teaching week minggu depan.

Benarkah Allah dalam pergantunganmu?

Banyak peluang Allah berikan kepada kita untuk mensucikan keyakinan, membulatkan penyerahan dan memurnikan keyakinan kepadaNya. Peluang itu bukan selalu muncul, jarang sekali, malah ia tidak pernah mucul dalam keadaan kita sihat fizikal , bersemangat dan penuh bersedia utk apa-apa tugas yang akan dilakukan atau diuji. Peluang ini hanya akan muncul di saat-saat yang boleh menyebabkan sesetengah hambaNya melupakan pergantungan kpd Khaliq lalu mencari penawar lain untuk menghadapinya, yang pada akhirnya tidak membawa ke mana selain 'tekanan', 'keserabutan' dan 'kemurungan'. Peluang mensucikan keyakinan, membulatkan penyerahan dan memurnikan keyakinan kepadaNya lalu menambahkan iman di dada hanya muncul tatkala segalanya dirasakan tidak mampu, sukar, mustahil dan tidak terdaya untuk dilakukan. Dan kala itulah, maka ingatlah akan Allah mengingtakan,

"Sesungguhnya Aku Dekat"

Namun, bersama "assurance" bahawa "Aku dekat" itu datang satu lagi peringatan dari Allah yang menggambarkan betapa pentingnya untuk kita "bersangka baik" dengan Allah, sejauh mana kita bersangka baik, akan menatijahkan apa yang akan berlaku,

"Aku adalah mengikut sangkaan hambaKu"

Sejauh mana kita bersangka baik, yakin dan di mana sebenarnya kita meletakkan Allah dalam pergantungan kita? dan Benarkah sebenarnya kita benar-benar meletakkan Allah dalam pergantungan kita? Melangkah dengan keyakinan yang rapuh kepada helaian-helaian yang mustahil untuk dibaca kesemuanya sebelum peperiksaan, kaedah-kaedah yang perlu dimahirkan dan dicekapkan dan konsep-konsep yang ada kadangkala terasa sangat sukar akan memberi kita peluang. Peluang untuk membuat pilihan agar semakin dekat dengan Allah, semakin merasai 'halawatul iman', semakin menikmati keindahan tawakkal kepadaNya atau tidak memanfaatkan peluang ini untuk merasai dekatnya Dia sebenarnya. Peluang untuk merasai betapa dekatnya Dia dengan kita. Lalu, kemudiannya Dia titipkan keyakinan, ketenangn dan kedamaian. Bukan sahaja Allah menjadi semakin dekat dan terlalu dekat di jiwa namun memberi lebih kedamaian kerana kita tahu pengawal-pengawalNya turut sama menjaga kita.

"Baginya ada penjaga yang bergilir-gilir di hadapannya dan dibelakangnya yang menjaga dia dengan perintah Allah"
(Al-Ra'du: 11)

Selamat Bermujahadah kepada semua teman-teman yang berada di Australia khasnya, Selamat Bersungguh-sungguh dan Tekun kepada Thuaibah^-^.
Berusahalah untuk yang terbaik demi impian ummat yang lebih besar...


ma'a taufik wannajah, insyaAllah...

Sunday, October 19, 2008

Satu Taujih dan Tajdid

Assalamualaikum w.b.t...

"Thuaibah, dtg sini, ada lagu baru, mesti awak suka lagu nie" Ziq memanggil dari bilik sebelah.

Saya yang berada di bilik Amalina terus memasuki biliknya lantas segera terpegun dgn bait-bait lirik ini... La tas'aluni an hayati...



La tas'aluni an hayati...Jangan Tanyakanku tentang hidupku

لا تسألوني عن حياتي
فهي أسرار الحياة
هي منحة .. هي محنة
هي عالم من أمنيات
قد بعتها لله ثم
مضيت في ركب الهداة

أما طريقي فهو
قرآن .. وسيف .. وابتلاء
الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء
و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء
فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء

أما مصيري فهو
مايرضي الإله وما يريد
الفوز بالنصر المبين
أو الشهادة والخلود
فإذا وجدت على الثرى
والعمر محدود الحدود
فكن البطولة والهداية
أو فيا بئس الوجود

terjemahan:

jangan tanyakan aku tentang hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah.. ia adalah ujian
ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
aku telah menjualkannya kepada Allah
kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk

dan jalan hidupku adalah
al-Qur’an, pedang, dan ujian..
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya
para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

sedangkan penghujung perjalananku adalah
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya
keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu


Alhamdulillah, bait-bait itu hadir sebagai taujih, penyucian tekad dan cita-cita...inilah kehidupanku dan kuserahkan untuk Mu...
Alhamdulillah, bait-bait itu hadir sebagai tajdid, pembaharuan (renew) kepada azam dan impian...hidupku adalah anugerah, untuk kuabdikan pada Mu...

mengingatkan risalah yang lebih utama...
biar semua terpendam di dada...
biar semua ditelan sukma...
memujuk diri yang hiba...
menahan hati yang terasa...
agar senyum terlukis di muka...
agar tiada yang terluka...

mengingatkan risalah yang lebih utama...
apalah sangat yang dihadapi..
Nabi Nuh 900 tahun didustai..
Nabi Muhammad berdarah di Taif..
mereka golongan mulia..
berusaha sekuat tenaga..
kita hamba yang hina...
berusaha sedikit cuma...
apalah sangat yang dihadapi..
hanya sekelumit sahaja...
namun dirasa bagai tidak terkira...

mengingatkan risalah yang lebih utama...
sungguh tiada yang lain penawarnya...
hanya Allah yang Maha Berkuasa...
Thuaibah A. G,
19 Syawal 1429.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar org yang menyeru kepada iman, (iaitu) "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.
(3:193)